Advert




05 December, 2008

For him and For her

Ini untuk si dia sempena hari bahagia... nak pos by today.



Ini untuk aku....untuk kecergasan dan hilangkan letih seharian. Sejak bersalinkan Syirah, takde makan apa2 supplement. Ada kawan-kawan yang suggest makan ni. Bukan bermaksud apa-apa ye. Aku tau lah dalam fikiran orang mesti pikir yang ehem ehem.. oh tidak sama sekali..kalo ye pun apa salahnya.. untuk suami jugeee..


03 December, 2008

PD - end

30 Nov 2008

Bangun awal lepas breakfast terus pack barang-barang. Nak balik dah. Huhu. Plan nak sampai umah tengahari sebab masing-masing ada nak attend kenduri kawen. Tup tup..siap2, amik gambo, kecoh2 segala dah kul 11 jugak jadi nya. Kul 11.15 anto kunci kat guard dan kami pun check out.

Sekali sekala dapat bercuti camni memang best. Semua pun on, ye lah selalu masing2 sibuk keje ada je halnya. Berkumpul camni dapat la mengeratkan hubungan gitu. Kalo tak mother in law ngan adik ipar pun join tapi last minit, cancel. What to do..maybe next time plak eh?

So..end of story. Sebelum balik posing-posing dulu dalam chalet ngan kawasan sekitarnya.. enjoice!
ok am ready, lets go!



family photo..


Syok la Syirah ramai orang melayan dia
Menggelabah je gamba ni Eh Opah pun join =P


02 December, 2008

PD - Day II

29 Nov 08

Bangun bermalas-malasan dulu. Siapkan breakfast: nasi goreng & roti bakar & air teh/milo. Apa plan hari ni? Semua ternganga-nganga tak tau nak gi mana. Hehe. Ye lah kan PD mana ada apa sangat kan. Iron baju then settlekan Syirah, settlekan suami..pastu baru dapat settlekan diri sendiri. Dah siap2 pack baju, susu Syirah bla bla... kita gi Ostrich Farm! Syirah dah pandai tengok binatang sekarang so sure dia excited.

Sampai2 sana, entrance fee RM8 (dewasa), RM4 (kanak2 & warga emas). Pastu kakak jaga kaunter tu ada jual jagung untuk bagi ostrich makan. Beli la satu bekas saja nak amik hati. Boleh? Masuk2 je nampak kambing..eh eh ni ostrich farm ke goat farm? Keadaan yang agak tak terurus dan berbau busuk. Ostrich2 pun bulu2 dah togel. Sian gile. Pastu bila bagi makan rebut2, sakit tangan dibuatnya. Tidak ketinggalan ada ayam hutan, angsa, monyet, rabbit pun ade.. Satu insiden yg terjadi bila Syirah terlepas dari tangan Maklong nya. Dia pegi ke arah kandang monyet, monyet tu tarik baju dia. Menjerit2 kitaorang, memang menakutkan, aku dah lemah lutut tengok. Nasib baik dia tak cakar muka syirah. Syirah lak relaks je, dia tengok kitaorang jerit baru dia nangis. Terperanjat kot. Semua orang marah Maklong.. aku diam je. Janji Syirah selamat.

Siap ada tempat pijak telur ostrich kat situ, tapi telur tu buat dari simen! Menipu sungguh. Kalo tak ada area yang boleh tunggang ostrich tapi dah takde dah, agaknya ostrich pun dah uzur. Tapi Ostrich Farm tu pun macam dah nak tutup je aku tengok. Time kitaorang pegi, kami adalah the only visitors, takde orang lain. Masa nak balik baru ada 1, 2 family yang sampai.

Dah jalan-jalan tu lapar pulak, so kita pi makan kat town PD. Makan nasi campur je. Panas giler cuaca. Dah tak tau nak gi mana lagi .. balik la chalet. Nak swimming lagi. Bawak Syirah gi tepi pantai. Minah ni rupanya takut ombak. Beria-ia nangis peluk bila nampak ombak datang. Ape daaa..

Malam, kami buat barbeque adik-beradik je. Tak banyak bahan just ayam, udang, sotong, frankfurter, mushroom.. tu je lah. Bukan lapar sgt pun, saje je menambahkan aktiviti kami. Tapi kenyang gak balun ayam tu,,cedapp. Lepas makan tepi kolam tu, masing-masing naik la chalet balik. Papa ajak jalan-jalan kat beach. Syirah dah tido awal..so kami amik la peluang untuk berdua-duaan. Time ni la kan..bila lagi.. bestnye dok tepi pantai dengan angin malam gitu..wahh.. gambo ade tapi takleh tunjuk sini..itu katanya private. ekeke..

Tgk gambo yang ada ni dulu. to be continue..






01 December, 2008

PD - Day 1

Agak malas nak type cite bercuti kat PD last weekend. Tapi gagah jua ni demi menjaga nama baik blog yang ala-ala ni katanya..wakaka..ada orang baca entah tidak.

Jumaat, 28 Nov 08

Bertolak dari Klang ke PD melalui Sepang. Dokek je. Dah tengahari baru bertolak, hari Jumaat la pulak kan. Pagi dah siap breakfast kat umah, so dah petang baru lunch kat Teluk Kemang. Kat restoran nama Pee Dee Restoran. Lepas lunch, jalan-jalan kat tempat kuda, ucu nak try naik kuda. Aku cabar-cabar dia, nak jugak dia naik tapi "kak dina bayar lah". Aku jugak. Bayar je lah rm10 sekali round. Syirah pun happy sangat dapat jalan-jalan kat tempat lapang gitu. Cuaca very the hot, so takleh lama. Teruskan perjalanan tak berapa jauh dari situ, kami pun selamat sampai kat chalet around kul 4pm. Cantiknya chalet. Yahoooo leh check in dan landing, penat. Cam la aku yang drive. Hehe. Time we all sampai, tak ramai lagi orang yang check in, so kami mengambil peluang untuk terjun pool. Tak menyempat kan. Nak conquer lah konon. First time bawak Syirah gi pool ni. Dia tersangat la happy. Sampai tak nak naik ok. Bila Syirah dah naik, aku ngan hubby pun amik peluang la mandi sama. bergurau senda gitu. wahh... tetiba rasa nak honeymoon lagi.



Lepas mandi sure lah lapar..sib baik dah siap2 bawak sambal tumis ikan bilis. Tinggal goreng nugget ngan masak nasik je. So makan je lah kami ala kadar malam tu. Pastu masing2 layan tv lah, gi beach lah malam2 tu. Aku ngan Syirah dah tertido kepenatan..zzzzzzzzzzzzzzzz




25 November, 2008

Siapa Ayu & Farah?

Orked Purple a.k.a Ayu bagi assignment ni suruh buat. Perah otak ni nak buat..ngeh ngeh..


#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng tag dia.

1. Ayu adalah junior ku masa kat UiTM dulu. Tak kenal time tu but now kamceng.

2. Isteri kepada Shadiq, Mommy kepada Qareena Ayesha.

3. Kami selalu share citer pasal anak masing-masing.

4. Anak kami lahir same date cuma bulan je lain. Qareena: 26 Sept 2007, Syirah: 26 Oct 2007!

5. Dalam pantang dulu selalu sms/mms sesama sendiri.

6. Ayu suka makan tapi tak gemuk. Kurus je dia ni. Best kan?

7. From my observation, dia wat keje lemah gemalai je. Sopan gitu. Hehe..

8. Ayu suka kaler hijau.

9. Ayu sangat lurus orangnya. Kadang-kadang kita buat lawak, dia ingat betul.

10. Ayu sweet n pretty.


#02; - Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara pasal diri mereka.

1. Saya ada suami dan sorang anak je baru.

2. Saya sangat berdikari [puji sket].

3. Orang kata saya garang. ye kot?

4. Suka wat lawak jugak.

5. Suka kemas rumah, layan Syirah.. cita-cita nak jadi housewife.

6. Suka ayam goreng.

7. Suka masak jugak tapi tak suka buat biskut raya.

8. Saya suka basuh bilik air. bukan sebab nak jadi cleaner tapi saya takleh la...

9. Kadang-kadang baju tido pun saya gosok kalau ia terlampau komot.

10. Saya terlalu menjaga hati dan perasaan orang, sampai diri sendiri stress. hehhhehe

#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

Ramai dah buat rasanya..so takde sape lagi nak tag. ehehe

#04; - No tags back!

Sekian untuk makluman Puan Ayu dan kawan-kawan sekalian. Tima kasey!

24 November, 2008

Terapi untuk Opah

Opah tak sihat sangat sekarang. Every month gi check up kat hospital. Doktor kata dia parkinson sebab tangan belah kiri dia menggigil. Selain hospital, kami ada jugak usaha cara lain. Bawak gi perubatan tradisional, urut pun ada. *[pics from hp, tu yg blurr]*

Opah boring kena duduk lama buat treatment

Sabtu lepas, kami try pulak bawak Opah gi terapi elektrik (ape ntah namanya) kat sorang pakcik ni. Dah ramai dengar orang gi berubat kat situ, nampak hasilnya. Pakcik ni buat kat umah je sebab niat dia nak tolong orang. Sambil tu dia berubat untuk diri sendiri sebab pakcik tu pun ada kencing manis & diabetes. Pakcik tu amik caj RM4 saje untuk 1 jam. Terapi elektrik ni kena duduk atas macam plastik getah yang diletak atas kerusi, plastik tu pulak disambung dengan wayar yang mengecas elektrik. Then orang yang nak berubat tu duduk atas tu. Dia mengalirkan tenaga elektrik dalam badan untuk tujuan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Menurut pakcik tu, dah ramai orang yang buat terapi ni alhamdulillah sembuh. Ada yang takleh jalan, dah boleh jalan. Macam pakcik tu dia ada kencing manis & darah tinggi tapi sekarang dah sihat. Boleh jalan turun naik tangga. Dengan kuasa Allah. Mudah-mudahan ada lah perubahan untuk Opah nanti. InsyaAllah.
Ni lah mesin tu, harga RM17000! Gulp. Imported from Japan.
Kami adik-beradik pakat nak share beli.
Sementara aku teman Opah buat treatment dalam rumah pakcik tu, Syirah pun 'busy' kat luar. Mak Long kan ada..hhehe Mama pun dapat relax sket. Pakcik ni ada bela kucing parsi yang sangat besar. Ni lah keje budak tu..

Mengejar kucing sampai tertonggeng-tonggeng

Sentiasa doakan Opah sihat selalu. Ni pun tengah survey maid, kesian kat Opah nak jaga Syirah yang semakin hari makin ligat nak kena kejar.

23 November, 2008

Smart TAG

Dah lama tak main TAG ni. Visit blog Mya tadi, dia ada tag daaa.. hehe thanks Mya. Aku ada 2 orang pengarang jantung, so buat jawapan based on Papa & Syira ye. Maka jawapannya adalah seperti berikut:
1. What is the relationship of you and him/her?
  • Suami
  • Anak

2. Your 5 impressions towards him/her.
Both - manja, sayang, bucuk, my soul, my mate.

3. The most memorable things he/she had done for you.

  • Married me
  • Dok dalam perut 9 bulan buat macam2 sound and tendang. i miss that feelings!
4. The most memorable things he/she have said to you?
  • Aku terima nikahnya Farahdina binti Mohamad Arif dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.
  • "Mama"

5. If he/she become your lover, you will...
Bukan if, memang lover pun. I will always love them forever..

7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her

  • Papa, tolong buat keje umah sama-sama ye..
  • Syirah takyah improve.. just be yourself. wah..
8. If he/she become your enemy, the reason is..
No need to answer. Next..
9. The most desirable thing to do on him/her is?
Menjadi isteri dan mama yang pandai menjaga kebajikan rumahtangga.
10. The overall impression of him/her is...
  • I love u.
  • Mmuuahh..cayang anak Mama.
11. How do you think the people around you will feel about you?
Mana nak tau apa orang rasa pasal kita. shud ask them kot..
12. The character of you for yourself is?
Suka happy-happy go lucky

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Melawan

14. The most ideal person that you wanna be is?
Not spesific tapi kalau dapat nak jadi orang kaya raya yang hidup dengan keluarga bahagia. Tapi sesungguhnya aku bersyukur menjadi aku sekarang.

15. For the people who likes you, say something about them
Thank you.. :)

16. Ten people to tag:-

  1. Tulip Putih
  2. Orked Purple
  3. Erin
  4. Mama Ryan
  5. Mama Alia
  6. Shafa
  7. MummySya
  8. Farihah

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Married with her husband - Shadiq

18. Is no. 3 a male or a female?
Of course female

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
No. 10 takde dalam list, but anyway, Mummsya married already lorr..

20. How about no. 5 and no. 8?
Mereka dah ada anak-anak yang comel.

21. What is no. 1 studying about?
Secretary, further on Corporate Admin (dah sah-sah study sama ekeke)

22. Is no. 4 single?
Not available, dah ada Ryan.

23. Say something about no. 6
Kirim kopok lekor bleh? hehe..

Fuhh..abis pun. Lalala..