Advert




Showing posts with label Raya 2010. Show all posts
Showing posts with label Raya 2010. Show all posts

28 September, 2010

Aidilfitri 2010

Walaupun dah nak abis raya...hehe. Apa kata, biarkan saja gambar berkata-kata? hihi..


Breakfast juadah raya selepas balik solat sunat Aidilfitri

"terpaksa la saya tunggu orang makan.."

Kakak menayang beg raya baru
Pasangan pengantin baru tidak ketinggalan bergambar kenangan :P

Ini lah keluarga kami sebelah Klang.
sebelah Kedah tak amik gambo lagi

Bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Opah nangis..

First daya raya selalunya beraya di Shah Alam je,
rumah sedara mara sume kat situ. At Maksu's place.
Sampai tertido kepenatan

Ha amik..penat betul kakak ni

Tahun ni first time beraya dengan 2 orang anak. Agak letih tapi nasib baik kakak dah besar. Adik pun tak banyak kerenah. Kalo ngantuk, dia tido. Alhamdulillah mudah.
Itulah kisah Raya kami di Klang setiap tahun. Takde ke mana-mana. Tahun ni tak balik kampung @ Ulu Yam sebab Opah dan Atuk dah takde... :(

Tahun depan, raya di Kedah pula... insyaAllah kalau panjang umur.

09 September, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin.

Beraya dengan sederhana serba serbi. Paling menyampah orang main mercun meletup kuat giler, so jangan lah main mercun. Semoga bergembira menziarahi saudara-mara, berkonvoi, makan-makan, borak-borak..part macam ni lah yang best kan kalo raya.

Pada yang first time beraya dengan ahli keluarga baru, best kan? Aku pun bertambah lagi sorang. 4 resit zakat fitrah. Jangan lupa tunaikan tanggungjawab membayar zakat.


Salam Syawal semua daripada Azmi, Farah, Insyiraah & Irfan.