Advert




Showing posts with label Bf. Show all posts
Showing posts with label Bf. Show all posts

25 July, 2011

Breastfeed babies will breastfeed

Baru baca pasal Breastfeed babies will breastfeed @ Sarakids.com last week.

Tiba-tiba dalam kereta on the way balik kampung semalam:


"Mama, anak doktor nak tido ni, doktor nak nenenkan dia" (dia bahasakan diri dia 'saya' atau 'doktor' sekarang). Opah panggil dia Doktor Maira.


Cepat2 Mama snap gambo.



Takde pun citer kat dia, tapi biasalah budak perempuan suka imitate percakapan dan perbuatan orang sekeliling.


Walaupun Syirah sempat menyusu Mama tak sampai 6 bulan, now i understand - breastfeed babies will breastfeed :)


25 January, 2011

Irfan tunggu susu

Tetiap hari bila balik ofis, kelam kabut ni letak beg, simpan susu sebab ada yang sedang menanti penuh harapan dan kehausan. Kalo bagi susu botol, dia takmo minum..nak tunggu gak cap gantung ni.

Kadang sampai tak sempat mandi, tukar baju pun tak sempat. Basuh je lah yang mana patut. Busuk Mama ko ni dik...tapi dah tak sabo punye pasal, busuk pun busuklah (adik kata). Punya lah ketagih tak dapat seharian...menggelupur semacam, minum berpeluh-peluh, posisi pun dah tak macamana ha. Kelaka pulak tengoknya.


Selesai dapat 'candu'...ahhh...leganyaaaa...terima kasih Mama. *Muka kepuasan*. Hahaha.

03 January, 2011

Kenapa susu kurang?

Dear breastfeeding mothers yang baca entri ni,

Saya ada pertanyaan. Maklumla masa anak sulung tak lama menyusu ibu, alhamdulillah anak nombor dua ni sampai dah nak masuk 7 bulan still breastfeed.

Persoalannya ialah: bila anak dah start makan, pengeluaran susu akan berkurang ke? Sebab bila pam sekarang, dah kurang hasilnya walopun dah balun nasik lemak, minum air banyak, pam consistenly. Memang gitu ke?

Cukup ke susu untuk anak? Sebab dia dah makan, so susu pun dia kurang minum ye?

Harap ada yang sudi menjawab persoalan di benak ku ini. Tima kaseyyyy...

02 December, 2010

Rahsia susu banyak

Happynya hari ni. Sesi pagi punya hasil mengepam agak memberangsangkan. Bagi orang lain mungkin perkara biasa dapat 1 botol penuh tapi bagi aku yang hasil biasa-biasa ni, kira dah vangga lah.
Kebiasaannya dapat 4oz, tapi pagi tadi alhamdulillah dapat penuh sampai tak cukup 1 botol. Macam gamba ni lah hasilnya. Gamba pinjam dari Mr Google. Tak bawak camera nak snap gamba susu sendiri. Heee
Nak share sikit usaha-usaha yang aku dah buat sebelum ni untuk increasekan penghasilan susu:
  • Horlicks - hasil biasa2 je.
  • Milo - agak memberangsangkan.
  • Lobak cina - takde perubahan, biasa je.
  • Coke (ni akak ofis yang citer pengalaman dia n aku try) - memang susu bertambah tapi aku tak berani buat lagi sebab tak elok minum coke kan.
  • Susu soya - ada la perubahan sikit.
  • Makan banyak n minum banyak - sangat berkesan.

Sebenarnya setiap individu itu diciptakan Allah berbeza. Ada yang minum horlicks susu dia banyak. Ada yang minum milo tak banyak. Begitulah.Rasanya sebab pagi tadi aku makan nasi lemak dengan lauk paru. Tu yang hasil banyak. Aku perasan kalo makan light-light macam roti ke, kuih ke..hasil biasa-biasa je.

Maka di sini dapatlah disimpulkan bahawa ko tak perlu nak makan supplement or buat benda-benda pelik untuk tambah susu. Just makan ikut waktu and takyah diet-diet. Pastu minom lah air banyak-banyak. Mesti susu banyak and rasanya tak perlu lah takut gemok demi kesejahteraan anak.

18 November, 2010

Teknik Marmet

Dalam sejarah.

Hari ni buat pertama kali aku tak dapat pam susu di ofis sebab soft shield koyak. Heavy duty kot. Actually dari hari Selasa dah koyak sikit. Kol Michelle (www.enjoybreastfeed.com) kedai breastpump kat rumah tu takde stok. Alamak. Gelabah. Takpe pikir-pikir masa cuti takyah pam terus direct feeding kat Irfan.

Hari Khamis, iaitu harini konon ingat boleh guna lagi corong tu. Makin teruk koyaknya memang takleh sedut dah. Adoi gelabah lagi camne nak pam ni. Siap cari map nak gi Ampang naik lrt sebab kat situ ada kedai Medela. Pastu tanya kat fb, macam susah nak ke sana siap kena naik cab bagai.

Maka tiada jalan lain melainkan kena jadi lembu aku hari ni. Perah la apa lagi. Pakai apa? pakai tangan la. Teknik marmet erti kata dalam bidang laktasi ni. Cuba google kalu nak tau lanjut.

Hasilnya..alhamdulillah dapat keluar tapi kurang sikit hasilnya sebab baru first time try. At least dapat lah jugak. Kalo tak camne Ipan nak susu esok? stok takde. So pasni kalau emergency leh lah buat teknik ni.

Setakat ni aku tak pandai lagi, corong softshield tu dapat petang ni dia hantar kat rumah. Yeay! Alhamdulillah...kalo tak menangis Mama.

04 November, 2010

I just lurve my Medela Swing


Info ni mungkin berguna bagi ibu-ibu yang sedang mencari-cari breastpump yang sesuai. Banyak pilihan sebenarnya dari pelbagai brand. Dari yang murah hingga yang beribu riban. Dulu aku penah guna Avent Isis Manual. Ok jugak tapi manual lah kan.

Sebelum lahirkan Irfan, aku bersedia nak cari breastpump dan setelah baca di internet dan tanya kawan-kawan yang pernah guna, decided to choose Medela Swing Electric Breastpump. Dah guna sejak dalam pantang, kira-kira dah 5 bulan guna. Aku amat-amat lah berterima kasih dan suka akan ini pump. Antara sebab-sebabnya:
  1. Senang nak assemble - tak banyak parts. Sangat2 lah mudah especially bila nak bawak pergi ofis and masa malam sebelah nyusu Irfan sebelah lagi pam. Takde la mengagau tengah2 malam tu dengan ngantuknya.
  2. Sebab tak banyak parts so senang lah nak pasang n basuh. Jimat masa.
  3. Ringan - senang nak bawak on the go.
  4. Ada 2 peringkat hisapan - 1st phase macam baby suction yang laju-laju tu. Lama sikit bila susu dah start kuar dia automatik tukar ke 2nd phase - slow suction.
  5. Boleh jugak guna battery bila keadaan memaksa (bila takde letrik ke).

Tapi yang paling suka sebab tak banyak parts tu lah. Puas hati sesangat, biasalah nak cepat kan. Tinggal nak basuh corong tu je. Alhamdulillah hasil susu pun takde lah hebat sangat cukup lah untuk Irfan minom. hehe..

Kengkawan yang lain tu pun tentu breastpump best-best kan. Ini saja je nak share info. Yang lagi hebat, ada kawan tu boleh pam guna tangan je. Fuh dasat!

20 August, 2010

Mengepam di ofis

Sekarang kat ofis kena curi-curi masa pergi pam susu. Selalu 'hilang' 2 kali, kul 10.30 pagi dan 4.30pm. Alhamdulillah ofis ni sangat memahami sediakan tempat yang sangat selesa untuk ibu-ibu. Ada geng blog dan seofis mengepam sama - Derna.

Gigih ni demi nak membekalkan Irfan dengan susu ibu selagi yang mampu. Syirah dulu sekejap je dapat bekalan. Sedih Mama. Doakan kali ni lebih lama. Amin.

Ok, lets check it out!
VENUE

ROOM

GADGET

STORAGE

RESULTS (stok untuk babysitter)

01 July, 2010

Pam susu

Ini lah hasil untuk satu sesi pam selama 5 minit. Dapat lah 2 oz sekali pam. Itupun tak cukup stok tau. Baby boy ni kuatnya menyusu, sekali menangkap macam ikan piranha.

Aku terpaksa pam breast sebelah kiri sebab nipple tenggelam so Irfan takleh suck. Bila tak dapat, dia ngamuk lah. So kena lah pam selalu.