Advert




26 April, 2012

10th Anniversary.

Happy Anniversary yang ke 10 untuk saya dan tempat saya bekerja. Bravo!  Tak sangka kekal lama kat sini. Cewah macam la sebelum ni penah job hopping. Di sini lah tempat pertama aku bekerja (yang betul2 bekerja) selepas grad.  Dan mungkin terakhir.

Gamba tidak mengikut turutan tahun. Belasah je lah eh. Gamba pertama ni dengan the very big boss kat satu event.

Tengok, tengah minum pun ada orang amik gamba. Ko ade? Haha. Maklom la masa ni anak dara lagi. Ramai yang memerhati *uwekk muntah kalerful*

Kurus lagi masa ni,  Hahahaa..start keje 22 April 2002. Debar gile. Tempat keje besar kan, tentu lah berdebar.



Dengan kengkawan department kat majlis lain.



Paparazi amik gamba lagi. Pastu leh lak mintak "eh nanti ko email gamba tu kat aku tau". Kahkahkah.. Mula2 masuk keje kat department ni, dah masih berada dalam department yang sama. Emm..


Tetiba plak gamba tengah buncit. Masa ni tengah pregnantkan Syirah. Sama dengan Kak Qish, kawan baik dalam department.



Sebab apa susah nak keluar dari department ni? Sebab kengkawan. Kengkawan satu department yang sekepala..yang jarang nak berdengki. Susah kalau pegi keje tapi tak seronok dengan orang sekeliling kan. Walaupun tak puas hati dengan bos ke, supervisors ke tapi yang penting kita ada kawan-kawan yang baik.




Alhamdulillah dah 10 tahun. Ada tempat keje yang stabil, gaji tetap, kemudahan perubatan. Cukuplah. Syukur.



25 April, 2012

19 April, 2012

Pakwe

Baru-baru ni Mama tengah berborak dengan Opah.

Mama : Mak, esok nak gi Shah Alam jumpe kengkawan lama.

Opah  : Sape?

Mama : Lin, Linda..ada lah lagi beberapa orang.

Opah  : Oo Linda..lama tak dengar citer dia. Kat mana dia sekarang? Dah kawen?

Mama : Linda ada kat KL jugak..tapi belum kawen. Dulu zaman belajar, antara kengkawan dia sorang yang ada pakwe. Kitaorang takde pakwe. Tapi tak jadik dengan pakwe tu, sampai sekarang tak kawen lagi.

Rupa-rupanya..ada orang lain tengah dengar perbualan kami dan menyampuk.

Syirah : Alaaaa, semua orang dah ada pakwe! (sambil tangan hempas atas tilam)

Opah & Mama ketawa terbahak-bahak.

Opah : Abis tu ape masalahnya? Kakak nak pakwe jugak?

Syirah : (diam)

Tau ke tidak dia maksud pakwe tu? Sibuk je kan. Eii bahaya betul budak ni dengar orang tua berborak.


17 April, 2012

Lunch @ IOI Palm Garden Hotel

Sebenarnya kami ni menyibuk je. Papa ada meeting kat coffe house IOI Palm Garden tapi sebab hari Sabtu, kami buat lah muka kesian kalau ditinggalkan.

Not bad eh buffet lunch kat sini. Makanan varieties, local, western semua ada. Yang penting, sedap! *thumbs up*. Buffet lunch berharga RM55+.





Sebahagian ahli jemaah yang menyibuk. Lagi sorang tukang amik gamba.



Duduk dalam kereta pun camni? Dengan muka-muka beria bercerita.  Mama yg amik gamba ni dari belakang. Julurkan tangan dari belakang, amik la gamba. Sebab dengki. Hahahhaa..

Tu je lah nak citer. Bye Bye.


13 April, 2012

April is Oral Health Month!

Pelancaran bulan kesihatan mulut di One Utama baru-baru ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rosnah Shirlin bt. Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Program ini adalah usahama antara Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dengan sokongan Bahagian Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Yang pasti, tujuan aku ke sini bukan lah semata-mata nak menyertai perasmian ni. Hehe..dah mintak izin Papa sebelum tu "nak bawak anak-anak pegi event Colgate".  Bila Papa kata "ok boleh pegilah..".

 

Ini kerana selebriti pilihan untuk Oral Health Month (OHM) ialah.........*drum roll* .... Faizal Tahir! Tapi tak cakap kat Papa ada FT (lepas event cakap lah ada FT, Papa kata "patut la sibuk nak pegi" tapi tak marah, dia dah paham bini dia). Hihihii...

Yang excited aku nak pegi tu sebab dlm twitter lah dia kata dia bawak anak-anak dia sekali. Tu yang aku pun nak bawak anak-anak aku. Eh? Ade kene mengene?

Short speech by FT. English dia perghh.. superb!

Antaranya, FT kata..OHM bukanlah semata-mata berkenaan gigi. Ini meliputi kesihatan mulut iaitu gigi, gusi dan sebagainya.  Beliau kata, untuk anak pertama dia memang dah silap sebab gigi anak dia dah rosak sebab malas gosok gigi. So untuk anak-anak seterusnya dia akan pastikan mereka jaga kesihatan mulut.


Faizal's wifey and the kids. Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman, Ahmad Rifa'ie Zidane (takde dlm gamba tgh duduk atas riba Daddy dia) dan Siti Rawdha Nur Jannah.

Yang kecik comel Jannah tu tengah belajar berjalan. Tetiba aku tengah berdiri ada budak pegang seluar aku. Rupanya dia. Siap amik tangan aku suruh pimpin. Ko ada main dengan anak FT? Hahaha...


Lepas abis launching, aku bawak lah Syirah n Irfan main permainan yang dia sediakan. Syirah main wheel of fortune ni dapat hadiah mug Spongebob. Kemain bangga lagi menang. 



Pastu main games lain. Adik pun sibuk. Nak asingkan makanan mana yang good , makanan mana yang bad untuk kesihatan gigi. Best game ni.

 



Mama, Syirah nak jadi Barbie. Ok pegi lah nak..



Spongebob saya. Masam muka dia kena paksa. Hahaha... cubit baru tau.



Yang penting, dapat buat FREE dental check-up kat situ. Ada 2 bilik khas yang ada dentist. Sebenarnya 1st time Syirah buat dental check-up.  Dia ok je..

Btw, masa teman Syirah ni. Kami buat bersama-sama FT and kids. I can see, he is sooo fatherly.  Ecewahhh...


Perfect! Doktor kata kat Syirah  ^__^

 


Lepas pada tu yang pegi jumpa FT amik gamba dengan Irfan tu. Malas la nak tepek gamba lagi sekali, scroll je bawah. Kang poyo sgt bape kali nak tepek gamba. 

Sempat la Irfan beramah mesra dengan uncle FT kan Irfan? 

Ok, anda semua cepat pegi dentist, skrg boleh dapat FREE.  Check out http://www.oralhealthmonth.com.my untuk check klinik-klinik berdekatan anda yang participate ok? Masih ada masa lagi ni.




Ujian Itu Rahsia Allah

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Ayat Al-Quran ni memang biasa kita dengar kan kawan-kawan?

Aku sangat-sangat yakin dan suka dengan ayat ni. Kerana dalam hidup aku sehari-hari, aku berpegang pada ayat ini, dan InsyaAllah aku tabah.

Kalau tak, takkan Allah jodohkan aku dengan seorang lelaki yang kerjanya jauh dan terpaksa meninggalkan anak2 isteri demi mencari rezeki yang halal? Kalau aku ni jenis perempuan yang lemah, aku tak rasa aku mampu. Bukan lah aku kata aku hebat, tapi sesetengah perempuan memang bergantung harap sepenuhnya pada suami untuk segala hal. 

Kalau tak, takkan Allah jodohkan suami aku tu dengan aku? Yang ke sana ke sini insyaAllah semua boleh buat sendiri, tapi kalau suami ada tetiba semua tak boleh buat sendiri. Heheh..itu namanya - ambil kesempatan sementara boleh.

Kalau tak, takkan Allah beri kami rezeki untuk ada 2 buah kereta. Senang untuk aku hangkut anak-anak pagi2 pegi umah babysitter dan untuk aku drive ke stesen komuter. Kalau weekend, boleh bawak anak2 ke mana saja.

Kalau tak, takkan Allah bagi aku anak2 yang baik bila di luar rumah. Boleh Mama dia ni manage sorang-sorang kalau Papa takde sama..(yeah skrg dah boleh kuar bertiga, Irfan dah besar alhamdulillah dah 2 kali kuar bertiga, manageable).

Kalau di luar kemampuan aku, Allah tak bagi semua ni kan?

Punyalah Allah sayang lagi. Allah bagi rezeki kami beli rumah dekat ngan umah Opah. Padahal masa tu rumah2 kat kawasan perumahan tu dah abis dijual, tapi ada pulak satu kosong. Kan rezeki tu? Sebab apa-apa hal kalau Papa takde, sekangkang kera je pun nak pegi umah Opah.

Yang paling best, Allah bagi Opah, adik-beradik yang sentiasa sedia menolong. Kalau Papa takde, Mama kerja jauh kat KL. Saat-saat emergency especially bila anak-anak sakit, opah ada, mak ada, ayah ngah ada, ayah cik ada, ucu ada.  Boleh lah tolong-tolong tengokkan anak-anak. Itu belum lagi kalau tren rosak, dah malam baru sampai umah.

Itu semua rahsia Allah. Terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Saya sayang Allah sangat-sangat.

p/s: cuma bab anak-anak je aku belum mampu untuk bertabah.

12 April, 2012

Bagel ‘n’ Coffee Station, Sri Hartamas

Kawan-kawan penah makan Bagel? Sebut betul-betul. Its BAGEL not BOGEL hehehe.

Bagel ni famous kat UK, sejenis roti macam donat tapi dia ada filling. Filling dia boleh lah pilih salmon, beef, vege, tuna, macam2 lagi. Kalo kat UK, Bagel ni murah je. Tapi sampai Malaysia jadik la mahal.

Aku pun baru 2nd time try. Member ofis bawak kat Sri Hartamas, katanya sini je lah tempat yang kita boleh dapat Bagel kat Malaysia. Tak sure ada tak kat tempat lain?







My favourite yang plain je. Bagel with cheese cream. Makan ni je pun dah kenyang, tak tipu. Kalau yang macam ni, amik set dengan ice lemon tea RM10.


Dalam dia camni. Sape yang suke cheese, ini adalah TERBAEK!



Bagel ‘n’ Coffee Station
Lot P-7B, Plaza Floor
Hartamas Shopping Centre
No 60, Jalan Sri Hartamas 1

09 April, 2012

Dating dengan kawan-kawan Mama.

Betul kan kata orang plan kalau beria-ia plan tak tentu jadik. Tapi bila plan sudden, selalunya jadi.  Macam kes dating dengan kawan-kawan Mama ni. Punye lah dari sehari ke sehari plan tapi tak penah jadik. Dari kawan Mama yang nama Hajar tu pregnant sampai anak dia dah masuk 2 tahun (sebaya Irfan) pun tak jumpe lagi.

Alhamdulillah dengan izin Allah juga lah dapat kitaorang jumpe.  Dengan kuasa Allah jugak kami dipertemukan mula2 dulu masa buat out campus degree.  Kawan-kawan Mama: auntie Hajar, auntie Ila & auntie Farha. Dulu sama-sama lah kami lepas keje pegi ke UiTM Shah Alam tu mengejar ilmu. Kadang-kadang sampai awal, kadang lepas maghrib.  Dinner pun kat kantin bawah kelas je. Ape yang ada je lah. Kalau bulan posa lagi best, masing-masing sebelum sampai kelas bersms dia beli apa, aku beli apa. Nanti masa berbuka makan sama-sama. Mulalah sedih teringat mak kat umah. Mama masa ujung2 semester, dah dapat Kakak. Teringat anak kat umah. Bukan senang woo nak abiskan degree part time ni. Banyak cabaran dan dugaannya. Kalau takde lah kawan2 ni, memang rasa nak stop je study. Tapi sebab kawan2 ni lah yang buat kita semangat nak habiskan study. Ok lah ni dah mengimbau namanya. Kuangkuangkuang...

Kami berjanji temu kat SACC Shah Alam. Sebab Mama ngan Auntie Ila datang sendiri2 je tanpa suami. Suami masing2 kerja.  So all the way Mama drive lah bertiga beranak. Alhamdulillah adik dah besar sikit ni dah ok dah ^__^.

Zahra and Irfan melepak bersama while waiting for Auntie Ila & kids. Malew malew.



Setelah semuanya sampai, kami takde spesifik tempat cuma biarlah kids-friendly. Secret Recipe je lah yang ok.   Ni lah kami semua dari kiri: Auntie Farha (still single buat not available, auntie Hajar & Zahra, Yana tersepit kat tengah, Mama & kids, Auntie Ila &Lea)




Kakak main dengan Yana.  Bagi menarik perhatian dari menganggu sesi perborakan mommies.



Lepas makan, jalan-jalan sekejap kat tingkat atas. Masuk butik Poney, budak2 ni buat macam kedai sendiri. Berlari sana sini. Hiruk pikuk jadinya. Yang kakak Syirah lah ketuanya dia yang paling besar. Tetiba rasa tua pulak anak sendiri yang paling besar. Hahhaha...

Comelnye lah gamba ni. Bukan semudah disangka nak amik gamba ni. Di sebalik pembikinanya berpeluh-peluh mommies. Tudung kakak dah takde, gatal katanya. Dia sendiri nak pakai, dia sendiri bukak tapi kena lah cakap camni "kalau nak pakai kena pakai betul2, tak boleh pakai sekejap pastu bukak nanti berdosa Allah marah". Harap dia paham. Tak nak lah dia anggap pakai tudung boleh pakai bukak sesuka hati kan. Tapi kalau dia nak pakai, takkan nak larang.




All of us. Sebelum balik amik satu pic kenangan dulu. Lama jugak we ols lepak dekat 2 jam. Lama lah tu bagi kami yang nak kena handle anak-anak nih. Alhamdulillah lepas rindu.

Lepas masing-masing membawa haluan, bawa haluan peginye kan.....aku anak beranak tak balik lagi. Syirah nak pegi kedai buku pulak. Dah janji nak belikan buku baru. Kami ke MPH, beli books pastu balik. Phewww! Penatnye...



06 April, 2012

One fine day with Faizal Tahir


Tengok muka Ipan. Hahahaa...

Nak tengok camera tapi nak tengok Uncle Faizal.  Uncle tau...

Amacam?  Ada komen? Silakan..


05 April, 2012

Cafe Marmalade @ Publika

Lunch during office, biasalah kengkawan office ni rajin terjah tempat makan. I follow.... aku kata.

Kalini ke Marmalade Cafe, Publika Solaris Dutamas. Asik-asik pegi Publika kata kawan aku.  Ye lah benda dekat kan, sini banyak tempat makan.

Menuju puncak Marmalade...



Entrance dia yang simple. Cafe ni kecik je sebenarnya. Konsep santai.. minum-minum makan yang light-light je.  Babies/kids friendly konsep rasanya. Depan cafe ada ruang lapang (kayu) untuk buat event dan ada jugak playground kat luar tu.



Kat tepi entrance ada sudut ni.  Untuk kids main sementara parents makan.  Memang sesuai untuk mak-mak nak lepak ngan kengkawan. Bila aku sampai pun, mostly yang tengah minum ialah mak-mak (orang kaya la kot, laki keje, bini gi shopping makan minum) tengah lepak bawak anak-anak.



Tak tau ape motif amik gambo ni. Botol dia pelik kot.



Ini lah yang aku order. Quiche dan nachos.  Kedua-duanya rasa biasa2 je. Tak sesedap Bens. Eh nak jugek Bens. Tapi service kat Marmalade cepat, Bens lambat!

Harga sedang-sedang. Mahal sangat tak, murah sangat pun tak. 


Siapa nak lepak-lepak santai, boleh la pergi ye:

Marmalade Cafe
Lot G3-2, Publika Shopping Gallery
Solaris Dutamas No 1,
Jalan Dutamas 1


02 April, 2012

Seluar tido comel.

Ada satu ketika, nak cari seluar tido cotton banyak kat Reject Shop. Tapi haritu masa nak cari, macam takde pulak. Kalau ada pun rasa macam tak berbaloi harga dengan rupa.

Haritu pegi Tesco. Banyak ok seluar tido cotton comel tak hengat!

Comel kan comel kan?




Kalau boleh nak amik lagi 3-4 lai tapi kesian pulak kat tukang bayarnya.  Banyak lagi design comel/lawa. Pegi lah beli...RM16 je selai kat Tesco. Tapi tak tau la semua branch ada ke tak. Yang aku pegi ni Tesco Setia Alam.  Cap Tesco je pun. Janji cantik dan worth it dengan duit, selesa. Itu konsepnya.

Ni lagi satu. 




Yang penting, bila pakai suar ni, tukang bayar kata "comel seluar".  Seluar je ok. 

Hahaha..