Advert




21 November, 2008

Ibu Mertuaku

Semalam husband terchenta balik. Tapi kali ni drive keta dia. Sebab nanti kan nak gi PD nek keta dia la..keta aku kecik je.. tak muat.

As usual, mak mentua kirim salam dan kirim macam-macam benda gak. Makanan kegemaran aku pun dia kirim. Isk isk..terharu sungguh menantu mu ini. Dia tau aku suka makan ketupat tiga segi ni. Siap ada rendang ayam yang kalo dimakan sehingga menjilat jari. Pastu ngan kuih cucur jawa. Tidak ketinggalan agar-agar sirap.


Buah-buahan camni pun setiap kali balik, sure bawak pisang la, betik..mangga. Kali ni ada buah labu pulak. Emm leh masak lemak cili api. Ooo serai pun ada. Ayam kampung pun ada gak mak mentua kirim tapi lupa nak snap gambo dah masuk dalam fridge.

Terima kasih mak. Nanti hujung tahun, ada cuti Farah balik kampung ye. Sure leh makan sedap hari-hari...hehehe.. Tima kasih kat Papa jugak bawak balik ni semua. I love u. Dua-dua mak pun pandai masak.

19 November, 2008

Tudung Ariani

Memandangkan tudung ni sedang meletop famous amos sekarang ni, aku nak share sket.

Tudung ni yang macam Ekin tunang Mawi tu pakai. Orang kata, Ekin duta kedai tudung ni. Tak tau le, aku dengar orang cakap. Tudung ni nama Ariani sebab nama kedai tu Ariani Gallery - terletak di Jalan Bunus berhadapan ngan kedai kain Jakel kat Jalan TAR, KL.

Aku ni jenis duit nak kuar untuk benda-benda mahal (mahal pe RM75 untuk satu tudung plain?) memang agak susah. Lain la kalo padan harga dengan barangnya itu adalah tidak kesah.

Tudung Ariani ni plain saje tanpa ada batu manik ke diamond ke ape ke. Tapi yang membuatkan ia mahal adalah material kain untuk tudung tu sangat cantik dan kalau pakai nampak 'jatuh' je. (bukan jatuh gedebuk tu, jatuh la, cantik terletak bila pakai..korang paham kan). Pastu part awning dia tu guna thai silk. Itu yang membuatkan harga dia pun agak 'jatuh' bila dengar. Hehehe..

Sebab dah tingin sangat nak ada tudung tu, pastu pulak tujuan murni..apa salahnya beli selai. Kot ada rezeki lebih kang beli lagi.. Dulu cam takmo beli sebab rasa mahal, siap kutuk2 lagi orang berebut beli. Sekali aku pun sekali terjebak, tu lah paku dulang paku serpih. Lain kali jangan mengata orang. Huhu.. insaf jap je. Bila dah pakai tudung ni kan, best la..sangat senang dipakai dan digosok. Masuk je dah siap..tadaa..takyah nak adjust susah2. Itu yang penting!

Korang nak, gi lah beli kat tempat yang dinyatakan di atas. Ni aku beli kaler pink. Tak nampak penuh la tudung tu. Elok ke mukaku pakai tudung ni? Kalo ada sapa2 yang sudi bagi komen jujur supaya aku sedar diri.. dialu-alukan. Tima kasih. (sorry gamba agak poyo, tetiba terasa nak amik gamba gini, gaya blogger konon..haha)

18 November, 2008

Rumah baru

Hari Sabtu lepas, gi SMC bawak Syirah untuk injection 1 tahun. Lama tak jumpa Dr. Hoe yang baik & very informative tu. Bila tanya nape berat Syirah susah nak naik padahal makan banyak, minum susu lagi. Pastu kena ceramah 'u jangan ingat budak gemuk itu sihat. yang kurus itu tak sihat. I tak suka budak gemuk tapi hari-hari datang jumpa i sebab sakit. yang penting sihat. tak kira gemuk or kurus. u faham?' wahh tengok Syirah, Mama kena marah. Ceh. Sape soh tanya gitu kan. Pastu Dr. Hoe kata boleh start bagi Syirah telur 1 hari 1 biji. Tak kira lah rebus ke, scramble egg ke. Siap bagi pepatah 'satu biji telur ayam menghasilkan seekor ayam. Seekor ayam terkandung banyak khasiat. Makan sebiji telur ayam ibarat mendapat semua khasiat dari seekor ayam'. Gitu lah kata dia. Aku pun angguk2 tanda faham.

Ok abis citer Syirah gi jumpa paed tu. Pastu petang kitaorang pi tengok umah baru. Ala bukan umah aku daaa..ni umah kakak aku. Maklong Syirah la. Dia nak pindah once umah tu siap dan dpt CF nanti. Kat Klang jugak tapi kat pekan Kapar.


Mak Long Syirah tengah kira size hall


Ni ketua kontraktor hehehe..
Punya banyak rumah cantik kat area lain, dia beli kat situ. Kawasan cam ujung dunia. Aku cam erkk? Tapi cakap dalam hati je, kang dia dengar terasa pulak. Sukati dia lah. Duit dia, umah dia. Tu yang sibuk sangat beli barang-barang umah. Siap semua dah tempah. Sofa, kabinet, meja makan bagai.. tinggal tunggu nak masuk je tu. Berkobar-kobar. Nanti dia dok sorang la. for info, kakak ku masih lagi single. Sape2 ada calon? Hehe.sila contact aku.

Syirah, kita tumpang amik gamba je. huhu..

Bila nak beli & dok umah sendiri ni? Kat mana? Sini ke sinun?

16 November, 2008

Happy Birthday Ucu

Ucu sampai dari Kuching hari Jumaat malam. Sempena dengan birthday Ucu (belated suppose on 12/11), Mak Long beli sate dan Ayah Ngah beli lasagna. Mama pulak beli kek. Mama dapat makan sate dengan aman sebab Syirah dah tido. Hehe.

Kek tak makan sebab dah kenyang so simpan esok paginya. Tak saba nak makan kek yang sedap tu. Time ni Syirah of course lah manusia paling busy menyibok.

Ok lah, to Ucu - Happy 19th birthday. Semoga panjang umo dan murah rezeki. Rajin2 belajar jangan sibuk sms je. Pastu sementara cuti sem ni, tolong-tolong jaga Syirah kat umah tu :P

Kek yang sedap gile tempah kat Anis

Ni budak busy body

Ni lah birthday girl..happy birthday!

Mama..Syirah pun nak! Ngap..

15 November, 2008

Cuti-Cuti Malaysia II

Kat entry sebelum ni, ada citer pasal nak dapat Chalet kat PD. Maklumla time cuti sekolah ni kan susah nak dapat chalet tu. Ramai orang yang buat reservation. Chalet tu dah la baru. Shantek pulak. Tapi nak try nasib, masuk je lah nama.
Petang Jumaat yang mulia semalam, aku bersemangat check reservation status. Yes! Akhirnya doaku termakbul. Dapat beb chalet! Tetiba rasa diri bertuah. Hikhik. Niat baik kan.. cewah. Walaupun dokek yo.. tapi nak la merasa dok kat chalet tu benornya.


We are pleased to inform you ( FARAH-----) that your resort reservation From : 28/11/2008 to 29/11/2008 was successful. Kindly confirm your booking and you are required to print the awarded letter from your pc.

Yabedabedu... hehe..Syukur.
Kaum keluargaku, sila block diary. Jangan mengada..orang dah dapat chalet ni.

13 November, 2008

Petang itu..

Di petang hari yang dingin, seorang gadis sedang bersiar-siar ditemani pembantunya.

Gadis tersebut kelihatan sangat gembira.

Dengan gaya jalan yang tak berapa nak stabil.. tapi sungguh teruja.

Sambil sesekali kepala mendongak ke langit melihat burung, mulut juga tak berhenti bercakap dengan bahasa yang tidak diketahui biji butirnya.



Oh indahnya petang itu...yihaa!

Nota: Pembantu yang dimaksudkan ialah Mak Long Syirah. Hehe ampunn..

12 November, 2008

From Australia..

Sorang kawan baik baru balik dari bercuti kat Australia. Kalo sana sure terbayang kanggaroo ngan panda. Tapi aku teringat lain, aku ingat makanan --- NOUGAT! Bukan nugget. Nougat tu la..ala yg kat gamba bawah ni. Made in Australia sure la murah kan.


Before dia nak gi, terlupa nak kirim tapi macam tau2 je kawan aku ni my fav tit bits tu, dia belikan. Siap semua orang panggil "farah...ni ha ada nougat.. u kan suka." hehe.. Thank you very much. mmuuah mmuuah.

Tingat masa peknen dulu takde orang gi Australia nak kirim belikan, so aku beli je kat Sogo. Teringin punya pasal..mahal la kan. Siap makan sorok-sorok takut orang mintak. Hahaha kudukut.

Yang pasti fav aku Original Crunchy.. Ada sesapa yang ngidam tak? Hehehe..