Advert




Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

04 February, 2013

Hadiah Anniversary ke-6 untuk Mama.

Saya adalah sangat happy tetapi malu.

Thank you suami ♥♥


30 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya (2).

Maaf lah ye baru nak sambung episod ha.. iklan bertahun hehehe...

Papa sampai lambat dari Cherating, dah dekat kul 9 malam. Kami bertiga beranak dah kelaparan.  Terus Papa ajak dinner kat restoran dalam hotel je.  Food wise biasa-biasa aje, harga standard hotel lah.. mahal kan.  Tapi portion besar.


Alhamdulillah, kami dapat complimentary anniversary cake dari pihak hotel.  Sedap bangat fruit cheese cake nya.  Kek ni actually petang tu pihak hotel dah hantar kat bilik.  Malam tu baru kami celebrate anak-beranak dalam bilik.


Amboi muncung Mama yang paling tajam.. beria nau..Semoga rumahtangga kita kekal bahagia dan dirahmati Allah hingga akhir hayat.  Gaduh tu biasa lah nak wat cemana..kalo tak gaduh takde la perkataan PUJUK dalam kamus. Kan kan.. kalo tak pujuk cemana nak manja, kalo tak manja cemana nak dapat hadiah..eh lelebih plak...


Mama takde idea and duit pun tak berapa nak ada, so itu je lah yang mampu bagi kat Papa.  Kasih sayang je mama bagi k Papa? haha


Pagi tu, anak-anak tak mandi lagi dah turun breakfast.  Budak-budak takpe jangan mak bapak budak tak mandi turun breakfast tak senonoh sangat rasanya.


Lepas breakfast, menggelupur nak mandi pool.  Sebab apa tau, pool sama level dengan bilik kami.  Keluar masuk memang akan melalui pool tu yang tak menahan tu. Pool kat atas... so nampak building lain di sekitar hotel.



Papa tengah melayan anak-anak mandi. Cantik kan building hotel ni..



Manakala Mama melayan feeling sambil kaki melunjur atas kerusi malas berpayung putih. Gitewww...





Lepas bersiap dan check-out..kami jalan-jalan dalam hotel sebelum balik.



Main kat tepi tasik buatan..


Bye-bye Pullman. Tak cukup 1 malam rasanya.. Papa nak tambah lagi 1 malam tapi mama yang tak nak.. takpelah maybe next time.  Till we meet again. Begitulah cerita bulan madu kami yang ke-6.  Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas nikmat kurniaNya.


Info:  saya book hotel online through asiarooms.com 3 hari sebelum. Dapat harga RM320 incld. breakfast. Price may vary depends lah ye...

22 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya.

Memang menjadi kebiasaan tetiap tahun kami akan celebrate wedding anniversary kat mana-mana hotel selalunya yang dekat-dekat aje.  Yang penting tak nak kat tengah-tengah bandar. Tahun ni plan nak jauh sikit, tak la jauh sangat paling jauh ke Colmar Tropicale je cadangnya tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami memilih Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. 

Alhamdulillah rupanya pilihan Mama tepat. Poyo tak. Hotel ni jauh dari hiruk pikuk bandar walaupun kat Putrajaya, dan berhampiran ngan PICC.  Yang penting, ada tasik by the side of the hotel.  Konsep hotel ni (bangunan) bertemakan etnik Melayu, India, Cina dan Borneo.

Kisahnya, mama drive sendiri dari Klang ke Putrajaya dengan dua orang kenit ini.  Papa last minit kena attend meeting kat Cherating dengan bos dia.  So sebab hotel dah book, kena lah pegi jugak hari Jumaat tu check in. Papa bila habis meeting sampai Jumaat tu baru bos dia hantar terus ke hotel Pullman.  Allah Maha Besar sepanjang perjalanan dipermudahkan, paham-paham la jalan kat Putrajaya ni one way je.  Perjalanan mama ngan anak-anak smooth sailing dari Klang ke Putrajaya tanpa sesat! Hehehh...cayalah! *muka belagak idong kembang kempis*

Dah sampai. View sekitar hotel sangat cantik. Anak-anak kat luar pintu lobi hotel. 


Ini konsep Borneo kot?



Irfan kat tepi pool ikan-ikan banyak sangat. Ni of course konsep bangunan etnik Cina. Kawasan hotel luas memang jenuh gak nak berjalan.


Lepas tu, jalan-jalan tepi tasik.. scenery mendamaikan.. walaupun tasik buatan tetapi SubhanAllah cantik.



Alah alah alah..suka tengok gamba ni. Macam sweet je. Beria dua beradik ni berborak meluahkan isi hati kew? Hahahhaaa



Dah penat jalan-jalan, tak masuk bilik lagi ni lepas check-in tadi. Beg pun tak amik lagi ada kat bell boy hahahha selamba tinggal. Ok jom naik bilik! Yabeda beduuuu..


Bilik tak besar sangat, just nice kata omputeh.  Yang best, ada jakuzi dalam bilik! Aku ni kalo pilih hotel, kalo boleh dalam hotel nak carpeted.  Takmo lantai je nanti sejuk nak pijak pastu kalo kena tido bawah, tak sakit sangat badan.

Ewah... kemain lagi anak-anakku posing.



Mama pun apa kurang nya... hahahhahahhaa bagi chance lah woi


Jakuzi tepi katil.. tepi tingkap. Kalo honeymoon sila tutup tingkap tu kot nak mandi naked suami isteri pun ape ada hal. Yang ni anak-anak je lah naked mandi hahahha


Irfan tengah intai mama. Suka la tu. Happynya tengok anak2 happy. Time ni Papa belum sampai. Mama layan tv kaki melunjur atas katil sambil makan mister potato tgk anak-anak mandi jakuzi. Walahhh.....nikmat.


Dah letih mandi, bagi susu.... tidoooo.

To be continued...



11 December, 2012

Dating.


Amboi syoknya dating berdua beradik nampak?


Nomnomnom...dating kat Asiari, SACC Mall Shah Alam.  Vietnamese food.



Cerita lama terpendam ni, rambut Irfan pun masih panjang lagi time ni.  Makan aiskrim kemain suka.



Buai laju-laju..saya nak kawen dengan anak raja. Hahahaha...



Kami dating ^_^ 

Happy 6th Anniversary, Papa.  9/12/2006.  Semoga rumahtangga kita sentiasa dalam rahmat dan rezeki daripada Allah swt.  Amin.



26 April, 2012

10th Anniversary.

Happy Anniversary yang ke 10 untuk saya dan tempat saya bekerja. Bravo!  Tak sangka kekal lama kat sini. Cewah macam la sebelum ni penah job hopping. Di sini lah tempat pertama aku bekerja (yang betul2 bekerja) selepas grad.  Dan mungkin terakhir.

Gamba tidak mengikut turutan tahun. Belasah je lah eh. Gamba pertama ni dengan the very big boss kat satu event.

Tengok, tengah minum pun ada orang amik gamba. Ko ade? Haha. Maklom la masa ni anak dara lagi. Ramai yang memerhati *uwekk muntah kalerful*

Kurus lagi masa ni,  Hahahaa..start keje 22 April 2002. Debar gile. Tempat keje besar kan, tentu lah berdebar.



Dengan kengkawan department kat majlis lain.



Paparazi amik gamba lagi. Pastu leh lak mintak "eh nanti ko email gamba tu kat aku tau". Kahkahkah.. Mula2 masuk keje kat department ni, dah masih berada dalam department yang sama. Emm..


Tetiba plak gamba tengah buncit. Masa ni tengah pregnantkan Syirah. Sama dengan Kak Qish, kawan baik dalam department.



Sebab apa susah nak keluar dari department ni? Sebab kengkawan. Kengkawan satu department yang sekepala..yang jarang nak berdengki. Susah kalau pegi keje tapi tak seronok dengan orang sekeliling kan. Walaupun tak puas hati dengan bos ke, supervisors ke tapi yang penting kita ada kawan-kawan yang baik.




Alhamdulillah dah 10 tahun. Ada tempat keje yang stabil, gaji tetap, kemudahan perubatan. Cukuplah. Syukur.



16 December, 2011

Anniversary Dinner @ I-City

Mendapat invitation untuk dinner di Al-Rawsha, I-city.  Daripada suami lah kan. Masa tu dia on the way balik Klang,  dia sms "malam nanti kita dinner kat i-city dengan anak-anak".  Anniversary dinner tapi anak-anak tetap tidak dilupakan *____*.

Ini kali kedua kami makan kat sini, dulu pernah jugak sekali. Actually tak lah sedap sangat tapi suami suka makanan Arab dan nak bawak anak tengok lampu, 2 in 1 so ini lah tempat yang sesuai.


Sambil makan, boleh terus tengok lampu kat depan tu.  Dulu kami makan kat luar so lagi dekat ngan lampu. Tapi kali ni makan kat dalam sebab cuaca  macam nak hujan. Sebelum kami berlari dengan pinggan baik kami bersiap sedia makan kat dalam.


Aku tak tau nak makan ape so main order je, sekali yang datang camni.  Takut lak aku tengok 2 daging panjang tu. Hahahha.. daging tu rasa daging kebab. Papa makan lamb mandy, maklom la peminat kambing. Tapi tak amik gamba sebab aku tak suke kambing, haha dengki.


Aiskrim untuk anak-anak. Bukan senang nak control dorang makan aiskrim sebab aku pantang baju kotor ni. Tapi kesian kan takkan tak bagi makan pulak, so mulut aku kena la mainkan peranan. "dah dah bagi mama buat".... "eh kakak..baik2 amik sikit2"...."stop stop jangan banyak-banyak". hahahhha.. ko kalau keluar nampak mak yang memekak tak kira orang keliling tu ntah-ntah aku. Hahaha.. nasib baik suami tak kisah kot dia malu nak mengaku bini tak tau lah tapi tengok dia elok je duduk sebelah.


Anak dara kesayangan Papa ni. Tak boleh usik. Mengada meliuk lintuk ha. Tapi bab sound orang memang selamba. Mulut agak boleh tahan laser ni budak pempuan ni.



Papa kata, Iyah manja dengan Papa. Adik manja dengan Mama. Memang pun, budak lelaki ni sangat lah manja tido pun kena letak tangan dia kat muka Mama. Cepat nau besar adik ni nanti mama rindu adik masa baby. Huwaaaa...


Kat I-city sekarang dah ada macam-macam games. Salah satunya macam Eyes of Malaysia. Tapi belum function lagi sedang dalam construction. Masa kami ni pegi ramai sangat orang sebab cuti sekolah so malas nak jalan-jalan sangat sebab sesak.


Bawak anak-anak main sekejap, itu lah tujuannya pun. Adik dah mengantuk tapi nak main punya pasal tahan mata. Tapi menguap je keje dia hahahhaa sian.  Bahagian mainan untuk anak-anak ni kat bawah. Dekat ngan Snow walk.


Comel kan kereta kuda ni? Macam cinderella punya.  Anniversary dinner yang lebih memberi kegembiraan kepada anak-anak. Kerana perkahwinan selama 5 tahun ini lah yang membuahkan hasil kamu semua.  Puitis tak? Hahhahaha. Sayang kamu semua. Mmmuah!