Advert




Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

22 October, 2012

Newspaper Cutting.


I think this is sweet ♥




27 January, 2012

Ariana Mikhail

Mama sudah terjebak dengan drama ini. Mungkin dah ditakdirkan untuk menonton Sein!!! (yang dah lama tak berlakon) sebab kebetulan turn on chanel TV9 hari Isnin tu, cerita ni dah 10 minit berlalu. Aku pun update status kat FB tanya citer ni dah berapa episod. FB frens replied baru episod pertama. Wohooo..

Suka sangat tengok Sein dan Nora Danish, comel sangat berdua. Sein dah la handsome, Nora comel macam baby doll.


Sinopsis


Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. 

Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.
 --------------------

Selasa lepas adalah episod yang keempat. Mereka dah pun bernikah di Paris. Tapi selepas malam pertama (teetttt), keesokan paginya bila Mikhail bangun tengok Ariana dah takde kat sebelah. Ariana tinggalkan surat yang dia terpaksa balik ke Malaysia dan minta diri dia 'dilepaskan'. Mikhail menangis dan persoalkan apa salah dia. Manakala Ariana masa tu kat airport sedang menangis merindukan Mikhail. Atas nasihat Jamil, Mikhail pun melafazkan cerai talak satu ke atas Ariana disaksikan Jamil.

Sehinggalah 4 tahun kemudian (cerita dah kembali kat KL), Mikhail dah bertunang dengan seorang perempuan bernama Mysara. Mysara ni adalah seorang perempuan bekerjaya yang macam jahat je (andaian aku). Mysara macam nak tangguhkan perkahwinan sedangkan Mikhail dah ready to settle down. Di penghujung episod 4, Ariana berjumpa driver arwah ayahnya kat sebuah restoran untuk kirim perbelanjaan untuk maknya. Rupa-rupanya mak Ariana marahkan Ariana sebab tak balik masa bapak dia meninggal ataupun marahkan sebab benda lain tak sure. Ariana ada cakap "Ariana dan Mimi akan balik bila mama dah sedia untuk terima kami". Siapa Mimi? Aku suspek mesti anak dia ngan Mikhail. Perghh satu malam pun dapat anak. Ekekeke aku suspek je lah, maklom la citer melayu. Hahhaa. Tak sabar nak tunggu next episod sebab Ariana akan terserempak dengan Mikhail masa keluar dari restoran tu.
Tunggu next episod!  

Korang nak tau aku tengok drama ni camne? Concentrate tetap concentrate layan perasaan, tapi bila iklan je aku cepat2 berlari basuh botol2, iklan lagi berlari masukkan kain dalam mesin basuh, iklan lagi sediakan beg anak-anak, so kita boleh jimat masa di situ. Tak la terbengkalai keje. Irfan alhamdulillah dah tido, Kakak pulak ada kat sebelah buat homework. Sesambil tengok homework kakak sama. Hahahha... bagi lah can sesekali Mama layan drama. Bukan selalu nak follow drama berepisod ni. Selalu tak follow. Ni sebab Sein ni..

Jangan lupa setiap hari Isnin & Selasa, 8.30 malam, TV9. Sib baik 15 episod je =) Kalau tak, laghaaaaaaaa je lah dunia Mama ni.



24 August, 2011

You're Beautiful

Tu tajuk ceramah kat surau ofis aku Jumaat lepas. Tetamu jemputan Dr Harlina Halizah Haji Siraj. Pakar O&G kat PPUKM dan Wardina Saffiyah.


Dr Harlina antara lain ada menyebut yang setiap wanita cantik di sisi Allah. Cuma yang membezakan cantik itu dari segi haiwaniah dan insaniah. Haiwaniah tu luaran lah, manakala insaniah dalaman. Haiwaniah itu HANYA UNTUK SUAMI sahaja. Lawak bila Dr Harlina kata, kalo dah bersama suami tu lantak lah nak buat ape pun. Hehehe.


Dr Harlina jugak ada cakap yang wanita ni wajib menutup aurat sebab itu PERINTAH ALLAH bukan sebab suami yang suruh. Sebab Allah dah cakap dalam Al-Quran surah An Nur ayat 30-31. Best dengar Dr ni cakap sebab dia jenis selamba dan agak pedas jugak ayat-ayat dia.


Tengok la aku ngan member dok depan sekali ha. Tak agak-agak.




Manakala Wardina cakap sekejap je. Dia cakap being beautiful tanpa ilmu tak guna. Macam dia dari kecik bila jumpa orang semua cakap dia "cantiknyee" sampai dah ditanam dalam kepala yang cantik tu bagus. Bila dah besar, ada anak dia kata kesian kat anak dia, orang jumpa cakap "Eh Amna, nape muka tak macam umi dia". Sedih la anak dia, sebagai mak tentulah dia lagi sedih. Tak baik cakap camtu. So dia kata tekankan ilmu agama, ajar solat yang penting dari ajar anak jadi cantik.



Lepas 1 jam ceramah, disusuli dengan solat Zuhur jemaah sama-sama. Pastu amik peluang la bergambo. Hehehe.. Memang cantik Wardina ni. Cantik sangat tak kelip mata memandangnya.


Memula amik gamba ni, Ila amikkan gegar. Masing-masing gigil. Aku amik gamba dia pun gegar. Maya pun tolong amikkan gamba. Sib baik tak gegar :P



Ini gambar percubaan kali ketiga, sampai Wardina kata "eh u ni dah 3 kali, nape camera u..rosak ke?" hahahha... Saje nak bagi tengok muka dia banyak kali geram tgk cantik sangat. Aku adore cara dia mendidik anak. Adore jugak cara dia berubah menjadi manusia lebih baik. Ingat lagi masa remaja dulu kat majalah dia kan rambut pendek. Seksi jugak dia. Tapi tu lah bak kata Wardina "dont be too judgemental, orang yang kita nampak tak baik tu mungkin esok lusa akan berubah menjadi lebih baik dari kita. Siapalah kita untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga,neraka".


Renung-renungkan dan selamat beramal :)




13 January, 2011

Fasha Sandha

Sesekali update entry tak berilmiah dalam blog boleh kot. Bagi can nak bergossip sikit.

3 hari ni kecoh pasal citer Fasha berbikini di Bali. Pada aku, biasa je kalo dia berbikini di Bali. Fasha Sandha berbikini? Apa yang peliknya? Lain lah kalo Siti Nurhaliza berbikini, aaaa itu ye berita panasSs...

Artis ni kalo kita kata dia 'kurang bijak'..dorang marah. Tapi kenyataannya memang diaorang kurang bijak. Tak semua lah, segelintir dari mereka. Bila ada isu macam ni, ko larikan diri sampai tak datang event yang orang dah plan awal. Bertambah isu lah jadinya. [tetiba amik feel jadik wartawan hiburan].

Pagi ni bila baca sotkabar, ada interview dengan maknya si Fasha. Lagi lah ahkak mau gelak guling-guling. Dalam hati kata "patot la Fasha gitu..".

Ada ke wartawan tanya "Apakah pandangan Mama (panggilan untuk mak Fasha) tentang imej Fasha berbikini?". Baca ni jawapan mak dia "Kalau di sana (Bali) tak kisahlah tetapi jika di Malaysia memang tak bagi pakai. Kami sekeluarga pernah bercuti di Phuket, sebelum ini dan Fasha pakai pakaian yang sama tetapi tidak masuk surat khabar sebab kami tidak memuat naik gambar tersebut."

Nak nangis ke gelak? Gelak lah kejap..hahahahaahaa. Ok dah. Sekarang ni, kesimpulannya dia tak kisah anak dia berbikini lah ye, yang dia marah apesal kawan dia upload gamba2 tu kat facebook. Ingatkan dia nak mintak maaf ke bagi pihak anak dia. Rupa-rupanya tak bagi Fasha kawan dengan budak tu sebab upload gambo dlm facebook. Sukati makcik lah, cuma sedih je baca statement kurang bijak makcik. Sian Fasha, muka cantik.. tapi... tu lah.. emm takmo cakap lelebih tak baik kan. Semoga satu hari dia berubah, kita doakan.

07 January, 2011

Mulan Jameela Bertudung

Dok google nak cari gamba Noryn Aziz pakai tudung, terjumpa berita ni. Dah lama rupanya tapi aku baru tau yang Mulan Jameela dah bertudung litup.

Mulan Jameela artis Indon yang terkenal dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi berduet dengan Maia (isteri Ahmad Dhani). Khabarnya dulu gaduh teruk sebab Mulan ada skandal dengan Ahmad Dhani sampai bercerai dengan Maia. Wallahua'alam. Tak tau kisah sebenar.


Sekarang kisahnya dia dah bertudung litup - gamba kat bawah aku jumpa semasa meng'google'. Gamba tu masa dia melawat adik Ahmad Dhani bersalin. Patut lama tak dengar dia nyanyi..(macam lah aku mengikuti perkembangan artis Indon). Bersih muka dia, sejuk mata memandang. Alhamdulillah semoga perubahan yang berterusan.

Selalunya bila orang berubah menjadi baik akan menjadi lebih baik dari orang yang sememangnya baik tapi tak berubah amalannya. Renungan untuk diri sendiri
.