Advert




Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

19 November, 2012

Travel Tips With Toddlers on Plane.

Walaupun flight travel Penang ke KL yang mengambil masa 45 hingga ke satu jam perjalanan, tapi untuk travel dengan 2 orang budak tanpa bantuan sesiapa, bukan lah mudah. Cewah.  Papa 'tertinggal' di Penang sebab keje tak abis lagi, maka balik lah kami 3 beranak dulu.

Bagi yang kenal saya ni cemana, benda-benda camni kita jadikan cabaran untuk tengok sejauh mana kemampuan diri kita. Walaupun dah biasa berdikari tapi kalau Syirah sorang ok lagi, ni dengan Irfan lagi nak handle.  Alhamdulillah Allah Maha Besar, selalunya dipermudahkan.  Saya amik langkah 'we just go with the flow' bebeh.


Cuma masa dari arrival hall nak ke gate tu agak jauh.  Dapat gate yang paling hujung sekali.  Kesian gile masa tu dah la pagi subuh, and agak terlambat check-in so terpaksa suruh Syirah jalan laju-laju sebab mama dukung Irfan. Sampaikan dia kata "Mama, iyah dah sakit kat dada ni".  Sian Syirah. Alhamdulillah Mama dapat anak yang senang handle macam Syirah ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sepanjang dalam flight pun, dua-dua sangat behave. Duduk diam je.  Suruh tido tak nak tido pulak tu. 


Beberapa tips yang boleh dikongsikan:

1.  Rancang masa - keluar awal supaya ada masa untuk pergi toilet dan buat apa-apa yang patut sebelum naik flight.

2.  Kalau boleh masa beli tiket, beli sekali seats yang depan. Senang nak pegi toilet and senang nak mintak tolong flight attendants.

3.  Barang yang penting untuk dicapai letak dalam beg sandang (handphone, wallet, ic, pampers, etc).

4.  Bawak toys/buku/jajan untuk attract anak-anak sepanjang perjalanan kalau dorang boring. 


5.   Take advantage dengan flight attendants yang baik hati, manis senyuman dan rajin tegur anak2 kita.  Kita pun kena la berbudi bahasa dengan mereka. Bukan amik kesempatan, at least kalo nak mintak tolong dorang senang. Kalau naik MAS selalunya ok dia bagi selimut, nak suruh dia amikkan air letak dalam botol susu (biasa buat), memang dorang layan kita yang bawak anak2 ni. Kalau AirAsia.. emmm susah sket lah hahahhaa...

6.  Take off and landing - sediakan susu untuk anak2 minum supaya telinga dorang tak sakit.  Kalau yang bfeed tu senang bagi bfeed. Macam Syirah haritu dia kata "Mama iyah pekak ni". So bagi dia air untuk minum.

7.  Kalau travel dekat, tak payah bawak beg banyak so tak payah check in bag. Just bagpack yg kita bawak naik tu je. Sebab nak tunggu bag kita nanti makan masa gak. Tapi kalau kena check-in bag, bawak bag tarik atau bag yang senang untuk handle.  Macam haritu saya bawak troli dan dudukkan anak2 atas bag.  Sebab kalau tak, cemana nak pegang tangan dorang lagi?


8.  Kesimpulannya, just relax dan berdoa. InsyaAllah dipermudahkan.  Anak-anak pun akan memahami :)

Tips ini saya gunapakai untuk perjalanan dekat je lah within Malaysia.  Kalau luar negara, saya rasa memang tak boleh sorang-sorang.  Tak mampu dan untuk keselamatan, agak berbahaya.


24 July, 2009

Tips kecantikan

Di sini suka lah saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk wanita sahaja.

Perkara asasnya tentu lah bedak. Seelok-eloknya memakai bedak sejurus selepas bangun dari tido. Walaupun masih berbaju tido dan mata masih bengkak, itu adalah lebih afdal supaya kita nampak fresh dan cantik apabila keluar dari bilik. So, kaum keluarga akan kata "wahhh kamu ni bangun tido pun tetap cantek". Tentu anda bangga bukan? Tonyoh sampai terpejam mata.




Mata merupakan bahagian terpenting yang dapat menyerlahkan kecantikan kita. Tips kedua yang ingin saya kongsi di sini ialah, pakai eyeshadow supaya mata anda nampak menawan. Kalau boleh, pakai dengan kaler garang dan tonyoh sehabis baik. Nah, kamu pasti tampak anggun.


Tips seterusnya, apa kata anda oleskan sedikit pemerah pipi di kedua-dua belah pipi agar anda nampak sweet. Pemerah pipi dapat membuat wajah anda lebih ceria.


Untuk wajah yang lebih menawan, sapukan lipstik mengikut warna yang bersesuaian. Sambil sapu tu, anda juga boleh berangan yang bibir anda seksi seperti Angelina Jolie, mungkin ia dapat memotivasikan anda seterusnya membuatkan hari-hari anda lebih bersemangat. Pose dulu sebelum pakai lipstik..

Tak lengkap penampilan seseorang kalau badan berbau. Untuk itu, semburlah sedikit haruman bagi menambahkan keyakinan diri anda.



Ringkas dan mudah. Jangan lupa untuk mencuba ya. Semoga berjumpa lagi!

06 July, 2009

Melarang tanpa berkata TIDAK

Untuk kaum ibu dan isteri sekalian, mengajar toddler yang berumur setahun setengah ke atas ni memang mencabar. Umur macam ni lah dia sangat cepat mengikut percakapan dan tingkah laku orang dewasa. Memang bahaya kalo nak cakap something yang kasar atau buat perkara yang pelik (pelik?) depan toddler ni. Dia absorb macam span. Macam dalam rumah aku, semua orang dewasa, Syirah satu-satunya budak kecik. Korang boleh imagine lah betapa 'matured' nya Syirah ni.

Satu lagi nak share, penah baca satu artikel tentang gunakan perkataan-perkataan positif dengan anak-anak yang sedang membesar. Kalau boleh perkataan negatif semua ditukarkan menjadi positif. Contoh: "tak boleh panjat" ditukarkan "kalau adik panjat, nanti jatuh". Elakkan guna 'tak boleh' , 'jangan' dan lain-lain.

Mama-Syirah ni sukalah nak berkongsi sedikit perkara yang baru dipraktikkan iaitu, bila kita melarang tanpa berkata NO/TIDAK. Tapi ni untuk anak-anak dah setahun lebih la, sebab time ni dia dah paham cakap kita. Kalo setahun ke bawah tu cakap camne pun still belum faham. Baru-baru ni je Mama-Syirah realize yang lebih mudah explain dengan baik dari kita cakap "Syirah..NO!" Ok lah contoh satu situasi begini. Setiap pagi, memang nak kena bawak Syirah round 1kali kat kawasan rumah before Mama pegi keje. Kalau tak, dia akan menangis gila2 punya. Satu pagi ni, lepas bawak dia round sempat berpesan "Lepas ni Syirah dok umah ngan Opah jangan nakal-nakal ye. Mama nak gi work, cari duit. Nanti nak beli baju Syirah, mainan Syirah". Lepas tu automatically dia angguk dan faham, siap bye bye lagi Mama nak gi work. Macam tak kisah je. Hari-hari berikutnya, bila cakap "mama gi work ye", Syirah terus sambung " li aju..ampers...(beli baju, pampers). Kan mudah tu?

Lagi satu situasi nak share, dengan budak2 ni tak boleh nak rampas je barang dari tangan dia. Kena guna la soft skills sikit. Hari tu Syirah pegang lidi tajam, kan bahaya kan? Mama pun cakap elok2, "eiii nanti lidi ni kalau Syirah bawak lari, cucuk sakit..berdarah". Terus dia bagi lidi tu elok-elok rather than dia lari dari kita tak bagi kita amik.

So kesimpulannya... explain baik-baik, anak-anak akan faham. Kita ajar sebab dan akibat. Ok itu saja segmen Sharing is Caring untuk kali ni. Semoga berjumpa lagi! Daaaaaa...

15 April, 2009

Tips anak tido awal


Wwowowo tajuk macam Paediatrician mana lah yg nak bagi ceramah ni. Bukan ape, ramai kengkawan ofis mahupun bukan ofis yang tanya "Syirah malam selalu tido kul bape?". Jawapan aku "Kul 8.30pm, paling max leh consider 9pm". Replied by others "huii awal nya.. " atau "bagusnye dia tido awal" dan lain-lain.

Aku bukan lah terer pun, anak baru sorang ye puan-puan. Tapi berbesar hati lah sangat nak share camne Syirah leh tido awal.

1. Kena start seawal baby lagi -Syirah memang dari 3 bulan i.e. lepas pantang dah tido ikut time yang tertib. Malam pun dia bangun sekali sahaja. Alhamdulillah. Waktu tido ni hari2 kena konsisten takleh ubah supaya dia tau waktu-waktu camtu ialah waktu tido.

2. Kena strict - kita sebagai parents kena strict sikit lah. Jangan diikutkan sangat anak tu main sampai pukul 2-3 pagi. Boleh nak main tapi ada had nya. Macam aku lah kan, sampai umah pun dah pukul 7.30pm.. ni lah time nak peluk2 gurau2 ngan anak. Masa yang sikit tu lah peluang untuk main2 ngan Syirah, borak2 semua pastu terus tidokan dia. Kalo Syirah nak keluar bilik pun tak bagi ape tah lagi nak mengangkat kepalanya dari bantal. mUahahha...

3. Jadikan rutin - Hari-hari tido time tu. Tapi masalahnya kita ni kan nak gi jalan lah, makan luar lah, shopping lah malam2 buta tu. Tu yg anak2 tak biasa sebab tak rutin. Itu sebab jugaklah kalo kawan2 ajak kuar malam memang No No jawapannya. Sorry sangat2. Penah sekali dulu berbuka posa (berbuka sure lah malam kan) dengan kawan2, kelam kabut je nak balik cepat. Itupun Syirah dah tertido dalam stroller pukul 8.30 pm. Sampai umah dah 9.30pm terus boom atas tilam. Tapi kalau perlu/terpaksa, sekali sekala takpelah. Mana tau ada kenduri malam ke, wedding malam ke. Kan. Trivia: percayakah anda Syirah tak pernah keluar malam, paling malam pukul 9.30 pm? Kesian anak aku.. takpe tunggu besar ye.

4. Suasana bilik - tido mesti nak gelap kan..takpun suram gitu. Pastu kita senyap lah. Takya la pasang tv pulak. Tapi selalunya aku time baring2 nak tidokan dia tu, cakap2 lah sikit kadang nyanyi2 kecik ke..lama2 dia ngantuk. Maklum la suara mama dia tak sedap.

Itu lah sikit sebanyak yang aku praktikkan. Tapi yang paling senang rasanya, jadikan rutin je lah waktu tido tu. Nanti kita tak ajak tido pun dia yang ajak kita. Macam dialog ni "mama..babam..mama babam" sambil tarik tangan kita pastu buat suara sedih sgt. Tu Syirah lah tu dah ngantuk.

Ni aku quote from majalah Pa & Ma:-

Adalah penting untuk memastikan si kecil mendapat tidur yang mencukupi. Hasilnya supaya si kecil ceria dan bertenaga. Manakala kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan berasa letih dan mempunyai masalah perkembangan dirinya termasuk menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian dan memahami pembelajaran, bahkan dia dengan senang membuat ragam.

Lagipun, bila anak tido awal..senang kita nak buat kerja lain. Keje ape? Korang jangan pikir bukan-bukan ye. Ni mesti otak dah pikir lain ni.. nampak kuning je tu. Kerja lain contohnya basuh kain ke, masak dinner untuk husband ke. Aku sebab nak tengok tv dengan aman tanpa gangguan. Hahha..kalo Syirah ada mana dapat nak concentrate.

Harapan memang lah tinggi. Kita buat lah yang terbaik. Harap-harapnya bila Syirah biasa tido awal dan tak biasa keluar malam sampai ke besar. Tak lah susah hati Mama nanti.. maklum la anak dara. hehhee..