Advert




Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

04 March, 2011

Sama tak serupa


Part kaki tak tahan tu.
Sampai senget-senget. Naaaaak jugak.

01 March, 2011

Melaka: River Cruise is a MUST!

Ni citer last. Grand finale aku kata. Sape nak baca, baca. Tak nak takpe. Walaupun dah basi.
Kenapa aku kata MESTI naik cruise ni kalau ke Melaka? Sebab cantik. Nak pegi Venice tah bile-bile kan, dapat naik gondola kat Melaka pun ok ape. Cintailah negara sendiri. Tapi kena lah pegi malam baru view cantik.

Sebenarnya berat nak pegi sebab malam kan nak bawak anak-anak susah sket. Pulak tu Irfan macam nak demam time tu. Dah cakap kat husband nak bawak anak-anak balik hotel tapi dia kata dah sampai, naik je lah. Dah la nak masuk cruise tu kena rebut-rebut. Takde line ok! Ko pandai-pandai nak hidup. Takde sistem langsung. Pihak yang berkenaan, kena amik perhatian sikit bab ni.

Depa 2 beranak duduk depan sekali

Antara views yang sempat snap, ni semua belakang bangunan sepanjang sungai Melaka tu. Kerajaan Negeri bagi bajet rasanya untuk cantikkan. 1st photo ni rasanya cafe nama River Bank. Ramai tourist nampak lepak sini. Rasa macam bukan kat Malaysia.. very nice view.



Dan kita juga akan melalui (nape aku tulis macam tourist guide ha?) satu kampung iaitu Kampung Morten. Cantik sangat sepanjang lalu kat sini. Setiap rumah ada banyak lampu spotlight kat tepi rumah mahupun bumbung rumah, dengarnya kerajaan Melaka bagi RM1k untuk bayar bil elektrik setiap rumah. Macam hari raya... meriah. Ni salah satu rumah kat Kampung Morten. Nampak tak ada makcik dalam rumah tengah duduk kat kerusi? Gamaknya tetiap malam dia tak tido melayan orang datang.

Seperti biasa, Irfan dah tido. Bukan dia paham pun naik ni. Ishh tengok gamba ni menyesal pulak rasa bawak dia, time ni dia dah nak start demam. Dan untuk rekod, selepas naik cruise ni lah kami terpaksa gi emergency kat Mahkota Medical Centre sebab badan Irfan makin panas plus berak-berak. Aku time ni dah peluh-peluh dan sakit perut sebab risau. Dah la outstation kan. Huhu. Ok dah tamo ingat lagi peristiwa itu.

Perjalanan naik cruise ni almost 1 jam jugak. Bila nak turun, Irfan dah terbangun. Ko penah rasa tak perasaan jadi mak yang tak peka? Tengok muka Irfan pun dah tau. Rasa nak ketuk kepala sendiri. Sorry adik Irfan. Sian adik.
Ok lah cuma nak cakap jangan lupa naik cruise, kalo tak ko akan menyesallllll...

23 February, 2011

Melaka: ..dan beca sangat sinonim

Termakbul impian nak naik beca kat Melaka bila dah ada anak. Impian tak berapa tinggi macam naik gondola ke Venice. Boleh la nak capai lagi. Hehe..best rupanya naik beca. Walaupun panas tapi ada payung. Bersiar-siar dalam bandar Melaka sambil angin bertiup sepoi sepoi. Sorry bang kalo berat sangat.. 4 orang naik (yang paling berat tu saya mengaku). Upah abang kayuh beca tu RM20. Ok la kan.
Banyak tempat kami pegi tapi semuanya naik beca. Dia akan stop kat setiap tempat untuk amik gamba. Pastu dia hantar balik ke tempat asal yang dia amik tadi.
Dalam gamba ni, nampak sangat Papa & Mama yang paling happy, senyum sampai nampak gigi n gusi. Gamba-gamba lain, korang buatlah caption dia sendiri ye. Hehehe..


Yang ni takpe, aku buat caption siap-siap. "perut ngalah orang mengandung anak no 3". Boleh?


Servis anak bertukar tangan. Nasib baik ramai yang membantu. Lotih mama nak dukung dik oi.. stroller kakak pinjam. Cantik kan kapal belakang tu. Nak masuk dalam pun boleh tapi kena bayar so kitaorang posing dari luar je malas nak masuk.


Menuju ke tempat shopping dodol, sagun, gula melaka, keropok, macam-macam lagi.... kakak pulak nak dukung. Duty Papa lah ape lagi.


Tawar-menawar. "Kurang lah sikit cik"...sambil buat muka paling seposen.

Dalam banyak-banyak barang yang dijual, yang ni paling kakak berkenan.
Anak-anak dan topi. Tetiba kena beli topi, mengada je. Satu harga RM5, sib baik murah. Eh pasni leh buat contest "Anak dan topi". Tetiba.

Begitulah kisah kami di sekitar bandar Melaka. Ada lagi tau citer Melaka next entry. Grand finale. Hahaha.



17 February, 2011

Melaka: Nakhoda Seafood

Nakhoda Seafood terletak di Umbai, Melaka. Tak jauh dari bandar Melaka lebih kurang 20 minit menaiki keta, kalo jalan kaki jangkaan hari esok sampai InsyaAllah. Pergi tempat ni sebab tengok Derna pegi, pastu dia bagi voucher.. ape lagi kan. Thank you very much Derna!

Restoran ni atas air, dan luas sangat tempatnya. Ada tempat orang menjual kraftangan, restoran kat atas dan ada tempat permainan kanak-kanak di bahagian bawah. Kalo dah ada tempat mainan, paham-paham je lah.

Syirah dah ngantuk, padahal baru pukul 8 malam. Hehe.


Berganti-ganti baring dengan adik.


Antara lauk-lauk yang kami makan. Banyak tau, dengan 2 jag air. Total RM150. Murah kan kan? Sedap pulak tu. Compared dengan Asam Pedas hari tu..hurmm tepuk dada, tanya selera.



Lapar sangat. Terpaksa pegang adik sebelah tangan. Kakak dah tido. Sekian.


Adik's turn. Sleeping time. Mama tersenyum riang tanda kekenyangan.

16 February, 2011

Melaka: Menara Taming Sari

Sebenarnya jarak hotel ke Menara Taming Sari tu memang dari pandangan mata je boleh nampak. Tapi biasalah..kena paham sekarang ni kita membawa orang tua, kanak-kanak, baby dan mak baby. Muahaha.. sekarang semua masuk dalam keta cepat!






Bila masa lah kakak posing kat lobi hotel ni. Mama pun tak perasan, tetiba ada gambo ni dalam folder. Kasi up sikit sebab bibir dia merah menyala (dia pakai lipstik bila pun aku tak tau).




Menara Taming Sari ni tempatnya di mana korang dapat naik benda kat belakang tu. Nanti kat atas dia berpusing macam Menara KL. Boleh tengok view bandar Melaka.

Beratur tau nak naik. Panjang jugak q nye tapi cepat bergerak so tak tunggu lama. Service pun efficient dan teratur. Good job! Eh lupa..tiket untuk dewasa berharga RM10, kanak-kanak dan warga tua RM5.


View from top. Syirah kata "Iyah pening lah..." Sian.



Irfan tido start dari bawah sampai dah sudah turun pun still tido. Emm.. tak dapat lah menikmati pemandangan.. macam lah adik paham kan? Ngeeeeee


Dataran pahlawan dari atas Menara Taming Sari.


14 February, 2011

Melaka: Swim n eat

Sebelum booking hotel, aku selalunya review facilities kat hotel tu ada swimming pool ke tak. Untuk anak-anak semestinya. Best jugak pool kat sini, besar.

Manakala breakfast adalah biasa-biasa saje. 2 kali breakfast, dua-dua pun sama menunya. I kan suka breakfast kat hotel :P

Dalam banyak-banyak menu, Syirah suka cornflakes + susu....yang mana boleh didapati di rumah. Hahaha.


Get ready to swim! Seksi hokey...


Adik pun naakk jugak. Bogel lagi seksi. Sekali life guard datang 'Puan, pakaikan dia seluar ye takut dia kencing or berak dalam pool'. Hahaha. Alah, tak sampai 5 minit pun rendam Irfan.

11 February, 2011

Melaka: Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Lepas check-in haritu, kami dah kelaparan tahap gaban..nak cari nasik..nak cari nasik. Namanya pegi Melaka, harus lah terjah kedai yang ada asam pedas. Dah tanya kengkawan, 2-3 orang yang suggest gi makan kat restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. ILa pun siap sms pesan gi restoran ni, katanya melepasi piawian tekak. Sementelah restoran ni pun sekangkang kera je dari hotel tempat kami menginap. Tapi takleh nak pegi secara sekangkang kera, kena gak naik keta sebab bawak orang tua dan anak-anak kecik.

Walaupun lapar..sempat berposing di depan restoran ala-ala rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.


Orang meramai gile kat restoran ni, kena lah amik tau betul ke sedap? Pilih pilik lauk.. nampak tak udang besau tu, baru lepas goreng. Panasss lagi.

Tadaaa.. ni lah dia specialty restoran ni. Kepala ikan dalam kuali masak asam pedas. Memandangkan aku bukan penggemar asam pedas, aku tak makan. Bley? haha. Camne nak review. Tapi mengikut pendapat yang lain, ok -ok je. Tak lah meletop sangat.


Suami cum driver saya yang kelaparan. Sian..




Opah pun lapar, cucu kat sebelah ada lah makan secubit dua.




Lauk-lauk lain: udang kara goreng 3 ekor, asam pedas ikan pari 2 pieces, gulai daging, sayur campur tempe, nasik untuk 5 orang, air untuk 5 orang. Semua sekali RM120. Mahal tak? Pada aku mahal untuk restoran yang biasa-biasa. Mungkin overrated tu yang ramai. Kalau korang nak tau, datang sendiri dan jangan lupa cuba ya.


09 February, 2011

Melaka: Check-in dulu

Bertolak dari umah dah kul 10++, nasib baik kat highway tak jem. Alhamdulillah, all the way dari rumah sampai ke Ayer Keroh, anak-anak tido! Fuh..amazing. Bagos sangat.

Budak-budak terbangun bila sampai tol Ayer Keroh yang very the jammed. Kakak as usual jadik co-pilot Papa. Sementara jem tu, bagi adik makan sesiap. Home made bubur nasik.


Pakai garmin pun sesat :P gelakkan Papa. Kat Melaka ni jalan sehala je kan, tu yang jem, dah la trafik light banyak! Hadoii... letih menunggu lampu hijau. Akhirnya sampai jugak kami di Mahkota Hotel.


Ramai betul Chinese... dorang ni tak balik kampung ek time raya? Ngeee. Lepas urusan check-in..kami pun pulang ke pangkal jalan... gi masuk bilik memasing lah ape lagi.

Aku, suami dan anak2 stay kat mahkota floor room. Manakalah emak, kakak dan adik2 stay kat 2-room apartment. Building lain-lain tapi tak jauh la ikut lif pintu belakang. Bilik emak ada la hall, dapur semua. Bilik kami anak beranak, standard bilik hotel.

Apa-apa hal, adik dah landing rasmikan katil dulu.


Bilik air tempat pertama ku terjah. Tapi takde bath tub.



View dari balkoni kami. Sebelah kiri tu laut..tempat nak naik cruise tu. Depan ada hotel Holiday Inn, Mahkota Parade ngan Dataran Pahlawan. Belakang hotel kami, Mahkota Medical Centre.. jangan tak tau tempat tu pun aku 'visit' sempena holiday kali ni.
Komen aku pasal bilik kat Mahkota Hotel ni, tak padan dengan harga lah. Tilam ngan bantal tak empuk pun (dok hotel-hotel sebelum sedap je tilam ngan bantalnye), pastu aircond punya remote tu aku nak low kan suhu pun tak berfungsi. Kesejukan anak-anak aku bila malam. Ntah la rasa macam tak berbaloi harga dengan bilik. Rugi rugi...

Ni apartment yang emak duduk. Ok-ok aje, macam bangunan dah lama. Tak cantik pun. Pantry pun takde provide pinggan mangkuk, sudu seketol pun takde. Sadis..
Next entry...gi lunch kat restoran Asam Pedas Selera Kampung. Sedap ke? Tungguuu.. (bajet ada orang nak tunggu).