Advert




Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

11 October, 2012

Irfan berjumpa idolanya - Upin Ipin

Terkadang benda yang tidak dirancang lebih best dari yang dirancang beria-ia. Pepatah ku hari ini. Hahahaa. Betul tak kawan-kawan semua? Kalau kita beria plan something tu berbulan-bulan tapi akhirnya tak menjadi seperti yang diinginkan tapi yang tak plan tapi 'petik' je terus berjalan dengan lancar.

Al-kisahnya terjadi bulan september yang lalu. Maafkan saya citer agak basi.  Seminggu selepas raya to be exact.  Weekend tu memang plan nak duduk rumah je.  Pagi sabtu tu lepas kerja-kerja umah dah settle, tetiba mendapat panggilan dari Opah.. "Budak2 buat pe? Ni ha Acik Intan nya ajak gi office dia ada open house, ada Upin Ipin".  Acik Intan tu adik ipar aku. Dia kerja kat KPJ Klang Specialist Hospital.  Ikutkan malas nak pegi sebab setakat nak gi makan raya tu kan tapi bila dengar ada Upin Ipin, harus ku pegi ni.  Peminat setia dia kalau jumpa ni cemana lah gayanya.

Peminat setia Upin Ipin - Irfan.  First time nampak Upin Ipin dari jauh dia dah teruja. Tapi bila nak salam takut sebenarnya tapi minat sangat ni gigil-gigil agaknya tak percaya Upin Ipin depan mata. Hahaha...kelaka tengok.

 


Upin Ipin tengah nyanyi lagu raya dengan koir KPJ Klang.



Kakak control keterujaan.  Buat-buat maintain je.. 



Mama pun nak join.  Bergamba ramai-ramai. Sapelah yang duduk dalam maskot ni kan, rasa nak tanya je "panas tak dok dalam tu?" Tapi tak jadik tanya takut kena lempang.



Lebih 5 kali sebenarnya amik gamba dengan Upin Ipin ni. Sebab Irfan sibuk nak banyak kali dekat2 ngan Upin Ipin.  Finally, Upin Ipin yang datang kat meja kami n duduk sekali sama-sama.



Sampai gini sekali gayanya. Padahal baru lepas duduk mama baru nak makan, dia nak pegi lagi kat Upin Ipin.  Penat Mama tau dik. Nak makan pun tak dapat.  Suruh pegi dengan Ucu takmo, nak Mama jugak.

Teka Irfan jerit apa?



Nak iyum Pipin!!!!  Nak iyum Pipin!!!!  (nak cium Upin Ipin).

Dia jerit sekuat hati. 


Jadik mak ni ko tahan je lah malu.. anak punya pasal.  Mama pegi lagi kat Upin Ipin tu buat kesekian kalinya, cakap "dia nak cium lah pulak".  Maka cium lah anak...



Anak-anak happy, mama pun happy ^___^.  Seronoknya dapat menunaikan impian anak-anak.

07 September, 2012

Raya in pictures - serba sedikit.

Tahun ni Opah happy sebab semua anak-anak dia beraya kat umah dia dulu. Termasuk adik aku yang baru kawen bulan 12 hari tu. Aku pulak tahun ni first time beraya di rumah sendiri, ye lah dulu dok satu umah ngan mak. 'Balik kampung' Opah pun di pagi raya je. Walhal sepelaung. Hahahaa.. 

Kejut suami, anak-anak siapkan semua, kul 8 pagi dah terpacak kat umah Opah. Sebab nak makan dulu before gi solat hari raya Aidilfitri. 

Balik solat raya, acara paling mendebarkan ialah sesi bersalam-salaman bermaaf-maafan. Pada aku mendebarkan sebab nanti nangis. Hehe. Tahun ni bapak sedara yang kat Sg Petani tu beraya sama kami. 

Cucu baru 2 orang katanye... salam Opah ngan Atok Mamak ye sayang. Cakap apa? "Amat ayeee" - kata Irfan. Syirah? Diam je malu nak cakap. Padahal dah praktis. Papentah.



Camni lah every year. Salam ikut giliran tua sampai ke muda. Beratur. Kakak salam Papa.



Adik pulak. Irfan baru nak paham tahun ni. Tahun lepas baru setahun. Tahun ni dah besar seronok lah dia dapat rasa raya.



Keluarga kecik kami ^_^



Keluarga yang besar sikit. Tak berapa nak besar lagi. Hahaha. Tahun ni ada Acik Intan, tahun depan insyaAllah ada 'baby' baru. Yahuuuu.. Tema baju raya tahun ni adalah peach.



Atok Mamak yang disayangi mereka. Atok rajin melayan..



 Adik beradik perempuan. Yang bongsu paling besar.



Lepas bergamba, kami ziarah kubur arwah Abah.  Sepatutnya tak payah tunggu raya baru nak ziarah tapi kalau hari-hari biasa, memang tak harap.  Bacaan Al-Fatihah telah di'lead' oleh Maira Nur Insyiraah.


Seterusnya ke rumah Mak Usu dan cousin di Shah Alam... later umah Mak Long kat Kelana Jaya.

Begitulah selalunya raya pertama di Klang. Best kan dapat berkumpul adik beradik pastu berkonvoi raya. Cuma semakin lama, orang-orang tua yang biasa kami visit (nenek/atok sedara) kebanyakan dah meninggal dunia. Itu yang menyedihkan. Sebab bagi aku, raya ni memang WAJIB ziarah orang-orang tua.  Bila dah takde ni, raya dah tak happening.  Tapi dapat happykan Opah dan anak-anak itu pun sangat bermakna :)





30 August, 2012

Menjelang Raya.

Tak penah-penah esok nak raya, sibuk nak pegi shopping complex. Sebab selalunya dok lintang pukang tolong mak kat dapo.  Tahun ni sampai 2 hari berturut-turut gi 'tawaf' Jusco Bukit Tinggi.

2 hari sebelum raya, gi Jusco sebab nak jumpa kawan Mama. Dia nak hantar baju raya Mama yang dia tolong tempahkan kat tailor. Sebab dia lupa bawak kat office. Tak ke haru. Sampai dah tutup semua kedai, kami masih dalam Jusco. Papa masa ni tengah beratur bayarkan barang-barang yang Mama grab. Kejam tak cakap camni? Hehehe..Ko amik barang-barang, dah la semua barang ko, bagi kat laki suruh laki beratur bayar. Pastu jenjalan ngan anak-anak kat tempat lain sampai semua kedai tutup. Ish ish ish... ape nak jadik. *geleng pale*

Dua budak ni happy sokmo.


Ni tengahari esoknya. Kira sehari sebelum raya. Papa pulak ajak gi Jusco lagi. Sebab dia nak cari kasut raya. Kami ikut je lah. Sambil tu leh shopping lagi. Kahkahkah. Tapi by kul 2 dah balik, nak tolong opah masak kat umah. Eii seram kalau tak tolong langsung, nanti opah sound. Seram ok.

Orang shopping raya, budak2 ni shopping buku.



Penat pemalas punya pasal , malam tu bukak posa kami beli Pizza Hut. Jemu pulak nak makan nasik. Lauk-lauk raya pun ada yang dah siap masak tapi tak syok nak  makan malam raya, nak makan pagi raya baru feel. Kihkihkih.   Malam raya di umah Opah (konon-konon balik kampung, padahal jarak umah sekangkang kera).  This year raya Klang dulu.



Pakcik sedara n cousin dari Sg Petani dah sampai, dorang beraya sama tahun ni.  Masa ni tengah lompat dengar pengumuman. Kakak dah paham, adik tak paham lagi. Masih blur. Hahaha..

Yeay! Esok raya!

Masa muda remaja dulu, malam raya mesti tido lambat sebab nak tengok Sampaikan Aidilfitri lah, ape2 lah rancangan malam raya. Sekarang? Ape citer raya semua tak tengok langsung.  Raya pertama? kedua? Nan hadooo..



17 August, 2012

Ucapan Raya 2012.

Selamat Hari Raya kawan-kawan semua.

Gamba pinjam kat Instagram adik.  Popiah nestum - Opah buat, Dahlia - adik buat, Suji Marble - i buat. Thehehehe. Tu je lah kan biskut raya homemade, better than last year semua biskut 'tunjuk'.



Biskut makmur, family tradition punya biskut. WAJIB buat kerana sedara mara/kwn2 datang umah, baru kat pintu dah tanya "makmur ade?". Siap nak tapau bawak balik ok. Ni kakak yang buat.  Dia dah belajar dari Opah.


Ok hari ni, Jumaat terakhir dlm bulan Ramadhan. Huhuhu. Ramai dah cuti hari ni kan. Eksen ni tak cuti awal..sebab raya kat Klang dulu. Hehehe. Kalo balik Kedah, tentu lah dah cuti awal. Wellllllllllllllllll...

Selamat pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing. Make sure rumah tu dah check semua yang patut dicheck.  Tinggalkan umah dengan keadaan selamat.  Kereta pun wajib service sebulan sebelum raya patutnya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jangan happy-happy sangat.  Bila nak happy over tu, ingat kat orang susah, kat orang sakit. Sure kita insaf. Sian kan.

Ramadhan dah nak pegi.. tak pasti Ramadhan tahun depan dapat berjumpa lagi.  Itu yang sedih kan.

Hari Raya ni pada yang dah ada anak-anak, lebih untuk happykan anak-anak je.  Walaupun mereka tak puasa :P Untuk kita, kemenangan selepas sebulan berpuasa dan beribadat. Semoga ibadat kita diterima Allah swt. 

Tahun ni Syirah dah pandai nak mintak maaf, dia dah belajar kat tadika. Hari tu dia practice balik apa yang dia belajar. Tapi cikgu dia ajar Ibu & Ayah. So dia pun sebut Ibu Ayah. Berbunyik begini "Maafkan saya ibu, ampunkan saya ibu, doakan saya ibu". Masa dia cakap tu, nak menitik airmata ni ha. Belum betul2 raya ni. Huwaaa sedihnya Mama dengar Iyah cakap camtu. Dah la suara syahdu masa cakap.  Patut la Opah akan nangis setiap kali Mama salam Opah masa raya :'( Mama dah paham.

Plan raya ni nak ikut suami solat sunat Hari Raya dengan anak-anak. Teringin sangat. Tengok cane.  Kakak insyaAllah boleh behave. Adik tu tak sure.

Selamat Hari Ray Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

15 August, 2012

Di kala raya menjelang tiba..

Saya rindu arwah abah saya.

Arwah abah orang yang paling cool, tak pandai marah dan suka geletek orang.

Rindunya kat abah.

Semoga arwah abah dicucuri rahmat, berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan tenang di sana.

Dalam pada kita seronok nak sambut Raya ni, pasti terkenang pada yang dah tiada. Especially yang rapat dengan kita. Kawan-kawan yang baca ni, tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Abah dan semua umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.

Terima kasih.