Advert




Showing posts with label Tadika Intan Bestari. Show all posts
Showing posts with label Tadika Intan Bestari. Show all posts

19 November, 2013

Maira 6th year Birthday at School.

26 October dah menginjak 6 tahun usia anak sulung Mama Papa.  Alhamdulillah anak yang tak banyak cengkadak, jarang sakit alhamdulillah syukur, anak yang pandai.  Tapi satu je suka menyakat adik. Tu yang selalu kena marah dengan mama. 

Kek yang dia pilih sendiri untuk celebrate dengan kawan-kawan tadika.  Tayo The Bus.  Sukati lah anak... Mama tempah kat Jasmeen Home Delight.  



Birthday girls yang diraikan yang hari lahir bulan Oktober. Mengaji, berdoa, menyanyi kat depan dulu.  Birthday girls kena pakai baju cantik hari tu, tak pakai uniform sekolah.



Mama ambik cuti satu hari tu saje nak join birthday celebration.  Last year pun camtu hihi. Tapi mama sorang je lah, takde pun parents lain.  Bukan senang nak dapat moment camni, ini kan pulak last year sekolah tadika.  Sekolah betul nanti tak dapek dah...



Dengan kawan-kawan..happy.  Happy birthday Kakak.  Semoga jadi anak solehah.  Mama, Papa, adik semua sayang kakak.  




01 August, 2013

Ihya' Ramadhan

Salam 22 Ramadhan. Tak sampai seminggu je lagi kita dah nak tinggalkan bulan keberkatan ni. Apa yang kita dah buat? #selfreminder

By the way, tadika kakak Syirah ada buat program Ihya' Ramadhan. Setiap tahun dalam bulan Ramadhan sekolah dia akan buat program ni.  Sangat bagus program untuk mendekat anak-anak tentang keberkatan Ramadhan, solat terawih, berzikir, bertadarus & macam-macam aktiviti kerohanian lagi.  Alhamdulillah, terima kasih cikgu-cikgu yang rajin melayan anak-anak kami.  Ye lah anak-anak ni kena bermalam. Program 2 hari 1 malam. Semua cikgu kena uruskan - berbuka, solat, mandi, sahur.  

Syirah duduk depan sekali, tengah kusyuk dengar kawan dia bercerita.



Solat berjemaah setiap waktu sembahyang.  Gamba pinjam dari facebook cikgu Sandra :)



Petang tu, lepas balik keje Mama sempat singgah nak tengok kakak sekejap sambil hantar juadah untuk anak-anak berbuka.  Alhamdulillah happy dia.. tak kisah nak tido situ dengan kawan-kawan.  

Masa ni baru lepas solat Asar, tengah duduk berzikir sambil tunggu waktu Maghrib.  Sejuk hati Mama tengok ahli-ahli syurga ni semua..


Esoknya, hari Khamis. Mama purposely ambik cuti semata-mata nak ambik anakanda tercinta balik dari sekolah. Sebagai dorongan untuk dia lepas berjaya bermalam kat sekolah. Tapi ramai jugak ibubapa yang tak ambik, anak-anak balik sendiri dengan van sekolah. Sedih jugak tengok, sebab kena angkat beg dan barang-barang bermalam sendiri. Lagi sedih bila tengok orang lain parents ambik, dia semua sendiri..dia nangis. Ramai jugak yang tetiba menangis. Kesiannya, sampai aku pun nak nangis tengok.  Mungkin parents pun tak dapat cuti or tak boleh ambik. Tapi pada aku, luangkan lah sedikit masa tu untuk anak-anak sementara dia kecik ni.. nanti bila dah besar tak dapat peluang camni.  Rugi..

Untuk Syirah yang berumur 6 tahun pada aku kira kecik untuk bagi bermalam..kira nya macam kem motivasi kalo kat sekolah menengah. But Syirah did it!

I am a proud mom.



06 June, 2013

Syirah dan kawan-kawan beriadah.

Trip tadika Syirah ke taman riadah.  Dah lama jugak trip ni baru teringat nak update. Gamba semua pinjam dari FB Tadika Intan Bestari.  Pinjam ye..(thanks anak Cikgu Sandra yang rajin snap gamba dan juga pembaca blog ini hewhewhew)

Mula-mula nak berangkat baca doa naik kenderaan dulu. 




Dah sampai tu beratur dalam kumpulan supaya senang ingat kawan-kawan dan anak-anak tak hilang.  Suka sangat tengok anak-anak macam ni kan... tenang jiwa. Rasanya kalo ada duit nak bukak taska lah.. keje hari-hari tengok kanak-kanak ni bahagia rasanya.



Bersenam.  Mama spotted Syirah, there... hehe



Semangat. Suka lah tu dapat keluar sekali-sekala. Tak lah duduk dalam kelas je.



Tujuan trip ni ialah untuk mendedahkan anak-anak dengan alam sekitar dan hargai makhluk ciptaan Allah di sekeliling kita.  Ni tengah tengok semut agaknya. Semut bawak makanan. Kagum sungguh lah tu.  MasyaAllah.. cakap camtu.



Sorang satu kutip daun.. ni kelas lain ni bukan kelas Syirah.



Alhamdulillah thanks cikgu-cikgu sudi bawak anak-anak kami semua ni. Balik tu dia pulak lah mengajar Mama daun itu, ranting ini, bla bla.... kita dengar je lah dengan tekun dia bersemangat citer. Hehhee...

06 March, 2013

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2013


Dah sebulan baru update. Terlupa. Sorry Syirah.

Tahun ni, sukaneka Tadika Intan Bestari berlangsung lebih awal. Terkejut gak memula dapat surat pasal sukaneka. Aik awal tahun ni? Mungkin banyak agenda lain cikgu-cikgu nak buat selepas ni kan.

Seawal pagi dah bangun kejut Syirah, Irfan ngan Papa nya. Breakfast dulu baru boleh bersukan, nanti cemana nak ada tenaga? cemana nak menang? Amboi mama over tau.. Happy je anak aku ni nak gi sukaneka tahun ni. Maybe sebab dah besar, dah senior kata ko.  Macam last year diam je..tak berapa nak happy hahaha.. Lepas register, duduk dalam barisan dulu.



Mula-mula student 6 tahun buat persembahan senamrobik dulu. Tapi gamba lupa nak save, citer je lah. Senamrobik dengan lagu-lagu rancak, comel sangat.  Lama jugak dalam 10 minit memang berpeluh-peluh lah.

Lepas tu baru start sukaneka untuk 4 tahun, 5 tahun last sekali baru 6 tahun. Comel nye lahai anak-anak ni bersukan. Lagi-lagi yang 4 tahun ada yang menangis tapi lari jugak kelaka hahahhaha

Syirah dan kawan-kawan tengah tunggu turn nak bersukan dengan happynya.  Korang tengok je lah gamba-gamba ye. 








Mama mesti lah ada di sisi anak memberi kata-kata semangat dan jadik pom pom girl. Hahahaa..


Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Tadika Intan Bestari, Puan Sandrawati..



Ada acara untuk parents, mama join. Menang pulak tu. Hehehe.. dapat hadiah mangkuk lauk yang cantik. Rezeki rezeki...alhamdulillah.

Yang penting Syirah was having so much fun dengan kawan-kawan! Thank you cikgu-cikgu yang gigih melayan anak-anak kami.


27 November, 2012

Konvokesyen Anak Sulung.

Kena tau mention 'anak sulung' di situ. Sebab 1st experience, dia tak pernah rasa lagi perasaan dia cemana. Hahahaha..

Berkobar-kobar mama kau gosok baju cecantik, kilat kasut bagai. Adik pun kemain bergaya.  Kena kejut pagi2 sebab nak sampai kat hotel pukul 8.30 pagi.  Konvokesyen Tadika Intan Bestari kali ke -12 telah berlangsung pada 17 November di Hotel Crystal Crown, Klang. Kelas anak mama, konvo kat hotel! Mama dulu kat padang sekolah tadika je eh ke tak konvo? Sebab tak abis tadika.. ^_^



Mama biasalah kalau dalam jadual kata 8.30 pagi, kul 8.30 tu mesti dah ada kat situ. Walaupun tau yang orang lain mesti tak punctual punya.  Dah register semua, kena tunggu parents lain register dah kul 9.30 baru start.  Huhu nasib baik anak2 dah sarapan. Sempat suapkan Syirah lagi roti kat backstage. Ko gaya2 mak artis i rasa. Pegi bawak roti ngan air mineral cari anak belakang pentas.. suapkan. Takut anak i lapar! Masa suapkan Syirah tu kengkawan dia tengok je, nak disuapkan sekali ramai sangat, pegang roti sekeping je pun. Sian korang semua.. sob sob... maafkan auntie.


Lepas ucapan bagai, anak-anak 6 tahun dah tunggu kat pintu  masuk utama siap berjubah.  Cikgu-cikgu jalan kat depan pegang bunga manggar, diiringi alunan selawat dan muzik macam konvo UiTM, anak-anak ni diarak masuk. Seriously nak menangis (dah menangis).  Touching nye..ni baru konvo 6 tahun ni dah rasa sedih sangat. 


Untuk anak-anak 4 dan 5 tahun, upacara penyampaian piala tak berarak dan tak pakai jubah sebab diaorang belum dikira habis belajar lagi. Next year ada lagi.  Next year takut nangis.. hahahaha...Nama Maira Nur Insyiraah diumumkan yang pertama sekali. Mama assume Syirah dapat no 1 lah kot.


Nak tunggu show lambat jugak. Lepas makan baru mereka keluar.  Comel sangat semuanya.



Ada 3 lagu. Lagu Bahasa Inggeris 2 buah, lagu satu lagu Arab.  Mata semua arah sana sebab teacher suruh pandang dia ikut teacher takut silap langkah.



Dah selesai, Alhamdulillah.  Kakak belajar rajin-rajin tahun depan nanti boleh dapat Anugerah Tokoh Pelajar. Mama doakan. Amin.



Mama dapat lucky draw! Dapat la naik pentas amik hadiah.. yeay dapat toaster. Kat umah memang takde toaster lagi.  Rejeki...



30 October, 2012

Happy Birthday Buah Hati Mama.

Buah hati Mama selalu guna untuk panggil kat umah. Maira Nur Insyiraah dah 5 tahun.  Birthday dia 26 October tahun ni jatuh pada hari raya haji. Rasa sekejap je dah besar, tak lama lagi dah darjah 1. Huwaaaaa..




Celebrate birthday awal 18hb haritu sebab tadika dia memang every month buat sekali untuk bulan tu. So cikgu dah bagi surat makluman pasal ni. Nasib baik sempat tempah kek and amik cuti.  Sampai amik cuti ko nak join birthday anak kat sekolah padahal mak-mak orang lain takde pun join. I sorang je join. Ada Mama kisah?  Mama dah sms cikgu siap-siap, saya nak join sekali. Cikgu replied "ok je puan".  Kat tadika tu memang muka Mama dah selalu sangat ada. Cikgu2 dah kenal dah hahahha..

Mama nak cherish the moment, mama nak ambik kesempatan waktu yg Allah bagi untuk rasa semua ni, Mama nak Syirah tahu yang mama sentiasa ada waktu suka duka Syirah, Mama nak sentiasa ada dalam pandangan mata Syirah.

Mama nampak riak muka Syirah bangga dapat kek paling besar. hahahhaa..jangan berlagak begitu ye nak.  Kita makan sama kawan-kawan ngan teachers. 



Pengetua, Puan Sandrawati sedang membacakan doa kesyukuran.


Alhamdulillah majlis berjalan lancar.  Suapkan Syirah kek dan anak-anak lain jugak, semua berkerumun depan Mama. Suapkan je lah sekali. comel betul budak-budak ni.  Rasa macam nak apply jadik cikgu tadika pulak. Hehehe..

Happy 5th birthday sayang.. Ya Allah, semoga kakak sihat selalu, jadi anak solehah, taat dan berbakti pada orang tua dan adik-adik.  Amin ya rabbal alamin.


28 August, 2012

Ihya' Ramadhan Tadika Intan Bestari

Hujung-hujung bulan puasa haritu, banyak aktiviti kat sekolah Kakak. Mungkin cikgu pun dah lemau nak ajar anak-anak. Hehe.  Gamba-gamba semua pinjam kat FB cikgu dia. Cikgu dia update live thru FB. Hehe. Kecuali gamba aktiviti malam kat bawah entry ni Mama yang captured.

Ni tengah menghafal doa-doa dan takbir raya.



Aktiviti buat biskut raya. Rajin cikgu-cikgu melayan. Petang tu sampai je umah, terus kejar "mama, mama tadi kat sekolah Iyah buat biskut raya.. sorang bawak balik 4, ni Iyah simpankan satu untuk mama, satu untuk papa" Wah terharu tak korang jadik aku? Terharu beb..



Buat kad raya ngan ketupat. Untuk decoration sekitar sekolah.



Ni aktiviti Ihya' ramadhan yang sebenar. Mama encourage lah Syirah join, walaupun dia tak pernah lagi bermalam tanpa mama. Tapi bila lagi nak bagi peluang camni kan? Tanya dia dulu nak ke? Dia nak, beg baju pun dia kemas sendiri ^_^ Tak ramai anak-anak yang join maybe sebab parents tak bagi. Bak kata cousins "malu acik Long, Iyah 5 tahun pun gi qiammulail bagai". 

Dimulakan pagi tu dengan solat sunat dhuha.  Dah tau niat ngan doa. Mama dulu 5 tahun tak tau pun ada solat dhuha. Kat umah kadang dengar lah dia nyanyi doa dhuha "ya Allah..jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah... " Hehehehhe... sedap plak lagu nya.

 


Ha time ni Mama dah sampai sekolah kakak, saje nak intai kakak buat apa. Petang after keje tu sempat singgah sebab nak hantar juadah berbuka posa. Potluck dari parents untuk sumbangan anak-anak berbuka nanti. So sambil anta makanan, sambil intai. Masa ni lepas solat Asar, sementara tunggu waktu berbuka.. dengar cikgu bercerita. Masing-masing tak bukak telekung lagi. Kalo bukak telekung pun, sentiasa bertudung je. Alahai..begitu comel sekali. Syirah nampak Mama datang, mula2 pandang pastu buat-buat tak nampak. Puas la Mama senyum kat dia, dia buat derk (mama ko yang over). Hahahaha..

Lepas anta makanan ngan intai kakak, balik umah nak bukak posa suami menunggu tu. After Isya' datang balik bawak Irfan, konon nak solat terawih sama tapi diaorang dah start. Mama lambat. Segan la pulak nak join, tengok takde pun parents datang. Hahahaa.. mama sorang je ke yang beria nak join ni? Hahaha malu jugak ni tapi buat macho je. Anak-anak sedang solat terawikh 8 rakaat, pastu witir.  Mama tengokkan aje. Lepas witir, duduk zikir lama ok. Imam tu lama betul zikirnya. Mama yang tua ni pun rasa letih, tapi tengok anak-anak tu ok je duduk lama. Amazing dorang ni boleh behave rupa-rupanya. Cuba dengan mak bapak masing2? Jangan harap...


Syahdu je tengok suasana ni.


Selesai zikir kul 10 malam, cikgu dah janji nak bagi main bunga api. Sorang 6 batang nampaknya cikgu bagi.


Pagi esoknya ada sahur, solat subuh, mandi semua. Start sekolah cam biasa tapi aktiviti nyanyi, bagi hadiah, takbir raya, salam-salam.  Balik sekolah awal. Esoknya Jumaat, dah start cuti raya. Alhamdulillah seronok aktiviti camni. Terima kasih cikgu-cikgu.