Advert




05 January, 2012

Reception Firdaus-Intan, Klang.

Sorry lah citer dah lama tak habis-habis lagi.  Tak sempat nak edit gambars. Actually banyak sangat gamba tapi tak payah lah nak letak semua. Sikit-sikit cukup lah. 

Kali ni, majlis di pihak kami pulak selaku tuan rumah untuk majlis bertandang. Apa kata aku takyah citer panjang, korang tengok je lah gamba. Aku buat caption je senang.  Orait? Dimulakan......mesti lah dengan gamba tuan punya blog! Hehehhee

Penyambut tetamu yang comel-comel belaka. #muntah#

Sebelum tu, majlis dimulakan dengan doa selamat dan tahlil. Semoga majlis mendapat keberkatan.

Makanan pada hari itu: nasi minyak+ayam rempah+rendang daging+acar buah+pajeri nenas+rojak+bubur kacang+kuih muih+ buah-buahan+air sirap oren. Kami katering je, malas nak kecah. Katering yang sama masa wedding aku dulu. Memang sedap dan staff dia cekap.
Tapikan, selalu tuan rumah tak dapat makan sebab busy. Dah habis baru teringat-ingat, rugi tak dapat makan :(



Pelaminan yang indah..ececehhh. Simple n nice.

Mak kami suruh duduk je situ. Sebab tak larat kan nak jalan-jalan. Tetamu datang kat mak untuk salam dan akan dapat goodies bag.

Tengah sibuk-sibuk tu tetiba berderau darah, anak daraku hilang. Tapi aku dah suspect dia kat mana. Betul tekaan aku, dia dok melangut tengok Makcik Intan dia make up. Dia kan mana boleh tengok orang make up. Teruja lah tu.
Allah Maha Kaya, Syirah leka duduk dalam bilik pengantin, Irfan pulak tido dari pukul 11 sampai 2 petang. Itupun aku kejutkan sebab sedara mara tanya nak tengok dia. Dengan baju cantik tak tukar lagi. Alhamdulillah dapat aku buat kerja dengan lancar. Macam lah ada keje sangat. hahahahha

Wedding adalah tempat pertemuan saudara-mara. Saya suke!

My bestfriend masa kat Uni yang kemudian menjadi cousin :)

Pak Long, Cik Su, Abang

Pengantin sedang bersanding.

Kata-kata hikmat dari pak sedara untuk pengantin baru.

Adik dah bangun dan dah tukar baju macam Anuar Zain. Muahahhaa


Sesi potong kek. Oh kek ni pun sekali dalam pakej katering.
  
Family kami yang dah bertambah lagi sorang :)

Family Maksu yang banyak membantu
  

Papa yang tak boleh jumpa microphone, dengan anak dia hangkut sekali

Alhamdulillah selesai sudah citer wedding my bro. Lega dan happy. Majlis berjalan lancar, selesai je majlis, hujan pun turun. Doakan semoga rumahtangga mereka diberkati dan berkekalan ke akhir hayat.

03 January, 2012

Baby Alive

Sebenarnya dah lama Syirah mintak belikan Baby Alive (gara-gara iklan tv). Tapi hasrat nak membeli tu terbantut bila fikir membazir. Dah survey harga kat Sogo before, telan air liur juga lah untuk seekor anak patung. Seekor peginye kan.

Lagi pulak bila fikirkan orang kata tak elok ada anak patung kat rumah. Nanti malaikat tak masuk rumah. Lepas baca dan cari info, alhamdulillah boleh la beli untuk Syirah.  Sedikit yang aku baca:

Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
            Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.
Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.

Minggu cuti krismas hari tu, kami semua adik-beradik ada pergi mandi sungai. Citer ni nanti share. Balik tu singgah la Empire Subang. Dah re-open. Harap-harap tak meletop lagi lah kan.

Konon singgah nak lunch je, konon lah kan. Tapi mengenangkan anak-anak, kami laki bini pun berdialog gini "nak kena naik tingkat atas ke Pa? Situ ada ToysrUs, Leh tengok Baby Alive".  Papanye pun bagi jawapan tak supportive langsung "entah, ikut lah".  Aduiyaii.

Aku sebenarnya dah nekad dalam hati kali ni nak beli jugak-jugak. Sebab kat Sogo dah survey sampai 4-5 kali. Survey banyak kali dengan harapan harga turun kan, ahhahaa.  Masuk je ToysrUs tu, banyak pulak Baby Alive merata-rata, kalo tak beli memang saja lah kan. Rupa-rupanya Baby Alive ni banyak adik beradik ye. Baru tau. Kalo nak yang basic pun ada RM59.90. Kecik lah macam newborn gitu. Takleh wat ape, terlentang je lah kot. Hahhaa. Ada yang RM119.90 tu yang level kedua lah kot. Syirah jadik tak tentu arah dah. Mata dah bersinar-sinar macam nampak berlian dah.

Lama jugak dalam ToysrUs tu sebab belek satu-satu yang mana nak beli. Memula dia nak yang harga RM269 tu, boleh cakap 50 phrases. Makan, minum, pee, poop. Tapi muka dia tak comel sangat. Pastu ada jugak yang lebih kurang sama, tapi boleh cakap 30 phrases n muka dia lagi comel. Pujuk-pujuk dia beli lah yang ni murah sikit. Ok lah Syirah ni cakap sikit dengar lah dia kata ok Mama.

Ko tengok anak dara aku, tak ke kesian? Sampai gitu sekali. Aku ni lemah tengok camni. Harga yang ni RM199.90


Adik kipas ni pun jadik RM7.90 je. Tapi tak beli lah pun. Saje bagi dia main.


Abis kalau dah senyum lebar camtu, takkan tak dapat kan? Gembira lah dapat apa yang diidam-idamkan sekian lama. Tak sabar-sabar nak bukak dalam kereta. Tapi suruh dia sabar, bukak kat umah. Dalam kereta sempatlah tazkirah sikit, kata "Kakak, mama ngan papa dah belikan Baby Alive ni kakak kena dengar cakap papa, mama, opah, semua orang tau. jangan nakal-nakal, jangan buat adik, jangan mengada-ngada. Kalau kakak nakal, mama pulangkan balik baby tu kat kedai, ok?".  Angguk kemain "ye lah".  Adik dapat mainan lori yang masukkan shapes.  Itupun boleh tahan gak harganya.


Tengah bagi anak dia makan. Adik pun sangat kusyuk tengok. Makanan dia ada 2 peket, kalau habis kena lah beli lain. Lepas makan/minum air, nanti dia pee n poo. Pampers pun dia bagi 2 keping je. So kena lah beli pampers lain. Takyah la kak. Biar je lah dia pee ke poo nanti mama tadah. Hahhahaa... habis stok yang ada tu, habislah kiranya.


Minum air pulak. Baby tu kata "mummy im thirsty". Pastu Syirah "alamak.. tadi kan dah minum, minum banyak-banyak nanti kencing lagi". Hahhaa..Aku pun time ni la kena brainwash dia sikit "ha camtu lah Mama jaga kakak, makan susu, tukar pampers semua".





Anak dia berak pulak. Bersungguh-sungguh tukar pampers anak. Ok lah kan belajar dari awal. Hehehe..
Tak rasa membazir beli sebab Syirah dapat:
  • belajar menghargai barang - jaga betul baby dia, bawak tido semua.
  • belajar bertangunggjawab - bagi makan minum, tukar pampers.
  • tak berani buat salah - takut baby kena pulang balik kat kedai
  • sayang adik


Baby Alive ni kalau malam aku suruh switch off. Kang tak pasal-pasal bercakap pulak kan.  Ada satu kali baby ni cakap "Mummy, where are u?".  Syirah kelakar, dia cepat-cepat datang "ye lah ye lah kat sini" siap dengan geleng kepala. Hahahhahahha anak ooo anak..Selagi papa ngan mama mampu, boleh lah usahakan. Mama tak dapat semua ni dulu.

29 December, 2011

Prosperity Burger yang semakin mengecil

Prosperity is now available! Yeay!  Suka dagingnya, lembut je. 

Maka, di satu petang semasa kat office dah terbayang-bayang nak makan prosperity burger. Sambil telan air liur, sms Papa:

Mama :  Teringin nak makan prosperity..

Papa  :  Dah planning malam ni, macam tau2 je :)


Petang tu lepas amik Mama kat stesen komuter, kami pun menuju lah ke McD yang terdekat. Budak-budak ni dengan baju tido je. Biar lah bukan nak ke mana pun. 

Suka wallpaper kat belakang Irfan tu. Soothing je gamba pokok. Irfan dah ngantok time ni..mata kuyu je.



Masa tengah makan ni, kami discuss dengan Syirah pasal tadika dia.  Siap bukak ipad nak discuss. Macam meeting syarikat je. Muahahaha...



Happy anak-anak bila dapat keluar. *maknye pun sama*


Prosperity burger yang diidam-idamkan. Yummehhhh!


Budak notty ni pegi terbalikkan kotak pastu dia buat topi. Nasib baik dah habis makanan dalam tu dikeluarkan. Kalo tak berterabur lah segala fries ngan nugget.  Adik...adik....

Cuma tu je lah nak cakap, prosperity burger ni apsal kecik sangat? 4-5 gigit dah abis. Harga kemain mahal.  Teringin punye pasal beli jugak. Tak worth it RM12 untuk burger kecik. Huh. (tak worth it pun pegi jugak pastu). Sekian.



28 December, 2011

Reception Firdaus-Intan, Segamat.

Sambungan wedding Ayah Cik kat Segamat. 

Keesokan hari lepas malam nikah tu, tentu lah reception kan.  Mak andam nya adalah super slow ok. Kami semua dah siap sampai Ipan tertido dengan baju cantik, mak andam tak sampai lagi. Pengantin lelaki tak siap ape lagi sebab tunggu mak andam.  Lastly dia call, suruh datang kat surau area umah pengantin perempuan untuk bersiap. What the heck? Dah la action mak andamnya.  

Dah nak dekat 2.30pm baru kami berarak.  Ni lah rombongan cik kiah ke umah pengantin. Tak ramai pun dalam 5 kereta je.


Kawen ngan oran Johor nasib lah kan. 'Tol' sikit punya banyak. Nasib baik dah siap-siapkan banyak sampul untuk duit tol.  Ni abang pengantin perempuan awal-awal dah hulur tangan mintak duit tol. Ada nak dekat 5-6 stop sebelum sampai ke pelamin. Kat pelamin pun ada ramai orang beratur tunggu duit tol. Orang Johor memang gini eh? Eiii tak malu mintak orang duit :P



Memula dah gerimis pastu aku sempat doa dalam hati "Ya Allah berhentikan lah hujan ni, kesian adik aku nak bersanding". Kuasa Allah tak semena-mena hujan berhenti dengan serta-merta. Doa seorang kakak mithali dimakbulkan. Alhamdulillah.  *sambil tunduk dan tangan macam tengah nyanyi lagu nasyid*

Pengantin - black n white. Agagagaga...


Tepi sikit, kakak pengantin nak enterprem dengan anak terunanya.



Sian ahkak tau, konon nak melaram. Tapi kena dukung anak, sorang lagi kena pimpin. Tak dapat nak melaram. Sobs. Beginilah kalau suami jauh. Hahhaa....sedih ke? Ahkak dah biasa berdikari dik non, takde hal punye. Ipan tak pakai kasut sebab dia tido mula-mula pastu terbangun. Malas nak bagi turun.





Mak pengantin sedang menepung tawar. Alhamdulillah sihat mak sepanjang kat Segamat.


Ahkak nak jugek, walaupun tangan sebelah kendong anak. hahhaa...peluang jangan dilepaskan. Boleh lempar-lempar beras kat pengantin. Pastu dapat bunga telor, yahooo.



Ahli keluarga yang join ke Segamat. Adik beradik sepupu sepapat.



Diakhiri dengan gamba pengantin sedang suap kek. Aiseh, kek tak dapat makan haritu.

Sekian cerita di Segamat. Eh ada lagi, tapi bukan pasal pengantin. Tungguuuuuuuuu...(pada yang sudi). Hahhahahhaaaa bye bye.

23 December, 2011

Nikah Firdaus - Intan

Dah sebulan adik lelaki ku  nikah, tapi baru dapat update. Tak sempat nak upload gamba. Ok lah dari takde, sikit-sikit je pun nak update takde lah citer panjang berjela-macam-orang-nak-sangat-baca-padahal-orang-muntah-lagi-ada.

Kami menginap kat sebuah rumah teres near to pengantin perempuan house. Ok lah kan untuk satu malam je bersempit-sempit sikit. Meriah jugak ye sesekali tido ramai-ramai camni. Hehehe. Maklom la kalau balik kampung Kedah pun adik beradik Papa 3 orang je. Bilik sorang satu so tak merasa tido selerak.

Alhamdulillah adik lelaki ku Mohamad Firdaus telah selamat dinikahkan dengan Intan Sharinaz di Kg Alai, Segamat, Johor pada 26 November yang lalu.

Gamba-gamba hantaran dari pihak kami untuk pihak pengantin perempuan. Ini pun last minit sangat amik gamba. Gamba2 kat photog lum siap, ni self-taken. Hantaran dari pihak perempuan tak amik pun gamba. Huhuww..

Jam tangan 

Handbag


Kasut

Make-up set

Al-Quran (best Al-Quran ni boleh belajar baca n tajwid dengan pen)

Coklat

Cek dan gelang tangan (batal air sembahyang)

Upacara akad nikah dijadualkan lepas Isya'. Pepaham lah anak-anak aku jenis tido awal. Dah la memasing terlentok-lentok.  Dinner pun belum time ni. Nasib baiklah dorang ni behave. Sementara tunggu kadi, khutbah nikah bagai.. ko tengok la kami buat ape. Hehhee camwhore anak-beranak. Oh ye, Papa takde masa pegi Segamat sebab kena kerja. Sedih. Sobs.



Pengantin sedang mendengar khutbah. Kat Johor mak pengantin perempuan ada baca macam pesanan untuk anaknya. Sedih la time tu. Mak Intan ni baca tersekat-sekat berselang sedu-sedan. Sobs. Lagi.


Saat yang mendebarkan. Adik aku ni besar tau badan dia. Hahha. Pastu kuat berpeluh. So kami memang standby tuala untuk dia lap peluh.  Sekejap-sekejap dia lap peluh dia. Hahhaa. Aku respect kat kengkawan adik aku. Dah la datang dari Klang jugak sampai ke Segamat. Dok hotel pastu jadik pengapit pun bagus. Sentiasa dia lap peluh pengantin. Sekejap2 dia betulkan adik aku punya baju. Baiknye lah kawan. Kengkawan dia ni memang dah biasa dengan kami dari kecik sampai nak kawen sentiasa bersama.



Alhamdulillah selesai, dah boleh senyum sampai telinga. Kalau tak muka pucat lesi je.


Masa ni drama airmata lah. Mak nangis. Sobsssssss.. anak dia dah kawen. Mesti sedey. Tak pasal-pasal aku pun nangis.  Kawen dah adik aku. Kecik-kecik dulu selalu bergaduh dengan dia suka carik pasal.  Jaga bini tu elok-elok dah jadik suami ni.


Lepas nikah, makan-makan pastu ada malam berinai. Aku tak dapat tunggu sebab anak-anak dah tido. So aku balik, mana yang nak stay tu stay lah. Penat doww.. Ok sambung citer bersanding dan seterusnya next entry.  InsyaAllah.



22 December, 2011

Dah dapat beg free..yippie!

Amboi kalau barang free, siap lompat bintang Mama kan? 

Ingat tak entry dapat email dari Trudy & Teddy pasal one of the lucky recipient to receive bag tu? Kalo nak refresh, sila baca SINI. Kalo tak nak baca sudah, tak nak kawan!

Sementelah Sogo pun sekangkang kera je dari opis (eksen lagi ish ish ish), maka lunch hour tu pegi lah kejap. Sesambil tu boleh cuci mata sekali cewah... window shopping kata omputih. 

Tadaaa... ni lah rupa bag tu. 


Biasa je. Cotton, kecik dan comel.  Ada 2 color untuk dipilih. Tapi sebab yang satu lagi tu lebih kepada pink. Maka amik lah hijau/merah ni. Fair lah merah mewakili kakak, hijau mewakili adik. Fair n square giteww. Ok lah kan buat pakai keluar lunch time? Nak letak pampers Ipan kecik benor begnya. 

Terima kasih Trudy & Teddy, ada apa-apa bagi lah lagi.  Saya suke! *lompat bintang lagi*