Advert




30 April, 2008

Hampeh

Dear Farah
I am pleased to attach the ADMISSION TICKET & INVOICE for the
THE EXTRAORDINARY NATIONAL CONFERENCE FOR SECRETARIES,
PERSONAL ASSISTANTS & ADMIN PERSONNEL on
24-25 April 2008 at Parkroyal KL
Please choose 1 gift from the list attached.


Kena gi course 2 hari seperti di atas.

Sangat mengujakan dapat larik dari ofis jap. Tajuk kursus tu gah kan? Extraordinaray beb! Tapi hasilnya..ado!. Walopun dapat free gift iaitu handbag Carlo Rino (sah-sah dah kira sekali dalam fee), tapi course content aduii yaii. Ada la sorang dua speaker yg ok. Overall, banyak wat benda bodoh-bodoh je. Suruh lompat-lompat, cam badut pun ade. Aku takmo pegi lagi any course organise by this company! Boring gile amat. Blacklist!
Tapi sempat gak posing ye adik-adik. Credit to Kak Ila yg baik hati.

Comel tak? :P

22 April, 2008

Syirah demam

Last two weeks Syirah kena diarrhea. 1 hari sampai 5-6 kali dia poo poo. Risau nye. Dok kat ofis pun sekejap2 call mak kat umah tanya condition Syirah.

Bawak gi SMC, jumpa paed dia, Dr. Ho. Dr. kata kena tukar susu yang bukan susu lembu. Dr. bagi 1 tin susu Dumex rumusan khas. Syirah minum 2-3 kali still gak berak2. Sampai dah merah2 dah montot dia. Syirah ni pulak sakit pun diam je. Tak nangis. Baiknya anak Mama. Pastu try lak susu Isomil (soy based) sebab Dr. Ho kata time baby kena diarrhea, seeloknya bagi susu yang bukan susu lembu. Nasib baik Syirah nak, dia minum 1 tin kecik tu abis. Pastu dah tak berak2.

Seminggu jugak dia diarrhea pastu dah ok, demam pulak. Ni sure jangkit dari Mama. Memula aku yang demam dulu konon makan ubat cepat nak elak kena kat Syirah tapi dah tido sama, sian Syirah terjangkit jugak. Panas badan dia. Malam2 tido pun tak lena. Kami berdua le.

Then gi SMC lagi, dapat ubat demam ngan antibiotik. Dr. Ho kata memang musim. Alhamdulillah sekarang Syirah dah sihat. Tak best kan anak tak sihat. Susah hati. Selalu dia bising dan hepi je, bila demam? Senyum pun tak.




Senyum pun takmo

08 April, 2008

Baby's Day Out 2

Weekend lepas Papa balik. Time ni la nak bawak Syirah gi tengok dunia luar. Sian dia weekdays Mama keje dok umah je. Memula gi SMC dulu bawak Syirah cucuk. Dia ok je, tak nangis pun. Hari Sabtu punye la ramai orang. Tensen.

Lepas tu kami pun pikir2 nak gi mana ye. Mama suggest gi Subang Parade, lama dah tak gi sana. Leh la gi Toys r Us nak tengok menan Syirah. Hehehe. Plan baik punyerrr. Dah lain rupanye Subang Parade. Banyak kedai. Big Apple pun ada kat sini. Yummy!!

Papehal pun isi perut dulu. Makan kat Pizza Hut sebab Papa ngidam. Hehe. Syirah ni bising je time Mama tengah makan. Suapkan mushroom sup baru diam.

Bestnyee gi jenjalan walopun tak beli apa tapi dapat la spend quality time ngan Papa & Syirah. Kita enjoy! (ala-ala Nora Danish).

Finger liking good!

Tugas menolak stroller, kita serah pada yang pakar. Hehe..thanks Papa.

Tumpang posing je, tak beli pon

30 March, 2008

Bumbo Seat

Pikir punya pikir, akhirnya decide nak beli bumbo seat untuk Syirah. Tengok cam best je. Senang nak bagi Syirah makan nanti. Pastu takde la dia terlentang je tengok orang lalu-lalang. Bumbo seat ni leh guna untuk baby seawal 3 bulan, iaitu untuk baby yang belum pandai duduk sendiri. Baca ni:

The Bumbo Baby Seat is a snug and cozy environment for your baby. This revolutionary infant chair is uniquely designed according to the baby's posture. The Bumbo enables babies to sit upright all by themselves! Bumbo Baby Seats are suitable for babies from as young as six weeks (or as soon as they can support their own heads unaided) to an age of approximately fourteen months.

This
award winning infant chairis manufactured to the highest safety standards from low-density foam material, which makes it lightweight and portable. It is soft and comfortable for the baby, safe, hygienic and nontoxic. The integral outer skin of the material is durable and easy to clean.

The
Bumbo Baby Seat is versatile and can be used safely and conveniently anywhere on any level surface, and is definitely the extra set of hands you have always been looking for - the perfect gift for that special occasion.

The Bumbo does not require any uncomfortable straps or fasteners. It is designed so that the baby's own body weight keeps baby in place and gives a wonderfully new way to ensure maximum interaction and enjoyable communication with your child.


Survey kat banyak tempat gak, cari yang ada sale. Harganya dalam RM200++ with tray. Alhamdulillah rezeki Syirah dapat RM179.90 sekali dengan tray beli kat littlewhiz. Beli awal sementara Syirah belum pandai nak bangun ni. Kalo lambat kang buat rugi je beli sebab dia dah pandai nak merangkak keluar dari seat tu.

Ni aksi-aksi Syirah duduk dalam bumbo seat. Hehe..
















Poyo kan?

20 February, 2008

Yes! Berjaya!

Selepas beberapa percubaan, akhirnya Syirah telah berjaya. Congratulations on the job well done, my dear!

Uh uh.. susahnye

Iyahh. lagi sikit je..


YES!

12 February, 2008

Baby's Day Out 1

This is the first time bawak Syirah kuar ke shopping complex (yang real punye). Dulu penah bawak masa umor dia 50 hari iaitu bersamaan masa aku dalam pantang. Hehe. Time tu Syirah menjerit-jerit so tak sampai 1 jam kat shopping complex terus blah. Ape da mama pun satu, budak kecik baru tengok dunia dah sibuk bawak ke luar. Padan muka.

So sekarang Syirah dah besar sikit nak practice dia gi jenjalan kat luar senang nanti Papa ngan Mama. Practice dok dalam stroller so far dia ok. Tapi takleh lama2, Syirah ngamok. Papa ngan Mama nak makan pun tak sempat. Its ok, lenkali try lagi.

Jom Mama.. Syirah dah ready ni.

Papa yang tengah marah Mama sebab tak pegang stroller elok2..huhu

Dua beranak yang terdampar keletihan balik dari berjalan

25 January, 2008

Bila Syirah 3 bulan..

Sibuk sejak dah jadi Mama ni. Baru anak sorang, belum ramai lagi. Balik ofis nak cepat je sebab rindu nak tengok Syirah. Pastu nak basuh baju, tidokan Syirah. Nasib baik malam Syirah bangun 2 kali je nak minum susu pastu dia tido balik. Pandai anak Mama. Syirah still breastfeed lagi sekarang. Mak kata, asal petang je dia takmo tido tercari-carik nenen. Sian dia. Balik umah je apalagi berdesup la aku tukar baju pastu menyusukan dia. Tapi best la pengalaman breastfeeding (BF) ni. Tak semua orang boleh dapat. Nanti la dalam entry lain aku citer pasal kebaikan BF.

Syirah dah banyak buat benda baru dan Mama pun banyak belajar benda baru. Antara achievement Syirah setakat ni:
  • Dah pandai gelak besar

  • Pandai pandang camera macam ready je nak amik gamba

  • Pusing-pusing macam nak meniarap

Oh manisnya senyuman mu



Mama dera Syirah baca buku.. haha



Mata besor pastu pantang nampak camera