Advert




12 March, 2012

Irfan, 1 tahun 9 bulan

Tup tup dah nak dekat 2 tahun bulan Jun nanti. Cepat nye besau. Semalam baru pegi cucuk dia last. Itupun dah terlambat 2 bulan. Tak nangis tapi dia kata "atok wat..atok wat" (atuk buat) hahaha dia panggil doktor atok.

Tetiba nak jadik baby..

Setakat hari ni, perkembangan Irfan:
  • Banyak mulut. Kadang-kadang paham, kadang-kadang bahasa german. Tapi memang agak kuat bercakap. *double pening*
  • Dah pandai gaduh dengan kakak. Dulu kakak je yang buat dia. Sekarang dia pun sama naik.  Asyik la terpekik terlolong. Berlawan gaduh. Fuhhh sabo sabo. Kat umah mama selalu naik hantu.
Time tak gaduh..bukak vcd lagu kanak2. Joget tak hingat dunia
  • Pandai mengadu. Silap sikit cari mama "mama, tatak wat.." Pastu nanti kakak jerit "mana ada tatak buat". Tak tau mana satu yang betul tapi rasanya kadang-kadang tu betul kakak buat. Kadang-kadang tu Irfan yang lebih drama mengadu domba.
  •  
  • Logik tak kalau aku kata dia boleh baca ABC? Sebab hari-hari dengar lagu ABC. Aku percaya kalo kita bukak hari2 lagu ABC atau apa2 bacaan (quran), mesti anak kita boleh ikut dan terus ingat..terus boleh hafal.  Korang mesti biasa buat jugak kan?
Kakak buat homework, dia pun nak jugak.

  • Makan semua dia bedal. Tapi tetap kurus. Keturunan <-- kata Opah dia. Keturunan Papa ye kot, keturunan Mama..tak kot ^__^
  • Gigi dah penuh. Memang anak-anak ku gigi cepat penuh. Tu yang dari umo setahun dah makan macam-macam.

  • Kepala angin.. hahaha. geram Mama. Kalo nak something, mesti bagi. Tak boleh tidak. Kang ape yang dia pegang semua dia baling. Eiii..
  • Tido masih di bawah ketiak Mama. Kang ilang Mama, nangis la =)
  • Bau masih sedap dicium... sniff sniff..emmm wanginye (walaupun kadang bau masam)
  • Rotan (feather duster) tu dah banyak kali turun dari tempat gantung. Sebab kadang tak larat nak dengar gaduh. Acah-acah tunjuk, terkelip-kelip mata adik ketakutan. Kakak dah siap-siap lari. Ha tau takut...

Tu je lah yang Mama ingat setakat hari ni. Nanti kalo ada, Mama citer lagi. 


09 March, 2012

Motherhood Expo 2012 @ KLCC

Unplanned agenda. Sejak zaman pregnant Syirah atau Irfan tak penah jejak ke mana-mana motherhood expo. Ye lah, selalunya orang yang pregnant yang suka pergi sini.  Betul telahan aku, masa pegi kebanyakan mereka membawa perut dan kebanyakannya i assumed baru anak pertama (sebab berdua laki bini takde bawak anak kecik lain, agaknya lah). Maklumlah excited *__*.

Ahad 2 minggu lepas tu sebenarnya nak gi umah baru Maksu Syirah (adik Papa) kat Mindef.  Baru pindah. Lepas tu Papa ajak lunch kat KLCC.  

Irfan @ Bens KLCC.


Orang lain semua dah lapar, makanan semua orang dah sampai. Tapi Syirah tak bagi makan sebab dia kata makanan dia tak sampai lagi. Kena tunggu makanan dia sampai baru dia boleh baca doa makan.  Kesian orang lain.

Syirah tengah baca doa makan sekuat-kuatnya. Meja sebelah menyebelah nak tumpang Amin kan pun boleh... hehehe



Anak dara saya kan diet. Hanya order nachos. Dia nak keropok, nachos la jawapnye..mana ada keropok lekor ke keropok mony kat sini.



Lepas lunch, tak tau nak gi mana. Nak duduk tengok air pancut cuaca panas. Mama "papa..kat sana tu ada expo motherhood, nak gi boleh tak? tengok-tengok je" (sambil buat muka comel. Comel kew?).  Papa "boleh la jom". Hehehhe cucuk jangan tak cucuk..



Mommies out there mesti dah biasa pegi, benda ni every year banyak kali kan. Aku baru fes time ni pegi. Takde lah menarik pun. Tapi banyak lah benda yang boleh dibeli, one stop centre.  Brand-brand yang dikenali Pigeon, Pureen Avent, Graco, Momslittleones, MyBBstore, Susuibu.com, Dynas Nursing Attire, etc etc. Dari baju, wet tissues hinggalah ke stroller, kereta mainan. Avent pun murah jugak tapi beratur nak bayar tersangatlah panjang. Tak dapat nak rembat puting botol banyak-banyak. Budak2 ni guna puting botol sekejap je dah berlubang-lubang. Depa pegi gigit.. adoi la..




Ini je yang aku beli. Satu pek RM20. Ikutkan nak beli lebih, tapi sape nak bawak? Murah kan. Pampers macam petpet. Brand Malaysia ni.



Dengarnya, this weekend ada lagi motherhood expo tapi kat Midvalley. Not sure.

07 March, 2012

Kanak-kanak sangat jujur.

Kalau korang nak tanya pendapat yang ikhlas, jujur, tanpa prejudis - korang tanya lah kat anak-anak. Korang mungkin akan dapat jawapan yang menyakitkan hati tapi mereka ikhlas tak bermaksud apa-apa. Apalah yang mereka tahu pasal kecik hati, yang keluar dari mulut mereka adalah apa yang mereka nampak.  Itupun kalo korang boleh terima. Kalo tak leh terima kenyataan, nasib lah kan. Itu namanya tak sedar diri. Hahaha...

Biasalah aku punya research contoh tentulah datang dari anak-anak sendiri. Abis dah pagi petang siang malam menghadap kan. Kalo weekend lah, hari bekerja tak dapek. Sobs.

Kejadian 1
Syirah:  Papa, papa ni hitamlah.
Papa :  Ye ke? Mama?
Syirah:  Mama putih, sama macam adik.
Papa :  Iyah?
Syirah:  Iyah pun hitam sama macam Papa, kita kan geng.
*alahai..*

Kejadian 2
(jengket-jengket kaki kat dapur rumah seorang sedara)
Mama: nape Syirah jalan camtu kaki sakit ke?
Syirah: tak, iyah geli
Mama: kak tak baik lah, umah kita macam lah bersih sangat. jalan elok2!
*kalo la sedara aku tu dengar/nampak mesti kecik ati kan. tapi rumah sedara tu memang macam tak penah mop pun.. pang! tampar mulut sendiri*

Kejadian 3
(ni dah lama tahun lepas)
(kat shopping complex, ada 2 beradik india tengah lari-lari)
Syirah: Mama tengok anak keling tu lari-lari nanti jatuh kan Ma?
Mama: syyy..jangan cakap camtu, tak baik.
*nasib parents budak tu tak dengar. Syirah bukan paham pun nape tak boleh cakap keling. bukan tau maksud sensitiviti. kena tukar words. mesti ada orang cakap keling. hmmm. *

Kejadian 4
(tengah baring atas katil nak tido)
Syirah: Mama, perut Mama ni kenape?
Mama: Nape ngan perut Mama?
Syirah: Besar ni ada apa?
Mama: Ada baby kot?
Syirah: mana ada..
Mama: Mama gemok kan kak?
Syirah: Ha'ah
*kan betul. pasrah*


Jujur. Ikhlas. Pegi lah tanya anak-anak/kanak-kanak kalo korang nak mintak pendapat. Tapi laki aku pun jujur cakap aku gemok. dah banyak kali. Muahahhaha...


06 March, 2012

Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Weekend bulan lepas punye hal..hahaha.. ikut mana sempat je lah masuk blog. Kalo rasa dah berkurun gamba tu, takyah update langsung. Simpan je wat kenangan abadi sendiri.

Kisahnya, nak gi umah maklong aku kat Kelana Jaya. Aku lah yg sajes kat mak 'jom gi umah maklong cuti2 ni mentara tak wat ape kat umah'.  Selalunya bila Papa outstation lah kami keboringan 3 beranak, baru lah nak mengajak Opah gi jenjalan kan. Kalo korang nak tau, tanak tau pun takpe saje nak peramah bagitau jugak.  Aku ni suka gi umah orang. Aku rasa dari terbawak dari kecik la suka gi umah jiran. Hahha.. sampai besar suka gi umah sedara mara, kengkawan, lagi2 time raya. Satu hari suntuk gi beraya umah orang pun takpe. Tabiat aku ni nampaknya bakal diwarisi Syirah. Dia pun sama. Kalo gi beraya siap tanya "mama, esok kita gi raya mana lagi?" Tanya dia "Syirah suka ke gi beraya umah orang?" " Sukaa!". Ok lah kan daripada suka gi menebeng kat shopping complex, gi melawat sedara mara lagi bagus.  Gitu kisahnya dah ke laut.

Sambung balik. Disebabkan masing-masing pun malas nak masak, singgah la lunch dulu sebelum tu.  Memula nak gi makan ikan bakar Bellamy tapi takut tutup. Sape tau situ bukak ke hari sabtu-ahad? Sila tolong bagitau kalau korang tau ye. So google lah cari ikan bakar yg dekat-dekat.  Jumpa lah Ikan Bakar Fendi ni, lokasi pulak dekat je dengan umah maklong kat Kelana Jaya jugak.  Masa kami sampai pun baru je nak beroperasi, ngam-ngam time lunch tapi orang dah beratur.  Wah sedap sangatkah?



Sirap bandung aiskrim ngan air biru selasih. Tak tau betul ke tak tajuknya camtu, belasah je sebab lupa lah nama air-air ni. Semua sedap, alhamdulillah.



Sotong bakar, kuah cicah, ulam-ulaman. Ala..kuah cicah tu bit dissappointed la. Tak shedap.



Ikan pari, ada jugak ikan kembung, ikan sebelah... tapi tak amik gamba.  By the way, dia ada jugak set kalau korang tak nak satu-satu camni. Set ikan bakar RM6.50. Air tak termasuk.



Anak dara ni tetiba nak pakai tudung masa keluar.  Tapi ikut mood dia jugak.  Sedang belajar lagi . Tapi kalau pakai baju takde lengan (yang mama dah terbeli) dia akan pakai cardigan. Dia yang cari sendiri,pakai sendiri.  Agaknya sebab dah pegi sekolah pakai tudung kot. So pasni takleh la beli gaun lagi kot. Kena tukar wardrobe lah nampak gayanya. Cane ha? Gaun cecantik. Ada ke gaun tutup aurat? Sebab dak pompuan pakai gaun comel kan. 

Beria Syirah makan ulam. Eh ada jugak dessert yg warna kuning tu, spt biasa lupa nama dia. Tapi macam puding pastu ada laici. Quite sedap.


Mama with boipren tercinta..


Overall, Fendi Ikan Bakar biasa-biasa saja.  Rate affordable. Bellamy / belakang Istana tetap yang terbaek! Walaupun peluh2 makan dalam kedai atap zink kan.  Satu hari nak bawak jugak mak gi makan kat situ. 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  Sebab kakak/mak syirah yang belanja. Yahuuu Alhamdulillah rejeki...



Kalau nak pegi, alamatnya:

Jalan SS 6/20A
Dataran Glomac, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya.


Sila guna gps/papago..whatever.



05 March, 2012

Somewhere Over the Rainbow

Pada hari yang sama, dapat makan puding dan kek rainbow. Cantik sangat nak makan pun sayang. Terus rasa nak nyanyi lagu Somewhere Over the Rainbow.

Ingatlah, kita boleh mencapai apa yang diidamkan selagi kita berusaha untuk mendapatkannya, kerana pelangi selepas hujan panas sangat cantik untuk dinikmati. Madah hari ni. Hahaha..


Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

   

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?

02 March, 2012

Sabah Trip: 6- Pasar Malam Sinsuran

So, tetiba start ayat dengan so.. hahaha.. Kira sambungan dari sebelum ni lah.

Ada 1 malam masa kat SH, kami keluar dinner.  Tak tau pun nak dinner kat mana tapi redah je lah. Sebenarnye nak pegi Pasar Filipina pastu saja nak bawak budak-budak naik shuttle bus.  SH punya shuttle bus RM3 pergi balik untuk sorang. Ada beberapa stop untuk korang turun dan naik semula untuk balik hotel pun stop yang sama.

Maghrib kat sana awal dan malam pun awal. So bersiap lepas maghrib baru pegi.  Lihatlah si kurus dan si gemok berposing di lobi hotel.



Maaf lah kat Pasar Filipina tak amik gamba langsung.  Sebab Papa sibuk shopping pearl, bukan aku yang shopping ok. Suami yang shopping pearl. Mampu? hahahaa....Aku tak minat lah pearl ni. Ada beli pun sikit-sikit untuk bawak balik sebagai souvenir bagi kat kengkawan.  Dah dia sibuk shopping pearl, anak-anak pulak nak tido. Tu yang aku malas jalan malam tapi kalau tak ikut, rugi pulak.  Anak-anak aku ni jenis tido awal.  Stroller ada 1 je pulak. Sudahnye, kakak tido dalam stroller, Mama kena dukung adik tido.

Dah lepas shopping kat Pasar Filipina tu, perut dah lapar. Tak tau nak makan mana. Tengok kat depan Pasar Filipina tu ada pasar malam.  Nama dia Pasar Malam Sinsuran.  Konsep jual makanan dan ada kerusi meja untuk makan sekali. No choice, makan je lah kat situ. Nak makan seafood.

Kat KK, chicken wing adalah sangat famous.



Udang galah besar gile. 



Kalau pergi tempat orang, kena lah try makanan yang takde kat tempat sendiri kan? Ni rumpai laut. Rumpai laut dia rebus je. Rasa macam sayur rebus. Cuma bila kunyah tu, dia meletup-letup dalam mulut. Hehehe..


Aku takde mood time ni. Penat dan ngantuk. Dan merajuk dengan Papa..  huhuhuhuw...





Jangan lupa singgah Pasar Malam Sinsuran kalau sampai KK.  Boleh experience makanan yang belum pernah kita rasa.

Rasanya takat ni je lah citer Sabah. Nak muntah pulak rasanya. Kalau aku pun rasa nak muntah, korang ape ntah lagi. Hahahhaa....Walaupun ada lagi gamba2 yang boleh diblogkan. Adoi tengok lah mood camne nanti. Terima kasih ye kawan-kawan yang sudi baca. Really appreciate it =)


01 March, 2012

Barely Supermommy

Am currently hooked reading Dr. Halina's blog.

Mesti korang kenal, wife of Malaysian 1st astronaut. Tak minat pun Sheikh Muzaffar tu. Tak baik berprasangka kat orang kan. Ingatkan mereka ni moden ataupun berlagak. Tapi lepas baca blog Dr. Halina, mereka sederhana je. 
 
Hantar anak pun nursery biasa je.

Kalau nak tau, korang baca lah sendiri.  Sangat teruja baca kisah dia bersalin dalam air. 

Here's the link of Dr. Halina's blog -->  http://barelysupermommy.com.  Happy reading!