Advert




Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

25 November, 2010

Selamat Bertunang Firdaus & Intan Sharinaz

Tahun depan nampaknya ada kenduri besar lah. Adik lelaki sudah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, yang berasal dari Segamat. Mujur lah bertunang buat kat Shah Alam je. Hehe leh aku menyebok. Maklum la ada anak kecik nak jalan jauh ni pikir banyak kali.

Cincin berlian tu cincin tunang. Halus camtu pun dah 1k++ ek, mahal betul harga emas sekarang. Cincin belah rotan adalah cincin merisik.


Sireh junjung tempah kat florist. Jangan tak caya, India yang buat. Cantik kan.


Cupcakes ditempah dari Anisse Cupcakes, Shah Alam. Nice doing business with her. Simple and fast. Aku nak sponsor cupcakes, so aku google jumpa Anisse Cupcakes ni. Cantik-cantik, geram tengok.


Hantaran-hantaran lain seperti perfume, telekung, baju nikah, fruit tart. Ada yang takde gamba kat sini, lupa nak amik ke ape ntah. Semua hantaran digubah oleh butik pengantin dekat ngan umah. Kami semua tangan keras tak pandai nak gubah. So kena la tempah. Sedih...

Lapik dulang kaler off-white tu aku ngan akak gi beli kat Semua House. Cari punya cari jumpa lah yang berkenan. Beli 13 helai terus. Ni untuk dipakai oleh keturunan-keturunan yang lain. Tu pasal beli kaler off-white senang nak match.


Sesi perbincangan di antara dua pihak. Sebelah kami diwakili oleh abang sedara yang baju hijau. Perbincangan pun lawak-lawak je, straight to the point gitu. Wang hantaran orang Johor mahal rupanya.. bersedia lah ko Daus. Dah cukup ke duit? muehhehe..


Merah menyala ko bakal adik ipar aku punya baju tunang. Diapit oleh kakak-kakak iparnya. Tudung purple akak aku yang sulung, lom kawen lagi. Ada calon? wahhh... sempat.


Gitu lah kisahnya di hari pertunangan adik lelaki aku. InsyaAllah majlis kawen selewat-lewatnya 1 tahun dari sekarang. Lagi cepat lagi bagus, bak kata pihak pempuan.

Adik aku yang besar tu. Majlis belum bersurai, baru cakap "sekian"...tetiba dia dah terpacul kat pintu. eh eh tak menyempat.


07 July, 2009

Perkahwinan Mejar Udara

Teruja nak gi tengok cousin Mama kawen last week. Firstly, sebab dia dah berumur 36 tahun (tapi lelaki leh dimaapkan walopun agak lewat). Secondly, sebab dia Mejar Udara mesti ada lalu bawah pedang kan? Ye, aku ada sket sakai. On the way nak gi snap sket gambo mak ngan anak bagi mengisi masa lapang. Syirah senyum tak ikhlas kan? Itupun senyum nak amik hati mama je.. terharu i.

Nasib baik masa kami sampai tu, diaorang baru nak prepare. So aku apa lagi, cecepat la amik camera untuk jadi paparazi. Syirah dah pun bertukar tangan ke Ucu dia. Mama ada keje ni nak oi.. wahahhaa... Tengok dari kejauhan, walamak... tersusun je barisan abang-abang TUDM nak lalu.


Aku rebut-rebut amik gambo ni dengan official photographer of the event. Sib baik abang tu tak kisah. "Tak padan ngan baju kurung" agaknya lah dia kata dalam hati. Ada aku kesah? Aku nak tengok ni dari dekat sebab tak penah tengok lagi majlis camni. Masa ni tak nampak-nampak lagi pengantinnya.
Pedang tercacak je ko.. takut aku. Diaorang tak pandang langsung kiri kanan so jangan la perasan kata abang-abang TUDM tu nak ngorat ko ke hapa (bukan aku la, aku sedar la aku isteri orang, ni cakap on behalf. haha on behalf sape ntah).


Punya lah tercari-cari pengantin, sekali yang aku nampak pengantin kecik. Ni anak-anak buah aku. Macam kena paksa rela tapi tetap maintain senyum. Lelaki tu Danish, yang pempuan tu aku lupe nama dia. Hahha teruknya.



Ha pengantin dah dekat! Kena lalu carpet merah ni. Masa ni aku dah jauh sket ke belakang sebab pedang tu dok terhayun pastu orang yang bagi command tu kuat sangat suara dia. Rasa macam bertempur di medan perang. Hehehhe...


Ini lah dia pengantin sebenar! Yang lelaki tu cousin aku. Atok sedara aku punya anak yang dah lama makpak dia tunggu dia kawen akhirnyaa.....tahniah Abang Nazrin! Bertemu jua jodoh yang dicari-cari. Orang Kedah yang dia jumpa. Untung wife dia, dok kampung je tolong akak dia niaga gerai. Tup tup orang datang meminang, terus kawen. Takyah cari-cari, dapat Mejar Udara. Kalau dah jodoh...


Cantik kek dia. Simple yet nice. Aku suke sebab ia berwarna biru! eii geram aku tengok kek ni. Pastu acara suap-menyuap pun berlangsung. Masa ni baru aku sedar yang aku lapar... oohh nak terkam makanan. Dok sibuk jadi paparazi sampai terlupa nak makan. Poyo tak?




Selesai upacara memotong kek, takde sanding-sanding tapi ada pelamin tujuan untuk sesi bergambar. Tapi kan, dah ada orang lain yang rasmikan pelamin tu. Anak siapa tu? Wah siap jeling.

Mama teringat kenangan 2 tahun lebih yang lalu. Di kala bersanding di pelamin biru jugak. Oi sudah-sudah lah berangan!

Oohhh happy dapat jumpa Lin, kawan sebilik masa kat UiTM dulu, merangkap sepupu. Sebab dia dah kawen ngan cousin aku kan. Lama tak jumpa dia yang tudung hitam tu. Sebelahnya adik ipar dia. Depan tu Syirah tengah dikerumuni sepupu sepapat.

Abang Ajwad sebelah tu sibuk nak main ngan Syirah, dia buat muka blur je.



...kecuali dengan Maklong, Ayah Ngah or orang2 biasa dalam rumah dia. Baru nak senyum.. ape lah Syirah ni. Tak lama lepas tu kitaorang pun balik sebab dah kekenyangan. Yokkk tido! Hahhaa.. Dah puas ati dapat tengok orang kawen lalu bawah pedang. Yes.



04 June, 2009

My Self Achievement


Akhirnya, penat lelah dan susah payah aku diraikan sempena Konvokesyen semalam, 3 Jun 2009. Bermula dengan kegembiraan, berakhir semestinya dengan kepuasan. Tapi perasaan happy semalam tak sama dengan perasaan happy masa konvo Diploma. Tak tau nape. Happy semalam sebab susah payah study part time berakhir tapi masa diploma mungkin sebab first time dan kawan-kawan yang best. Menangis jugaklah semalam dalam Dewan Sri Budiman tu. Tak sangka aku berjaya. Bukan senang... ishh tak tau nak cakap. Tapi memang payah bila kita bekerja sambil belajar. Ada suami, ada anak lagi. Tapi itu semua cabaran.

Tak guna type panjang lebar. Di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih tidak terhingga terutama sekali untuk MAK yang banyak bersusah payah untuk Dina. Tolong jagakan Syirah time Dina pergi class. Bukan takat tu, support pulak lagi dengan kata-kata perangsang. Terima kasih banyak.

Semestinya untuk suami yang tersayang. Sangat memahami dan bagi sokongan 100% untuk belajar sambil bekerja dan berkahwin dan mengandung dan beranak. Hehehe. Kalau tak, takkan Mama berjaya habiskan study ni.

Untuk family yang sama-sama berkorban dan memahami kesusah payahan nak mengejar segulung Ijazah. Sampai dalam pantang pun pergi exam.. jalan slow giler. Allah Maha Mengetahui.

Untuk kawan-kawan, bos, lectures dan semua yang menyokong. Terima kasih.

p/s: more photos later ye...

01 June, 2009

UiTM Di Hatiku

Semalam, ada kenduri kawen jiran sebelah je dengan umah. Of course lah kena tolong kan, walaupun aku banyak tak tolong..ada anak kecik maaa... anak-anak dara lah kena wat keje. Muahaha best tul dpt ngelat camni.

Semalam juge, dalam kul 2 petang tu pulak, aku kena bergegas pegi Shah Alam, kena amik jubah. Jubah ape? Tunggu hari Rabu nanti. *wink wink*. Pastu kan aku tak tau nak letak Syirah kat mane, wah letak tu.. sian anak aku. Dlm rumah aku memang takde orang nak mintak tolong, sian pulak kat mak. Semua bz kat umah kenduri. Papa Syirah tak balik.. so aku terpaksa hangkut Syirah sekali gi Shah Alam nak amik jubah tu.

Sesampainya kat Menara, aku tergamam. Mak aihh ramainye orang!!! Beratur panjang giler, pastu panas (walaupun dalam bangunan). Aku terkedu ni, sebab bawak Syirah..camne aku nak q panjang-panjang, Syirah pulak cam nak tido je. Dalam 10 minit aku berfikir, aku tak masuk pun dalam barisan panjang tu sebab aku tak sanggup. Aku dok tepi bagi Syirah main-main tangga dulu, sambil aku cari idea. Pikir nak call adik aku soh dtg amik Syirah ke nak pegi umah makcik aku kat Sek 7 untuk tolong jaga Syirah..macam2 aku pikir. Memang helpless time tu.

Sesungguhnya Allah tu Maha Kaya, aku ternampak pakcik security tengah jaga barisan panjang tu, aku pegi kat dia, "Pakcik, bleh tak saya terus pegi depan? Saya bawak anak ni, berdua je ni..takde orang nak pegang dia". Pakcik tu leh pikir dulu yg aku kelakar tu "emmmmm orang ramai ni dik". Hahha pakcik oh pakcik sebab orang ramai giler lah saya mintak tolong jasa baik pakcik. Then, datang pulak budak pompuan pregnant tanya soklan sama cam aku. Alhamdulillah pakcik tu bagi kitaorang berdua ..eh eh berempat (including Syirah ngan baby dlm perot) naik dulu.

Bila dah naik tu rupanya kena beratur jugak walaupun tak panjang but still kena beratur. Pastu dlm 5 minit beratur tu, ada sorang staff UiTM panggil aku.. "mari sini, mari sini" Dia bawak aku ngan Syirah masuk office berhawa dingin yang sangat nyaman! wahhahaha udara udara! Tak sampai 3 minit dia settlekan form aku semua pastu dia suruh turun bawah amik jubah.

Maka aku ngan Syirah turun pulak ke bawah untuk ke bilik amik jubah. Kat sini takde beratur panjang. Masuk line je terus masuk bilik jubah tu, budak2 kat situ punya lah baik. Dia nampak aku dukung Syirah je.."kak kak, meh saya amikkan jubah akak. Nah kerusi duduk dulu..." Amboi 5 star service lah.. dah lah adik-adik tu handsome-handsome, baik pulak tu. Pastu sorang lagi staff yang baik hati suruh aku turun kat tangga yang paling dekat, orang lain tak dibenarkan lalu situ, aku je dia bagi.

Alhamdulillah dalam masa tak sampai 1/2 jam selesai urusan. Kalau tak, aku budget dalam 2 jam baru settle kot. Kesimpulan dari kisah semalam yang hangat ni, aku bersyukur kerana staff-staff sempena konvo UiTM bagi service yang sangat baik pada orang-orang yang memerlukan cam aku. Syukur jugak bawak Syirah kan, penyelamat! Hehe. Sib baik dia tak mengamuk walaupun panas+mengantuk.

Semata-mata nak amik benda ni, nak tengok aku pakai..tunggu lagi 2-3 hari.. Semestinya UiTM Di Hatiku...

03 April, 2009

Best kalau dapat join

Got this via email from a friend of mine.
Kan best kalau dapat join.. tapi Syirah belum 3 tahun lagi. Macam menarik je event. So sapa2 yang ada kids 3 - 5 years old tu, better go. Isi masa anak2 dengan aktiviti macam ni at least boleh socialize pastu dapat pengalaman baru...asik2 bawak gi shopping :P. Furthermore, its FREE!
Check it out here: Doodlebug's Diary

Come join us for a sneak (read: FREE!) preview of selected classes!
Saturday, 4th April (Yes! It’s this Saturday!), 10.30 am - Martial Arts (Muay Thai) : 5 yrs and above! (Yes, parents are welcomed! And I’m counting myself in!)
Tuesday, 7th April, 4.30 pm - Mini Matisse : 3yrs - 5yrs
Wednesday, 8th April, 4.30 pm - Tell a Tale : 3 yrs - 5 yrs
Thursday, 9th April, 4.30 pm - Tune In (Music) *new* : 3yrs - 5yrs