Advert




29 July, 2008

9-months Milestones


Our precious dah masuk 9 bulan. Macam-macam kerenah dia yang kadang-kadang buat orang penat, kelakar dan geram. Banyak benda baru belajar dari Syirah ni.

Check it out:

# Dah tumbuh gigi! Baru sebatang kat bawah. Hehe. Mama orang pertama yang tahu masa tengah mandikan Syirah. I'm proud of myself :P

# Dah belajar duduk. Tapi senget.

# Suka membebel dan jerit kalau marah.

# Pandai melawan. Bila Mama cakap 'haip', dia pun balas balik 'uhhh' dengan badan sekali bergerak. Tanda sakit hati.

# Bila pegang remote Astro, terus hala kan ke TV. Remote kipas, tekan2 sambil pandang kipas, remote aircond pun gitu jugak. Lagak kemain lagi.

# Dah pandai bukak laci almari, kabinet..

# Tak friendly i.e tak nak dengan orang yang tak kenal.

# Kalo tanya "Siapa nama Maira Nur Insyiraah, angkat tangan". Nanti Syirah angkat tangan tinggi-tinggi...sebab Opah hari2 ajar angkat tangan bila tanya gitu.

# Bila Mama tanya Papa mana? Terus tengok gambar Papa kat dinding. Sob sob.

# Dah tahu bila sebut bird dia pandang langit, sebut cat - terus cari kucing kat dapur, sebut fish - tengok aquarium.

# Nak makan mulut bising "mamammamammam", nak susu "nen nen nen nen nen".

Semoga Syirah terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang bijak dan taat. Amin.


28 July, 2008

Baju raya

Dah tempah baju raya? Sorry la sekarang orang tak amik tempahan dah. Dah tutup. gile cepat orang-orang ni hantar baju. semangat betul nak beraya. Sib baik dah janji ngan akak tu. Kalo tak, naya.

Alkisah, jumaat lepas cuti sebab opah Syirah gi check-up. So, Mama ajak lah Papa gi beli kain baju raya. Dalam masa 1/2 jam dapat beli 6 pasang kain. Ha sangat express. Sebab? Syirah dah mengamuk. Sian Papa kena jaga Syirah, Mama pulak sibuk pilih kain. Takleh lama, jadi ni je kain-kain yang dapat dirembat. Sorang selai untuk Opah (eh Opah punya 2 helai ok), Nenek, Maklong, Maksu, Mama. Ucu punya belum lagi. Syirah punya cadang nak beli baju kurung siap je. Ade ke size dia eh? Cenonet nampak montot dipenuhi diaper je kot bila pakai baju kurung :D


Pastu kena la beli barang-barang untuk Syirah jugak. Papa kata, tengok Mama belikan barang Syirah macam orang kena histeria. Hahahhahampeh. Ala bukan beli apa pun.. beli cup, bowl utk travel ngan spout je. Gambar model bersama barang-barangnya:

22 July, 2008

Lagu Barney

One of Syirah's fav song. Picit kat perut Barney tu keluar lah suara Barney yang lemak-lemak garau tu:


I love u, You love me

we're a happy family

with a great big hug and a kiss from me to you

won't you say you love me too




Sekadar gambar hiasan

17 July, 2008

Apa cerita Dating?

Gile banyak keje kat ofis tak sempat nak jenguk apatah lagi update blog ni. Stress melanda. Dengan keje, dengan masalah2 lain. Fuh... sabar sabar. Semoga Allah berikan kekuatan.

Bagi tak menjadikan cerita dating ni lapuk, so kena la update cepat nanti dah basi.

Last week kan pegi dating kan, kami gi tengok wayang tau. Citer ape tau? Citer SEPI..(ayat berlagak). Akhirnyaa... impian ku dimakbulkan oleh suami terchenta. Dia siap beli tiket awal2 kami tengok kat Midvalley. Best lah citer tu. Memang minat citer camtu, macam dulu ada tengok citer Tentang Dia, AADC. Scenery cantik. Dalam banyak-banyak scene, yang berjaya membuatkan aku menangis ialah masa scene Sufi cakap dengan anak dia. Masa dia mintak maaf sebab sebabkan wife dia meninggal. Very the sedih. Nangis woo..sib baik asben kat sebelah tak perasan. Hehee..

Lepas abis tgk wayang, harus lah berkejaran balik. Bukan macam zaman dating dulu-dulu, lepas tengok wayang, boleh bersiar-siar lagi. Ni tak, lepas abis tu terus lari pi makan laju-laju kat McD pastu balik. Hellooo anak kat umah ok. Walopun ada mak tapi tak comfortable lah.. kita bersuka ria anak tinggal kat umah ngan mak. Ohh...

Tapi sempat beli wedges ni. Papa bagi masa 5 minit untuk pilih dan bayar. Boleh?


Puas hati dapat tengok wayang citer Sepi. Kira ni hadiah birthday gak la ni. Thanks Papa. Really appreciated it.

15 July, 2008

Anak manja Papa

Tengok lah dua beranak ni. Bukan main lagi tak pandang Mama dah ye. Bila Papa ada, manja dengan Papa. Suka la tu. Cian Papa tak dapat tido seharian kena layan minah ni taknak tido. Dia nak spend quality time dengan Papa.

Pagi tadi Papa dah balik. Sedih. Airmata ni tahan-tahan pun jatuh gak. Duh! Hate this situation. Dah la Syirah nangis nak ikut Mama pi ofis. Lagi la Mama bertambah sedih. Takpe, Mama kuat!

Anyway, life must goes on..

14 July, 2008

Belated birthday

Sabtu lepas, pegi jalan-jalan dengan Papa. Saja nak bawak Syirah (yang benor Mama yang over). Lebey kurang nak belanja Mama belated birthday la konon. Papa belanja makan steam bot. Tapi Syirah takleh makan sebab pedas so Mama lari kejap gi Secret Recipe kat sebelah nak beli kek untuk dia. Sebab dia sibuk nganga tengok Papa ngan Mama makan. Mama belikan cheesecake, esoknya Syirah berak-berak maybe sebab kek tu. hehe..belasah je Mama ni. Poor Syirah.

Lepas makan, jalan-jalan kejap TERbeli barang Mama. Pastu TERbeli gaun Syirah kat Brands Outlet. Tu la, kata jangan masuk buatpe masuk kan dah.... Dah penat, kami pun balik itupun sebab Papa dah perli "kalo balik kampung ni, mesti dah sampai". Heh.


The Belang-Belang Team (tak sangka dinding pun belang)

Aksi Papa tengah pilih menu dan 'masak' lauk.

Syirah sangat hepi dapat jalan-jalan.
SATU sahaja setiap seorang. Hehehe. Tima kasih Papa.Luv u.

13 July, 2008

Kasut Pink

Syirah bukan suka sangat pakai kasut. Kalo pakaikan mesti dia gigit. Lagipun dia tak pandai jalan lagi. Selalu kalau pegi jalan-jalan pun, Mama pakaikan stokin je.

Syirah dah ada 2 pasang kasut. Satu kaler biru, satu lagi kaler putih. Yang biru tu besar tak muat kena tunggu Syirah pandai jalan kot baru boleh pakai. Yang putih tu just nice untuk kaki cenonet dia. So baru-baru ni belikan Syirah kasut pink pulak. Baru nampak gegirl kan. Tapi besar jugak la... tak leh nak melaram. Kena pakai stokin baru muat kot. Eiii...asik salah beli je kasut. Dah 2 pasang beli, besar. Mama asik tenung je kasut tu sebab tak leh pakaikan kat Syirah. Failed betul Mama ni belikan kasut Syirah. Takyah la beli lagi. Tensen.


Ni lah rupa kasut pink tu. Beli cap Pigeon rm11. Yg sebelah tu botol susu. Sila ignore.