Advert




Showing posts with label Baju. Show all posts
Showing posts with label Baju. Show all posts

03 August, 2012

Cotton On Kids

Last weekend hari Ahad kami bukak posa kat Setia City Mall, Setia Alam. Shopping complex baru kat Klang #abis lah Papa. Hahhaa...

Sebenarnya nak gi Charles & Keith kat situ nak tengok handbag, sekali belum bukak daa...opening soon on August.  Gile banyak kedai kat Setia City Mall ni. Mata Mama dah bersinar-sinar <-- Papa kata.

Reserve tempat kat Nandos dulu pastu jalan-jalan sambil tunggu waktu berbuka.  Sebenarnya nak citer kat sini ada Cotton On Kids u olssssss... ha mama kau dah menggila kat sini. 

Jom cuci mata!

Antara baju-baju yang berkenan.  Skirt camni Mama suka sangat, sesuai la untuk budak pempuan yang kecik.  Macam penari ballet rasanya. Yang ni sweet gile, yang gaun tu sleeveless lah, boleh pakai ngan cardigan :)




OMG! Kenapa comel sangat baju ni? Siap bagi singlet kat dalam sebab leher baju ni luas sangat. nangessssss tengok kecomelannya



Korang tak tau ke shopping baju budak ni adalah satu stress therapy yang sangat berkesan. Mak-mak mesti tau. Hahaha siap nak buat disclaimer.  Ye ye korang sure paham. Korang pun mak. Baju anak RM70 berkenan..zasss terus amik bayar. Baju sendiri RM50..uii mahalnye, takpelah lain kali lah.  Itu biasa terjadi ye kawan-kawan.

Ok sambung.  Yang ni ranggi sikit.. cantik woi cemana ni.. *mata bersinar lagi*



Ya Allah yang ni mama sangat berkenan. Cardigan ni kaler off-white ada gold dust sikit. Sesuai pakai dengan semua kaler baju. *meleh air liur*




Korang ingat orang dewasa je boleh pakai skinny jeans kalerful?  Budak-budak pun ada tau! Kaler light purple tu cantik, eh pink tu pun cantik.. oren pun...agagagaga...



Dalam banyak-banyak baju dalam kedai ni, baju gaun ni paling mama berkenan di hati tersemat di sanubari gitu. Simple tapi sebab dia lengan panjang.  Pastu rasa macam orang British pulak pakai baju camni. Sweetnyeeeeeeeeeeeeeee.... Suka yang kaler hitam nampak elegant. Pink pun ada tapi boring lah perempuan asyik2 pink.



Berita sedihnya nak bagitau, baju boys memang tak banyak pilihan. Yang ada pun tak berkenan langsung. Sian boys kan..

Mama shopping yang mana? Biarlah rahsia hihihihi. Ok lah Mama nak sambung therapy.  Anak-anak boleh tengok tv, disediakan dalam kedai Cotton On Kids ni. 




19 July, 2012

Sedap mata memandang.

Gamba ada banyak, cerita pun banyak. Tapi takde mood nak berblogging. Plus, rasa keperluan untuk blog kan citer tu dah tak penting.

Btw, sekadar menghiasi blog harini.

Gaun Syirah. Mama terlampau suka baju ni, pusing tempat yang sama 2-3 kali akhirnya Mama beli juga. Syukur Syirah ada rezeki kamu.

Sweet tak baju ni?



01 November, 2011

Saya suka shopping di Sogo, tetapi...

Kelebihannya sebab dekat dengan office so boleh pergi everyday during lunch hour (provided ada duit lorr). Lagi satu kelebihan - sebab baju budak-budak memang banyak choice berbanding shopping complexes yang lain yang aku pernah pergi (Jusco, Parkson).

TETAPI, jangan main terjah je bila ada sales tu. Bandingkan harga dan logik akalnya.

Contoh macam ni:



Takkan la sepasang baju tido harga sampai RM69?  Memang la brand Fisher Price tapi ape ke hal mahal benor? Dia bagi diskaun 70% jatuh harga RM20.70.  Aku beli jugak ye baju ni puan-puan bukan sebab percaya ianya sales gile-gile dan brand dia tu tapi sebab berbaloi lah baju tido sepasang (baju dan seluar) harga RM20. Tapi harga sebelum sale tu agak tak munasabah kot ye nak menampakkan ko bagi sale sampai 70% diskaun kan?

So kalau rasa berbaloi harga untuk sepasang baju tido yang berjenama boleh lah beli. Ini lah rupa baju tido tu, sorang selai untuk Kakak dan Adik. Idok le kain sutera pun, cotton biasa je tapi selesa itu yang penting.





28 July, 2009

3 pasang

Hari tu masa tengah nak bersiap-siap nak keluar, lepas iron baju semua.. susun la atas katil. Senang nanti nak amik pakai. Pastu terdengar Syirah tengah cakap sorang-sorang.. "papa..mama.. iyahh (syirah) nye (punya). Asyik ulang ayat tu je ada lah nak dekat lapan kali. Ingatkan dia buat ape, rupa-rupanya tengah tunjuk seluar jeans yang kebetulan elok tersusun rapi. Maka, mama pun amik kesempatan snap gambo.

Ini lah yang Syirah cakap sorang2 tu. Suar jeans kami.. dimulakan dengan Syirah, Mama ngan Papa punya. Tapi kan, ya Allah apesal suar Mama yang paling besar terutama sekali di bahagian belakang?? Ini tidak adil, seluar Papa kurus selim melim. Nampak sangat yang Mama ni gemokkkkkkk!!


Patut gamba ni diedit dulu bagi suar Mama nampak straight cut giler punye. Tapi takpelah, kena jujur dan sedar diri. Suar Syirah paling comel.. baru beli rasanya (takla baru sgt tapi baru jugak) kat Poney JJ, tapi sekarang dah senteng dah suar tu. Emmm cepat tul budak membesar. Kena simpan lah untuk adik Syirah. Waahh..

01 April, 2009

My Baby Company Set

Mama beli online baju untuk Syirah. Beli kat sini.

Pos ke alamat ofis. Balik tu tak sabor nak test kat Syirah. Tengok la dia punya muka, sikit punya moody. Dengan rambut yang messy tu. Suruh berdiri amik gamba betul-betul pun tak nak. Marah lah tu. Dia tengah sibuk main handphone nak call Papa dia. Mama pulak sibuk nak tukar baju dia. Mau tak hangin....


Ok lah dah test memang ngam untuk dia tapi skirt tu longgar sikit. Syirah kan kurus. Boleh la melaram pakai weekend nanti kalo gi jalan-jalan. Yeayyy... ada gaya pom-pom girl tak? Hahaha.