Advert




Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts
Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts

30 May, 2012

Paradigm Mall - shopping mall baru.

Welcome to Paradigm Mall! Dah rupa penyambut tetamu tiga beranak ni.

Al kisah, sabtu lepas ada opening shopping mall baru ni yang terletak kat Kelana Jaya. Betul-betul opposite Giant Kelana Jaya. Aku tau yang nanti opening tu ada Faizal Tahir. Hahhaa. Baiklah mari aku bagitau awal-awal supaya korang jangan berpikiran negatip yang kata di mana ada FT, di situ ada aku. Kan kan?

Aku tau yang FT akan ada, tapi aku tak plan nak pegi sebab hari Ahad tu memang dah ada event aku nak pegi yang ada FT. Yang ni memang dah plan earlier.  So Sabtu baiklah duduk diam-diam kat umah siapkan keje umah yang patut lagipun takut lak husband marah hari-hari nak gi event FT kan.

Tak semena-mena, wah ayat baek punye. Abang aku sms, nak gi Paradigm Mall tak petang ni? Bagai pucuk dicita ulam mendatang bak kata pepatah, aku iye kan je lah. Itupun selepas call husband untuk mintak permission.  Husband pun bagi green light, aku pun siapkan lah semua keje umah, masak bagi anak makan. Ye rumahtangga tidak diabaikan ye kerana FT. Muahaha.. kena bagitau ni kang orang mengata.



Sampai-sampai dah kul 3pm, FT tengah nyanyi. Depan stage dah penuh so aku duduk belakang jelah tengok dari jauh ok la kan. Nak pusu-pusu ke depan tu agak-agaklah bukan anak muda. Bawak camera godang ok la nak amik gamba dari jauh ada zoom. Nasib baik pegi dengan abang aku and girlfriend dia.  Girlfriend abang aku ni dah ala-ala PA kalau aku pegi event FT. Memang anak-anak dia jagakan sementara aku mengambik gamba or tengah tengok FT. Dia yang offer,  Mama lagi suke. Terima kasih banyak-banyak kat Acik Sue sudi jadi babysitter ^_^



Dari pandangan atas lak.  FT tengah nyanyi lagu Bencinta. Besar jugak Paradigm Mall ni, banyak kedai. Padini besar, Brands Outlet besar, ada Charles & Keith, eh banyak la. Cuma sebut beberapa nama (yang masuk dan interested). Ngeh ngeh ngeh.

                     

FT nyanyi 4 lagu je, lepas tu banyak cakap pulak mamat ni sekarang. Suara sengau akibat selsema. Sian. Perlu kew nak cakap semua ni? Bluwek. Pastu berjumpa kawan2 yang merupakan peminat tegar FT. Mereka berempat ni aku kenal pun sebab FT. Mereka sangat tegar memberi sokongan. Semua event FT, pasti ada mereka. Aku baru jumpa mereka 2 kali, tapi dah macam kenal lama sebab mereka friendly and baik. Thanks for the friendship Fyra, Farah, Kak Rose & Anne.





Lepas FT dah abis, Syirah mintak belanja ice cream. Nak makan masih kenyang lunch, so beli kan sorang satu ice cream kat Famous Amous. Banyak sebenarnya kedai ice cream tapi tak jumpe.  Floor plan agak pening gak kat Paradigm Mall ni. Tengah jalan-jalan tetiba nampak cafe ni nama Irfan. Bila adik bukak cafe tak bagitau Mama pun? Kihkihkih..


Diakhiri dengan Mama yang kehausan nampak kedai air soya bean tapi versi baru. Soya bean yang pelbagai. Ada bubble. Sedap sangat!



 

13 April, 2012

April is Oral Health Month!

Pelancaran bulan kesihatan mulut di One Utama baru-baru ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rosnah Shirlin bt. Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Program ini adalah usahama antara Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dengan sokongan Bahagian Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Yang pasti, tujuan aku ke sini bukan lah semata-mata nak menyertai perasmian ni. Hehe..dah mintak izin Papa sebelum tu "nak bawak anak-anak pegi event Colgate".  Bila Papa kata "ok boleh pegilah..".

 

Ini kerana selebriti pilihan untuk Oral Health Month (OHM) ialah.........*drum roll* .... Faizal Tahir! Tapi tak cakap kat Papa ada FT (lepas event cakap lah ada FT, Papa kata "patut la sibuk nak pegi" tapi tak marah, dia dah paham bini dia). Hihihii...

Yang excited aku nak pegi tu sebab dlm twitter lah dia kata dia bawak anak-anak dia sekali. Tu yang aku pun nak bawak anak-anak aku. Eh? Ade kene mengene?

Short speech by FT. English dia perghh.. superb!

Antaranya, FT kata..OHM bukanlah semata-mata berkenaan gigi. Ini meliputi kesihatan mulut iaitu gigi, gusi dan sebagainya.  Beliau kata, untuk anak pertama dia memang dah silap sebab gigi anak dia dah rosak sebab malas gosok gigi. So untuk anak-anak seterusnya dia akan pastikan mereka jaga kesihatan mulut.


Faizal's wifey and the kids. Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman, Ahmad Rifa'ie Zidane (takde dlm gamba tgh duduk atas riba Daddy dia) dan Siti Rawdha Nur Jannah.

Yang kecik comel Jannah tu tengah belajar berjalan. Tetiba aku tengah berdiri ada budak pegang seluar aku. Rupanya dia. Siap amik tangan aku suruh pimpin. Ko ada main dengan anak FT? Hahaha...


Lepas abis launching, aku bawak lah Syirah n Irfan main permainan yang dia sediakan. Syirah main wheel of fortune ni dapat hadiah mug Spongebob. Kemain bangga lagi menang. 



Pastu main games lain. Adik pun sibuk. Nak asingkan makanan mana yang good , makanan mana yang bad untuk kesihatan gigi. Best game ni.

 



Mama, Syirah nak jadi Barbie. Ok pegi lah nak..



Spongebob saya. Masam muka dia kena paksa. Hahaha... cubit baru tau.



Yang penting, dapat buat FREE dental check-up kat situ. Ada 2 bilik khas yang ada dentist. Sebenarnya 1st time Syirah buat dental check-up.  Dia ok je..

Btw, masa teman Syirah ni. Kami buat bersama-sama FT and kids. I can see, he is sooo fatherly.  Ecewahhh...


Perfect! Doktor kata kat Syirah  ^__^

 


Lepas pada tu yang pegi jumpa FT amik gamba dengan Irfan tu. Malas la nak tepek gamba lagi sekali, scroll je bawah. Kang poyo sgt bape kali nak tepek gamba. 

Sempat la Irfan beramah mesra dengan uncle FT kan Irfan? 

Ok, anda semua cepat pegi dentist, skrg boleh dapat FREE.  Check out http://www.oralhealthmonth.com.my untuk check klinik-klinik berdekatan anda yang participate ok? Masih ada masa lagi ni.




06 April, 2012

One fine day with Faizal Tahir


Tengok muka Ipan. Hahahaa...

Nak tengok camera tapi nak tengok Uncle Faizal.  Uncle tau...

Amacam?  Ada komen? Silakan..


27 March, 2012

Bertwitter dengan Faizal Tahir

Aku tak penah ada akaun twitter u ols. Sehinggalah kawan-kawan se'FT' ku  kata Faizal Tahir rajin bertwitter semenjak dua menjak ni.  Dulu kat FB rajin gak dia post status. Lama FT diam kat fb, rerupanya bertwitter plak dah.

I yang tak pernah ada twitter ni terus mencipta satu akaun. Muahahhaa..demi Faizal Tahir. Baru wujud tak sampai pun sebulan usianya. Tak berapa nak pandai pun, cari timeline, mention, RT..dan apentah lagi.  Macam susah je twitter ni. Tapi skrg tidak lagi, dah mahir lah sikit :P

Jumaat malam Sabtu aritu saje lah on twit. FT ni memang kalo on pun selalu 11pm ke atas (wah tau tu time). Ye lah orang2 camni memang malam baru free kan..dalam studio ke ape. Ohh kebetulan FT pun tengah online.  Tu yang kemain galak lagi ha sanggup tido malam membaca twit2 beliau dan reply bagai. I pun saje lah twit dia.

Memula FT panggil aku KAK. Sentap i. Hahhaa... maybe sebab aku punye nick tu Mama. So kena la panggil  kakak ye? Padahal i muda setahun dari u tau tak. Bila aku reply kata 'awww FT panggil i kak, kita nak sebaya :) but nvrmind saya happy! Thanks for ur reply. Salam to ur wife n the kids".  Baru FT replied "Love to the family =)" .  Rupanya tak abis lagi.  FT replied lagi "Love..Gnite".  Love ok!

Eh kena ke explain? Kat print screen bawah ni dah ada tulis? Nampak nau happy poyo sangat  ^___^ 




Biasalah penyanyi pojaan saya. Mesti la i excited.  Sampai suami kata 'eei baru kena twit sikit dah tersengih-sengih" ..hahahha. I love u suami kerana memahami. Jeles tu biasalah itu tandanya sayang. Kahkahkaha...

Maafkan keterujaanku.  Tido pun tak lena pastu. Pang! sekali.


21 November, 2011

Annual Dinner with Faizal Tahir

Nak jugekkk kan Faizal Tahir tu.  Padahal company punya Annual Dinner, penyanyi jemputan FT.

Actually dari awal tahun 2011 ni dah set tak nak pegi annual dinner. Malas n boring pastu sian nak tinggal budak-budak.  Tetapi pada suatu pagi yang hening, kakak officemate yang juga committee untuk AD telah inform yang FT mungkin akan jadi guest artis. Mungkin je belum sure lagi that time. Setelah beberapa meeting dan telah dipersetujui, akak tu pun inform kat aku yang CONFIRM FT akan jadi guest artist. Sebab akak ni tau aku minat FT. Aku yang tergedik-gedik ni pun apa lagi terus tick YES kat attendance AD. Teruknye pangai.. *___*

Aku pilih untuk pegi yang 2nd night sebab tak nak ramai-ramai. Kot la kan kalo tak ramai tu ada la chance nak jumpe FT.  Lagipun Papa ada meeting hari Sabtu, dia balik after meeting dah lewat. Terus lah divert ke Ahad malam.  *peluang cerah*.

Lepas Maghrib kami sampai kat Sunway Convention Centre, tempat berlangsungnya dinner ini.  After registration, bla bla what not majlis dimulakan dengan ucapan big bos. Tak amik pun gamba big bos :P. Google lah banyak gamba beliau.

Mula-mula mesti lah kuar Emcee dia kan, iaitu Afdlin Shauki. Dia as usual memang kelaka. Tapi staff kat sini tak sporting sangat malam tu, dan malam pertama juge dengarnya lagi hambar. Macam tengok cerekarama citer sedih...senyap hening je. Adoi la. 2nd night way better kata Afdlin n FT.

Boboi ala tomey-tomey


Biru kami malam tu
 
With colleague - Noreen aka Neelofa muahahaa

Kemunculan yang dinanti-nantikan oleh ku. Faizal Tahir in the house y'all!  Masa FT kuar, aku mintak izin suami nak duduk depan stage. So start FT nyanyi dari mula sampai habis, aku n kawan-kawan yang sekepala berpicnic depan stage.  Sorry lah kalau ada yang tak minat FT kan, hak masing-masing.  Memang FT tak pandai communicate, hopefully dia akan improve in near future.


Hanyut in acoustic version. Great voice, agree? Sangat menyentap jiwa ahkak.. dapat tengok depan-depan camni.


Ha kau.. siap dok sebelah lagi. Masa ni FT nyanyi lagu Bryan Adams - Have you ever really loved a woman.  Macam tak caya lak aku berani naik. Tapi masa ni FT dok kat tangga stage so takde lah atas stage.  Lama jugak dok sini sebab camera hp tu member tak pandai tekan. Hahhaa.. lepas cakap 'thank you' kat FT, dia jawab 'thank you je?'. Abih...takkan nak salam cium tangan kot :P


Gemuruh by FT.


Tak puas hati lagi kan... gi terjah back stage. Elok dia tengah dok borak dengan manager dia kot. Amik la gamba lagi. Sambil tanya-tanya khabar sikit. Hahhaa... siap bye bye Faizal. Dia pun 'bye bye'.. ingat nak tanya anak-anak bini ape khabar tapi tak tertanya pulak. Maklum la nebes.  Anak dah 4 FT ni kan, caya lah.

Finally, my dreams came true. Puas hati dapat jumpa Faizal Tahir.  Kalau ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi eh Faizal? Wah macam kawan-kawan kau je.



Ok lah dah puas hati semua kan, jom kita kembali ke pangkal jalan. Anak-anak dah menanti di rumah tu. Tak amik gamba makanan pun, excited nak jumpa FT punya pasal.  Food memang sedap lah semua.

Time nak balik, amik gamba dulu k. Kengkawan lain semua dah balik.  Tinggal yang mana ada aje lah.

With Ila.. yang macam Yuna hehe

Yang duduk sama table. Yang sekepala pegi duduk bawah stage. Yang semua bini orang. Hehehe..

Overall, am happy! Weeeee


16 November, 2011

Wordless Wednesday

Dah tak mimpi dah :)