Advert




30 October, 2008

Raikan Syirah

Wah tajuk agak poyo di situ.

Masa cuti Deepavali hari tu, pun Papa still cuti. Dah lama tak bawak Syirah jalan-jalan (lama ke?). Huhu. Saja lah, birthday dia kan..kita nak explore sesuatu yang baru untuk Syirah.

Papa ngan Syirah in purple

After Zohor, siap2 kuar lah kami bertiga beranak. Lum lunch lagi, cari tempat makan dulu. Syirah dah siap2 makan kat umah sebelum keluar. So dia relaks je. Kami berdua makan tak bercakap..lapa beb. Kat umah tak masak. Dasar pemalas nye Mama Syirah. Time kami makan, Syirah main2 sendiri sambil Papa suapkan mashed potato kat dia. Pastu dia membebel la sorang-sorang tengok orang. Like mama, like daughter.


Tunggu makanan..muka dua-dua cam tensen

Kejap je makan, pastu nak bawak Syirah explore ape? Hehehe...let the piccas do the talking.

Mula-mula ok

Start nak nangis

Syirah takut, Mama gelakkan..

Dia ketakutan bila duduk kan kat situ. Tengok ramai budak-budak yang huru-hara tengah main, lagi dia pening. Tak biasa kot. Ni pun saja nak bagi dia happy konon birthday dia.. tapi dia sudah takut.. hahaha. So Papa, next time takyah la nak ajar dia main kat sini lagi. Membazir pun ye.

Lepas main games, Syirah tido dalam stroller. Nak kejutkan kesian pulak sebab baru tido. Kami pun round dulu tunggu dia bangun. Bila dia dah bangun, kami pun balik dengan rasa happy. Gambar sebagai penutup..tada....Hari purple sedunia..

28 October, 2008

Thank you!

Mama tak buat birthday party bertema untuk Syirah..just makan-makan adik-beradik je...sebab Syirah tak faham lagi bila suruh blow candle pun buat derk je. Tunggu next year ye nak, kita buat. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Tapi alhamdulillah ada jugak kawan2 Mama bagi adiah birthday untuk Syirah. Di kesempatan ni, Mama nak cakap terima kasih banyak-banyak bagi pihak Syirah. Takde lain yang Mama mohon, semoga Syirah sentiasa sihat membesar jadi anak yang baik. Itu je.

From Papa n Mama with love
Birthday kek sponsored by Auntie Anis
From Mak Long..soo purple


From Auntie Oja n Auntie Kerun
Bath toy from Auntie Ryna

27 October, 2008

Raya ada lagi

Hujung-hujung Syawal ni makin ramai plak orang buat open house. Rezeki la dapat makan dan makan dan makan. Dulu, susah sangat nak tengok orang pakai baju melayu ngan baju kurung bila dah hujung-hujung raya. Tapi haritu, still nampak lagi budak-budak jalan ramai-ramai pakai baju raya nak gi beraya umah orang. Dah ujung camni beb..waaa semangat tul.

Sabtu lepas gi makan lagi, sambil berjumpa kengkawan baik yg 2 orang tu. Ikutkan banyak agenda lain, ada lagi open house kat USJ. Tapi sebab bos (husband) kata pegi umah ni je..terpaksa la akur. Kata isteri mithali kan, harus la menurut perintah. Hehehe..

Lepas makan sambil borak-borak, balik la. Syirah dah ngantuk, takleh lama-lama.Tapi sempat posing..itu adalah wajibul ghunnah :P

Kalo dah berjumpa, tak berenti berborak la..

Posing jap..
Tengah usya kek Anis..
Posing selagi boleh... Ok la jom balik, Syirah dah marah tu

26 October, 2008

Happy Birthday Sayang!


Happy 1st Birthday Maira Nur Insyiraah.

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah, taat pada Allah, dengar cakap Papa & Mama.

We love u so much!

22 October, 2008

Honk! Honk!

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecik warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecik ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawak jumpa nenek.




Mood nak main keta kecik dia dah sampai. Sampai ternganga-nganga hepi. Ape la pesen amik gamba gitu. Keta tu hadiah daripada Pak Ngah (adik Papa). Pak Ngah bagi time datang tengok Syirah demam ari tu. Demam pun dapat hadiah ek. Thank you Pak Ngah!

21 October, 2008

Rindu kat dia

Patut lah sejak seminggu dua sebelum ni asyik teringat kat dia. Siap mimpi-mimpi dapat jumpa. Baru bercadang nak call dia. Tup tup hari Ahad tengahari, dapat call n sms cakap dia on the way nak datang umah.

Siapakah dia? Dia ialah kakak yang dikenali masa dok kat hostel Cempaka 2, UiTM Shah Alam, iaitu Kak Fairuz Noordin. Kakak angkat lah kiranya. Banyak kenangan manis, lawak masa mula-mula kenal dengan Kak Fairuz. Dia ni muka ala-ala garang..semua junior takut kat dia. Tapi ramai yang cuba nak jadi adik angkat dia la siap rebut-rebut. Termasuk la aku, tapi aku cam cool sket la..konon. Nape ntah suka tengok dia. Cam ada aura gitu. Tapi diam-diam aku tetap berusaha nak rapat ngan dia. Siap anta kad lah, surat la... call radio lah (dia dulu DJ Radio UiTM). Lama-lama kak Fairuz dah boring agaknya ngan kerenah aku, dia pun surrender kot. Mula-mula dengan ajak teman dia duty kat studio, bawak balik kampung dia kat Kedah nun. Sampai la sekarang dah mesra sesangat. Dah kenal dia, rupa-rupanya dia tak garang pun. Sangat lah baik dan caring orangnya.

Kak Fairuz sekarang DJ kat Radio IKIM, married dan dah ada 2 anak teruna yang handsome. Husband dia pun aku kenal since zaman UiTM dulu sebab husband dia komander Kesatria. Dulu dorang dating pun ajak aku..ekekke...menyibuk je kan.

Kak Fairuz, tima kasih datang umah. Dah berkali-kali asyik tak dapat jumpa je. Akhirnya dimakbulkan doa. Miss u so much... thanks for everything. Farah tak sangka kenangan dulu-dulu tu menjadikan kita rapat.. hehehe...take care Kak, Abang Wan, Izwan & Azhan.
Anak 2 orang tetap kurus jelita. Anak sorang? mak aih..

Kak Fairuz lentok lebih-lebih plak..ekeke

Ahmad Izwan & Ahmad Azhan yang friendly

20 October, 2008

Friendship Cards

Received these friendship cards from 2 good friends of mine. Sangat sweet & cute. So, nak share dengan semua kawan-kawan: