Advert




05 October, 2007

Trimester terakhir

Kalo tengok keadaan me sekarang, memang korang memandang sinis. Selebet amat. Eh takde mood lah nak mekap2 bagai. Tak, sebenarnya dah tak larat. Kalo lah dapat nak baring dok kat umah je. Ni nak iron baju gi ofis pun sambil duduk.

Dah la pi keje naik public transport iaitu ketapi tanah melayu yang...... (sila isi tempat kosong). Syukur alhamdulillah selalunya memang dapat seat pun. Pulak dalam keadaan camni, orang selalu offer je. Tima kasih la rakyat Malaysia yang prihatin. Tepuk tepuk.

Sekarang check up kat Selangor Medical Centre, Shah Alam. Nanti nak bersalin kat sini. Pilih gynae Dr. Siti Esah. Doktor ni sempoi. Ganas sikit takde manja-manja sebab tu MC pun dia tak galakkan. Reason: "ala u bukan sakit, mengandung..time bersalin bukan dalam masa sejam. Jangan risau" Aaaa? Huhu..cian saya doktor. Kang buatnya terberanak dalam train camne. Takot. Dah la first baby. No experience. Tawakal je lah. So far, semuanya ok.Takde apa-apa problem. Syukur.

Tak sabar nak tunggu baby keluar ni. Sekarang kat ofis pun dah tak aktif. Tak larat dah sangat nak membawak perut ni. Baby hari-hari dengar mengaji, letak headphone kat perut ni. Boleh jadi ustazah nanti. Ke ustaz? Hehehe..
Tengok gamba sebelah ni. Buat 3D scan bleh nampak jelas features baby. Nampak tak kepala, mata, idung ngan tangan dia. Baby ni malu. Susah gile nak catch gambar dia yg nampak muka. At last, dapat la gambar ni dia tengah tutup muka dengan tangan. Hehehe.. Kagum kan?

Sharing is caring:

Minggu 36. Tulangnya sangat kuat tetapi tempurung kepala masih lembut. Keadaan ini lah yang memberi kelebihan kepada bayi untuk "turun" melalui saluran kelahirannya. Dengan demikian, ia membolehkan bayi bergerak ke pelvik anda dan kini dia dalam tahap bersedia untuk keluar.

Minggu 40. Bayi boleh mengerdip dan mengenggam jari. Purata berat bayi baru lahir ialah 3.3kg dan panjangnya 50cm. Bayi boleh mengingati saat dia dilahirkan. Kajian menunjukkan apa sahaja yang berlaku kepada mereka ketika lahir, perkataan yang didengarnya boleh diingati melalui hipnosis.

Info best - Bayi melalui mimpi pertamanya ketika berusia 31 minggu. Elelele...mimpi ape la tu.