Advert




18 December, 2008

Apa tu?

Tengok gamba ni sangat poyo kan? Nak pulak akak-akak ni ikutkan kepala yang weng ni bila aku soh pandang tempat lain. Hehehe..




Pic was captured dalam washroom kat Bangsar shopping centre last friday. Tengok toilet dia cantik pulak. Sempat lak tu. Baru renovate kata nya ye. Idak le ku tahu.

p/s: muka kakak-kakak terpaksa diblurkan atas sebab-sebab keselamatan ;)

14 December, 2008

Saja-saja

Tag daripada Ibu Qis. Erin, sila lah baca. Hehehe..

1.Do u think u are HOT??

Memang tengah HOT ni, dok dalam bilik ngadap pc ni. Rupa-rupanya lupa nak switch on kipas. Patut la i'm very the HOT...

2. Upload a fav pic of u


3. Why do u like this picture
2 orang buah hati ku tengah bergurau senda. Sayang bangat sama mereka berdua.

4. When was the last time u ate pizza
Bila eh? Lama dah sebab tu tak ingat. Tak tingin wat masa skrg..(tak tanya pun).

5. The last song u listen to??
Ceria..ceria..ceria duniaku... Ceriaaaa (chanel 611 punye theme song). Dok umah layan anak, tu la lagu nye dok dengar.

6. What are u doing right now beside this?
Tengah upload gamba dari digital camera.

7. What name u prefer beside yours..
I suka nama i... takmo nama lain.

8. People to tag..5
Takde sape nak tag sbb sume dah buat rasanya. END.

13 December, 2008

Klinik ni best

Jumaat semalam, lepas keje dah suruh Ucu standby ngan Syirah kat umah. Nak bawak Syirah gi klinik sebab dia sakit mata lagi. Rajin betul dia sakit mata, doktor kata lubang airmata dia tak terbukak lagi. Macam tersumbat tu yang airmata takleh cuci so dia jadi taik mata. Doktor kata bila besar sket nanti ok lah. Harap2nya lah.

Lepas maghrib tu gi lah, Ucu yang drive. Gi klinik Nor Azian kat Sri Andalas. Dulu pegi untuk sunatkan Syirah, ni datang lagi. Suka lah klinik ni. Satu sebab Islamik, pastu doktor dia lebih dari sorang, sistematik, bersih, murah, ada tempat main..haha tu yg penting. Ramai parents yg bawak anak2. Agaknya memang specialist utk kanak2 kot tapi service dia macam2. Aku mention kat sini bukan sebab ada share kat klinik tu pun saje lah sebab aku suke. Tak dapat duit pun promote klinik ni. Kalo dah service memuaskan ati...ape salahnye.


So lenkali takyah la aku pegi klinik satu lagi tu. Dah la mahal. Ye lah dia sah2 Paed. Tu yg mahal kot. Baik aku gi SMC terus kalo gitu.

Berbalik pada Klinik Nor Azian tu, siap ada surau. Letih la balik keje, mandi semayang semua terus angkut Syirah. Kat klinik tu layankan dia main gelongsor pulak. Jerit2 la happy nya dia.

Tak larat, suruh Ucu pulak take turn. Syirah menyeringai je lah...tak reti diam walo seminit. Bila nama panggil (siap pakai mikrofon tu panggil nama..."Maira Nur Insyiraah sila masuk bilik nombor 2)...gitu. Bla bla...amik ubat pastu bilnya RM23 sajee...sgt murah ok.


Balik tu singgah McD, Ucu mengidam nak makan.. pastu balik, minah kecik nak tido dah. Tu lah letih la tu berkejar berlari je..

11 December, 2008

Dah boleh diharap


Ish..sepah betul lah. Kalo tak Syirah..sape yang nak buat semua ni?

Syirah dah boleh diharap sikit-sikit sekarang. Kalau suruh letak used baju dia dalam bakul baju kotor, dia akan pergi letak sendiri dengan jalan kedek-kedek dia tu. Boleh la nak suruh-suruh pasni.
Looking at what? Tak nampak ni tengah bz ni sampai suar pun tak sempat pakai tau..


Nampak orang mengemas, dia pun sibuk gak nak tolong. Dia ni memang agak 'kecoh' sikit. Ciri-ciri Mama tu dah nampak sikit. Mulut pun pot pet gak.

Sampai malam ha tak abis2 mengemas..


10 December, 2008

Lets Rock!

Hari Jumaat lepas, some selected members dalam department plan untuk lunchie munchie sempena meraikan sorang officemate kami yang akan 'meninggalkan' company. He got better offer, why not? Ok lah, cerita berpandukan gamba.. nak type panjang pun nan ado masa. Overall, hari tu adalah hari paling kenyang sedunia. Balik ofis rasa nak baring sebab perut takleh nak kendur. Tegang je.. kahkahkah..

We 'ROCK' here...
Kak Qish punye Ice lemon tea & Lemonade aku punye sangat masam.. :(
Starter kami pilih Hard Rock Nachos. Sedap sebab ada cheese, mushrooms.
Nachos dia pun crunchy sangat. Mind u, big enough to share.

Starter lagi, kali ni Jumbo Combo namanya. Dalam tu ada
Spring Rolls, Hickory-Smoked Chicken Wings,Onion Rings,
Potato Skins and Tupelo Chicken Tenders. Served with four different sauces.
Ni aku tak makan sgt sebab dah kenyang. Main course pun tak makan lagi.
(Tetiba ada lapik cawan yang sensored...pls ignore. Itu sekadar lapik cawan je)

My bos makan ni - Grilled Sirloin Steak. Mashed potato dia sangat sedap.
Dia tak larat nak makan, aku yang makan. Sungguh tak malu.

Chicken Chop pilihan Kak Qish.. kenyang makan starter,
yang ni pun takleh abis pastu paksa orang abiskan. Tak patut..tak patut..

Ini lah main course aku. Fish & Chips. Sedap.
Itupun sampai buntang mata nak abiskan ok.

HRC tengah promote "Imagine There's No Hunger'. Mamat yang nak resign
tu belikan kami sorang satu wrist band ni sebagai kenangan. Thanks dude!

So masing-masing pun tunjuk la 'tanda persahabatan' tu.. kononnya la kan.
Muka aku konon excited.

Sebelum balik, aku nak main gitar jap. Grenggg...


09 December, 2008

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE2

TO MY LOVELY WIFE............

AYANG SEMPENA ULANG TAHUN KE 2 PERKAHWINAN KITA PAPA INGIN UCAPKAN SEMOGA PERKAHWINAN KITA KEKAL KEAKHIR HAYAT, WALAUPUN KITA BERJAUHAN TAPI PAPA RASA BAHAGIA BERSAMA AYANG DAN JUGA BABY KITA YANG CANTIK DAN PANDAI SYIRA......

FROM:-
PAPA


* 9 December 2008 - our 2nd anniversary. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga kami. Entry kat atas tu, sang suami yang type (draft awal hari tu lagi). Sang isteri hanya upload gamba sket bagi berseri. Syirah takde dalam gambo tu. Sekali sekala bagi peluang Papa & Mama ye nak. hehe.

07 December, 2008

Selamat Hari Raya Korban

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.


Semoga semua pengorbanan kita semua ke arah kebaikan mendapat keberkatan daripada Allah. InsyaAllah.