Advert




Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

10 September, 2013

Big Brother Restaurant & Grill.

Salam.

Entry makanannnnn....yeay! Kali ni western food.

Restoran ni ada cawangan di Damansara dan Shah Alam. Yang kami pegi ni kat Seksyen 7, Shah Alam.  Yang dokek ngan umah la ye tak.

Malam Sabtu beberapa minggu lepas (biasalah citer kat sini semua basi hahaha) nak gi makan meatball ngan beger bakar. Terasa-rasa di tekak tingin bebenau kalah orang ngandung.  Tapi kedai tu tutup akibat krisis ketiadaan air.  Maka, kami berwhatsapp adik beradik untuk menukar destinasi.  

Sehinggalah terjebak di Big Brother ni.  Kami suka cari makan sekali-sekala kat luar ramai-ramai, sebab satu; nak lepak ramai-ramai yang masing-masing sebok nak jumpe kalahkan umah jauh-jauh. Sebab kedua; nak bawak Opah keluar. Sian Opah hari-hari terperok kat umah. Tapi nye, takleh bawak jauh-jauh sebab nanti Opah tak larat lama-lama.  Ayah Cik n family takde sebab balik kampung.

Muka Opah malas nak senyum.  Restoran cozy dan interior not bad. Service cepat.



Mari kita cekidaut makanan apa yang kami order. Sila lah jamu selera.... lalalallaa.... Ni mama punya. Mushroom creamy pasta, something like that lah namanya. Lupa.  Sedap tak tipu!



Sebab teringin nak makan meatball, order meatball pastu share ramai-ramai. Portion amat lah besar, masa order kemain masa makan tolak-tolak masing-masing sebab dah kenyang.  




Chicken chop Opah punya. Opah kata tak berapa ummmphh.. Chicken chop ni kalau nak sedap, yang penting kuah dia tu. Kuah dia tak berapa sedap.





Hamek besau gile cawan teh o. Harga dia RM3.50 secawan. 



Dessert.



Overall: makanan sederhana, portion besar, service mantap, harga agak pricey.

Alhamdulillah. Muka puas hati dapat makan sedap, kebetulan hari tu Mama berhari raya puasa enam Syawal. Hehehhee...



23 May, 2013

Mother's Day bawak Opah makan.


@ Manhattan Fish Market, Setia City Mall.


Adik badik perempuan je yang ada.  Mak dengan Ucu.  Ucu dah keje so boleh top up belanja makan. Kihkihkih.. bila lagi nak merasa gaji Ucu. Yang lelaki sorang balik kampung isteri, sorang ada hal lain.  Saja bawak Opah makan kat luar sempena Mother's Day baru-baru ni.  Nak makan nasik, plis sebab lapa. Papa pun ada tapi kejap je Papa join lepas makan Papa kena gi ofis so kami perempuan (excluding Irfan kecik) je jalan-jalan after makan.

Kat Setia City ni tempat makan dia limited la.  So MFM je lah yang ok.



Opah kesayangan kami.  Selamat hari Ibu. Jasa Opah memang besar, sangat besar.  Ya Allah, peliharalah ibu kami sebagaimana beliau mengasihi kami ketika kecil, berikan beliau kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin.



 Anak-anak dan cucu-cucu yang diharapkan untuk menjaga Opah bila besar nanti. InsyaAllah.



04 April, 2013

Fish & Co. @ Paradigm Mall.

Kisah makan lagi ye kawan-kawan. Hehehe..jangan mare

Tulang ikan sebagai pelapik pinggan. Comel kan?


Mulanya Papa nak pegi kedai paintball untuk repair senapang (kot?) dia. Papa kan ada bisnes kecil-kecilan di kampungnya ada pusat paintball.  Kami ni ikut je lah, tak tau pun kedai paintball tu kat mana.  Ooo rupa-rupanya dekat ngan Paradigm Mall.

Pastu "papa papa..pas gi kedai paintball gi Paradigm Mall boleh?"

"ape tu? kat mana?"

Blerghhh..

Pegi makan je pon. Kat Fish & Co. Tak penah lagi makan kat sini.



Antara restoran yang bagi color & kertas untuk kids.  Selain Chillis.  Antara ciri-ciri restoran yang saya suka. Bagi budak occupied dan tak buat hal. Of course lah dapat belajar jugak. Kadang kat kertas tu dia suruh color and bagi puzzle.

Restoran ni macam Manhattan Fish Market sket. So maybe akan masuk list Papa's favourite.


Papa order mushroom sup. Sedap gils kot. Pastu tak cukup sebab dia suap anak-anak. Anak-anak nak lagi. So order lagi semangkuk. Cuma nak cakap, sorry lah gamba tak amik. Thehehhee..

Papa makan fish platter.  and tambah side order - mussels. Papa kata sedap. Gamba courtesy of Google.



Mama punya. Baked cheese rice. Cucuk mussels kat atas. Nasik dia macam tasteless. Tapi yang cheese tu macam makan pizza, sedap.



Irfan dah tertido. Nasib baik seat macam sofa tu. Boleh la baring. Alhamdulillah. Kenapa ntah dia mengantuk sangat padahal baru pukul 12. Maybe malam sebelum tu tido lambat. Sian Irfan tak abis makan lagi.  Dia kan suka makan. Tertido mulut masih comot lagi ^_^



Overall, makanan kat sini varieties jugak. Rasa ada yang sedap, ada yang biasa. Harga, murah sikit dari Manhattan Fish Market.  Sila lah cuba. Okbai.


01 April, 2013

Restoran Arab di Harbour Place, Klang.

Usually kalo weekdays  memang mama jarang masak. Hari Isnin, Rabu, Jumaat pulak hari kakak Syirah mengaji pukul 8 - 9.30 malam.

So kadang-kadang lepas hantar kakak mengaji, kami gi dinner sampai kakak Syirah nak balik kami terus ambik dia.  Memula dulu terasa gak, sian tak bawak kakak makan sekali. Tapi sebab dia nak pegi mengaji dan dah makan pun kat umah Opah sebelum gi ngaji, so lega lah sikit hati.

Restoran Naora namanya. Dekat umah kami kat Harbour Place, Klang.



Interior dalam dahsyat gile. Takut mahal je restoran ni.  Tengok menu, tulisan arab and english. Waiter pun arab. Pure habis arabnya sini hahaha..

Papa tengah tengok menu dengan Irfan. Mama tak bape lapa so tak heran sangat *eksen*


Papa nak makan mandy lamb tapi dah abis. Ayam pun dah abis. Kelaka padahal baru pukul 8.30 pm time tu.  So Papa order kabsah lamb sudahnya.  Harga mahal jugak RM16.  Nasik macam nasik goreng mama masak kat umah je.  Rasa, papa kata tak sedap.



Mama punya kebab ayam. Harga dia lupa lah. Rasa biasa-biasa aje.



Interior dalam kedai yang sangat cantik dan terasa seperti berada di Egypt. Hehehehhee...



Overall, ok-ok je. Rasa biasa.  Tapi interior memang meletop lah. Service slow. Makanan lambat sampai. Tapi waitress semua cepat datang dan tersenyum aje ahahhaa.. Sape nak try sila lah pegi, kat tingkat 1 Harbour Place, Klang.

07 February, 2013

Bertemu orang Moscow.

Menunggu orang Moscow dan orang seksyen 7, Shah Alam :PP



Yeay baby Moscow dah sampai.  Last jumpe masa Zara dalam perut lagi. Sekarang kamu dah besar ye Zara.  Alhamdulillah dapat kita berjumpa masa kawan kami Oja dan family balik bercuti awal bulan Januari haritu.  Oja nak makan kat Chillis so kami dating kat Chillis, Empire Subang.

Zara yang comel dan bambam. Boleh tahan aktif anak dara ko kan Oja.  Tak padan dengan maknya yang lemah gemalai hahaha..



Auntie Kerun buat ape lah tu sampai Zara garu kepala dibuatnya?  Kerun masih lah tetap dengan kelam-kabut dia tu.  Heehhee sorry Kerun tapi kalo ko takde tak happening..



Walaupun Oja je yang jauh di mata dekat di hati, tapi yang bertiga lain tu susah sangat nak berjumpa.  Especially Kerun lah, busy memanjang mengalahkan perdana menteri kekdahnye. Anis pulak kat Shah Alam sibuk gak dengan kerja-kerja membaking dan membeading dia.  Aku sibuk dengan anak-anak huhuhu...Masing-masing nak catch up banyak benda.  Rindu u ols semua..kekecohan tetap seperti dulu muahahahaa...

Masa study kat UiTM dulu ini lah antara kawan-kawan saya yang susah senang bersama.  Masa hari nikah/wedding pun dorang yang banyak membantu.  



Alhamdulillah semoga silaturrahim ini kekal sampai bila-bila.




05 February, 2013

JJCM. Malas masak.

Bila hari keje, pagi-pagi masak lauk dulu sebelum pegi keje. Untuk Opah ngan Syirah, sian kadang-kadang Opah tak larat masak. Lauk simple-simple je.

Malam aku tak makan diet, tinggal nak pikir apa suami nak makan.  Ini satu masalah harian gak ni pikir menu malam. Kadang tapau lauk siap, balik reheat. Kadang makan luar. Kalau larat, masak. Gitu lah hidup wanita dan ibu bekerja seperti saya dan anda semua. Tak gitu? Tapi rupa-rupanya kami ni makan luar weekend je selalunya. Sebab hari bekerja penat nak keluar, ye lah sampai umah pun dah malam. Lagipun sebab pagi dah masak, lauk tu simpan sikit untuk buat dinner. Yang makan nya pun sorang je iaitu papa. Anak2 dah siap makan umah opah/babysitter. Huhu..

Bila dah makan luar, rajin amik gamba. Tapi jarang nak share, apetah lagi cuci. Jadi marilah kita lump sum kan je hehehe..
Tony Romas, Setia City Mall. Lama dah, weekend bulan lepas. Papa tingin nak makan steak.



Sharin Low, Harbour Place. Dekat ngan umah, tempat feberet Papa sebab Papa suka shark fin sup & itik panggang kat sini.


Tempat feberet Syirah pulak. Chicken Rice Shop. Kat sini lah satu-satunya tempat Syirah boleh makan nasik habis licin!


Pizza Hut, Giant. Lepas shopping groceries tingin nak makan eskrem.


Ada lagi tempat2 makan lain, lain kali share mana tau korang boleh dapat idea nak makan mana. Tapi kena masak jugak ye, dapo kena berasap. Takut nanti orang kata kita ni asik makan luar je. Kalau suami ok, apa salahnya. Maklom la ramai sangat yang busybody dalam dunia ni.



06 November, 2012

Farewell and Birthday.

Sebenarnya dua acara yang berbeza tarikh dan tempat.  Mohon maaf jugak lah pada Syaz sebab lambat update ni. Kalo ko sedang baca entry ni ^_^

Dua slices kek yang mengiringi kesedihan kami pada tengahari itu.


Bagi meraikan perpisahan kawan kami yang akan berpindah ke JB.  Berpindah cawangan tempat kerja dan berpindah rumah lah of course.  For good.  Aku doakan semua yang terbaik untuk ko setelah sekian lama.. mungkin ini yang terbaik. Kita selalu share suka duka dari sekolah sampai buat part time degree dan sekarang keje tempat sama. 

Satu benda yang aku tak pernah lupa dan mungkin ko pun tak ingat benda ni.  Ko menyangkung pakaikan aku kasut masa keluar dari masjid lepas majlis nikah aku. Ko ingat? Aku ingat.. dan aku terharu time tu. Sob sob...

We'll gonna miss u Syaz!


Alhamdulillah plan yang dibuat oleh penulis (hahhaaa) secara rahsia berjaya.  Terima kasih kawan-kawan yang 'diheret' sama ke kancah farewell secara rahsia ni.   Terkejut ko kan Syaz.



Ni di hari lain pulak. Ole-ole Bali, Solaris Dutamas.



Erin dan Ayu telah merealisasikan belated birthday untuk gadis-gadis puiiiii yang lahir pada bulan Jun.  Agak terlambat tapi takpelah, its the thought that count.  Bak kata omputeh.

Bila nak lunch kat luar lagi? Pastu nanti balik terjadi lagi 'kejadian pahit' macam hari tu. Hahahahaa..... nasib baik takde yang terkucil dalam botol. Kuang kuang kuang...



Tukang bayar.  Thanks Ayu n Erin belanja lunch. 



23 October, 2012

Birthday Opah & Septemberians.

Quote by Mufti Menk: Married children who live separately from their parents are mostly happier, more appreciated, loved & missed than when they lived together.

I couldn't agree more with this statement. Sejak belum kawen, dah kawen, ada anak sorang..aku dok 'menumpang' dengan mak.  Alhamdulillah masuk anak nombor dua, rezeki dapat beli rumah sendiri dekat pulak dengan rumah mak.  Tak dinafikan, masa duduk dengan mak dulu..selalu nak melawan cakap mak ada je benda yang tak sependapat.  Tapi bila dah duduk umah sendiri, jarang sekali nak melawan sebab dah rindu dengan mak, even hari2 wajib singgah umah mak.  Perasaan tu jadik lain. Kalau u ols penah rasa sama macam aku rasa, kamu mesti paham.

Walaupun cerita di atas ni agak takde kena mengena dengan tajuk, tapi ia masih berkisar tentang MAK.  Alhamdulillah 28 September baru-baru ni, mak (sekarang panggil Opah) diberikan kesempatan untuk diraikan oleh anak-anak menantu-menantu, cucu-cucu sempena usia Opah yang ke 62 tahun.  Kami sekalikan dengan birthday semua Septemberian iaitu Acik Sue, Acik Intan, Mak (kakak aku yg sulung)  dan Opah. 

Bahan utama. Papa punya BBQ set. Dah 4 bulan beli, baru bukak dari kotak nak guna.  


Kami semua berkumpul dekat umah Opah hari Jumaat, 28 September. Nasib baik esoknya weekend.  Bahan-bahan yang diBBQ, yang dibeli, yang dimasak cuma nasik goreng. Hahahaha...  kami tong-tong la adik beradik.


Septemberians.... Acik Intan, Opah, Mak & Acik Sue. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Cupcakes mama beli tapi dah cair tulisannya.. sedehhhh..


Gamba lagi satu, bersama dengan cucu-cucu yang baru 2 ketol.  Muka Irfan nak mintak cubitan... grrrrrrrrrrrrrr!

Happy birthday!!!


02 August, 2012

Singgah berbuka.

Gitu tajuknya. Ala-ala singgah sahur. Tapi ni singgah berbuka. Singgah di mana? Di rumah Opah je. Kihkihkih..

Weekend harus lah masak kan. Weekend bukak posa umah Opah. Tapi kena la masak something nak bawak, takkan datang lenggang kangkong terus suap je. Ape dish nak masak ek? Tapi ayam lah bahan utamanya. Yang special sikit.. mari lah menggoogle. Sekali jumpe resipi Buttermilk Chicken. Masa baca resipi pun dah terliur kahkahkah.. eh, nak buat senang bangat!

Masa berbuka tu aku rasa dulu sebelum bagi orang lain makan, sebab malu la kalo tak sedap kan. Nak rasa masa masak pun tak boleh. Masa rasa, ok cukup rasa semua. Sekali bila adik badik lain mengatakan sedap.. alhamdulillah. Lain kali bleh buat lagi.  Bila post kat fb, ramai pulak mintak resipi. Kehkehkeh.. *poyo*

Sedap uols..



Macam-macam menu dari pelbagai pelusuk dunia ada di hari kejadian. Masing-masing masak satu dish. 

Homemade sushi. Adik yang buat. Aku tak minat sushi so jeling-jeling je lah. Sebenarnya dah 3 hari berturut dorang buat sushi ni. Minat sungguh dorang makan sushi.



Abang masak spegethi alfredo. Western pulok. Bergaduh tak makanan dalam perut.


Tidak ketinggalan, menu dari pantai timur - sata dan otak-otak. Gamba dipinjam kat google sebab terlupa nak snap haritu. Menu yang tu pun homemade! Wah.. Siap bakar belakang rumah lagi.  Menu ni girlfriend abang aku yang buat.  Sedap meletop kebabom! Makan banyak gile.


Lepas makan tu terfikir, syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah bagi. Kadang-kadang tak habis main buang je. Orang lain yang hidup susah, atau yang tengah bekerja keras time waktu orang lain makan beria ni.... apa dorang makan ek?



12 July, 2012

Urbano e Fresco, Publika Solaris

Sementelah tak lama lagi nak puasa, mari kita keluarkan dulu gamba-gamba makanan sebelum terliur. Acara jalan-jalan cari makan ni pun dah lama berlalu. Baru nak upload gamba ha. Dah lama tak update blog lah katakan.

Urbano e Fresco ni restoran makanan Italy kat Publika Solaris Dutamas. Sikit2 Publika sekarang kaaann. Bukan apa, dekat ngan opis. Banyak kedai makan. Itu je sebabnya.



Ada jugak jual beraneka jenis jem. Jem yang sapu kat roti tu. Roti dan jem adalah buatan sendiri.


Sebenarnya kami pegi sini guna voucher Groupon. Beli masa offer kat Groupon dari RM50++ jadi RM19 sahaja seorang untuk 3 course meal.  Air je kena beli asing.

So memula datang la garlic cheese bread ni.  Sedap ya ampun. Banyak pulak tu. 3 pinggan camni dia bagi.


Kemudian, chicken wing pula menyusul.  Alhamdulillah sedap jugak. 3 pinggan jugak.

Pastu gamba spegeti aglio olio lupa nak amik, rasanya waktu tu dah terlampau kenyang sampai tak larat.  Nak makan pun sampai kuis-kuis nak habiskan. Kesian orang somalia kan..tak dapat camni.


Finally, dessert. Tiramisu kek. Sedap kawan-kawan.  Tak nyesal beli voucher RM19 dapat makan banyak. Kalau takde voucher, mahal. Alhamdulillah.


Kalau nak pegi sebelum puasa, boleh la pegi:
Urbano e Fresco,
D2-G3-3A, Solaris Dutamas (outside Publika),
Kuala Lumpur.