Advert




Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

20 August, 2013

Raya 2013 - Raya di Baling dulu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Mintak maaf zahir batin.

Memandangkan lemau nak update blog, kita mulakan dengan gamba ketupat palas. Tahun ni turn raya kat Baling dulu.  Sampai-sampai kampung hari Rabu pagi, dah siap dah ketupat palas nenek. Weee sedap gile. Orang utara kan raya makan ketupat palas, rendang, serunding. 



Gamba family sebelah Kedah.  Tak cukup korum. Adik yang bongsu beraya rumah suami kat Melaka.  Nenek sedih je. Raya kat Baling rumah adik-beradik satu halaman, sebelah-menyebelah je. Pagi raya tu dah round dah abis.  Family sini pulak tak beraya umah sedara-mara sangat. Dok umah je..boring jugak.



Family kecik kami.  Tema royal blue tahun ni.  Sorry lah ye buat caption je malas nak citer. Citer raya semua orang sama je kan. hahhaha 



Raya ni, kanak-kanak lah paling happy.





Dapat makan durian yang sedap-sedap.  Kat umah nenek tu ada beberapa bijik durian takde orang makan, aku balik kampung je habis licin semua. Hahha so tau lah sape 'hantu' nye.




Syirah, Irfan & sepupu-sepupu kat kampung, beraya umah nenek menakan.



Raya yang simple.  Alhamdulillah.  Syukur lah dapat menikmati Syawal lagi. 

Tema entry kali ni: Pemalas lipas.


05 November, 2012

Happy Birthday Syirah - bahagian 2.

Amboi, siap ada bahagian dua.  Macam citer Upin Ipin. 

Memandangkan birthday Syirah jatuh pada hari raya haji dan tahun ni kami beraya haji di kampung Papa di Baling, Kedah.  Molek lah beli kek kat kampung pulak.  Papa order kek kat sedara nenek yang pandai buat kek. Dah la order last minit, nasib baik sudi dia buatkan.

Baju gaun tu baju lama, muat lagi. Siap pakai inai. Neneknya lah pakaikan malam before, kemain lagi sebijik cam peranten baru.

Pengantin di hari kejadian.  Ekekekeke..


Sempat Mama buatkan goodies bag sehari sebelum.  Alhamdulillah. Jemput sedara-mara keliling rumah je (padahal memang keliling umah nenek semua sedara). 

Yang kelakar, Syirah plan sendiri birthday dia.  Dia request "mama, iyah nak macam Upin Ipin. Iyah keluar dulu lepas tu Mama tutup lampu, bila iyah balik nanti semua terkejutkan Iyah".

Maka Papa ngan Mama kena la suruh semua tetamu berlakon.  Papa bawak dia jalan-jalan kat luar. Mama tutup pintu suruh semua orang senyap.  Papa call "dah ke belum?".  Bila Mama kata ok je.. dia pun balik lah dengan Papa nya bukak pintu dan semua orang pun jerit "Happy Birthday!!"

Hahaha Syirah..syirah... harap happy lah ye.  Siap leh komplen "ala, tadi masa iyah belum masuk, iyah dengar orang cakap-cakap tak menyorok pun".  Hamboihhh...



Nenek masak laksa.  Ada jugak ketupat & rendang ayam.  Lepas tu semua orang dapat goodies bag dan aiskrim sorang satu.

Alhamdulillah, preparation hanya sehari sebelum berjalan lancar dengan bantuan nenek, wan, maksu, papa dan semua.


Birthday Syirah kat Klang takde pun lagi?  Agak-agak ada tak birthday bahagian 3?  Hahaha...



18 July, 2011

Luku, lambutan, lulian

Musim buah sudah tibaaaaaaa.....yahoooooooooooo


Nenek ngan Wan kat Kedah hari2 dok call suruh balik kampung banyak buah nak bagi cucu2 makan. "nanti Raya Iyah balik la". Pandai Syirah bagi jawapan :P


Dok berzikir kat Papa mintak tolong bawakkan buah2an itew balik Klang sementalah menantu dan cucu-cucu tak dapat balik kampung. Pesanan khas, buah durian kena bawak LEBIH!!


Tadaaaaaaa....




Seguni durian! Wallaaawei... korang jangan abiskan! ni Kak Dina punya! (warning pada adik beradik yang lain).



Pastu Papa pun berkata "nak bawak balik durian punya pasal, pening Papa drive dalam keta. Nasib baik dah siap2 boh daun pandan tak la bau sangat".


Terima kasih Papa, jasamu dikenang.

13 December, 2010

Balik kampung

Awal bulan December hari tu kan balik kampung Kedah sebab Pak Ngah Syirah kawen. Tapi tak share citer. Sebab gamba takde sangat. Papa yang pegang camera tapi tak amik pun gamba kami. Huhu.

Ada la sikit gamba pengantin. Belum terlambat untuk wish Pak Ngah "Selamat Pengantin Baru". To Mak Ngah, welcome to the family. Semoga berbahagia sampai bila-bila.


Syirah suka balik kampung sebab banyak binatang. Salah satu tugas Syirah tetiap pagi dan petang ialah....

Menyuap kambing nenen yang nenek bancuh. Suka sangat kakak.

26 November, 2010

Fireflyz pun ok

Hari ni hari Jumaat, masih berada di Kedah sejak hari Selasa malam. Pak Ngah Syirah & Irfan kawen, so Mama kena cuti lah. Seminggu terussss.

Hari Selasa petang flight pukul 6.25, naik Fireflyz kat Subang. Memang pilih Fireflyz sebab dekat dengan umah. First time ni naik Fireflyz. Kan best kalau Airasia ke MAS pun ada kat Subang, takyah nak gi ke Sepang sana. Jauuhhh..

Not bad Fireflyz, sama je macam MAS..kata adik beradik kan. Cuma seat dia agak sempit. Pastu seatnya dua-dua. Alah nak ke Penang je pun baru nak duduk dah sampai kan. Tapi kalo ada baby macam aku ni ha, rasa bercinta nak sampai Penang yang 45 minit tu. Si Irfan buat perangai pulak takmo duduk pastu nangis. Bagi nenen taknak, dah nak landing baru nak nenen tertido. Aiyoo budak ni kan..

Irfan nak tengok semua benda, tu yang takmo tido. Stewardess lalu lalang je cakap 'hai', lalu lagi cubit pipi, lalu lagi sorang 'comelnya', lalu lagi siap cangkung cakap 'nak pegi mana?'... mana budak ni nak tido. Tapi oklah stewardess dia helpful tak macam Airasia yang sombong. Pastu ada gak dapat kacang, muffin ngan air epal. Airasia kena beli sendiri.

Nasib baik seat sebelah Mama takde orang, so taklah ganggu orang sebelah dengan 'kesibukan' aku melayan Irfan. Memang sibuk sungguh sampai terjatuh-jatuh barang.


Papa dok dengan kakak berdua-duaan. Kakak as usual dok sebelah tingkap. As usual katanya, hahhaa..ye lah dia ni dari sejak dalam perut bape kali dah naik flight. Untung je budak zaman sekarang. Tengok muka, sket punya relaks. Sampai dah tau nak dapat kacang, siap-siap bukak tray kat depan. "nak kacang, nak kacang". Suara dia je yang dengar dalam flight tu. Sib baik mintak kacang, kalo mintak pizza hut ke nasik goreng ke....mana mau cekau.

Alhamdulillah sampai Penang 1 jam tepat. Landing cantik...malam pun cantik. Terus menuju ke Baling, Kedah.


Kesimpulannya, naik Fireflyz best. Service pun ok. Saya mesti pilih!

18 July, 2010

Penampilan pertama..konon

Ye, saya masih berada di Kedah pada hari 36 pantang. Dan pada hari ke 36 saya sudah keluar dari umah pergi ke Sungai Petani melawat bapak sedara yang tak sihat.

Kakak syok dah lama tak gi jalan, adik with his 1st jeans...akakaka..


Susah ju.gak handle 2 orang anak naik keta ye. Kakak patutnya dok depan ngan Papa tapi dia asyik la jeling Mama ngan adik kat belakang dengan muka sedihnya "nak dok kat Mama". Kesian..dulu beriba ngan Mama je, dah ada adik kena la jadik dewasa sikit dok sorang. Papa lak kat sebelah dah ngamuk tengok Syirah tak dok diam. Adik rilex je tido. Ni lah penampilan pertama saya selepas bersalin. Gemuk woohh makan banyak takleh nak catu-catu kang susu badan takde.


Selesai melawat bapak sedaraku, balik singgah Giant. Siap gi makan kat Pizza Hut lagi. Kehkeh.. kali ni punya pantang memang advance. Dulu 44 hari dok umah tak nampak matahari langsung. Sekarang panjang langkah mama korang...

10 July, 2010

Berpantang di rumah mentua

Dah 2 minggu aku berada di Kedah, berpantang di rumah mertua. Hari ke 15 hari tu bertolak dari Klang ke Kedah. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Tapi kesian kat Syirah, selama ni dia duduk ngan Mama tapi sekarang Mama terpaksa jaga adik. Asyik cakap "nak duduk ngan Mama" tapi sorry sangat sayang, Syirah kan big girl, kena paham ye.

Berpantang kat sini semua mak mentua aku siapkan. Pagi aku bangun, sebelum Irfan bangun, aku minum Milo ngan makan biskut dulu. Bila kenit tu bangun, susukan dia then bawak dia jemur kat luar sekejap. Kakak pun ngendeng sekali. Pastu bagi kakak breakfast sambil kendong Irfan. Lepas tu, mak mentua mandikan Irfan. Lepas siap-siapkan Irfan, menyusukan dia lagi bagi dia tido.

Lepas Irfan tido, turn untuk mandikan kakak pulak. Kakak ni degil sikit sekarang, banyak kerenah. Sabar banyak-banyak melayan cengkadak dia. Time ni, nenek gi basuh baju.

Anak-anak dah settle, baru Mama mandi air daun-daun. Nenek rebus dan angkat bawak masuk bilik air. Lepas mandi, pam susu..kadang sambil layan fb. Main ngan kakak, layan kakak. Hok hek hok hek..adik bangun lak. Nyusukan adik..pastu mamat tu sambung tido.

Dah tengahari, makan nasik la apalagi. Selalu nenek masakkan sup ikan haruan. Air pun nenek sediakan. Over ek.. padahal boleh je amik sendiri tapi nenek yang amik bukan suruh Sambil tu Mama suapkan kakak jugak. Kakak ni semua nak Mama buat. Kadang tengah nenenkan adik, dia nak terberak lah. Memang mencabar. Lepas makan, kalau susu bengkak..bagi adik minum then pam lagi. By pukul 2pm, time to sleep. Make sure adik dah kenyang, kakak dah kenyang... baru leh tido. Mama pun tumpang sekaki dapat tido 1 jam pun jadik lah nak qada' tido malam yang terganggu.

Petang bila anak-anak masih tido, Mama mandi siap-siap. Bila kakak bangun dulu, mandikan kakak dulu. Kalau adik bangun dulu, adik lah dulu. Kalau dua-dua bangun sama..tu yang kadangkala naik hantu. Hahhaha..

Maghrib selalunya tak bagi adik tido, lagipun Irfan susah nak tido bila lepas maghrib. Dah main-main, dah menyusu banyak pun susah tido. Bila dia dah letih sangat, tido jugak akhirnya tapi lambat dalam kul 9pm.

Lepas pam susu dan siap-siap keje apa yang patut, around 10-11pm baru Mama masuk tido dan tidokan kakak pulak. Irfan selalunya akan bangun dalam kul 3am, 5am pastu kul 7am. Begitulah rutin harian setakat ni. Harap-harap bila lepas pantang dan mula keje, rutin akan berubah sikit supaya Irfan tido awal takla Mama penat balik keje nak tidokan Irfan.

18 January, 2010

Belacan @ Tanjung Dawai

Ni kisah hujung tahun lepas. Lagi? Ye ye lambat sangat citer nya. Tapi at least keluar jugak. Korang tau tak Tanjung Dawai tu kat mana? Ada apa kat sana? Ok mari kita telusuri bersama.

Tanjung Dawai terletak di Sungai Petani, Kedah. Kawasan tepi laut tempat nelayan. Makanya, kat sini adalah lubuk ikan masin, udang kering, belacan dan pelbagai lagi hasil laut. Tempat makan yang popular (ikan bakar) pun ada kat sini. Tapi tak sempat makan lagi, mungkin lain kali.

Deretan kedai dia ala-ala kat Pasar Payang Terengganu. Tapi tak la besar macam Pasar Payang. Sederhana besarnya. Gambar kat bawah ni Syirah bukan tido tapi mengada kan, dalam kedai pun nak berdukung siap pejam mata. Eksen ye dengan Mama! Wah tetiba marah tanpa sebab. Takkan Mama nak dukung gak kot?


Akak kedai ni baik, peramah & pandai layan customer.. ater beli banyak kan. Kasi service baik punyee.. laju je amik kan barang berdesup, timbang-timbang sap sap soi siap. Dia tokey, husband dia pembantu. Camtu pulak ye..

Orang dok sibuk shopping, dia pun nak jugak pilih. Tah ape keje dia senyap-senyap je tu. Budak ni senang, bawak jalan ok je. Padahal baru nak terlelap dalam keta dah kena kejut. Bangun terus ceria. Macam astro ceria.

Sesi membungkus dan Papa tengah ready nak kuar duit. Akak ni bagi extra keropok-keropok free. Alhamdulillah rejeki.



On the way nak balik, singgah jap Pantai Merdeka. Korang mesti penah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka, baru ku tau sini datang ideanya. Time ni panas terik tapi sebab sian kat Syirah nak tengok bot. Singgap jap je bagi dia tengok laut ngan bot. Pastu ada buai pulak. Feeling bercanda tapi panas ya amat. Tak sampai 10 minit pastu tak tahan dah...


Begitulah kisah Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka yang sempat kami singgah masa bercuti kat kampung hari tu. Kalau korang sampai ke sana, nak bawak balik ole-ole untuk mak.. boleh lah. Macam aku, stok udang kering dan belacan masih banyak. Senang nak masak nasik goreng ke atau buat perencah lauk.

15 January, 2010

Radix Fried Chicken

Korang penah dengar tak nama restoran ni? Aku penah dapat email pasal ni suatu ketika dulu. Restoran ni ada kat Sg Petani, Kedah. Time balik kampung ujung tahun lepas, teringat pulak. Kebetulan pergi ziarah pak menakan kat Sg. Petani so ajak Papa cari restoran ni.

Radix ni kepunyaan HPA. Ayamnya tentulah menggunakan ayam organik. Rupa-rupanya Radix ni bukan setakat fried chicken, dia ada rangkaian yang lain seperti Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan lain-lain. Sementelah nak try yang fried chicken, kami pun menonong je lah pegi kedai yang dituju setelah diberi tunjuk arah oleh sepupu ku melalui sms.
Radix bertema oren, jadi sangat lah oren di dalam kedainya. Restoran ni jugak bertema Islamik. Semua pekerja memakai baju hitam dan bertudung. Sangat sopan dan manis. Eh yang bawah ni bukan pekerja, ni adik aku. Nak amik gambo deco belakang tu ha.
Aku masa ni sudah lapar dan ketidaksabaran untuk memakan ayam. Ada 2 jenis ayam goreng: spicy & herbs. Herbs? Erkk..macam ubat je. So harus lah amik yang spicy. Beli set terus, tapau sebab nak makan kat umah pakcik. Harga dia lebey kurang KFC jugak.

Aiskrim untuk si kenit Syirah. Macam tau-tau je dalam ni jual aiskrim. Dia tunggu ngan Papa dia dalam keta, siap pesan "mama..akim akim". Tengok lah nama aiskrim, very the syariah compliance kan. Aiskrim Toyyibah namanya. Sedap tak sedap? Tengok lah gambo Syirah makan.


Sayang seribu kali sayang.....kawan-kawan semua jangan marah. Oleh kerana sibuk berborak sambil menghidang dan menjamu selera dengan RFC tu, aku terlupa terus nak amik gambo nya. Sorry bebanyak. Tapi kalau tanya bab rasa tu kan, aku prefer lagi KFC. Radix ni ok-ok saje. KFC sehingga menjilat jari. Hehehe.. kalo nak try pegi lah nun di Sg Petani.

04 January, 2010

Ulu Legong Hot Spring

Kolam Air Panas Ulu Legong terletak di daerah Baling. Kebetulan dekat dengan rumah nenek kat kampung, so masa balik kampung cuti yang lepas, kami pun amik peluang pergi. Tapi kalau nak pergi, mesti lah malam takkan nak mandi air panas siang hari? Mau la terbakar kulit.

Dulu masa baru-baru kawen pegi, tempat ni tak cantik lagi. Sekarang dah semakin maju, banyak perubahan. Dah ada chalet untuk disewa, dah bersih, banyak premis makanan dan tentu-tentu lah ramai orang kan.


Maksu, nenek dan Ucu main rendam-rendam kaki je. Nak masuk badan takut. Kat sini ada 3 atau 4 kategori kolam. Bermula dengan kurang panas sehingga lah pada yang panas mendidih.



Mama jadi camerawoman je malam tu. Papa tak bagi pegi dekat kolam, dia kata licin nanti tergelincir. Tapi aku degil pegi jugak..hehe. Papa tak bawak baju tapi basah gak la dek penangan menjaga anak. Gamba ni Syirah tengah nak buat PEACE tapi tak siap-siap. haha.



Syirah mandi kolam khas untuk budak-budak. Panas jugak not bad, tapi Syirah selamba je. Suka lagi ada lah macam tak nak naik. Siap berenang kuak butterfly.


Ha ni lah kolam yang paling panas. Takde sape pun pegi mandi dalam tu. Sebab panas ni sampai berasap-asap. Ada berani?


Dalam kolam yang paling panas ni, ada lumut hijau ni. Memang dibiarkan lumut ni sebab orang buat ubat. Masa mandi lumurkan sekali dengan lumut ni. Ramai orang datang mandi kat sini sebab berubat untuk lumpuh, sakit sendi, macam2 lagi. Datang berkhemah lagi tau jangan tak tau.


Dah lepas mandi kolam, kena bersihkan badan dengan air paip. Time ni dah pukul 9 lebih, selalunya Syirah dah tido tapi sekali seumur hidup..bagi lah dia rasa. Tapi masa otw balik dalam kereta, nenen terus tido. Memang letih ngantuk sangat lah kononnya.

Oh, jangan risau ye tandas untuk mandi dan salin baju pun disediakan.



Kolam Air Panas ni dibuka 24 jam. Bayaran untuk masuk bagi dewasa RM4, untuk kanak-kanak RM2. Untuk keterangan lanjut, tengok sini http://www.mdbaling.gov.my/web/guest/tempatmenarik. Mai pakat pi Baling!

30 December, 2009

Perjalanan jauh tak ku rasa

PERJALANAN BALIK KE KEDAH HARI TU

Driver of the day.. siapa lagi. Papa ok tak? Ok!

Mama peneman sejati. Syirah buatpe kat belakang tu? Sorang2 ke?

Sampai menganga. Apa yg excited sgt tu?

Ooo ada teman rupanya. Baca book dengan Ucu bagi menghilangkan boring.

Kami bertema merah di hari kejadian.


05 October, 2009

Balik Kedah di raya ketiga

Orang dah abis citer Raya dah aku baru terhegeh-hegeh nak citer raya ketiga. Haha. tak sempat sangat. Rasa macam hari-hari berlalu begitu pantas. Ha tetiba dah ayat puitis.

Pagi-pagi dah naik komuter nak ke KL Sentral, tak nak susahkan orang hantar ke airport lagipun nak bagi Syirah experience naik train pulak. Semangat dia bangun pagi-pagi, tau nak gi jalan. Dalam komuter mulut bising je ntah hape dia membebel.


Sampai KL Sentral, terus check-in siap-siap so tak yah lah heret beg bagak tu ke sana sini. Senang lenggang kangkung je nanti. Lepas Papa settlekan check-in, kitaorang pun breakfast dulu kat Swiss Oven. Laparr.


Muka happy Mama first time naik ERL, harap maklum. Biasa je takde yang different pun, tapi laju gile lah dari komuter tu. Dah hari-hari naik komuter, naik ERL pun rasa nak muntah. Uwekk..



Tengoklah minah kenit buatpe dalam ERL. Mintak hp, pastu cakap "agu..agu", rupa-rupanya nak dengar lagu. Poyo kan? Dia dah boring la tu.


Dah sampai KLIA, siap-siap buat susu dia. Nanti dalam flight sumbat je senang bagi dia tido terus. Ni tengah tunggu Papa gi toilet. Lambat lah papa ni... kan syirah? Duduk je dalam flight, Syirah menyusu dan terus tido. Tak sempat nak fly-off pun dia dah tido dulu. Good.. senang sikit keje aku takyah nak entertain dia sepanjang jalan. Alah tak lama pun 45 minit saje.


Alhamdulillah selamat sampai di airport Bayan Lepas pastu Pak Ngah Syirah datang amik. Sampai di Baling, Kedah tengahari nya disambut nenek ngan maksu kat muka pintu, seronok lah cucu yang sorang balik. Ni lah masa nak berjumpa orang-orang lama kan, bila lagi sementara mereka masih ada.


Moyang sebelah nenek Syirah kat Kedah, duduk kat sebelah umah je :)

Hari raya keempat, gi Penang pulak. Sedara-mara sebelah bapa mertua ku yang berasal dari sana. Lu pikiaq lah sendiri. hehehe..Best tau pegi rumah Tok Penang sebab rumah dekat ngan jeti kat Kuala Muda kot tak silap namanya. Jalan nak ke sana ada bendang, saujana mata memandang. Memang cantik..konon nak berenti amik gamba tapi cuaca panas sangat, cancelled.
Moyang sebelah Tok Wan Syirah di Penang, muda lagi baru 62 tahun

Malam tu bapak sedara ku yang dok di Sungai Petani nak mai umah mak mertua. Aku panggil Mamak, Syirah panggil Atok la. Dia tak balik Selangor tahun ni sebab dia pun tak sihat sangat. Tahun lepas,depa raya umah kami kat Klang.


Ni wife dia, makcik sedara ku yang paling sporting. Muda-muda dah ada cucu, pandai buat duit

Yang tudung hijau, cousin aku baru umur 21 tahun, anak dah 2.