Advert




28 May, 2008

Mimpi

Tanpa segan silunya aku nak blog kan mimpi aku malam tadi [blog aku, sukati aku lah]. Supaya in future bila aku terbaca balik, aku nak tau either aku akan senyum atau aku akan malu. Tadi dah citer dah dekat 2-3 orang kawan rapat. Tapi tak citer pun kat husband. Nanti nak citer. Hehe.

Bestnyee malam tadi mimpi Faizal Tahir. Aku ngan dia berkawan-kawanan. Itu je. Takde yang menarik pun. Haha. Cuma aku suke sebab kami berborak-borak macam kawan yang ngam. Tetiba tengah mimpi best tu dengar suara Syirah nangis. Pastu aku sound 'Syirah diam la'. Rerupanya memang Syirah tengah nangis nak susu. Wakakka. Teruk lah Mama ni.

Di alam realitinya, aku tak penah jumpe Faizal Tahir lagi. Tapi teringin sangat. Dan yang paling realiti, aku sudah BERSUAMI dan dia sudah BERISTERI.

Anyway, aku memang suka FT. Dia berbakat, berkarisma dan bertuah. Semoga sentiasa sukses dan berbahagia di samping isteri dan anak-anak.


Aku pun bahagia!

Faizal Tahir with his wife and beautiful kids

27 May, 2008

Luahan

Everything


Uishh penat giler. Pagi tadi emergency leave, kena bawak Syirah pi klinik. Sian Syirah sakit mata. Mata dia bengkak n merah, macam kena tumbuk je. Doktor kata mesti terjangkit dari sapa2 masa pegi SMC ari Sabtu lepas. Nasib baik dia tak nangis tapi mesti dia tak comfortable. Mama tahu sebab Syirah suka gosok-gosok mata dia. Sian anak mama. Balik dari klinik, antar Opah ngan Syirah balik umah. Tidokan Syirah dulu then aku breakfast jap (baru sempat). Lepas peluk cium Syirah, aku siap2 nak gi ofis.
Penat tau buat keje 'sorang-sorang' ni. Balik keje tu, kalau boleh biar aku amik alih Syirah dari Opah. Nak buat semua sendiri. Nak mandikan Syirah, nak susukan dia, main dengan dia, tidokan dia. Entah rasa macam kedekut anak pun ade tapi sebenarnya aku nak cherish the experience. Dah jadi Mama kan? Pulak tu kadang segan asyik menyusahkan Opah ngan orang lain. Nasib baik dok ngan family, kalo dok sorang? Lagi haru.
Tapi aku yakin, ni semua ada hikmah. Allah takkan menguji hambaNya tanpa sebab. Aku ni antara yang terpilih. Sebab? Aku rasa aku mampu (insyaAllah) facing kehidupan tanpa suami sepanjang masa di sisi. Tak semua orang boleh berdepan situasi camni kot kan. Semua kena buat sendiri. Tipu lah kalau tak sedih, lebih-lebih lagi kalau nampak orang balik kerja, dijemput suami dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku redha dan kami sedang berusaha untuk stay sesama. Weekend hubby-wifey ni kan, rindu dia membara tau. Wakkaka.
Nak luah lagi, pagi tadi masa tengah tunggu train. Nampak la minah Chinese ni dia pregnant. Perut kecik sangat lagi maybe dalam 3-4 bulan. Nak naik tangga kat stesen komuter tu, siap husband dia pimpin tangan wife dia jalan slow nak mampus. Hehe. Dengki aku. Tapi tak la dengki sangat cuma aku kelako, macam dah nak beranak gayanya. Aku dulu pregnant 8 bulan still lagi turun naik tangga sendiri beli tiket. Aku bangga dengan diri sendiri. Alamak terlebih sudah!

26 May, 2008

B'day 7months



Hai, Syirah nak menyibuk kat sini. Nak bagitau yang hari ni Syirah dah 7 bulan. Dah besar kan? Rasa baru je keluar dari perut Mama, tengok Mama sakit dan bangun tengah-tengah malam melayan kerenah Syirah.

Syirah dah boleh buat banyak benda. Pastu Syirah selalu buat macam-macam ragam saje je nak test the water. Nak tau tak Syirah pandai ape?


  • Bila panggil nama, Syirah dah pandai menyahut "emm".

  • Syirah dah angkat montot nak merangkak tapi tak pandai nak ke depan lagi. Susah la.
  • Pandai sebut "Pa Pa"... and kadang-kadang "Ma Ma", Syirah nampak Papa ngan Mama happy gile
  • Syirah suka nangis jerit-jerit nanti semua orang angkat Syirah.
  • Kadang-kadang Syirah kenyit mata macam pedih, saje je berlakon.
  • Syirah tak senang hati tengok Mama pakai tudung, mesti nak pegi jalan kan?
  • Syirah suka main, takmo tido nanti rugi.
  • Syirah suka makan bubur nasi, buah2, sayur2 , semua2 lah.

Syirah sayang Papa ngan Mama, dan semua orang! Mmuuuuah!

24 May, 2008

Dari SMC ke Tabung Haji

Hari ni bawak Syirah gi jab - Hep. B. Orang ramai tapi nasib baik turn awal. Dalam 1/2 hour je semua settle. Her paed kata, berat Syirah tak naik sangat, tengok lah baka dia. Yang penting sihat. Macam2 la amanat paed Mama kena dengar dan ikut. Hehe. Paed dah cakap awal2, yang this time around maybe Syirah akan nangis sebab jarum besar. Sebelum ni Syirah tak penah nangis tapi kali ni memang nangis. Tapi kejap je.



Memula happy pastu buat muka boring


Dah panjang dah Syirah, tak muat penimbang.


Masa baring ok lagi, lepas kena jab meleleh-leleh airmata.


Dengan cuaca yang agak panas, kami pun meneruskan perjalanan ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kenduri kawen sedara. Sedap lah lauk-pauk kat situ. Ke sebab lapar? Hehe. Tapi memang sedap lah. Syirah dah ngantuk nak tido so takleh tunggu lama. Lepas tu terus je balik. Mama makan pun tercekik2 nak cepat je sejak ada Syirah ni. Kena pas baton ganti2 makan n pegang Syirah. Kuikuii..
















Ucu ngan Opah yang kena paksa balik cepat.

21 May, 2008

Selamat hari cuti

Yahoo..cuti 3 hari. Bestnyaaa! Bagi orang yang bekerja, dapat cuti lama memang agak jakun sikit ye, harap maklum.

Actually, Papa inform tak balik. Huhu sedih. Suddenly, Jumaat malam Papa bagitau, jadi balik sebab dah rindu sangat kat anak dia. Eleh. Hari Sabtu petang Papa sampai. Masa tu Syirah tido. Bila bangun bukak mata, dia nampak Papa dia terus menyengih.
Apa aktiviti? Takde apa sangat. Dok rumah je. Nak rehatkan diri lepas penat bekerja. Tapi Ahad tu Papa ajak jalan2 nak bawak anak dia. So kami pun berangkat la ke mana lagi kalo tak ke Bukit Tinggi. Papa belikan Syirah baju, susu, pampers dan stok2 yang lain.










Hello, nape ada byk space ni? Dah delete pun tak ilang. Eii..geramnye. (Iklan).

Syirah dah takmo baring dalam stroller. Kepala dia terangkat je nak duduk. Macam lenguh je. Pastu Mama baringkan terus tertido dalam tu. Senang sikit mama nak membeli-belah. Tidak dilupakan perkara WAJIB beli ialah Big Apple Donut :P. Dah petang baru balik. Syirah pun kepenatan.

Hari Isnin cuti lagi, aktiviti kami ialah tido. Lama gile kami 3 beranak tido petang tu. Hahaha. Mama nak tido dulu, korang berdua main lah PSP tu ye.


20 May, 2008

Main kejar-kejar

Papa n Mama terpaksa belikan Syirah walker sebab opah dia bising susah nak buat kerja kalo takde menda alah tu. Kalo baringkan dia, habis satu rumah dia pusing berguling-guling macam gasing. Kotor. Duduk dalam bumbo seat pun pandai nak keluar.
So, we decided to buy a new walker for Syirah. Mula2 dia tak pandai lagi. Dah lama-lama baru dia tau nak gerakkan kaki dia. Main kejar-kejar, layannnn...

17 May, 2008

I know what u did last week!

My younger sis sekarang tengah cuti semester. Dia ada la kat umah tu tolong my mom baby-sit Syirah. Boleh la mak relaks sikit. Tapi..bila aku gi keje,Syirah telah dibuli.

Tengoklah ni! Cian anak aku. Gambar2 diambil guna hp Ucu.

Whats up! Syirah in da house..

Ada ke dia tampal Barney kat dahi Syirah

Barber shop pulak dah

Syirah n Ucu takde keje..buat iklan kesunyian


16 May, 2008

Syirah ada search engine

Hi kawan-kawan Mama. Syirah ada search engine sendiri. Kat pc mama dah tak keluar Google, Yahoo, lagi dah. Kalau nak tau, klik kat sini:

Syirah's Search Engine

Hehehe...

14 May, 2008

Bane of the sardine-packed trains

** credit to The Star


THE irregular schedules of the KTM Komuter train service coupled with huge commuter crowds are surely the bane of many who depend on the train service for transport. The trains often do not arrive on time and the maddening crowds cause much irritation and unhappiness among the passengers, with tempers occasionally flaring.


Packed like sardines: Scenes like this are normal during rush hour.

The KL Sentral KTM Komuter terminal is usually a hive of activity at any time of the day, and is packed at peak hours in the morning and evening when people travel to and from work. One such commuter is Azizah Ismail, a 23-year-old data coordinator from Cheras. “I use the train to go to my office at Mid Valley every day from the Bank Negara stop. Travelling to the office is not a problem because my shift starts at 10.30am, but I have to leave my house at 8am to give myself ample time to get to work,” Azizah said. “If I don’t have to wait for the train, I can arrive at my office within 40 minutes,” she said. “Going home is a nightmare because I have to wait more than an hour for the train. Sometimes, the trains are so packed that I have to wait for the third train to arrive before I can go home,” Azizah said.



Disorderly conduct: When the doors open, passengers often rush in, giving no opportunity for those inside to alight.


“It’s frustrating to have to wait so long because, at the end of the day, everyone is tired and just wants to go home,” she said. Besides long waiting periods, Azizah and her friends are also not happy with the irregular train schedules. As for the recently upgraded Bank Negara station, Azizah said although the roof offered better protection from rain, the area was still warm due to its open air structure.

During the rush-hour period at the KL Sentral terminal, an announcement of a delay with one or more of the KTM Commuter train services is almost a norm. To regular passengers, hearing such announcements is nothing surprising, although they do sigh with frustration and resignation at another long and uncomfortable wait. As the train stops along the platform, the waiting passengers rush to get inside the coaches, without bothering to let the passengers inside get out first. The situation almost borders on chaos when the train doors start closing with people packed like sardines inside.

Regular train user Norzarina Ghazali, 27, said she was used to the train delays. “I take the train from Kajang to go to work in Kuala Lumpur. “If there is no delay, I can reach home within 45 minutes but that has only happened once this week,” she said. “The longest have waited was two hours because of cancellation of the train service. Most of the times, a breakdown or the doors getting jammed cause the delays,” Norzarina said. “As far as the train stations are concerned, the newly-renovated Bank Negara station is much better and more equipped with facilities like toilets and lifts,” she said.

U. Raj and U. Kumar, both 19, and S. Komana, 20, are students at the Nilai International University College in Negri Sembilan. They use the train service every weekend to return to their hometown Klang. “The KL Sentral terminal is usually packed after 1pm onwards on weekends with shoppers,” Komana said. “We sometimes have to wait until two or three trains have passed before we can board one. There have been times when train delays caused us to miss classes,” she said. “It once took me four hours just to go from KL Sentral to Klang,” Kumar said. Komana said having escalators or lifts at each KTM Komuter station would greatly improve passengers’ mobility and make it easier for those who have large bags. “I have seen the KTM workers helping senior citizens whenever they need help climbing up and down the stairs,” Kumar said.

One 71-year-old woman, who declined to be named, said KTM Komuter should provide facilities like an escalator at each of its stops to make them more accessible for senior citizens and the disabled. “It’s not easy for us to climb up and down the stairs and an escalator will make it easier for us to move about,” the Sri Petaling resident said. Installing escalators at stops like Bandar Tasik Selatan will benefit commuters as the station is an interchange for the Express Rail Link and the Ampang Rail Line (previously known as STAR LRT).


---> I have to commute everyday and I am very understand the situation. Very stressful.

03 May, 2008

Lunchie Munchie

Bersempena dengan bulan April yang lalu, jatuhnya tarikh lahir seorang sahabat dari zaman unibersiti dulu iaitu Oja atau lebih glemer Gia.

Seperti 5-6 tahun sebelum ni, kebiasaannya kami akan buat birthday party. Si empunya birthday girl akan membelanja kawan2 yang lain makan. Kawan2 yang lain pula akan membelikan si birthday girl hadiah mengikut wish list birthday girl.
Memandangkan tahun ni je baru ada blog, maka dapat la bercerita dalam ni. Maap dipinta kepada Kerun yang tarikh lahir jatuh pada bulan Februari yang lalu. Walopun majlis telah berlangsung dengan meriahnya di restoran Ole-Ole Bali dengan menu yg amat sedap sekali, malangnya, gambar2 sepanjang majlis takde. Camera time tu amat bengong. Sorry ye pren. Tawun depan k.

Berbalik pada sebeday party Oja yg venue nya di Black Canyon Coffee, majlis ditunda pada bulan Mei sebab memasing sibuk dengan exam dan kerja. Aku telah menghangkut suami dan anak sekali dengan tak malunya. Haha. Pakej la kan. Dulu single leh la. Sekarang dah triple so kena ikut. Nasib la korang kena belanja. Kalo korang nak jugak cam aku, cepat2 la kawen. Nanti leh aku belanja suami dan anak korang pulak.

Thanks to Oja for the lunch. Very delightful. Oja, semoga panjang umo + murah rezeki + dapat jodoh yang baik + diberkati Allah swt. selalu. Okie dokie!
Chocolate mocha for me

Mine is Tom Yam Udon & Anis chose Tom Yam Mee

Happy with her birthday gifts


4 sekawan + ahli baru si kecik