Nuffnang ku Nuffnang mu jua

15 May, 2013

Selamat Hari Ibu.

Syirah kata - "Mama, Aina (jiran sebelah umah) je yang boleh sambut Hari Ibu. Sebab dia panggil mama dia Ibu"

Hehehe.. 'Lurus' je budak2 ni kan.

Mama kata - "Hari Ibu untuk semua ibu, mama, mak, mummy boleh sambut".

Balik sekolah, tak sabar-sabar nak tunjuk kat Mama. "Iyah ada sesuatu untuk Mama"



Allah je yang tahu Mama sayang Syirah lagi banyak tau.

08 May, 2013

WW: Moment.




PRU13

Pilihanraya Umum kali ke 13 dah pun selesai. Perdana Menteri dan ketua-ketua menteri  dah angkat sumpah.  Sape yang dah menang tu, jalankan lah tanggungjawab seperti yang dijanjikan. Tolonglah amanah. Yang kalah tu duduk diam-diam buat post mortem.  Jangan jadi anjing menyalak bukit. Cewah cakap macam bagus je kan. Sebabnya pening dengan macam-macam cerita lepas PRU ni.  Puas hati, tak puas hati. Kalau rasa tak betul, pergi buat report polis tak perlu nak sebarkan macam-macam bukti yang belum tentu betul.

Alhamdulillah tahun ni bertambah matang, rasa meluap-luap nak pergi mengundi.  Lagipun peranan media sosial menambahkan lagi kemeriahan PRU kali ni.  Kalau yang elok takpe jugak. Ni sebok share video-video, gamba-gamba yang tak pasti kesahihannya.  Macam kita tau pulak kisah sebenarnya, main share aje.  Kalo salah, tak ke fitnah tu? 

Ni kalau cakap bab ni boleh emosi.  5 tahun sebelum ni ye lah belum matang, belum paham.  Sekarang takde la nak menceburkan diri dlm arena politik pun tapi at least kena lah paham cuma takde lah sefaham orang yg berada dalam bidang politik tu sendiri.  So ambil pendekatan tak payah tunjuk hebat sangat. 

Jadi lah macam Ustaz Haron Din dan TGNA sendiri, terima qada' dan qadar.  Allah kan ada. 


Saya keluar mengundi lepas zohor, takde lah seawal pagi. Sebab tau pagi tu mesti orang tengah bersemangat so akan ramai gile.  Lagipun takes turn nak tolong jaga anak-anakku. Solat zohor dulu , nak mintak petunjuk lagi :)  Pegi lepas zohor tu, takde beratur takde apa. 5 minit sahaja.  Alhamdulillah dipermudahkan. 


#inijariku jadi trending. 

Alhamdulillah takde 'Arab Spring' dan kejadian-kejadian buruk yang jadik.  Yang kecik-kecik ada lah kan..itupun sama-sama cipta provokasi.

Undi adalah rahsia.  Sebagai orang Islam saya pilih mereka yang Islam dan sebagai orang Melayu saya pilih orang Melayu.  Saya tidak memilih parti dan tidak memilih orang bukan Islam. 

Semoga siapa yang dipertanggungjawab itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.  Kita tak payah lah berbalah, kita berdoa je.

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


02 May, 2013

KL Bird Park.

Ini kisah lama haha.. baru nak update. Sebab gamba2 dalam camera godang. Nak bukak lappy yg save gamba ni makan tahun. Jadi mari lah kita share sementara ingat.

Sampai-sampai je Papa ajak lunch dulu.  Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Hehe..makan siap-siap kat Hornbill Cafe kat luar tu supaya bertenaga untuk explore kat dalam nanti, ecewah!

Mama ko sibuk nak snap gamba makanan..anak-anak dah tunggu nak makan heh



Syirah nak pakai tudung.. bagi lah kan takkan tak bagi. Practice.  Jalan sama-sama dengan burung merak yang eksen.



Burung merak ni asik ikut kami je sampai jauh dia ikut. 



Suka tengok gelagat binatang ni, kelakar tau. Yang ni pun bila orang nak amik gamba dia mula buat aksi mengepak. Kalo tak elok je duduk diam, tau plak orang nak amik gamba dia hahahaha..


Sesi pembelajaran..



Syirah dah mintak bukak tudung pulak, mama tak bagi tapi dah berpeluh-peluh kan. Kena lah pesan kalau nak pakai, pakai betul-betul. Ni kejap bukak.  Sempat la berenti ikat rambut anak jap. 



Ha dah kepenatan mama korang. Adik syok la dok dalam stroller. Tapi respect kat kakak. Nampak je kurus tapi aktif kemain tak penat langsung. Bukan jalan, siap berlari je keje. Alhamdulillah sebab walaupun cuaca panas tapi dalam tu penuh pokok so lalu bawah pokok redup je. Lama kot kami kat dalam tu memang betul-betul explore lah.. semua tempat kami pegi.







Anak-anak happy.. Mama pun happy untuk kecayangan-kecayangan.



Get ready nak tengok bird show pulak.



Pandainyeee dia..susun blok ikut kaler..



Pastu trainer tu panggil volunteer untuk tolong buat sama-sama satu game.  Mama suruh Syirah pegi. Dia angkat tangan, dia turun. Wah berani jugak anak dara ku. Ini lah masanya nak test confident level dia. 



Tapi hampa. Kesian. Kecik sangat, meja tu tak sampai tahap kepala dia so tak boleh tolong jadi volunteer. Its ok. Next time ye kakak!



Dari kul 12.30 sampai kul 3.30 kami kat dalam tu...keluar dari situ Papa ajak anak-anak dia makan ice cream pulak dekat Hornbill Cafe jugak.

Dia tak tau anak-anak dah ngantuk... sampai gini sekali. Makan ice cream sambil tido. Boleh?? Hahha irfan...irfan...



Gamba wajib kalo pegi KL Bird Park. Hehehe.. ada 8 ekor burung semuanya. Burung betul tau... nasib baik tak kena berak...hahhaha.  We enjoyed ourselves...especially anak-anak lah kan.  Yeay!




24 April, 2013

Happy Secretary's Day.

Dulu-dulu office tempat keje every year mesti akan bawak gi Secretaries Lunch, pilih la nak artis or hotel mana. Sekarang nan hadoo. Hotel-hotel pun dah tak buat nampaknya maybe ekonomi pun dah merudum. Sob sob. Kalo dapat bos yang ingat sendiri ,untung la. Alhamdulillah bosses i ok cuma kena ada orang remind kan. Dorang ok je.  Tapi malas lah nak ingatkan pulak macam terhegeh-hegeh. Nak bagi, bagi lah. Kalau takde, diam-diam sudeh...

Whatever it is, selalunya kalau orang lain cuti office ok je berjalan lancar. Tapi kalau secretary cuti, huru-hara jugak. Bukan nak riak, tapi itu lah selalunya. Walaupun macai, kami jugak yang orang cari.  True?

To all secretaries, Happy Secretary's Day.



18 April, 2013

Outing bertiga.

"Kak, jaga adik tu kak"

"Ok mama, adik jom".


Bahagianya kalau hari-hari camni. Tak keje, bawak anak jalan-jalan. Hehehehe...

Ni masa school holiday hari tu. Mama memang amik cuti. Hari Isnin 1st day coti sekolah tu. Papa work lah. Tu yang kami bertiga je. Masak nasik ngan lauk awal2 bagi makan breakfast nasik hehehee.  Lepas makan, bawak dorang ke Jusco. Dah lama janji nak main kat playland ni.  Sementelah pikir pegi lah awal-awal takut ramai orang.  Alhamdulillah memang belum ramai.  So dapat lah mereka main macam playland tu mereka yang punyaaaaa.... siap baring-baring...hameek.



Masa ni kakak tinggalkan adik kat belakang. Irfan beza ngan akak. Kakak pempuan tapi berani, adik lelaki tapi soft aje. Syukur lah kan lelaki tapi tak lasak sangat. Hahahhaa.... nak lintas jambatan ni pun takut.  Kakak dah dapat kawan baru kat playland tu terus tak ingat adik. Sampai hati kakak ye.


Dok dalam playland dekat 2 jam. Itupun Irfan nangis tak nak keluar. Pujuk-pujuk baru ok. Singgah beli Chatime jap pastu beli stationery. Tak abis-abis, padahal kat umah melambak. Beli lah buku tulis sorang satu, kaler 1 share.

Ni keje dorang dalam keta bila mama tengah driving. Pastu mama pun berangan lah, kalo jadik housewife boleh lah wat aktiviti camni selalu ngan anak-anak.  Indahnyaaaaa....



17 April, 2013

Bila sudah berkahwin dan beranak..

Kawan-kawan para ibu/bapa dan yang lain-lain. Bagi peluang nak celoteh sikit boleh tak.

Ada orang, sebelum berkahwin mereka memang jenis tak duduk rumah, tak pandai buat kerja rumah, tak suka budak-budak atau lain-lain.

Tapi bila dah berkahwin, insyaAllah semua tu akan berubah. Dari yang tak pandai masak, terus expert provided willing to learn demi nak bagi suami dan anak-anak makan. Kalau dapat suami dan anak-anak yang jenis tak cerewet alhamdulillah masak yang simple-simple pun ok.  Kalau dulu tak suka budak-budak, nampak budak-budak nak jegil bijik mata..bila dah ada anak sendiri, dah ada sifat keibuan/kebapaan melebihi segala kasih sayang yg ada dalam dunia ni.  Dari yang suka melepak tak tentu hala dan tak tentu masa dengan aktiviti luar, bila dah berkahwin terus tumpu kat rumahtangga.  Spend masa dengan isteri / suami dan anak-anak, solat berjemaah sama-sama, tolong isteri buat kerja rumah sama-sama.  Kan best tu. 

Itu semua akan terjadi kalau masing-masing ada rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri.  Di dunia, ia tanggungjawab terhadap keluarga lah. Di akhirat kena menjawab jugak dengan Allah. Bila Allah tanya, apa yang dah kita buat untuk keluarga, anak-anak? 

Ada orang suka lepaskan atau sambil lewa dengan tanggungjawab.  Mentang-mentang si isteri lebih cekap uruskan rumahtangga, si suami buat endah tak endah. Mungkin dalam hati dia kata 'takpe lah biar dia je buat dia tau semua' sambil dia goyang kaki tengok tv.  Bukan apa, kalau nak tunggu si suami, alamat kebulur, tonggang terbalik la umah.  Dah tau macam tu, tolong lah apa-apa yang patut. Awak tu dah berkahwin, beranak..tak boleh nak goyang kaki sangat.  Lagi pulak kalau dapat isteri yang bekerja, tak kesian ke kat bini.  Balik keje nak bukak tudung pun tak sempat, macam-macam kerja menanti tapi suami boleh baring tengok tv.

Ada pulak si isteri yang macam permaisuri. Semua suami yang sediakan.  Basuh baju, uruskan anak-anak, masak pun tak. Suami yang beli makanan kat kedai. Siap arah-arah suami lagi.  Kesian suami.

Lagi sekali nak tekankan, ini semua takkan terjadi kalau ada sikap TANGGUNGJAWAB dalam diri kita. Bila tak buat rasa tak sedap hati kan. Rasa tak complete. Itu sebab kita ada rasa tanggungjawab, betul tak. Kalau takde rasa ni, sah lah anda tidak bertanggunjawab.

Tanggungjawab ni bukan takat sedia duit, makan pakai je. Bukan takat bawak anak makan tempat canggih-canggih, pakai baju branded, makan angin overseas aje.  Itu bonus lah.

Banyaklah kalau nak citer. Pendidikan untuk anak-anak tu kadang kita pun sibuk dengan keje nak buat homework sama-sama tak sempat. Takkan semua nak tunggu cikgu. Bila pikir anak pegi balik sekolah pun dah stress sebab risaukan keselamatan dia. Sedih betul tu yang kadang rasa nak benti keje. Argghh...

Tanggungjawab sosial.  Cemana kita dedahkan anak kita dengan hidup bermasyarakat. Tengok tv chanel apa, bawak pergi keluar tempat yang macamana, akhlak, kawan-kawan dia, banyak lagi. Sekarang masing-masing ada ipad bagi kat anak-anak. Ok la tu dapat belajar tapi kena tengok gak games apa yang kita download.  Kadang rasa nyesal plak bagi ipad sebab time nak tido pun nak bawak ipad. Melampau betul. Tak bagi nangis. Adoi. 

Yang paling penting, tanggungjawab rohani. Cukup ke pendidikan akhirat yang kita bagi kat anak-anak. Sebab kita sendiri pun terumbang-ambing lagi.  Bila sambil lewa, jadik lah macam-macam hal yang kita sendiri tak nak terjadi kat anak-anak kita. Tapi kita sendiri tak buat apa. Kita sendiri tak betul. Hanya mengharap tak terjadi dan berdoa (kadang-kadang). 

Banyak sebenarnya nak taip lagi tapi tetiba kebuntuan. 

TANGGUNGJAWAB kita bila dah berkawen dan beranak-pinak ni kena lah tukar dari zaman single dulu. Jangan ingat sedap nak kawen, ada anak-anak je.  Tanggungjawab ada lah kata kunci nye!  Sama-sama lah kita ye... demi akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah bantulah hambaMu ini...