Advert




Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

27 January, 2012

Aktiviti sempena cuti 4 hari.

Memang takde nak pegi mana sebab dah decide nak lepak rumah je mengemas, masak,  makan, tido, baring, tengok tv..gitu lah antara aktiviti yang dirancang. Papa pulak pegi outstation. Maka bertiga beranaklah kami. Nasib baik umah Opah dekat. Aku bukan apa, dah trauma nak pegi jalan jauh during CNY ni. Akibat peristiwa balik dari Kedah ke KL masa pregnant Syirah 5 tahun lepas. Dah la tengah pregnant, duduk dalam keta sikit punya lama dekat 10 jam. Nak stop kat R&R pun tak bleh sebab jalan nak masuk ke R&R pun jem! Huwaaaaa tobat aku.

Diam tak diam..hari Sabtu pagi-pagi Opah dah call "takde nak pegi mana ke, jom lah pegi Giant..Opah nak cari jubah".  Eh sejak bila Giant jual jubah? Bukan dalam Giant, kat luar Giant tu ada satu butik tu jual jubah, baju kurung ready made banyak cantik-cantik.  Ok lah Opah, tunggu nanti kami datang amik Opah. Nasib baik umah dah siap kemas mop malam tadinya. Kalau tak, tak senang hati nak keluar umah.

Kalo dah sampai ke Giant, takkan beli jubah sahaja? Lunch lah sekali sebab balik takyah masak. Hahha pemalas. Kat umah bukan ada orang. Kami lunch kepci.


Adik bab makan mesti lah excited. Kakak bab posing je lebih, makan ada la dua tiga suap pastu dah kenyang.


Hari Ahad pulak dah plan nak baring-baring je kat umah sebab kakak macam nak demam balik (jumaat dia dah demam tak pegi skool). Sabtu tu dah ok makan ubat, dah pegi kepci semua.  Petang Ahad tu, budak demam request nak nasik ayam. Dia kalo nasik ayam nak yang The Chicken Rice Shop je. Bukan kat kedai biasa. Punya lah demand budak sekarang. Tapi puas hati bawak dia makan sini sebab memang akan makan banyak kalau makan nasik ayam The Chicken Rice Shop. Feberet dia.

Cian budak demam, muka pun longlai ha. Makan nasik ayam kat Jusco Bkt Tinggi.

 
Manakala yang ni happy sokmo... dapat pegi jalan, mana tak happy.


Mama ngan Mak sempat shopping sket. Kami pergi petang raya, so banyak kedai dah tutup sebab Cina nak gi makan yisang.

2 beradik yang perasan dan 2 beradik yang sibuk nak amik gamba budak2 perasan. Paham?


Bestnye cuti panjang kan, so Isnin pulak pegi makan busat kat umah Kak Qish (officemate) kat Bukit Tinggi. Ni memang dah plan before cuti. Saje nak bergossip sambil bawak anak-anak berkenalan.

Syirah, Irfan dan kakak baby. Mama dia panggil baby, iyah ngan ipan kena la panggil kakak baby. Hahahha.. anak officemate aku tu. Comel macam anak omputih.


Kami potluck. Makan petang yang light-light je sambil makan sambil citer hal ehwal semasa, hiburan, office, sejarah dan berita antarabangsa. Hadooo?


Pastu budak-budak kami rendamkan dalam air. Ha main lah air puas-puas takyah gi Sunway Lagoon yang mahal tu. Ni kat umah je save budget satu hal, air pun tak kotor. Aku geli sikit nak bagi anak-anak mandi tempat ramai-ramai camtu. Syirah tak mandi, almaklumlah tengah suam-suam kuku recovering from demam.


Sorry lah entry terpanjang sebab cuti panjang. Hahhaha... hari Selasa, pengakhiran cuti. Kejap je pun ingat lama sangat cuti 4 hari kan? Kami adik-beradik buat BBQ kat umah Opah. Adik aku lah yang sibuk nak buat. Kami follow je. Aku datang makan je, lagi best dan pemalas.



Adik aku yang lelaki tu kan pandai masak, ni lah antara yang dibbq kan. Ayam, udang, frankfurters, kentang, roti garlic tu sedap. Pandai dia buat. Sian adik aku, lepas BBQ tu dia keluar gi padang nak exercise naik basikal fixie dia. Sekali jatuh, tangan patah. Sekarang kat hospital lah tu kena operation tangan.  Sian bini dia berjaga kat spital. Dugaan pengantin baru.


Begitulah cerita hari cuti yang panjang. Eh sudahnya mana pegi nak baring-baring tu? Tak dapek gak. Tapi nasib lah dekat-dekat je pun.

Kesimpulannya, kalau ada duit, boleh lah bercuti bawak anak-anak jalan ke hotel atau lain-lain tempat. Tapi kalau rasa nak simpan duit atau nak save budget, banyak benda yang boleh dibuat tanpa perlu keluar duit. Pegi lah beriadah ke taman permainan, mandi kolam depan rumah, main cikgu-cikgu dengan anak dalam rumah (boleh belajar sekali), tengok dvd dengan family (buat macam wayang), macam-macam lagi. Lagi bagus kalau pegi berziarah saudara-mara kan?

Hari ni Jumaat.  Sabtu & Ahad nak buat apa pulak? Happy weekend ols!


01 April, 2011

Bestnye weekend!

Yeay yeay esok cuti. Tak ke mana kot weekend ni since Papa tak balik. Huhu. Walaupun begitu, aktiviti kat umah pun dah cukup menyeronokkan. Beronok-ronok (kalau terlalu seronok) bak kata Johan. Irfan pun kurang sihat ni. Dok umah pun best ape. Weekend amat dinanti-nantikan bila...

Dapat tengok kakak melompat katil bak iklan Tiger.

Dapat dengar kakak bercerita beria-ia sambil adik jadi pendengar setia.

(walaupun adik buat-buat paham)

Dapat tengok aksi wrestling secara live.


Dapat tengok adik jadi hero filem berdiri konfiden sambil bergayut kat kakak.


Dapat tengok adik jatuh (atas tilam) padahal tadi dia konfiden.



Sampai meleleh-leleh airmata. Kecian adik.


Oh indahnya weekend dikelilingi angels anugerah Allah.

Kawan-kawan macamana?


26 November, 2010

Fireflyz pun ok

Hari ni hari Jumaat, masih berada di Kedah sejak hari Selasa malam. Pak Ngah Syirah & Irfan kawen, so Mama kena cuti lah. Seminggu terussss.

Hari Selasa petang flight pukul 6.25, naik Fireflyz kat Subang. Memang pilih Fireflyz sebab dekat dengan umah. First time ni naik Fireflyz. Kan best kalau Airasia ke MAS pun ada kat Subang, takyah nak gi ke Sepang sana. Jauuhhh..

Not bad Fireflyz, sama je macam MAS..kata adik beradik kan. Cuma seat dia agak sempit. Pastu seatnya dua-dua. Alah nak ke Penang je pun baru nak duduk dah sampai kan. Tapi kalo ada baby macam aku ni ha, rasa bercinta nak sampai Penang yang 45 minit tu. Si Irfan buat perangai pulak takmo duduk pastu nangis. Bagi nenen taknak, dah nak landing baru nak nenen tertido. Aiyoo budak ni kan..

Irfan nak tengok semua benda, tu yang takmo tido. Stewardess lalu lalang je cakap 'hai', lalu lagi cubit pipi, lalu lagi sorang 'comelnya', lalu lagi siap cangkung cakap 'nak pegi mana?'... mana budak ni nak tido. Tapi oklah stewardess dia helpful tak macam Airasia yang sombong. Pastu ada gak dapat kacang, muffin ngan air epal. Airasia kena beli sendiri.

Nasib baik seat sebelah Mama takde orang, so taklah ganggu orang sebelah dengan 'kesibukan' aku melayan Irfan. Memang sibuk sungguh sampai terjatuh-jatuh barang.


Papa dok dengan kakak berdua-duaan. Kakak as usual dok sebelah tingkap. As usual katanya, hahhaa..ye lah dia ni dari sejak dalam perut bape kali dah naik flight. Untung je budak zaman sekarang. Tengok muka, sket punya relaks. Sampai dah tau nak dapat kacang, siap-siap bukak tray kat depan. "nak kacang, nak kacang". Suara dia je yang dengar dalam flight tu. Sib baik mintak kacang, kalo mintak pizza hut ke nasik goreng ke....mana mau cekau.

Alhamdulillah sampai Penang 1 jam tepat. Landing cantik...malam pun cantik. Terus menuju ke Baling, Kedah.


Kesimpulannya, naik Fireflyz best. Service pun ok. Saya mesti pilih!

25 December, 2008

Cuti..Yahoo!

Hujung-hujung tahun ni masing-masing pakat abiskan cuti termasuk lah aku. Cuti ni pun cukup-cukup je save hari tu. Dah ada anak mana penah cukup cuti. Banyak hal nya.
Pada kawan-kawan yang bercuti..happy holidays. Sape yang tak cuti or cuti sudah abis.. selamat pegi ofis tapi tanpa semangat. Hehe...
Adik-adik yang nak masuk sekolah, sure tak sabar nak pakai baju ngan kasut baru. ngan beg baru. kan kan, jangan nak tipu.. sebab aku pun dulu gitu. hehe.. bukan semangat nak belajar tapi semangat nak pakai barang2 baru.
Bestnye cuti start arini sampai New Year! Tapi rasanya macam sikit je...tak cukup... hehe.. take care ols!! Blog ni pun nanti tak akan berupdate lah.. dah syok cuti kan.. :D
p/s: Kena balik kampung Kedah daaaaaa...