Advert




Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

25 May, 2010

Get ready


Ada t-shirt, kain batik, breast pad, pad, stokin Mama. Ada baju, mitten&botties, topi, pampers Adik. Nak kena masuk sekali baju Papa ke? Camera pun lum amik kat kedai repair lagi.


Artikel dipetik dari : http://mumcentremalaysia.com/

Pregnancy is truly both an exciting and nerve-wracking moment in a woman’s life. Minimize the anxiety of forgetting to bring some essential items with you by packing your pregnancy bag ahead of time. Create a checklist of the things that need to be in your pregnancy bag so that you can add or remove some items as needed. Packing things ahead of time during your pregnancy will surely be helpful in the end. Mothers need to have the basics such as a change of clothes, clean underwear (disposable ones will do) and a pair of socks, toiletries for cleaning up, massage or aromatic oils for relaxing, makeup for instant touch-ups when visitors arrive, and books or magazines to while away the time.

Your baby also needs some things of his own like a going-home outfit, a warm blanket, cap, socks, and a carefully-installed car seat. You can also pack for your partner or for whoever is going with you to the hospital—a change of clothes, snacks, a fully-charged digital or a video camera, toiletries, and some change or a phone card for making calls.

Knowing what to bring with you to the hospital will surely ease your mind off the smaller things and concentrate on the bigger picture—your pregnancy and the upcoming birth of your baby. You and your partner will have a much easier time when the time comes for you to rush to the hospital.


Tidak ketinggalan, buku rekod yang sentiasa dibawa ke hulu ke hilir dalam handbag pegi ofis pun bawak. So now, are u ready??


17 May, 2010

Moo00ooo...



Amboi syoknya Kakak Syirah baring atas bedsheet lembu. Suka betul.

Mama suka beli bedsheet. Dulu beli yang flowery. Sekarang sebab ada anak, beli yang katun lah, ABC lah. Baru je beli lagi satu masa Sogo warehouse sale. Ni untuk adik pulak (tetiba), sebab nampak cam boyish sikit. Gerammmm..

12 May, 2010

Dulu dan kini - Berbeza

Dulu, mengandung anak pertama, mabuk 1st trimester tak lalu makan.
Sekarang, 2nd pregnancy, mabuk tak berapa teruk. Acceptable.

Dulu, masa mengandungkan Syirah, perut aku melebar ke pinggang.
Sekarang, mengandungkan anak kedua, perut ku tajam ke depan (orang kata).

Dulu, kalau Syirah menendang dalam perut, light-light je tendangnya. Manja gitu.
Sekarang, yang dalam perut ni bukan setakat tendang, korek semua ada. Tak kira masa pulak tu. Memang 'sedap'.

Dulu, mengandungkan Syirah sakit kat bahagian bawah 'tut'.
Sekarang, mengandungkan adik, sakit pinggang.

Dulu, bila scan Syirah, asyik la tutup muka ngan kepit kaki. Sampai ke sudah tak confirm.
Sekarang, bila scan, memang tak malu. Terkangkang seluas-luasnya.

Memang berbeza.

So kalau dah terkangkang, senang la nampak kan. Sudah terang lagi bersuluh. InsyaAllah, yang penting sihat, dipelihara dan elokkan lah perangainya. Amin.

Source: google. camni la terangnya bila scan adik.

27 April, 2010

Adik @ 33 weeks

Sekejap je masa berlalu, rupanya dah 33 weeks pregnancy. Tak terasa sangat kali ni, mungkin sebab 2nd pregnancy. Penat tetap penat, tapi masa cepat berlalu. Mungkin busy dengan kakak Syirah tu yang tak terasa agaknya.

Last week hari Sabtu pergi check-up. Konon-konon pegi dah hujung waktu visit. Kul 12 baru kami sampai (habis waktu visit kul 1pm). Kali ni pergi dengan kawan baikku, siapa lagi - Syirah lah sebab Papa tak balik, kena kerja. Nasib baik PMC dekat ngan umah. Tapi visit kali ni sangatlah memenatkan! Sebab apa? nanti aku citer. Sekarang nak citer pasal perkembangan adik dulu.

Gynae Dr. Tricia kata:

  • Adik sangat aktif
  • Air ketuban cukup
  • Kepala adik dah turun ke bawah
  • Berat adik sekarang lebih kurang 1.8 - 2kg
  • Uri jauh dari luka caesar dulu, so boleh try bersalin normal
  • Jantung ok
  • Overall, semua sihat

Alhamdulillah semua ok. Dr. Tricia tanya, penat tak? Of course la penat doktor oii.. Dia kata tak cuti ke? Oohh sayang nak cuti, nak save untuk benda-benda urgent especially bila dah ada baby nanti macam-macam hal. Dr. Tricia bleh je bagi mc tapi sebab hari Sabtu aku tak mintak lah. Kalau aku pegi hari kerja, aku mintak bila dah ujung-ujung ni lagi lah tak larat :)

Ok sekarang nak citer pasal visit kali ni sangat memenatkan+stress. Kenapa? Sebab kena tunggu turn almost 2 jam lebih!! Huhu..aku dah sakit belakang+montot. Plus menggigil kelaparan. Selalu tak lama camni. Aku suspect doctor ada kes orang bersalin ataupun gynae lagi sorang tu cuti, so patient dia sume pegi kat gynae aku.

Dah pegi kedai bawah, dah pegi melawat maternity wad, dah bagi Syirah tengok nursery. Siap cakap kat dia "nanti adik Syirah keluar, dia duduk dalam ni lah". Budak ni kan tengah tahap membuak-buak soalan. Sampai tak terjawab aku. Tu lah sape suruh bawak. Haha..takleh, kena jawab nanti dia tak tau.

Tak sampai-sampai gak turn aku dah buat banyak aktiviti pun. Ikutkan nak balik je tapi ku bersabar demi Syirah dan adik. Aku tengok Syirah cool je, siap main lari-lari, gelak, senyum. Tak mengamuk/merengek langsung. Lapang dada tengok dia. Haii... dia memang lah kawan sejati Mama yang terbaik. Pegi mana-mana pun, sabar je teman Mama. Walaupun dia tak cakap, tapi tau dia penat. Bukan nak puji tapi memang nak puji anak sendiri pun.. hahaha. Banyak kali tanya dia "Syirah penat? Nak nenen?". Dia jawab "Tak pun". I love u very strong lah.. Mmmuuah. Jom tengok gelagat my beloved best friend ni sepanjang 2 jam lebih di PMC.

Dia pegi kat kaunter nurse, amik semua brochure, amik pen.
Dia main tulis-tulis.

Nampak penimbang, dia timbang berat.
Ada la lebih 10x dia timbang. Sampai nurse sorok penimbang tu. hehe.
Dah boring sangat ni, tapi maintain happy.
Ni tengah nyanyi lagu "ooo kamu ketahuan"
Lepas check-up, beli makanan (tak larat nak masak dah). Balik rumah kami makan, dan terus tido kedebum...sampai petang. Kami kepenatan.

Syirah, nanti bila dah ada adik, Syirah tetap jadi kawan baik Mama. Sebab Syirah good girl. Adik ngan Papa jadi bodyguard kita. Ok?

01 April, 2010

Pimp my wardrobe!

Kenapa entah pregnant kali ni craving nak beli almari. Bukan mengidam makanan tapi almari peginya. Pulak tu bukan almari sendiri, tapi almari anak-anak. Mungkin sebab kesian tengok tempat baju Syirah yang cap Toyogo tu dah tak muat menampung baju-baju Syirah yang semakin banyak. Lagipun adik is on the way, beli almari besar sikit boleh share 2 orang.

Cari punya cari, ini yang berkenan. Cantik tak?



Kakak Syirah yang kreatif lagi inovatif telah menampal toys dia yang banyak tu kat almari. Mama balik keje tengok dah siap decorate ha. Sib baik dia tak tampal yang bukan-bukan, takpun conteng ke..nangis Mama.



Belah atas, Mama susun baju-baju adik. Barut, selimut, towel...oo napkin pun ada kat bahagian belakang. Semua dah siap basuh. Sementara baju masih sikit. Kot dah banyak baju nanti, tak tau nak sumbat mana dah.



Bahagian gantung sebelah kiri, semua baju-baju gaun/blouse kakak Syirah. Belah kanan atas, baju-baju basahan kakak Syirah kat umah. Baju basahan pun macam gunung dah tingginya.

Bawah tu ada ruang lagi, Mama susun seluar jeans ngan beg kakak. Sebelah kanan bawah, barang-barang preparation untuk Mama ngan adik. Segala mak nenek botol, breast pump, pampers adik pun ada. Agak serabut di situ, selagi boleh sumbat Mama sumbat.



Secara keseluruhannya, begini lah rupa interior almari anak-anakku. Mama sangat happy. [Maafkan ibu mengandung, almari anak pun sudah buat saya teruja. Yippe!!].