Advert




12 April, 2007

Oh..indahnya pengalaman ni

Hai all, hormon ku tak stabil. Maklumla sejak berbadan dua ni. hihi.

The first trimester (3 months) - takde selera makan tapi lapar. Bila time makan berkobar2 beli macam-macam tapi bila masuk mulut je terus rasa tak sedap gileee. Yang mampu hanya minom air je. Hopefully this will be end soon. Tak larat nak rasa loya ni. Tak best langsung. Tapi suka sangat minum susu tepung Anmum. Every night without fail. Sib baik la. Dapat gak bagi zat untuk baby.

Sedikit info yang ingin dikongsi, dipetik dari majalah Pa&Ma:

Minggu 1.Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari untuk membebaskan telur.

Minggu 5.Bayi kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat. Tubuhnya berwarna kekelabuan dan lut cahaya. Di peringkat seawal ini, bahagian tubuh sudah mula membentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar – kulit, sistem saraf, tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing.

Minggu 9.Bayi anda sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata, telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Dia sudah melakukan pergerakan. Bagaimana pun, anda masih belum dapat merasainya.

Menarik! Pada minggu ke 10, bayi anda boleh mengesan emosi anda. Dia mendapat mesej emosi anda melalui hormon yang melintasi plasenta. Hehehe..

Minggu 11.Pada peringkat ini dia dikenali sebagai fetus. Saiznya sebesar tiub gincu. Biar upn dia semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut. Sewaktu ujian imbasan, anda dapat lihat dengan jelas garisan tulang-tulangnya.

Ni lah baby saya lepas buat scan haritu. Kecik lagi besar kacang je. Umur baru 11 weeks:

Oh indahnya!