Advert




Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

30 October, 2013

Weekend Getaway @ Putrajaya

Lambat update citer jalan-jalan Putrajaya, sebab camera dslr tu hilang. Banyak gamba2 dalam tu tak sempat save. Umah kami kena masuk pencuri haritu. Malas nak citer. So ni gamba2 yang ada dalam iphone mama je.  

Suami ku dan papa budak-budak ni selalu busy, so bila dia ada cuti tu dia suka bawak anak-anaknya tido hotel. Tapi hotel dekat-dekat sekitar Lembah Klang je. Kami dah biasa buat gini sebab nak travel jauh penat lagi, makan masa lagi. So biar lah dekat tapi quality time bersama anak-anak tu ada, begitu lah konsep yang cuba diterapkan. Wahh hahaha

Kali ni kami pegi Putrajaya lagi. Dulu dok Pullman, kalini dok kat Shangri-La. Nak cari hotel kat KL, sama gak hiruk pikuk nya kan. Nak lari dari situ, yang paling hampir Putrajaya je lah. Dekat dan aman. Alhamdulillah. Opah, Mak ngan Ucu pun ikut.


Entrance.. 

Sementara tunggu Papa check-in, posing dulu.


Menyusuri lorong dengan pokok-pokok untuk ke bilik kami


Depan bilik ada sofa-sofa untuk lepak, rasa macam dalam hutan lah feelingnya

Anak-anak kita ni kalau pergi hotel, excitednya satu macam. Padahal bilik hotel-hotel lebih kurang sama je kan. Masuk je masing-masing melompat, tempat 1st yang akan dituju tentulah katil sambil cakap "waaa bestnye tilam ni" hahaha.. Kita pun happy nye tengok anak-anak happy macam tu. Walau tak jalan jauh pun.



Pastu, benda kedua yang akan ditanya "mana pool". Tak sabar nak mandi.  Kami pergi on weekend, tapi tak ramai orang. So pool tu buat macam pool sendiri. Happy sangat lah tu.



Mama pemerhati je. Nasib baik ada Mak ngan Ucu, boleh lah tolong layankan. Infiniti pool.



Malam tu kami naik Cruise Putrajaya sebab ada pertunjukan bunga api.  Kami pun tak plan, masa check-in kat hotel, pihak hotel yang tanya nak tolong belikan tiket. So kami on je. At least ada la chance anak-anak dapat tengok.  Tiket dan shuttle pihak hotel uruskan, so kami tinggal turun kat lobi pukul 8.30pm. Van hotel dah tunggu untuk bawak kitaorang ke sana.  Kalau pegi sendiri, jem yang teramat malam tu! Alhamdulillah dipermudahkan, van hotel bawak kami masuk laluan VIP (sebab Cruise Tasik & Shangri-La ada link), sekejap dah sampai.




Best gile dapat tengok bunga api dari dekat lepas tu macam-macam design. Malam yang kami tengok tu dari negara US. Tetiap malam (seminggu kot berlangsung) pertunjukan dari lain-lain negara.  Rasa macam percikan bunga api tu nak datang atas kapal kami, cantik sangat. Dalam 1 jam show tu, Irfan memang tak bergerak dari mula sampai sudah tengok. Syirah pulak tak suka, panas katanya. So dia tengok sekejap pastu dia masuk dalam cruise. Puteri sangat. 

Kami punya cruise memang tengah-tengah tasik. Sekeliling tepi tasik punya ramai umat manusia tengah dok tengok bunga api jugak. Termasuk atas jambatan.  So bila cruise kami lalu, macam VIP sangat rasa. hahahahha...







The next day, breakfast time.  


Opah jalan-jalan sekejap lepas breakfast. Building Shangril-La biasa-biasa je, macam bangunan biasa. Tak begitu seni dan pada aku tak cantik dan biasa untuk sebuah hotel 5-star.   


Nak balik dah....

Alhamdulillah, weekend getaway yang sekejap tapi best sebab dapat lari dari buat keje2 umah dan tumpu pada anak-anak. Hahha... yang penting? Anak-anak happy!



19 July, 2013

Shopping raya sebelum puasa.

Salam.

Hari Selasa, sehari sebelum kita puasa tu Papa ngan Mama cuti. Papa cuti sebab baru balik dari outstation, Mama pulak sebab kakak ada program Jom ke Masjid.  Memandangkan halfday je program kakak dan papa pun dah janji nak bawak shopping raya sebelum ramadhan, maka kita lunaskan hari tu. Konon-konon lah kan dapat melunaskan hihihi... knowing mama ko ni kalo pilih barang tak tentu terus beli. Makan masa, tak caya tanya papa ngan auntie Ila hahahhaa

Mama respect orang yang boleh pegi kedai, pilih-pilih kenan terus bayar. Ok je. Senang je. Kalau lah mama boleh jadik camtu. Masalahnya tak boleh.  Mesti lama and tak puas hati, nanti pergi lain kali bla bla...huuuu

Adik siap-siap dok dalam stroller, sebab mama dah bajet time dia nak tido kejap lagi.  Kakak rajin nak tolong tolak.  Kat Setia City Mall ni, banyak kedai. Sebab nak gi H&M sekali..baju budak2 situ not bad.



Apa-apa hal, isi perut dulu. Just nice sampai tu lunch time.  Tengok balik gamba makanan time bulan posa ni memang lah mengundang perut berbunyik. Nyum nyum...Delicious! Makan kat Delicious.



Saya antara salah seorang manusia yang sebelum makan, pasti amik gamba makanan. Hahaha.. Eh, tapi takpe, saya ada geng. Suami saya pun begitu juge. Tak menahan laki ku amik gamba steak dia. Tapi dia kadang-kadang je lah, yang selalu tu saya yang buat.  *tutupmuka*



Anak-anak share makan fish n chips. Lapa ye...sian.



Aktiviti wajib.  So memang dah prepare duit syiling sebelum pegi...



Alhamduilllah dengan rezeki yang ada, dapat lah beli secara sederhana apa yang perlu. Untuk anak-anak je lah yang lebihnya, papa mama selai pun jadik lah.

Tapi itu pun, tak dapat semua untuk anak-anak. Kena pergi Sogo gamaknya..hahaha kan dah kata Mama ko memang camni.  Lagipun sian kat Papa dah tak larat nak ikut, dah la dia baru sampai dari Kedah. Thank you Papa belanja shopping. Untuk anak-anak papa jugeekk.


06 June, 2013

Syirah dan kawan-kawan beriadah.

Trip tadika Syirah ke taman riadah.  Dah lama jugak trip ni baru teringat nak update. Gamba semua pinjam dari FB Tadika Intan Bestari.  Pinjam ye..(thanks anak Cikgu Sandra yang rajin snap gamba dan juga pembaca blog ini hewhewhew)

Mula-mula nak berangkat baca doa naik kenderaan dulu. 




Dah sampai tu beratur dalam kumpulan supaya senang ingat kawan-kawan dan anak-anak tak hilang.  Suka sangat tengok anak-anak macam ni kan... tenang jiwa. Rasanya kalo ada duit nak bukak taska lah.. keje hari-hari tengok kanak-kanak ni bahagia rasanya.



Bersenam.  Mama spotted Syirah, there... hehe



Semangat. Suka lah tu dapat keluar sekali-sekala. Tak lah duduk dalam kelas je.



Tujuan trip ni ialah untuk mendedahkan anak-anak dengan alam sekitar dan hargai makhluk ciptaan Allah di sekeliling kita.  Ni tengah tengok semut agaknya. Semut bawak makanan. Kagum sungguh lah tu.  MasyaAllah.. cakap camtu.



Sorang satu kutip daun.. ni kelas lain ni bukan kelas Syirah.



Alhamdulillah thanks cikgu-cikgu sudi bawak anak-anak kami semua ni. Balik tu dia pulak lah mengajar Mama daun itu, ranting ini, bla bla.... kita dengar je lah dengan tekun dia bersemangat citer. Hehhee...

02 May, 2013

KL Bird Park.

Ini kisah lama haha.. baru nak update. Sebab gamba2 dalam camera godang. Nak bukak lappy yg save gamba ni makan tahun. Jadi mari lah kita share sementara ingat.

Sampai-sampai je Papa ajak lunch dulu.  Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Hehe..makan siap-siap kat Hornbill Cafe kat luar tu supaya bertenaga untuk explore kat dalam nanti, ecewah!

Mama ko sibuk nak snap gamba makanan..anak-anak dah tunggu nak makan heh



Syirah nak pakai tudung.. bagi lah kan takkan tak bagi. Practice.  Jalan sama-sama dengan burung merak yang eksen.



Burung merak ni asik ikut kami je sampai jauh dia ikut. 



Suka tengok gelagat binatang ni, kelakar tau. Yang ni pun bila orang nak amik gamba dia mula buat aksi mengepak. Kalo tak elok je duduk diam, tau plak orang nak amik gamba dia hahahaha..


Sesi pembelajaran..



Syirah dah mintak bukak tudung pulak, mama tak bagi tapi dah berpeluh-peluh kan. Kena lah pesan kalau nak pakai, pakai betul-betul. Ni kejap bukak.  Sempat la berenti ikat rambut anak jap. 



Ha dah kepenatan mama korang. Adik syok la dok dalam stroller. Tapi respect kat kakak. Nampak je kurus tapi aktif kemain tak penat langsung. Bukan jalan, siap berlari je keje. Alhamdulillah sebab walaupun cuaca panas tapi dalam tu penuh pokok so lalu bawah pokok redup je. Lama kot kami kat dalam tu memang betul-betul explore lah.. semua tempat kami pegi.







Anak-anak happy.. Mama pun happy untuk kecayangan-kecayangan.



Get ready nak tengok bird show pulak.



Pandainyeee dia..susun blok ikut kaler..



Pastu trainer tu panggil volunteer untuk tolong buat sama-sama satu game.  Mama suruh Syirah pegi. Dia angkat tangan, dia turun. Wah berani jugak anak dara ku. Ini lah masanya nak test confident level dia. 



Tapi hampa. Kesian. Kecik sangat, meja tu tak sampai tahap kepala dia so tak boleh tolong jadi volunteer. Its ok. Next time ye kakak!



Dari kul 12.30 sampai kul 3.30 kami kat dalam tu...keluar dari situ Papa ajak anak-anak dia makan ice cream pulak dekat Hornbill Cafe jugak.

Dia tak tau anak-anak dah ngantuk... sampai gini sekali. Makan ice cream sambil tido. Boleh?? Hahha irfan...irfan...



Gamba wajib kalo pegi KL Bird Park. Hehehe.. ada 8 ekor burung semuanya. Burung betul tau... nasib baik tak kena berak...hahhaha.  We enjoyed ourselves...especially anak-anak lah kan.  Yeay!




11 April, 2013

Masa Earth Hour aritu..

Sebenarnya tahu akan ada earth hour tapi lupa tarikh tak tau,  kikikii nampak nau tak amik pedulik.  Sebok kan earth hour, dah memang bumi dah tua. Pendek kata, dunia dah akhir zaman. Buat la amal banyak-banyak, sebok kan earth hour buat pe. Tetiba emosi kan.

Ni dinner kami pun terpaksa pakai lilin makan dalam gelap  kat Nandos, Setia City Mall.  Aku tengok kedai-kedai lain kat luar (bukan kedai makan) elok je pasang lampu. Menggelabah betul. Aku dah cakap dengan Papa "ni kalau anak2 tercekik ke terbako ke kertas atas meja ni, siap lah!"   Haha punya tak menyokongnya.  Am sowieeeee..



Suka pegi Setia City Mall ni malam sebab ada colorful fountain menari-nari. Anak-anak leka tengok ni, mama pun sama hahhaha...Best lah tak caya pegi sendiri.



Mereka yang happy.



04 April, 2013

Fish & Co. @ Paradigm Mall.

Kisah makan lagi ye kawan-kawan. Hehehe..jangan mare

Tulang ikan sebagai pelapik pinggan. Comel kan?


Mulanya Papa nak pegi kedai paintball untuk repair senapang (kot?) dia. Papa kan ada bisnes kecil-kecilan di kampungnya ada pusat paintball.  Kami ni ikut je lah, tak tau pun kedai paintball tu kat mana.  Ooo rupa-rupanya dekat ngan Paradigm Mall.

Pastu "papa papa..pas gi kedai paintball gi Paradigm Mall boleh?"

"ape tu? kat mana?"

Blerghhh..

Pegi makan je pon. Kat Fish & Co. Tak penah lagi makan kat sini.



Antara restoran yang bagi color & kertas untuk kids.  Selain Chillis.  Antara ciri-ciri restoran yang saya suka. Bagi budak occupied dan tak buat hal. Of course lah dapat belajar jugak. Kadang kat kertas tu dia suruh color and bagi puzzle.

Restoran ni macam Manhattan Fish Market sket. So maybe akan masuk list Papa's favourite.


Papa order mushroom sup. Sedap gils kot. Pastu tak cukup sebab dia suap anak-anak. Anak-anak nak lagi. So order lagi semangkuk. Cuma nak cakap, sorry lah gamba tak amik. Thehehhee..

Papa makan fish platter.  and tambah side order - mussels. Papa kata sedap. Gamba courtesy of Google.



Mama punya. Baked cheese rice. Cucuk mussels kat atas. Nasik dia macam tasteless. Tapi yang cheese tu macam makan pizza, sedap.



Irfan dah tertido. Nasib baik seat macam sofa tu. Boleh la baring. Alhamdulillah. Kenapa ntah dia mengantuk sangat padahal baru pukul 12. Maybe malam sebelum tu tido lambat. Sian Irfan tak abis makan lagi.  Dia kan suka makan. Tertido mulut masih comot lagi ^_^



Overall, makanan kat sini varieties jugak. Rasa ada yang sedap, ada yang biasa. Harga, murah sikit dari Manhattan Fish Market.  Sila lah cuba. Okbai.