Advert




Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

18 April, 2013

Outing bertiga.

"Kak, jaga adik tu kak"

"Ok mama, adik jom".


Bahagianya kalau hari-hari camni. Tak keje, bawak anak jalan-jalan. Hehehehe...

Ni masa school holiday hari tu. Mama memang amik cuti. Hari Isnin 1st day coti sekolah tu. Papa work lah. Tu yang kami bertiga je. Masak nasik ngan lauk awal2 bagi makan breakfast nasik hehehee.  Lepas makan, bawak dorang ke Jusco. Dah lama janji nak main kat playland ni.  Sementelah pikir pegi lah awal-awal takut ramai orang.  Alhamdulillah memang belum ramai.  So dapat lah mereka main macam playland tu mereka yang punyaaaaa.... siap baring-baring...hameek.



Masa ni kakak tinggalkan adik kat belakang. Irfan beza ngan akak. Kakak pempuan tapi berani, adik lelaki tapi soft aje. Syukur lah kan lelaki tapi tak lasak sangat. Hahahhaa.... nak lintas jambatan ni pun takut.  Kakak dah dapat kawan baru kat playland tu terus tak ingat adik. Sampai hati kakak ye.


Dok dalam playland dekat 2 jam. Itupun Irfan nangis tak nak keluar. Pujuk-pujuk baru ok. Singgah beli Chatime jap pastu beli stationery. Tak abis-abis, padahal kat umah melambak. Beli lah buku tulis sorang satu, kaler 1 share.

Ni keje dorang dalam keta bila mama tengah driving. Pastu mama pun berangan lah, kalo jadik housewife boleh lah wat aktiviti camni selalu ngan anak-anak.  Indahnyaaaaa....



27 February, 2013

Wordless Wednesday.

Sesekali Mama korang buat camni. Ini dinamakan gamba P. O. Y. O.




07 August, 2012

Birthday Mama hari tu.

Kesian. Birthday bulan 6, celebrate bulan 7, update bulan 8.

Restoran Murni. Ada banyak cawangan tapi kami pegi yang paling hampir dengan umah iaitu kat USJ. Taklah hampir pun memandangkan yang lain lagi jauh. Dah lama teringin nak makan kat William. Tengok orang post gamba makanan ngan air dia, best-best.  Restoran Murni ni sama macam William. Yeay dapat akhirnya pegi di hari jadi saya ^_^



Pelbagai jenis dan warna air.


Dan juga berpuluh2 jenis makanan dalam menu sampai tak tau nak pilih.  So ini lah pilihan kami. Itupun tak snap semua gamba makanan, ini yang sempat je lah ye.

Teruk kan aku post gamba makanan bulan2 posa camni? Maafkan saya.



Yang paling kanan sekali tu namanya roti Beckham. Dalam dia sardin dan campur ada ayam. Tak sedap sangat. Sebab terlampau banyak bahan.



Tiba-tiba datang kek dari belakang. Surprise lah kononnya hahahaha.... tapi agak terkezut gak la tak sangka ada kek bagai.



Berduet tiup lilin, amboi siap tiup lilin dah tua tua ni.



Terima kasih Papa belanja makan kat sini, terima kasih bagi surprise kek.



Terima kasih semua yang join memeriahkan majlis.  Terima kasih Allah kerana bagi peluang untuk hidup merasai nikmatMu. Alhamdulillah untuk semuanya.



12 July, 2012

Perli.

Sms.
------------

Papa, nak beli handbag ni (mms gamba)

Oooo..berapa ratos?

RM890 hahahahaa..

Ok, beli 2. nak bagi mak 1.

Eleh, order kang

Ok lah camtu, tambah lagi 1. Nak bagi Syirah.

Huh..


#perli la tewwww...mencik!


14 May, 2012

Manhanttan Fish Market

Suami saya suka makan ikan. Dia kata antara ikan dan daging, dia pilih ikan. Tapi antara daging dan ayam, dia akan pilih daging. Ye, suami saya tak suka ayam. Kami kontra tapi bagai lagu dan irama saling memerlukan.

Poodah cit.

Tempat makan fav suami saya kat Manhattan Fish Market. Selalunya yang dekat rumah lah - Jusco Bukit Tinggi tu mane lagi. Bayangkan dalam masa sebulan, 2 kali makan kat situ. Bukan apa, muak lah pulak ye tak. Sebulan sekali boleh lah dimaafkan. 

Awal bulan aritu pegi tanpa Syirah. Mama balik keje Papa ngan Irfan amik. Kakak mane? Papa kata kakak belum bangun tido. Sian kakak kena tinggal. Ingatkan nak beli barang je tapi singgah makan jap. Aku bukan boleh pegi makan2 ni anak takde, mula la rasa sedih. Ape lah Syirah makan kat umah tu. Pulak tu, tengah2 makan dia kol "Mama kat mana". Huwaaa...


Irfan pandai makan sayur bukan macam Papa & Syirah. Tak suka sayur. Geram tengok jari Irfan main games kemain melentik. Hahhaa rasa nak gigit. Papa pulak 'perasan' nak jadi FT ok. Laki aku tu, jealous ke hape. Hahaha. Pakai baju S pastu buat sign rock. Jangan risau Papa, FT tu kenal pun tidak bini awak ni ha. We r just friends. Hahhaa..

Eh kengkawan, MFM ada set tau sekarang. Macam gamba kat bawah ni untuk makan 2 orang. Dapat 2 air dan platter. Ok lah kan untuk 2 orang, banyak tu. Harga RM49.90+ tak silap.



Eh tadi aku kata 2 kali kan pegi sini? Tu untuk aku lah. Untuk Papa, 3 kali! Kali kedua dia pergi berdua dengan Syirah masa aku tengah keje. Agaknya rasa bersalah aritu anak dara dia takde. So gi lah mereka dating berdua. Ada post gamba kat facebook. Takde pulak save.

Untuk kali ketiganya untuk Papa. Di hari lain. Tempat yang sama. Makanan berbeza. Mama dah kenyang diet, so makan mushroom goreng je. Sedap gilers. Spaghetti tu Irfan punya. Dia kan nak makan sendiri skrg kena la order. Pun sedap!

Papa makan semestinya ikan salmon takpun ikan kod dia. Favorite sangat tu. Kakak makan yang Papa suap. Dia bukan makan banyak.


Anak-anak aku dah sampai naik atas meja. Lantaklah.  Yang penting, kenyang alhamdulillah.




02 May, 2012

Outing dengan kawan2 Mama lagi.

Wah Mama korang sejak dah boleh handle Syirah ngan Irfan, kemain panjang langkah kan. Itupun dengan izin suami. Tapi paling jauh pun berani takat Shah Alam je. Lagi jauh kalu...Mama tak berani. Syirah tu ok, takut si Irfan. Dia tu kuat ngamok. Dibuatnya ngamok masa Mama tengah driving... tak ke haru biru?

Kali ni outing dengan kengkawan hostel Cempaka 2 masa kat UiTM dulu. Rindunye kat kamu semua. Paling rindu dengan memories kat situ. Aku rasa sepanjang hidup aku belajar, pengalaman paling manis ialah masa diploma kat UiTM. Masa sekolah tak manis sangat hahaha. To be exact, kenangan kat hostel Cempaka 2 ni. Kawan2 yang best, environment hostel tu yang membuatkan kita happy, kakak2 senior pun best. Dalam ertikata lain, best2 belaka.

@ Pizza Hut, SACC Mall. Nak kumpulkan batch kami ramai sangat. Yang boleh je lah dulu. Lenkali buat reunion besar-besaran.


Kami bertiga beranak. Ni aku nak bagi tips sikit lah. Cewah cam bagus je bunyiknye. Bukan apa, nak share. Korang kalo nak bawak anak2 keluar tanpa pembantu iaitu kalo suami/maid tak ikut sekali, tipsnya:

1. Tempat - PAAAAALING PENTING ni. Kena discuss ngan kengkawan tempat biarlah baby friendly, dan senang nak pegi.

2. Majlis - Korang tengok majlisnya apa. Setakat duduk makan pastu takde agenda lain takpe. Jangan lah outing meleret-leret. Bawak anak2 memang payah.

3. Kawan - Kalau dengan kawan-kawan, make sure kawan2 pun jenis dah beranak pinak. Sebab dorang boleh tolong tengokkan anak2 kita sama. Contoh kalau aku nak gi bawak Syirah toilet, Irfan boleh kawan aku tengokkan kejap. Kalau kawan single ni susah la sikit, diaorang pun takde pengalaman nak handle budak. Lain lah kawan tu tak kawen tapi biasa jaga budak. Contoh cam aku kalo keluar ngan kawan aku si Anisah tu, takyah risau. Memang dia yang bertanggungjawab jaga anak-anak aku. Kahkahkah..Sorry Anis. Lama dah tak kuar sama ni. Bila lagi? Tapi aku takpe, kawan2 mostly dah beranak pinak so saling paham memahami dan bekerjasama menjaga anak2 sendiri dan anak2 mereka.

4. Dekat ngan parking - ni penting sgt ni. Dari parking ke tempat nak pergi jangan lah jauh-jauh. Cari parking paling dekat. Senang nak masuk dan keluar. Senang nak bayar tiket parking. Kalo jauh dengan parking, kan susah nak bawak stroller ke beg bagai. Pastu bahaya nanti takut orang jahat dan sewaktu dengannya zaman skrg ni.

Tapi yang pasti, nak bawak anak2 kuar tu biarlah dorang dah besar sikit. Kecik baby sangat lagi tu dok je lah umah dendiam. Kalo suami ada, baru kuar.



Syirah tengah buat show. Alhamdulillah sejak sekolah, dia berani dah nak cakap depan orang. Selamba je naik atas kerusi nyanyi beberapa lagu nak bagi kawan2 Mama dengar. Satu pizza hut tengok n tepuk tangan. Hahhaha..


Mama sebagai coach untuk pidato peringkat tadika. Train dia berani cakap depan orang ramai, ok tak?


Bab bergamba no satu. Macam2 pose. Cakap dengan dia "Poyonye kak buat muka camni". Hahha geram nengoknye..belajar dari ucu lah ni.


Ni antara yang terapat masa kat hostel Cempaka 2. Dari kiri Nanie Murnie (budak engine), Lin (budak applied science), Aku (budak SS14), Lin Kay-E (budak engine).


Perhatikan gamba ini tapi shot ke-2. Tak tau budak baru tu dia course apa dulu. Mungkin Veterinar.  Muahahhaa...BFF aku tu sila mahapkan dia.


Irfan dalam stroller time ni. Punyalah Mama dia sebok amik gamba, rupanya tangan dia tersepit celah stroller. Sikit je lah tapi nangis. Sian Irfan. Teruk perangai Mama ko.

Really enjoyed the gathering. Mengimbas kenangan...nanti buat yg betul2 punye baru boleh bukak cerita 1001 malam yang tak akan abis.


17 April, 2012

Lunch @ IOI Palm Garden Hotel

Sebenarnya kami ni menyibuk je. Papa ada meeting kat coffe house IOI Palm Garden tapi sebab hari Sabtu, kami buat lah muka kesian kalau ditinggalkan.

Not bad eh buffet lunch kat sini. Makanan varieties, local, western semua ada. Yang penting, sedap! *thumbs up*. Buffet lunch berharga RM55+.





Sebahagian ahli jemaah yang menyibuk. Lagi sorang tukang amik gamba.



Duduk dalam kereta pun camni? Dengan muka-muka beria bercerita.  Mama yg amik gamba ni dari belakang. Julurkan tangan dari belakang, amik la gamba. Sebab dengki. Hahahhaa..

Tu je lah nak citer. Bye Bye.


02 April, 2012

Seluar tido comel.

Ada satu ketika, nak cari seluar tido cotton banyak kat Reject Shop. Tapi haritu masa nak cari, macam takde pulak. Kalau ada pun rasa macam tak berbaloi harga dengan rupa.

Haritu pegi Tesco. Banyak ok seluar tido cotton comel tak hengat!

Comel kan comel kan?




Kalau boleh nak amik lagi 3-4 lai tapi kesian pulak kat tukang bayarnya.  Banyak lagi design comel/lawa. Pegi lah beli...RM16 je selai kat Tesco. Tapi tak tau la semua branch ada ke tak. Yang aku pegi ni Tesco Setia Alam.  Cap Tesco je pun. Janji cantik dan worth it dengan duit, selesa. Itu konsepnya.

Ni lagi satu. 




Yang penting, bila pakai suar ni, tukang bayar kata "comel seluar".  Seluar je ok. 

Hahaha..

28 March, 2012

Steamboat Antarabangsa @ Harbour Place

Jangan u ols ingat Harbour Place tu kat Ostolia ye. Harbour Place sekangkang kera je dari umah i. Kat Klang jew. Dekat tapi baru 1st time pegi. Kat sini ada banyak kedai and ada jugak MBO. Tapi kenapa ntah macam suam2 kuku je tak ramai orang. Kedai pun cam suram.

Saje lah nak pegi one fine day tu. Lepas balik keje, malas nak masak. Kami tingin nak makan steambot tapi nak yang dekat umah. Try kat sini. Kedai tak besar sangat.



 Kaunter aiskrim.



Ape lagi kan, nampak aiskrim mana boleh sabar.



Tak berapa varieties. Tak meriah. Kebanyakannya jenis yang kita boleh dapat kat supermarket frozen food. Yang luar biasa macam siput pelik2 tu takde.



Dapur dia pun macam kat dalam gamba ni. Nak tunggu staff dia on kan dapur ni pun makan masa. Terkial-kial. Pastu tukar banyak kali stove tu yang ketiga baru boleh guna. Kalo nak grill, letak bahan2 kat tempat yang ada aluminium foil. Nasib lah kalau melekat.. makan lah sekali dengan aluminium. Hahahha

Ada 2 pilihan sup as usual: tomyam atau plain soup. Semestilah kena pilih plain kalau ada anak2 kecik.  Kat mana ek aku penah  makan steambot, boleh pilih both soup. Periuk dia ada divider lah 2 bahagian. Kan best camtu. Nak tomyam boleh, nak sup biasa pun boleh.



Set didatangi dengan air teh limau. Harga untuk satu kepala RM23 (adult), RM12 (toddler).



Masa tengah makan tu, kat wayar stove kami tu keluar api !!  Memula bau hangit pastu nampak api percik-percik. Stove ni bebetul depan muka aku.  Aku bawak lari Irfan dulu sebab dia dok kat sebelah...pastu letupan kecik.  Aku panggil lah staff situ.  Relaks je datang macam "kejadian ini biasa berlaku"...ha gitu lah kalo nak boh caption pada reaksi muka dia. Sorry tak, ape tak... dia pegi tukar dapo lain.

Aku dah ilang selera nak makan. Bawak budak-budak turun pegi tengok air pancut kat lobby.  Papa minum air, bayar dan blah.

We'll never come again. Sorry Steamboat Antarabangsa Klang. Tak sedap dan tak friendly. Sekian, terima kasih.

Sib baik anak-anak tak apa-apa.




26 January, 2012

Pencinta Macadamia

Macadamia ialah sejenis kacang, bukan nama anak orang. Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang berjaya menemui kacang ini. Gitu serba sedikit sejarahnya.

Aku adalah macadamia nuts lover! Kalau beli aiskrim, nak yang ada macadamia (kat Baskin Robbins la yang paling best). Kalo beli donat, kalo ada jual kat Big Apple mesti cari yang ada macadamia (tapi mana ade pun), kalo beli biskut famous amous pastilah ambik yang macadamia. Manakala kalo macadamia nuts sesaja, harus lah rasa nak beli lapan blas peket terus!

Ini lah rupa macadamia nuts, dah la comel sedap pula.

Googled

Teringin nak tengok apakah kebaikan atau keburukan kacang comel ni? Wah wah rupa-rupanya takde keburukan malah kebaikan je. Kebaikannya ialah:
·         Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%).
·         Kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.
·         No cholesterol.
·         Individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.


Sesapa yang pegi Aussie, boleh lah kirim sekampit. Ha beli banyak-banyak sebab kat sana murah. Kat sini kalo beli kat supermarket ikut gram tu 100gm je dah RM14. Kalau beli kat kedai buat kek, murah lah sikit kot.

Yang pasti, macadamia nuts IS A MUST ITEM WHEN ON THE GO.  Pasti singgah petrol pump untuk membeli barang sepeket dua tiga empat. Beli pulak yang honey coated. Sedapnyaaaaaaaaa...



13 January, 2012

Ole-Ole Bali @ Empire Subang

Hari yang sama masa beli Baby Alive.  Sebenarnya Mama nak singgah Charles & Keith tapi tak sempat, Papa dah penat nak balik.

Sebelum balik, late lunch dulu kat Ole-Ole Bali. Kadang-kadang nak makan kat ne pun boleh jadi isu. Husband tanya wife, wife tanya husband. Ikut lah, sukatilah, mana-mana lah. Haiii nak makan pun susah ek.

Syirah sedang merenung masa depan.

Ok la kami pilih makan kat sini sebab nak fresh air dari luar. Sebelah dengan fountain nak bagi budak-budak ni tengok. Syirah n Irfan masa ni tengah leka tengok fountain lah ni sampai basah-basah baju sebab kuat air dia, terpercik.



Tapi panas sikit lah kat luar ni sebab time tu matahari agak galak. Walaupun ada kipas. So kalau sape2 nak pegi better duduk dalam lah ye. Sejuk ada aircond. Kalau cuaca redup takpe.


Lapar gile time ni. Makanan sampai je tak makan terus, suap budak-budak dulu sebab takut nak campurkan cili nanti pedas.  Anak-anak dah kenyang, baru lah mak dapat makan walaupun perut lapar tak hengat. Sobss... Eh nak sedey watpe kan, dah memang itu gayanya jadik mak.

Ok sekarang bagi peluang Mama kamu nak menikmati makanan. Kalo Mama dah start makan, segala tugas anak nak main, nak minum, nak apa-apa..Papa, tolong uruskan. Mama takmo diganggu. Boleh gitu?




Burrppp..alhamdulillah kenyang. Sedap tu ok lah sedap, tapi a bit pricey.  I prefer Wong Solo. Portion ngam ngam soi, harga berpatutan dan semestinya sedap.  Nak pegi la Wong solo esok...tetiba kan.



19 December, 2011

Breakfast @ Old Town

Sesekali teringin nak breakfast kat luar di hari cuti.  Terbayang-bayang telor setengah masak tu..pergh dapnye. Macam kat umah tak boleh rebus sendiri kan? Saje mengade nak breakfast kat luar sementelah husband ada ni.

Kakak macam dah biasa je makan kat sini? Sampai-sampai kat meja terus amik kertas ngan pencil pastu tick tick ikut suka dia. Pastu "nah, iyah dah tulis. mama nak makan ape?" hahahaa anak oo anak.


Aku pandang keliling, Cina je ramai. Mana orang melayu? Orang melayu makan kat umah je lah oii.. goreng nasik sendiri ke beli nasik lemak tepi jalan, bancuh air teh o makan anak beranak. Ke belum bangun lagi? hahahaha..

Ipan makan telor setengah masak 2 bijik ok. Ingatkan nak share dengan dia order 2 bijik tu, sekali dia makan tak nak stop. Suap, nak lagi, suap nak lagi.  Eh abis? Huwaaa.. Papa, tolong order lagi pliss.. Mama belom dapat makan.


Kakak pulak makan tak abis. Selalu dia yang suka sangat telor.  Pastu dia sakit perut nak yak yak pulak. Nasib baik toilet bersih *___*. 

Makan telor ngan air kopi yang digembar-gemburkan sedap tu (sedap ke? biasa je. im not a coffee fan).  Papa order nasik lemak, tapi tak abis makan. Tak sedap katanya.


Lepas tu balik singgah kedai beli lauk. Kang tengahari nak masak. Takkan nak makan luar lagi?  Sendiri mau ingat kang Papa merajuk sape susah? Mamaaaaaa jugak.


09 December, 2011

Happy Anniversary, Sayang.



9 December 2006 - 9 December 2011 = 5 tahun. BARU 5 tahun =)

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semoga rumahtangga kami sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah swt, dimurahkan rezeki kami dan anak-anak dan bahagia dalam kesederhanaan. Amin. Doakan ye.

Kongsi sikit petua Ustazah Nor Bahyah untuk amalan suami isteri, Petua 8P:

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.  

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’.
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

25 November, 2011

Mengidam steambot

Mengidam nak makan steambot.. teringat-ingat je.

Ha .. ha ..tu nak speku lah tu. Kata aku pregnant kan? Macam aku tak tau. Hahhahaha. Bukan aku lah yang ngidam, Papa budak2 ni yang teringin nak makan steambot.  Itupun bukan sebab tempias aku pregnant k. Kan aku kata tunggu Syirah darjah dua baru boleh. Ye lah tu kan leh caya ke?  :P

Papa amik halfway kat stesen komuter Padang Jawa sebab dekat nak gi Jusco Bukit Raja.  Budak-budak 2 orang dah ada la dalam keta tu, dengan baju tido siap-siap.

Sebenarnya dah lama tak makan steambot mengenangkan nak pegi dengan budak-budak ni payah. Benda panas kan, dibuatnya tertumpah ke terbalik ke periuk tu. Nauzubillah. 

Ohh kami pegi Jusco Bukit Raja sebab situ ada Johnnys. Memang seperti yang kujangka. Adik ni tak reti lah duduk diam. Kakak memang senang bawak mana-mana dia atleast duduk setempat. Irfan duduk dalam baby chair pun dia memanjat, tetiba dah berdiri. Camne nak makan?

Irfan berlakon buat-buat tersepit tangan.. untuk menarik perhatian

Papa sebenarnya tengah marah dengan Mama tu, tengok lah muka tanak senyum. Serius je. Ada la benda yang Papa marahkan. Tapi belanja jugak steambot ngan belikan Mama baju baru :)  Papa, i love u very strong. heeeeeee



Irfan nampak makanan tak sabar, jerit-jerit "mamam mamam". Sabar ler sayang..macam lah tak makan seploh hari kan dik. Kakak pulak sibuk check sudu garfu mangkuk semua bersih tak. Kalau tak, tanak makan. Cerewetnye anak dara aku. Dia kalo pakai selipar pun amik masa 5 mini tau tak. Kena kesat kaki bersih-bersih pastu selipar tak boleh basah walaupun setitik air. Kena lap. Hadoiiiihhh.. penat tau tapi kena sabarrrr banyak-banyak dengan budak camni.


Fresh orange untuk Papa, vanilla milkshake untuk Mama. Dua je air. Anak-anak minum air kosong sebab masa ni masing-masing ada ciri-ciri nak kena selsema. So takleh minom ais.  Aku suke sangat vanilla milkshake kat Johnnys ni, sedap sangat pada aku. Ingat lagi masa pregnant Syirah, berapa kali aku pegi beli vanilla milkshake (tapau) kat Johnnys.  Craving. Eh?


Kakak peminat telor.  Rebuskan telor 2 bijik, dia makan sorang.


Alhamdulillah kenyang =)