Advert




25 January, 2008

Bila Syirah 3 bulan..

Sibuk sejak dah jadi Mama ni. Baru anak sorang, belum ramai lagi. Balik ofis nak cepat je sebab rindu nak tengok Syirah. Pastu nak basuh baju, tidokan Syirah. Nasib baik malam Syirah bangun 2 kali je nak minum susu pastu dia tido balik. Pandai anak Mama. Syirah still breastfeed lagi sekarang. Mak kata, asal petang je dia takmo tido tercari-carik nenen. Sian dia. Balik umah je apalagi berdesup la aku tukar baju pastu menyusukan dia. Tapi best la pengalaman breastfeeding (BF) ni. Tak semua orang boleh dapat. Nanti la dalam entry lain aku citer pasal kebaikan BF.

Syirah dah banyak buat benda baru dan Mama pun banyak belajar benda baru. Antara achievement Syirah setakat ni:
  • Dah pandai gelak besar

  • Pandai pandang camera macam ready je nak amik gamba

  • Pusing-pusing macam nak meniarap

Oh manisnya senyuman mu



Mama dera Syirah baca buku.. haha



Mata besor pastu pantang nampak camera