Pagi-pagi di stesen komuter, aku tujukan nota cinta untuk orang yang hidup dalam dunia mereka sendiri.
Advert
Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts
11 December, 2013
22 November, 2013
Permainan FREE dengan anak-anak.
Taken this from Muslim Kid Genius FB page. No cost yet very meaningful to create bonding.
Banyak jugak list dalam ni yang kita biasa buat kan. Macam Irfan, rambut mama ni dah jadi permainan wajib dia. Bukan main apa, dia suka gentel tak kisah la tengah tengok tv ke tengah duduk2 ke dan paling penting tengah tido tangan dia kat rambut mama. Hahaha.
Geletek anak-anak tu Papa biasa buat. Mama suka create citer dongeng pastu dorang beria dengar lagi2 kalau citer misteri mengarut yang mama cipta tapi tak tau nak ending cemana. Paling best main khemah-khemah pakai selimut.
Sharing with u all mommies!
09 October, 2013
Yang menjengkelkan (annoying) di Instagram.
Zaman sekarang, semua di hujung jari ni, pasti semua orang ada Instagram kan? Kalau nak tau orang tu ada account Insta ke tak, bila kat kedai makan sebelum dia makan, dia amik gamba makanan tu confirm dia ada Insta! Hahahaha....betul tak?
Mama pun ada insta. Sebab suka amik gamba dan edit kat situ. Macam like pro gitu. Amik gamba angle tu, angle ni pastu edit tekan je mana yang nak tadaaa wah gamba cam pro je. Itu je tujuan mama, selain nak buat kenangan. Sebab tu, insta mama di private kan. Untuk kawan-kawan yang betul-betul dikenali saje. But it depends, yang tak private bukan apa takut orang lain salah guna. Bukan nak bajet artis, tapi rambut manusia sama hitam tapi hati lain-lain.
Kalau artis tu lain lah, dah namanya pun public figure. Kita follow pun sebab nak tengok gamba-gamba dia. Pastu ngumpat. Opps! Takde lah, kot korang follow insta celebrities kan. Perkara-perkara annoying yang boleh kita baca kat ruangan komen tu:
- Artis tak pernah reply komen/pertanyaan peminat. Kalo ada pun ada lah once in a blue moon. Hahah penat je korang tanya macam-macam kat situ kan.
- Artis reply dan berbalas komen sesama artis saje. Boleh pulak? Komen peminat-peminat ni invisible agaknya. Lol.
- "Visit my ig" adalah komen paling popular.
- Tempat peminat berbalah, bertekak, menegakkan benang basah, memback-up artis kesayangan padahal artis yang dikomen tak cakap ape.
- Peminat tag kawan lain sambil tulis contoh "@saripah, muka dia macam ko kan". Artis tu plak cun, sekali dia tag kawan muka jauh panggang dari api. Dah kenapa. Siap nak tag kawan kat gamba artis. Hahahha kelaka ok.
- Ada pulak peminat komen panjang lebar pasal hal diri sendiri kat gamba artis tu. Contohnye konon Dato' CT upload gamba dia minum air. Ada sejenis peminat akan komen camni "Ct, saya pun suka minum air tu. Hari-hari buat air tu and hubby pun suka. Anak-anak i pun suka sangat. Sedap kan. Tapi saya tambah gula sikit bla bla". Adoi annoying gile, ko citer pasal ko kenapa.
- Paling penting, artis lah yang untung. Senang-senang dapat sponsor segala mak nenek baju, seluar, kasut, beg, etc etc dari online shop yang komen "i need ur email, nak bagi something". hehehe..untung larrrr kan.
Itu je lah nak bebel petang-petang hari ni. Kalau medium sosial digunakan untuk kebaikan, banyak manfaat tapi kalau disalah guna, banyak mudarat. Bye.
04 June, 2013
Sesungguhnya...
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga Manusia.
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga Manusia.
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.
17 April, 2013
Bila sudah berkahwin dan beranak..
Kawan-kawan para ibu/bapa dan yang lain-lain. Bagi peluang nak celoteh sikit boleh tak.
Ada orang, sebelum berkahwin mereka memang jenis tak duduk rumah, tak pandai buat kerja rumah, tak suka budak-budak atau lain-lain.
Tapi bila dah berkahwin, insyaAllah semua tu akan berubah. Dari yang tak pandai masak, terus expert provided willing to learn demi nak bagi suami dan anak-anak makan. Kalau dapat suami dan anak-anak yang jenis tak cerewet alhamdulillah masak yang simple-simple pun ok. Kalau dulu tak suka budak-budak, nampak budak-budak nak jegil bijik mata..bila dah ada anak sendiri, dah ada sifat keibuan/kebapaan melebihi segala kasih sayang yg ada dalam dunia ni. Dari yang suka melepak tak tentu hala dan tak tentu masa dengan aktiviti luar, bila dah berkahwin terus tumpu kat rumahtangga. Spend masa dengan isteri / suami dan anak-anak, solat berjemaah sama-sama, tolong isteri buat kerja rumah sama-sama. Kan best tu.
Itu semua akan terjadi kalau masing-masing ada rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri. Di dunia, ia tanggungjawab terhadap keluarga lah. Di akhirat kena menjawab jugak dengan Allah. Bila Allah tanya, apa yang dah kita buat untuk keluarga, anak-anak?
Ada orang suka lepaskan atau sambil lewa dengan tanggungjawab. Mentang-mentang si isteri lebih cekap uruskan rumahtangga, si suami buat endah tak endah. Mungkin dalam hati dia kata 'takpe lah biar dia je buat dia tau semua' sambil dia goyang kaki tengok tv. Bukan apa, kalau nak tunggu si suami, alamat kebulur, tonggang terbalik la umah. Dah tau macam tu, tolong lah apa-apa yang patut. Awak tu dah berkahwin, beranak..tak boleh nak goyang kaki sangat. Lagi pulak kalau dapat isteri yang bekerja, tak kesian ke kat bini. Balik keje nak bukak tudung pun tak sempat, macam-macam kerja menanti tapi suami boleh baring tengok tv.
Ada pulak si isteri yang macam permaisuri. Semua suami yang sediakan. Basuh baju, uruskan anak-anak, masak pun tak. Suami yang beli makanan kat kedai. Siap arah-arah suami lagi. Kesian suami.
Lagi sekali nak tekankan, ini semua takkan terjadi kalau ada sikap TANGGUNGJAWAB dalam diri kita. Bila tak buat rasa tak sedap hati kan. Rasa tak complete. Itu sebab kita ada rasa tanggungjawab, betul tak. Kalau takde rasa ni, sah lah anda tidak bertanggunjawab.
Tanggungjawab ni bukan takat sedia duit, makan pakai je. Bukan takat bawak anak makan tempat canggih-canggih, pakai baju branded, makan angin overseas aje. Itu bonus lah.
Banyaklah kalau nak citer. Pendidikan untuk anak-anak tu kadang kita pun sibuk dengan keje nak buat homework sama-sama tak sempat. Takkan semua nak tunggu cikgu. Bila pikir anak pegi balik sekolah pun dah stress sebab risaukan keselamatan dia. Sedih betul tu yang kadang rasa nak benti keje. Argghh...
Tanggungjawab sosial. Cemana kita dedahkan anak kita dengan hidup bermasyarakat. Tengok tv chanel apa, bawak pergi keluar tempat yang macamana, akhlak, kawan-kawan dia, banyak lagi. Sekarang masing-masing ada ipad bagi kat anak-anak. Ok la tu dapat belajar tapi kena tengok gak games apa yang kita download. Kadang rasa nyesal plak bagi ipad sebab time nak tido pun nak bawak ipad. Melampau betul. Tak bagi nangis. Adoi.
Yang paling penting, tanggungjawab rohani. Cukup ke pendidikan akhirat yang kita bagi kat anak-anak. Sebab kita sendiri pun terumbang-ambing lagi. Bila sambil lewa, jadik lah macam-macam hal yang kita sendiri tak nak terjadi kat anak-anak kita. Tapi kita sendiri tak buat apa. Kita sendiri tak betul. Hanya mengharap tak terjadi dan berdoa (kadang-kadang).
Banyak sebenarnya nak taip lagi tapi tetiba kebuntuan.
TANGGUNGJAWAB kita bila dah berkawen dan beranak-pinak ni kena lah tukar dari zaman single dulu. Jangan ingat sedap nak kawen, ada anak-anak je. Tanggungjawab ada lah kata kunci nye! Sama-sama lah kita ye... demi akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah bantulah hambaMu ini...
13 March, 2013
Gelagat anak-anak.
Seronok gak bila browse balik entry lepas-lepas, baca cerita-cerita lama dan tengok gamba-gamba lama. Rugi kalau tak diabadikan dalam blog, kelass ayat abadi gitu hew hew heww..
Anak-anak kami pantang nampak menda alah ni. Dorang panggil 'goyang'. So papa memang rajin melabur duit untuk anak-anak naik ni. Siap-siap bawak duit syiling. Kalau pakai token, dekat RM10 lebur. Dah dapat naik, muka masing-masing macam dapat hape entah...happy kemain. Syirah dari kecik sampai dah nak masuk 6 tahun tak boring-boring. Adik tentu lah baru nak masuk 3 tahun merasai pengalaman ni..hahhahaha...
Ni kat Setia City Mall.
Gamba ni Ucu whatsapp. Masa mama gi toilet kot dia capture semua gamba ni.. Irfan korek idong pun ade. Alamak kantoi dik..
Syirah tengah menyorok belakang pintu bila dengar kereta Papa masuk garaj balik keje. Selalu macam ni lah. Tapi kalo Papa terus masuk umah ok lagi tak la lama tunggu. Kadang Papa tak masuk rumah terus. Siram pokok lah, borak ngan jiran sebelah la.. jadinya lama lah menyorok hahahhaa siann..
Sorang lagi buat-buat tido. Sian lama nau kelip-kelip mata terpaksala Mama panggil Papa masuk "pa, cepat lah masuk anak-anak Papa dah 'hilang' ni dalam umah, tak tau mana pegi" So papa selalunya paham la nanti buat-buat masuk umah "syirah, irfan..mana lah anak-anak papa ni". Pastu konon-konon terjumpe lah anak-anak yang 'hilang'. Nanti jerit-jerit lah sebab papa dapat jumpe hahahhahaha drama sangat!
Gamba yang last ni korang janji jangan bagitau Irfan tau nanti hahahhaha.. macam lah Irfan tau pun kan. Kot lah dah besar-besar nanti korang jumpe Irfan teringat pasal hal ni jangan malukan dia. Gelak diam-diam sudah lah.
Nak tau gamba ape? Sila tengok di bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak pakai seluar sendiri tapi akhirnya termasuk dua-dua kaki dalam sebelah kaki seluar. Pastu nangis. Mama kat dapo dengar dia nangis macam terjatuh. Sekali datang tengok dah jadik camni, dia tak sakit tap panik takleh gerak hahahhaha.. mama ko lagi lah notty gi snap gamba sekejap.
Sian Irfan hahahhaa... takpe dik, usaha tangga kejayaan!
Ok lah tu je nak share lenkali kita share lagi...byeeeeeeeee.
16 January, 2013
Doa untuk ibu bapa.
Dulu masa arwah abah ada, susah nak tunjukkan sayang. Susah nak jaga baik-baik walaupun arwah abah tak sakit. Bila dia dah takde, terkeluar lah perkataan 'menyesal dulu tak sempat ini, tak sempat itu, bawak sini bawak situ'. Kan.
Sementara mak masih ada, yang mana boleh berbakti setakat yang Dina (panggilan kat umah) mampu, Dina buat lah ye mak. Mungkin ini lah hikmah rezeki Allah bagi rumah dekat ngan mak supaya Dina boleh selalu tengok mak. Allah nak bagi pahala kat Dina lah tu. Terima kasih Allah, kadang kita tak nampak semua ni bila dah ditimpa ujian baru kita sedar.
Nak kenangkan pengorbanan mak memang tak cukup lah satu entry. Mak dulu berniaga membesarkan kami 5 beradik lepas arwah abah meninggal. Kami gilir-gilir ikut mak berniaga. Tengah sibuk masak untuk berniaga pun mak sempat amik Dina kat stesen komuter balik keje lepas tu amik adik balik sekolah (masa tu Dina belom kawen n takde keta lagi). Penatnya Allah Maha Mengetahui tapi Dina boleh nampak dari muka mak. Sebab tu sekarang mak tak sihat sebab banyak buat kerja berat demi kami. Pengorbanan mak memang tak dapat dibalas tapi apa yang mampu kami beri..
Mudah-mudahan mak diberikan kesihatan yang baik supaya kami dapat berbakti lebih lagi dengan mak. Dan semoga kami dapat menjadi ibu yang baik jugak buat anak-anak kami. Bukan untuk dibalas jasa tapi cukuplah sebagai peneman di kala tua nanti.
Sementara mereka masih ada, kawan-kawan mari doakan mereka.
05 December, 2012
Anak-anak solat.
Satu malam, mama dah tak sabar nak landing atas katil nak titon. Dah penat lepas balik keje, siapkan keje umah begitu begini dah gosok gigi semua.... tiba-tiba:
"Mama, iyah nak semayang"
"Ala kak, mama dah sudah semayang Isya' la kak" (dalam hati berkata, takkan la anak semayang pun nak halang kan tapi penat sangat ni nak bangun).
"Kakak pegi semayang sendiri boleh kan?"
Pastu ada pulak lagi satu suara menyampuk "Ipan pon nak ayangggg" si pelat ni pun nak jugaaak.
"Pegi ikut kakak". Tapi mama terpaksa bangun jugak lah tengokkan dorang nak amik air semayang. Kang ada yang basah kuyup pulak main air.
Dah lepas tu, intai-intai ape lah keje 2 beradik yang tengah solat kat bilik belakang tu agaknya.
Adik tu main-main je masa kakak solat. Maklom la kurang pemahaman lagi. Kakak tu dah besar tu yang paham. Kakak tengah berdoa. Syahdu je tengok gamba ni.
Doa apa kakak baca? Ada lah doa dia sendiri... doa kami :) Semoga anak-anak Mama jadi anak soleh dan solehah. Amin yarabbal alamin.
28 November, 2012
Jadi isteri untuk redha Illahi.
Artikel diambil dari facebook Fiqh Wanita TV3.
Artikel ini sangat bermakna. Bukan soalan daripada wanita tu, tapi jawapan yang ustazah bagi sangat terkesan. Bukanlah bermakna berkaitan dengan hubungan aku dengan suami tapi biasalah sebagai wanita dan isteri, bohonglah kalo terkadang terpaksa memendam rasa, tertekan dan hilang sabar dengan tanggungjawab sebagai isteri. Apa kata kita ambil masa untuk baca artikel di bawah ini sebagai panduan kita bersama. Artikel agak panjang tapi sangat berbaloi untuk dibaca.
-------------------------------------------------
CATATAN INI ADALAH DARIPADA YG BERBAHAGIA USTAZAH NORASLINA JUSIN. Mari kita hayati bersama:
Saya menerima satu panggilan telefon lewat petang hujung minggu yang lalu. Di hujung corong, terdengar satu suara yang lembut memberi salam, memperkenalkan diri dan bertanya khabar, tanda pemanggil adalah seorang perempuan. Melihat tiada nama yang terpapar pada skrin telefon bimbit, saya pasti dia bukan terdiri dari kalangan kenalan rapat atau individu yang pernah menjemput saya berprogram.
Kerana itu, pada awalnya saya merasakan belum mahu membuka ruang perbualan, bimbang kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang, tetapi segera saya beristighfar. Saya memujuk diri lantas segera menekan butang menerima panggilan.
“Alhamdulillah, saya di sini sihat. Puan pula bagaimana?”
Demikian, perbualan kami bermula sampailah dia membuka bicara tentang tujuan awal dia menyapa. Persoalan utama yang sedang mengundang galau di hatinya; soal rumahtangga.
BAGAI BUNGA LAYU
“Saya sebenarnya mahu meminta nasihat daripada ustazah, tentang rumahtangga saya. Segala kebaikan yang saya lakukan pada suami terasa sia-sia. Saya bagai ditipu dengan kelaku baiknya di depan saya, tetapi rupa-rupanya di belakang, dia bermain kayu tiga.”
Mendengar lafaz demi lafaz yang meluncur dari mulutnya, menjadikan saya sempit dada. Saya menarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang dan menunggu penuh sabar sambil memasang deria pendengaran pada setiap patah kata yang menerobos seterusnya ke cuping telinga.
Dia menjelaskan bahawa tanpa sengaja, sebulan yang lalu, dia menemukan beberapa pucuk emel yang dikirim suaminya kepada seorang wanita dalam nada mesra dan manja.
“Mahu saya katakan hubungan suami dan perempuan itu sekadar teman tapi mesra, tidak boleh juga kerana dada saya ni bagai mahu pecah bila melihat kalimah cinta suami kepada wanita itu.
Saya sangkakan selama ini ikatan antara kami sudah utuh sekali, tetapi dalam diam rupa-rupanya dia mengkhianati. Selama tujuh tahun saya rasakan hidup kami cukup bahagia. Namun, masalah ini menjadikan saya sangat menjeruk rasa. Saya sudah berbicara dari hati ke hati seminggu yang lalu bersama suami dan dia mengakui khilaf dan silapnya, juga berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Selepas itu, suami kelihatannya mengambil berat dan memberikan perhatian kepada saya dan anak-anak, cuma...rasa cinta di hati saya ini bagai bunga yang telah layu, ustazah. Sudah hilang serinya!
Kini, walau suami bersikap baik terhadap saya, sangat sukar untuk saya masih melupakan pengkhianatannya itu. Terlalu payah untuk saya melayaninya sehangat dulu. Dalam masa yang sama, saya bagai puas melihat suami seakan menagih simpati saya. Entahlah...tawar hati rasanya untuk melakukan yang terbaik. Sungguh saya tak sangka, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari....” Nadanya semakin pilu meluahkan apa yang terbuku.
Menangkap peribahasa indah pada penghujung bicaranya itu, saya terlintas sesuatu untuk diucapkan.
“Hmm..mengharap panas tidak sampai ke petang...itulah asas masalah yang puan harus pertimbangkan..” Ringkas jawapan saya. Sengaja saya biarkan begitu bagi merajut perhatiannya untuk bertanya.
“Saya kurang faham ustazah. Asas masalah? Pertimbangan bagaimana?”
“Puan, setiap yang berlaku di dunia ini tidak akan ada yang pernah kekal, kerana tiada yang tidak pernah mengalami perubahan. Begitu juga kasih dan cinta dalam rumahtangga. Bermula bahagia dan saling mengasihi, namun di tengahnya datang ujian yang menggugat setia dan cinta kepada insan yang disayangi. Oleh itu, untuk mengekalkan rasa cinta, ia memerlukan kesungguhan dalam ruang ketara sedar yang amat tinggi bahawa cinta boleh saja berakhir bila-bila, namun tetap yakin dengan izin-NYA, ia mampu kekal hingga ke syurga .
Kerana itu, bukan ‘bila’ dan selama mana hujan itu turun yang menjadi persoalannya, tetapi sebesar mana ‘payung’ yang puan sediakan bagi menghadapi ‘renyai atau lebatnya. ” Agak berfalsafah ungkapan ayat yang saya beri, tetapi saya yakin jiwa wanitanya tidak sukar untuk memahami.
KEBURUKAN vs KEBAIKAN
Saya titipkan kepadanya sepotong ayat indah lewat firman-Nya yang bermaksud :
”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai keuntungan besar.”( Surah Fushshilat ayat 34-35)
“Saya harapkan ayat ini dapat menjadi taujihat Rabbaniy (peringatan dari ILAHI) bagi kita terutama dalam melayari cabaran pernikahan. Saya sedar saat ini sebagai isteri, bilah-bilah hari puan mungkin diwarnai emosi negatif seperti kecewa, kesal, marah, tidak bahagia dan seumpamanya. Di satu sisi, kondisi itu wajar dan manusiawi, tetapi jika ia dibiarkan dan tidak dikelola, kekesalan itu akan bertindak seperti gergaji. Ia memotong secara perlahan; melukai, berdarah, bernanah sehingga akhirnya hati yang satu terbelah dua.
Puan, tidak berbaloi jika ruang kebahagiaan selama tujuh tahun puan dan suami sebelum masalah ini timbul dikesampingkan begitu sahaja. Bukan satu kewajaran, merespon secara emosi. Bukan saja masalah tidak selesai, tetapi malah bertambah kusut. ALLAH mendidik, keburukan dibalas dengan kebaikan. Hubungkanlah jambatan komunikasi bersama suami bukan meruntuhkannya. Maafkanlah suami, bantu dia memperbaiki diri dan doakan kebaikan buatnya.” Bertali peringatan yang saya unjurkan buat dia merenung diri.
DEMI SEBUAH UKHUWWAH
“Ustazah, memaafkan mungkin mudah untuk saya lafazkan, tetapi melupakan dan tidak lagi terkenang-kenang itu sangat sukar!” Jujur dia mengakui.
Mendengar itu, saya tersenyum lantas teringat sebuah kisah yang pernah saya kongsikan pada dinding Muka Buku. Kisah Nabi ALLAH Yusuf a.s tatkala jejak kasihnya bersama ayahanda yang tercinta, Yusuf bercerita :
"Ayahanda, inilah interpretasi mimpiku yang dulu; Pemeliharaku telah menjadikannya benar. DIA telah berbudi baik kepada ku apabila DIA mengeluarkanku dari penjara, dan DIA mendatangkan ayahanda dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antaraku dan saudara-saudaraku. Pemeliharaku halus terhadap apa yang DIA kehendaki; sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana."
Begitu lembut ungkapan Nabi Yusuf tanpa sedikitpun mengungkit kisah keperitannya diperdaya, dihumban dan ditinggalkan dalam perigi oleh abang-abangnya yang cemburu dan iri di hadapan ayahanda yang dikasihi.
Saya nyatakan bahawa iktibar dari kisah ini ialah banyak ketikanya, dalam jalinan kasih dan cinta, membajainya memerlukan pengorbanan jiwa dan perasaan. Demi memastikan sebuah kelangsungan dalam ikatan perkahwinan, persahabatan atau persaudaraan agar ianya berpenghujung dalam redha TUHAN, ada kisah pahit yang perlu ditanam dari terus menggamit pedihnya sebuah kenangan.
Keutamaan bukan untuk menentukan kebenaran diri, tetapi demi penerusan sebuah ukhuwwah yang paksinya adalah CINTA ILAHI.
MUHASABAH DIRI
“Puan, usah memendam pedih, dendam dan benci di dalam hati, buanglah kesakitan itu jauh-jauh dan rebutlah kembali kasih-NYA dengan mempertaut ikatan cinta bersama suami. Bukankah beliau telah mengakui khilaf diri, lalu mengapa dilempar kemaafan yang dihulur dalam keinsafan dan taubat kepada-NYA? Maafkanlah, maafkanlah suami puan itu......Demi kerana ALLAH.” Saya masih berusaha memujuk.
“Tapi bagaimana dapat saya lakukan itu, ustazah? Semakin saya cuba, kenangan pahit itu datang mengganggu semula….” Kali ini, suaranya semakin serak…sebak barangkali.
“Ada caranya puan. Dengan syukur dan sabar. InsyaALLAH, jika puan menghayatinya, puan akan dapati ia menjadi satu keajaiban buat diri. Cuma, untuk mencapai keajaiban itu, ada dua perkara yang harus puan fahami sebaiknya.” Sekali lagi saya berusaha memancing perhatiannya. Kelihatannya, dia diam tanpa bicara. Lalu, saya meneruskan kata-kata.
“Pertama, puan harus meyakini bahwa ALLAH SWT adalah Zat yang menciptakan segala perbuatan hamba-NYA, maka segala sesuatu yang dikehendaki ALLAH untuk ia berlaku, pasti akan berlaku. Dan sebaliknya, segala sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH untuk tidak terjadi, maka pasti tidak akan terjadi. Ringkasnya, tidak ada satu perkara, peristiwa atau apa jua di dunia ini, walau seberat zarah, melainkan ia bergerak dan berlaku dengan izin dan kehendak ALLAH. Justeru itu, bila sesuatu menimpa kita, baik kebaikan atau keburukan, maka fahamilah ia hakikatnya berlaku atas keizinan ALLAH, dan berlakunya sesuatu itu pasti ada hikmah yang tersedia di sebaliknya, ia tidak sia-sia. Dengan memahami ini, jiwa kita akan bebas dari segala kekesalan dan kegelisahan.
Kedua, puan harus memahami dan menginsafi bahawa tatkala ALLAH menjadikan pihak lain melakukan sesuatu keburukan kepadanya, maka kemungkinan itu semua terjadi adalah kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, secara sedar atau tidak sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” ( Surah Asy Syuura ayat 30).
Apabila kita mengakui bahwa segala musibah yang menimpa adalah kerana dosa-dosa yang telah lalu, maka kita pasti akan sibuk untuk bertaubat dan memohon ampun kepada ALLAH atas dosa-dosa yang menjadi sebab ALLAH menurunkan musibah tersebut. Puan, adakalanya, sebagai isteri, kita terlepas pandang tentang hak suami, kita lalai dalam menunaikan kewajipan sebaiknya selaku isteri, lalu dengan merenungi firman ALLAH tadi, kita akan sibuk bermuhasabah serta tidak mudah menuding jari kepada pihak yang telah menzalimi. Yakinlah puan, dalam kefahaman sebegini, musibah yang dialami akan dilihat sebagai nikmat bukan musibah yang dahsyat. ” Panjang lebar saya menjelaskan.
“Puan, kalau boleh ingin saya mencadangkan sesuatu. Malam ini, sebelum puan dan suami memejamkan mata, puan pegang tangan suami dan genggam jari jemarinya. Kuat dan erat. Puan akan rasai kasih puan kepadanya masih hangat, masih membara….” Buat kesekian kalinya saya cuba memotivasi dirinya.
GENGGAM CINTAMU.....
Sejurus terdengar esakan halus di hujung telefon. Saya turut tersentuh. Bukan saja-saja saya mencadangkan itu, kerana pada saya, usah menunggu sesaat, seminit, sejam apatah lagi menanti bertukarnya hari untuk isteri menggenggam jemari suami, untuk suami memegang erat pautan jemari si isteri sebagai implementasi hati yang sedang subur dengan cinta dan kasih murni, kerana bila tiba masa hanya satu tangan sahaja memaut erat sementara tangan yang lain sekadar kaku terbuka, fahamilah bahawa ketika itu, hanya airmata penyesalan menjadi jawapan bahawa anda sudah terlambat untuk merasai hangatnya genggaman cinta dari dua tangan, panasnya haba kasih dari sepuluh jemari saling berpautan sehingga mampu menggugurkan dosa-dosa antara mereka, menjadikan rasa mesra yang mengalir menggamit rahmat dan cinta Yang Maha Esa.
”Puan, sangat besar pahala yang disediakan oleh ALLAH bagi orang yang memaafkan dan bersabar. Akhirnya, terpulanglah pada pilihan solusi dalam diri masing-masing. Andai puan memilih untuk terus bersangka dan marah-marah, maka kebahagiaan boleh musnah. Jika mengambil jalan muhasabah, maka muhasabah yang benar itu perlu, bukan sekadar melihat kekhilafan diri, tetapi juga kembali untuk mengenal ALLAH dengan setiap kehebatan-NYA yang tidak terperi. Di situ, akan ada ketenangan yang hakiki menanti, InsyaALLAH.”
Saya mengakhiri bicara dengan dada yang sebak tapi semakin lapang mengharap reda ar Rahman.
09 October, 2012
Syirah dan cerita adik baru.
Kita (suami-isteri) kalau nak tambah anak, kita berbincang sesama sendiri. Ke korang tak bincang, ada rezeki zasssss je? Hihihihi..
Tapi perasaan anak-anak yang sedia ada korang tanya tak? Aku pun tak terfikir nak tanya tapi satu malam minggu hari tu masa tengah duduk berdua tengok tv dengan Syirah. Irfan dah tido, Papa belum balik dari office (laki aku weekend pun keje).
Maka ikuti lah perbualan kami ini:
"Mama, perut mama ni buncit lah"
(Mama ko takyah nak sentap dah memang kenyataan)
"Haah kak, mama gemok tu yang buncit. Tapi kalo ada baby cemana? Kakak nak adik tak? "
Diam.
"Nanti bagi Iyah pikir dulu, mama tengok lah tv nanti Iyah cakap" (sambil pegang kepala buat gaya berpikir).
"ha lamanya pikir, ok apa jawapannya?"
Syirah geleng pale.
"Iyah taknak adik? Nape?"
"Mama tgk lah tv dulu bagi Iyah pikir" (dia buat gaya tadi).
Adoi nak bagi jawapan pikir lama siap pegang kepala bagai.. beria je.
"Mama dah sudah"
"Ok apa jawapannya?"
"Tak nak adik sebab Iyah dah ada adik, kalo ada adik lagi nanti bergaduh".
Hahahaha ok lah anak. Mama tunggu bila kakak cakap NAK ADIK. Buat masa sekarang Iyah ngan Ipan dulu lah... :P :P :P
15 August, 2012
Di kala raya menjelang tiba..
Saya rindu arwah abah saya.
Arwah abah orang yang paling cool, tak pandai marah dan suka geletek orang.
Rindunya kat abah.
Semoga arwah abah dicucuri rahmat, berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan tenang di sana.
Dalam pada kita seronok nak sambut Raya ni, pasti terkenang pada yang dah tiada. Especially yang rapat dengan kita. Kawan-kawan yang baca ni, tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Abah dan semua umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih.
22 June, 2012
13 April, 2012
Ujian Itu Rahsia Allah
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Ayat Al-Quran ni memang biasa kita dengar kan kawan-kawan?
Aku sangat-sangat yakin dan suka dengan ayat ni. Kerana dalam hidup aku sehari-hari, aku berpegang pada ayat ini, dan InsyaAllah aku tabah.
Kalau tak, takkan Allah jodohkan aku dengan seorang lelaki yang kerjanya jauh dan terpaksa meninggalkan anak2 isteri demi mencari rezeki yang halal? Kalau aku ni jenis perempuan yang lemah, aku tak rasa aku mampu. Bukan lah aku kata aku hebat, tapi sesetengah perempuan memang bergantung harap sepenuhnya pada suami untuk segala hal.
Kalau tak, takkan Allah jodohkan suami aku tu dengan aku? Yang ke sana ke sini insyaAllah semua boleh buat sendiri, tapi kalau suami ada tetiba semua tak boleh buat sendiri. Heheh..itu namanya - ambil kesempatan sementara boleh.
Kalau tak, takkan Allah beri kami rezeki untuk ada 2 buah kereta. Senang untuk aku hangkut anak-anak pagi2 pegi umah babysitter dan untuk aku drive ke stesen komuter. Kalau weekend, boleh bawak anak2 ke mana saja.
Kalau tak, takkan Allah bagi aku anak2 yang baik bila di luar rumah. Boleh Mama dia ni manage sorang-sorang kalau Papa takde sama..(yeah skrg dah boleh kuar bertiga, Irfan dah besar alhamdulillah dah 2 kali kuar bertiga, manageable).
Kalau di luar kemampuan aku, Allah tak bagi semua ni kan?
Punyalah Allah sayang lagi. Allah bagi rezeki kami beli rumah dekat ngan umah Opah. Padahal masa tu rumah2 kat kawasan perumahan tu dah abis dijual, tapi ada pulak satu kosong. Kan rezeki tu? Sebab apa-apa hal kalau Papa takde, sekangkang kera je pun nak pegi umah Opah.
Yang paling best, Allah bagi Opah, adik-beradik yang sentiasa sedia menolong. Kalau Papa takde, Mama kerja jauh kat KL. Saat-saat emergency especially bila anak-anak sakit, opah ada, mak ada, ayah ngah ada, ayah cik ada, ucu ada. Boleh lah tolong-tolong tengokkan anak-anak. Itu belum lagi kalau tren rosak, dah malam baru sampai umah.
Itu semua rahsia Allah. Terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Saya sayang Allah sangat-sangat.
p/s: cuma bab anak-anak je aku belum mampu untuk bertabah.
14 March, 2012
Kisah Dirang jadikan pengajaran
Sedih dengan kisah arwah Nurul Nadirah atau Dirang. Kita sebagai ibubapa kena sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kita. Arwah Dirang baru berumur 5 tahun tapi dah diberi tanggungjawab pegi ke kedai. Kenapa ye mak dia tak boleh pergi? 5 tahun tu sebaya Syirah, kecik lagi tu. Sedangkan Syirah nak keluar pintu rumah yang masih dalam kawasan pagar pun tak bagi, inikan ke kedai. Mungkin pada sesetengah orang dah besar, dah kena buat itu ini. Tapi kalau dah jauh ke kedai sorang-sorang..? Speechless.
Zaman kita dulu (zaman 80an) sebenarnya biasa perkara-perkara ni. Aku pun dulu biasa pergi kedai, mak tulis kat kertas..pastu naik lah basikal pegi kedai. Tunjuk je kat makcik kedai pastu bagi duit. Tunggu lah barang-barang diambik dan duit baki. Tapi itupun dah sekolah rendah. Bukan lah seawal 5 tahun. Lagipun, zaman dulu takde kot ramai orang jahat macam sekarang. Bunyi agak kasar tapi itulah hakikatnya.
Orang jahat di mana-mana sekarang. Orang sakit jiwa, orang sakit hati. Kalau tak, takkan lah kat rumah sendiri pun orang boleh ceroboh masuk mencuri di siang hari? Kalau tak, macamana kindergarten pun dah tak selamat bila ada orang mengamuk? Ya Allah Kau lindungilah Malaysia dan kami semua dari segala jenis kejahatan dan merbahaya. Amin.
Aku pernah baca satu artikel dari seorang pakar agama (dah lupe). Menurut beliau, semua ni berpunca dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Dari mana punca rezeki, punca makanan, berkat ke tidak, amalan-amalan dalam keluarga tu. Ini semua memainkan peranan penting. Sebab halalnya punca rezeki, makan makanan yang halal akan menjadi darah daging.
Kita sama-sama jadikan kisah adik Dirang menjadi pengajaran buat kita semua. Sebenarnya sejak kisah Nurin Jazlin lagi. Arwan Nurin pun pegi pasar malam sorang-sorang. Ibubapa biarlah kita mengawal dari jadi camni. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang beriman.
07 March, 2012
Kanak-kanak sangat jujur.
Kalau korang nak tanya pendapat yang ikhlas, jujur, tanpa prejudis - korang tanya lah kat anak-anak. Korang mungkin akan dapat jawapan yang menyakitkan hati tapi mereka ikhlas tak bermaksud apa-apa. Apalah yang mereka tahu pasal kecik hati, yang keluar dari mulut mereka adalah apa yang mereka nampak. Itupun kalo korang boleh terima. Kalo tak leh terima kenyataan, nasib lah kan. Itu namanya tak sedar diri. Hahaha...
Biasalah aku punya research contoh tentulah datang dari anak-anak sendiri. Abis dah pagi petang siang malam menghadap kan. Kalo weekend lah, hari bekerja tak dapek. Sobs.
Kejadian 1
Syirah: Papa, papa ni hitamlah.
Papa : Ye ke? Mama?
Syirah: Mama putih, sama macam adik.
Papa : Iyah?
Syirah: Iyah pun hitam sama macam Papa, kita kan geng.
*alahai..*
Kejadian 2
(jengket-jengket kaki kat dapur rumah seorang sedara)
Mama: nape Syirah jalan camtu kaki sakit ke?
Syirah: tak, iyah geli
Mama: kak tak baik lah, umah kita macam lah bersih sangat. jalan elok2!
*kalo la sedara aku tu dengar/nampak mesti kecik ati kan. tapi rumah sedara tu memang macam tak penah mop pun.. pang! tampar mulut sendiri*
Kejadian 3
(ni dah lama tahun lepas)
(kat shopping complex, ada 2 beradik india tengah lari-lari)
Syirah: Mama tengok anak keling tu lari-lari nanti jatuh kan Ma?
Mama: syyy..jangan cakap camtu, tak baik.
*nasib parents budak tu tak dengar. Syirah bukan paham pun nape tak boleh cakap keling. bukan tau maksud sensitiviti. kena tukar words. mesti ada orang cakap keling. hmmm. *
Kejadian 4
(tengah baring atas katil nak tido)
Syirah: Mama, perut Mama ni kenape?
Mama: Nape ngan perut Mama?
Syirah: Besar ni ada apa?
Mama: Ada baby kot?
Syirah: mana ada..
Syirah: mana ada..
Mama: Mama gemok kan kak?
Syirah: Ha'ah
*kan betul. pasrah*
Jujur. Ikhlas. Pegi lah tanya anak-anak/kanak-kanak kalo korang nak mintak pendapat. Tapi laki aku pun jujur cakap aku gemok. dah banyak kali. Muahahhaha...
05 March, 2012
Somewhere Over the Rainbow
Pada hari yang sama, dapat makan puding dan kek rainbow. Cantik sangat nak makan pun sayang. Terus rasa nak nyanyi lagu Somewhere Over the Rainbow.
Ingatlah, kita boleh mencapai apa yang diidamkan selagi kita berusaha untuk mendapatkannya, kerana pelangi selepas hujan panas sangat cantik untuk dinikmati. Madah hari ni. Hahaha..
Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.
Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.
Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.
Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.
Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?
If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.
Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?
If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?
20 February, 2012
Syirah dah besar rupanya..
Selingan dari citer Sabah: mari kita dengar citer pasal anak dara saya. Mama ingat dia baby lagi, rupa-rupanya dah besar, sampai terkeluar citer dia nak kawen. Alahai anak..
Nak kata pengaruh drama tv, dia ni tak minat tengok drama. Kalau katun tu iye lah.
Situasi 1
Mama tengah duduk lipat kain, Syirah tengah panjat sofa. Irfan nak follow.
"Kakak,duduk diam2 boleh tak janganlah memanjat nanti adik ikut"
"Mama, kalo Iyah dah kawen nanti panggil Iyah tau, jangan panggil kakak"Speechless. Budak 5 tahun cakap pasal kawen. Huwaaaaa...
Situasi 2
Masa nak pergi Sabah haritu, malam sebelum pegi baru nak packing baju. Cakap sambil lalu je dengan Syirah.
"Kak, esok ingatkan Mama ambik ubat demam dalam fridge nak masuk dalam beg ye. Nak masukkan sekarang tak boleh nanti rosak".
Syirah tak menyahut diam je.
Esoknya masa tengah kelam kabut nak gi airport dah tengahari. Sebab flight petang. Syirah ingatkan "Mama dah ambik ubat demam?"
"Ha'ah mama lupa. Thank you kakak ingatkan. Pandai kakak"
Tak sangka dia boleh ingat.
Situasi 3
Dia ni sebab membesar dengan environment orang dewasa, fikiran pun dah matured agaknya.
Dalam playroom bebudak ni kat umah, dua beradik ni tengah main, Mama nak ajak adik tido "Adik jom susu dalam bilik pastu tido".
Leka punya pasal, layan budak2 main dulu. Terlupa yang tadi dah siap bancuh susu Irfan. Si Syirah yang ingatkan tapi ayat agak eat inside (makan dalam); "Mama, susu ipan dah sejuk tu pegi lah tidokan".
Hahahhahaha.. sape yang Mama ni? Tolonglahhhhhh
Situasi 4
Dalam bilik air, tengah mandi.
"Mama, iyah nak pakai sabun muka Mama"
"No no..ni sabun orang besar, ada racun, budak kecik tak boleh pakai"
"Tapi iyah pun ada jerawat"
"Mana ada jerawat, besar kuman baru...eii"
Gaduh anak beranak dalam bilik air.
Situasi 5
"Kak, rantai kakak mana?"
"Masa pegi Sabah Papa yang simpankan, Papa letak dalam poket""Ooo yeke nanti Mama tanya Papa"
"Mama, adik tak pakai rantai?"
"Masa pegi Sabah Papa yang simpankan, Papa letak dalam poket""Ooo yeke nanti Mama tanya Papa"
"Mama, adik tak pakai rantai?"
"Boy tak boleh pakai rantai, girl je yang pakai"
"Kalau boy pakai nanti dia jadik gangster ye?""Ya Allah, mana tau perkataan gangster ni? Gangster tu ape kak?"
"Gangster tu orang jahat"
Situasi 6
"Mama, kepala iyah gatal tolong la garu"
"Kat sini ke" (Mama garu kepala kiri)
"Bukan, sini"
"Sini?" (kepala kanan pulak)
"Astaghfirullah al ajim (pelat sikit lah sebutan dia)..Mama ni tak paham ke?"
Istighfar panjang kau anak aku sebab salah garu. Sekarang ni sikit2 astaghfirullah. Adik tumpah air pun "astaghfirullah al ajim ipan ni". Beria je.
Situasi 7
"Papa, cikgu cakap makan tak boleh tumpah-tumpah nanti syaitan yang makan"
"Ok"
Irfan makan of course lah tumpah-tumpahkan, kalo makan sendiri. Ape lagi, kakak sudah sound;
"Ha ni syaitan lah yang gemuk ni Irfan makan tumpah. Irfan..irfan" (siap geleng kepala).
-------------------------------
Cukup-cukuplah tu ye selingan. Nak tulis banyak, pening nak ingat sebab banyak pastu bila ingatkan balik nak gelak ada, nak marah ada.
14 February, 2012
Penyakit M
Boleh tak malas nak update blog. Boleh tak? Boleh ke tak?
(jawapan suara-suara: ada aku kisah?)
Ok lah tak payah update.
(jawapan suara-suara: ada aku kisah?)
Ok lah tak payah update.
16 January, 2012
Syirah's 1st Time School Experience
![]() |
| Syirah's 1st day schooling |
Entry ni mungkin agak panjang. Luahan rasa seorang Mama yang pertama kali berdepan situasi anak bersekolah, walaupun hanyalah sekolah tadika. Nama sekolah Syirah - Tadika Intan Bestari, insyaAllah tadika Islam yang belajar English. Mungkin entry ni agak emo tetapi its from the bottom of my heart dedicated to my daugther and all mothers who have been experienced or will be experiencing the situation.
Tak sangka anak dara ku dah besar, walaupun birthdate dia hujung tahun tapi tetap lah kena terima kenyataan yang by October 2012, Maira Nur Insyiraah akan berumur 5 tahun.
Nak tak nak kena lah sekolahkan dia. Boleh gitu cakap nak tak nak? Kena lah kan, walaupun hati seorang Mama ni berat nak melepaskan. Risau yang teramat, Allah Maha Mengetahui. Biarlah orang nak kata aku ni over protective atau apa sekalipun, tapi itu lah hakikatnya. Aku tak malu mengaku yang im an over-protective mother. Protective bukan je dari kecederaan, dari macam-macam sudut. Dari unhappiness, bad experiences, rejection, from hurt feelings, failure, disappointments dan macam-macam lagi. Ni baru tadika aku dah risau, belum lagi darjah 1. Risau boleh ke anak aku naik van sendiri, risau boleh ke dia handle sendiri kat sekolah tu? Cuma aku mohon pada Allah semoga berikan lah aku ketenangan dan berlapang dada untuk menerima hakikat bahawa anak aku PASTI BOLEH buat semua tu. Amin. Kalau mama sendiri tak yakin, macamana nak bagi Syirah jadi orang yang berkeyakinan?Sebenarnya anak-anak kita BOLEH BERDIKARI kalau parents dia takde. Percayalah. Ya, aku sedang menerimanya perlahan-lahan, please give me some time. Ketahuilah Syirah, Mama kat office sentiasa berdebar menantikan pukul 8am (time Syirah masuk sekolah), dan pukul 12pm (time Syirah balik sekolah). Bila Mama call Opah cakap Syirah dah sampai rumah ke, ok ke? Baru Mama lega dan boleh buat kerja dengan tenang. Kalau tak, nak makan pun tak lalu.
![]() |
| Amik dia balik skool. Letih betul ni. |
Hari ketiga Kakak skool iaitu hari Rabu, Mama dah start work. Mama tak boleh nak hantar sebab Kakak masuk lambat Mama dah kena naik train. Opah yang tolong siapkan kakak, pastu Papa yang hantarkan. Balik Mama practice kan kakak naik van, Mama dah informed cikgu yang kakak akan naik van dengan siapa, van mana. Mama pastikan makcik van amik kakak dan hantar kakak dengan selamat. Alhamdulillah cikgu pesan kena amik anak dalam pintu pagar, kalau luar pagar cikgu tak bagi. Walaupun sampai umah kakak berpeluh-peluh sebab makcik van tak bukak aircond, kakak kata ”Memang lah, kat luar kan memang panas”. Sorry Mama tercakap salah, ade ke Mama kata ”van makcik tu takde aircond ”. Terima kasih betulkan Mama, ape lah sangat panas sikit ye kakak? Kakak no hal kan? Theheheehee. Balik sekolah Mama call kakak, kakak kata kakak muntah kat sekolah. Alahai siannya anak Mama. Kakak kata dalam kereta nak pegi sekolah lagi kakak dah pening. Bibik skool kakak tukarkan baju kakak dengan baju spare.
![]() |
| Mama mintak izin cikgu nak masuk sekejap untuk amik gamba. Syirah toleh belakang, nampak Mama. #Kantoi. |
Hari keempat kakak menangis tak nak pegi sekolah. Mama kat tempat work dah susah hati. Papa cuba pujuk, kakak tetap menangis. Mama dah kuat semangat sikit masa ni, mama kata kat Papa, walau camne pun kena cakap baik-baik dengan dia suruh pergi sekolah tak boleh tak pergi nanti dia ingat kalau nangis je tak payah pegi. Don’t start. Opah pun pujuk-pujuk and finally kakak nak pergi sekolah tapi Opah kena hantar sekali. Kakak masuk skool kul 9am, its ok bukan kakak masuk universiti pun, janji kakak pergi sekolah..masuk lambat pun cikgu tak marah. Dan lagi sekali, Mama dapat tau kakak muntah kat skool. Being Mama yang poyos, Mama terus google untuk tau sebab kenapa anak aku muntah setiap kali nak pergi sekolah. Selama dia dah 5 tahun ni, kakak jarang muntah kecuali demam. Antara sebab-sebab yang Mama dapat, itu tanda-tanda anak yang nervous, panic dan risau akan sesuatu keadaan yang baru. Syirah mungkin tak biasa dengan keadaan ramai, tak pandai bersosial lagi sebab selama hari ni dia hanya duduk rumah berdua dengan Opah. Salah satu tanda orang-orang yang nervous termasuklah muntah. Ini jugak selalu terjadi kat orang dewasa, tak semestinya muntah ye. Kadang-kadang terkencing, sakit perut, buang air besar dan lain-lain. Macam kita butterflies n stomach lah kiranya ;). Bila petang balik rumah, mama tanya kakak kenapa muntah...kakak kata kakak bukan tak nak pergi skool tapi kakak takut muntah kat skool. Dia malu. Mama cakap camni ..kakak kena buangkan rasa risau tu sebab semua orang pun risau kalau ada benda baru. Mama pun akan risau, Papa risau semua orang ada rasa risau. Risau tu ape Mama? Risau tu macam takut. Ha Iyah takut hantu. Ahh sudah citer lain pulak budak ni. Dengar Mama cakap, semua orang kena pergi sekolah. Siapa yang tak pergi sekolah, dia tak pandai. Ok kakak, kakak kan good girl, budak pandai...Bila cakap camni, kakak angguk dan cakap ok.
![]() |
| Time ni kakak tak balik naik van, Papa yang amik. |
Hari Jumaat, hari kelima kakak skool. Alhamdulilllah tak nangis tapi muka ada masam. Sebelum kakak sampai skool, Mama dah kol cikgu Sandra dulu seawal pukul 7.45 pagi untuk maklumkan yang anak saya lah yang muntah kat skool tu. Mama kata mungkin kakak nervous. Cikgu Sandra kata perkara biasa. Tapi cikgu kata, lepas Papa hantar dia muntah, dia ok je. Belajar ok, ikut cikgu nyanyi ok, main ok, makan pun ok. Alhamdulillah Mama relieved. Cikgu Sandra ada bagi satu surah untuk Mama baca, sambil baca letakkan tangan kat dada kakak sebelum pegi sekolah. Tapi mama lupa nanti Mama call cikgu balik tanya. Eh Cikgu Sandra ni nama penuh dia Sandrawati. Orang melayu Islam, pengetua tadika Syirah. Saja nak bagitau :P Balik sekolah naik van macam biasa, Papa ada tapi Papa spy dari jauh je. Nak biasakan kakak naik van sendiri. Mama balik kakak bagitau ”mama..mama..cikgu kata cuti 2 (sambil tunjuk 2 jari). Amboi suke ye. Bila tanya pasal skool, kakak citer sikit-sikit je. Mama paham, baru lagi kakak belum dapat kawan. Baru nak adapt. Tapi selalu dengar kakak humming macam-macam lagu baru. Mesti lagu belajar kat sekolah kan. Hehehe.
![]() |
| Cari kasut sendiri |
Hari ni hari Isnin, hari pertama di minggu kedua. Kakak bangun sendiri dan tak menangis. Kakak kata pergi sekolah tak payah minum susu atau makan sebab nanti takut muntah. Lepas tu kakak kata ’kan nanti kat skool cikgu bagi makan’. Ok ok... ape-ape lah anak, janji kakak nak pergi sekolah.
Papa dan Mama doakan semoga Kakak terus rajin pergi sekolah dan jadi anak yang bijak. Mama tak harapkan yang extravaganza, baru tadika je pun. Cuma nak ajar kakak berkawan. Much love from Papa & Mama. Happy schooling!
![]() |
| The proud Mama. |
Subscribe to:
Posts (Atom)





















