Advert




28 August, 2008

Surat untuk Syirah

Dear Maira Nur Insyiraah Norazmi,

26 Ogos, genap Syirah 10 bulan. How time flies!

Syirah sekarang dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah, 1 batang kat atas. Yahoo! Syirah pun dah pandai duduk [takde senget2 , takyah support] kan? Bila duduk je buat muka eksyen.

Satu perkara Mama musykil, kat mana Syirah belajar joget? Mama tak ajar pun. Bila dengar lagu iklan.. automatik bahu Syirah gerak then montot pun goyang. Amboi...buat suka-suka boleh la jangan jadikan amalan ye nak. Bila ada iklan Tom Tom Bak, tangan Syirah pun mula la buat tepuk-tepuk pastu mulut "pak pak". Yang ni pun Mama tak ajar. Cepat betul Syirah ni ikut ye.

Aktiviti favourite Syirah sekarang - memanjat katil, menyelongkar almari baju, kabinet tv dan kat dapur. Takpelah, bila lagi nak explore ye tak? Syirah takmo la nakal-nakal tau. Janji dengan Mama jadi anak yang behave.

Happy Birthday - 10 bulan Syirah! Papa and Mama doakan semoga Syirah membesar dengan sihat, cerdik, mendengar kata dan jadi anak solehah. Mama sayang Syirah banyak-banyak. Papa pun. Opah, Nenek dan semua orang. Mmmmuuuahhh.

Love always,
Mama

27 August, 2008

Muhibbah

Yesterday, i had lunch at Restoran Muhibbah @ TTDI yang sedap hingga menjilat bibir tu. Pegi dengan officemates. Yang buat lagi sedap tu sebab its FREE [orang belanje..]. Heheh.

Ni kali kedua lunch kat sini, both during office hour. Ye la kalo weekend tak kuasa la dari rumah nak gi lunch jauh camni semata-mata kan.

Menu semalam sangat banyak dan kami berasa sangat kenyang sampai terdiam. Antara menu yang di'pre-order' ialah sotong goreng tepung, baby asparagus goreng belacan, buttered prawn, tomyam pedas, tauhu goreng, ayam masak sos tiram [kot?] & tak lupa kerang rebus. Air pulak order lime juice with asam boi. Fuuhh! Dah la makan time hujan lebat. Lepas makan rasa nak baring kat situ terus.. sebab ngantuk dengan cuaca sejuk. Masing-masing dah separa sedar.
Rasanya semua orang sure tau restoran ni sebab agak famous. Anyway, yang pegi semalam pun pelbagai kaum harus lah nama restoran tu sesuai dengan kami - Muhibbah!

p/s: telan air liur teringat menu semalam...yummy! patut la aku dah gemok! makan tak ingat dunia. huhuh..




25 August, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat bulan Ramadhan nanti. InsyaAllah.

Bestnye next week je dah nak puasa kan. Cakap kat member tadi "minggu ni je lah kita dapat makan siang kat opis.." so kami pun menjamu selera dengan jayanya macam lah hape. Tak sabar nak rasa suasana bulan posa. Bazar Ramadhan yang berderet-deret. Banyak makanan. Pastu kalo orang yang tak penah-penah tunggu azan Maghrib..:P tetiba plak jadi penunggu yang setia ye. Yang paling kelako kat tv dah ada iklan raya! aahaha.. gile excited. Posa pun belum lah wei. Tapi yang paling best malam la, tengok ramai orang pegi solat terawih.

Tengah strategise ni untuk berbuka puasa. Takkan nak bagi mak masak. Tak larat dia, dah la jaga Syirah. Camne eh? Kena beli lauk siap la kot. Agak-agak menjimatkan tak dari masak kat umah?

Yang pasti, tahun ni tak dapat le nak gi terawikh kat surau. Takkan nak tinggalkan Syirah. Buat kat umah je lah [yang belum tentu rajin nak buat.. ceh!] Sebab bila terawikh kat surau tu rasa dia lain. Abih, kalo dah budak kenit tido gaya gini..harus la Mama dok umah je. Lagipun, lebih afdal bagi wanita solat di rumah sahaja. Lebih-lebih lagi kalo takde muhrim bersama.

Apapun, selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kita diberkati dan sama-samalah kita mengimarahkannya.

22 August, 2008

A wife and mother at 28th

Kalo hutang lapuk kita panggil BAD DEBT kan? Sinonim la dengan entry kali ni. Tak sempat update citer birthday sendiri. Sebab kena tunggu gamba2 dari Kerun dulu baru besh nak update ada gamba kan. Dah berlalu tapi sebab blog ni sendiri punya, tak kisah la lapuk pun janji ada.

My makan-makan for birthday was held at Intekma Resort, Shah Alam on 26 July 2008. Genap usia Mama 28 tahun 1 bulan, genap jugak umur Syirah 9 bulan. Cam biasalah, 4 of us + Syirah and Papa. Menu hi-tea kat situ tak menarik sangat ler. Acara as usual: makan-makan, bagi hadiah and cake-cutting. Syirah was a bit moody that day. Sian dia.. nasib baik ada Papa. Dia lah yang jaga Syirah bawak jalan sana sini sementara Mama 'busy' dengan kawan-kawannya. Hehehe.. Thanks dear.

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dah 28 tahun. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki dan sangat bersyukur dikelilingi oleh orang-orang tersayang. Thanks to Anis, Kerun n Oja for the lovely birthday gifts. Yang paling penting, 'the thought that count'.
Lots of Love.







20 August, 2008

Daily Blogger

Buat ziarah kat umah Erin tadi, tup tup dia buat Anugerah Bintang Popular la. Tapi takde red carpet whatsoever... tapi bleh tahan meriah. Ada 'purple carpet'... hihi.

Takde calon-calon finalist, terus dapat award!
Sape yang dapat? MAMA-SYIRA dapat...ada sket bangga ye..(sambil kembang idung sket je). Walopun bukan a daily blogger, dapat jugak award ni:

Thanks to Erin yang telah sudi menganugerahkan blog yang tak seberapa-hanya-suka-suka ni dengan anugerah seperti di atas.

~Our Precious~ is about Syirah. To share stories and to keep memories.

Thus, I am very happy to share this award to
Orked Purple, Mama Alia and Ntahapeapeaje.

Happy blogging!

18 August, 2008

Gimme 5!

What were you doing 5 years ago?

Working here, in the same department. Still single but not available..hahaha

What were the 5 things on your to do list today?

To do list eh? Banyak tak sempat la..

Yang sempat:
1. Daily office tasks (yang sangat melambak)
2. Tanya khabar member yang baru balik cuti kawen

3. Say sorry kat Erin
Yang tak sempat:
4. Amik ubat
5. SPA Papa

6. bla bla bla.. eh 5 je kan? :P

What are 5 snacks that you enjoy?


1. I lurveeee ROTI (is this consider snack?)
2. Oreo
3. Cheezels
4. Asam/jeruk (kalo dapat curi2 makan)
5. Super Ring

What are 5 things that you would do if you were a billionaire?

1. Debt-free
2. To perform Haj with families
3. Nice house for us & other houses for investment
4. Build charity homes
5. Overseas holiday wahhh

What are 5 jobs you’ve had?

only these 2:
1. Clerk at one construction company
2. Here from 2002 until now

Okey, puas ati tak Puan WhiteTulip? Heheh..

15 August, 2008

Mom's Milk

Semua orang pun tahu kan khasiat susu ibu yang tinggi nilainya. Susu ibu boleh menyelamatkan nyawa baby, mengelakkan baby dari macam-macam jenis penyakit,mengeratkan hubungan baby ngan mama, dan semestinya ia amat digalakkan dalam Islam spt yang termaktub dalam Al-Quran.

Mama sempat susukan Syirah setakat 3-4 bulan je. Sebab Syirah dah tak nak, bukan nak salahkan Syirah tapi memang susu Mama dah kurang time tu. Tapi alhamdulillah dapat jugak menyusukan dia.

Baru-baru ni Syirah sakit mata. Dia selalu kena sakit mata. Masa dalam pantang pun dia kena, Mama cepat-cepat sapukan susu Mama kat mata Syirah. Memang mujarab, esok terus mata Syirah baik. Doktor kata, lubang airmata Syirah belum terbukak sebab tu mata dia selalu berair pastu bertahi mata. Sian dia. Ishhh...



So Mama pikir nak mintak air susu kat kawan Mama. Nak bubuh kat mata Syirah. Dengan baik hati nya Mommy Qareena bagi sikit air susu dia. Susu dia still ada lagi. Mama sangat berterima kasih lah pada dia sebab sudi bagi sikit. Tak semua orang nak share kan? Really appreciate it. Truly madly deeply. Mata Syirah macam dah ok sikit dah. Thanks to Ayu a.k.a Mommy Qareena!! Nanti Mama Syirah pulangkan container tu. Heeee..