Advert




20 November, 2007

Welcome to the world.. MAIRA NUR INSYIRAAH

KRONOLOGI:

26 October 2007, Jumaat

8.00 am - Arini memang dah dapat mc. Semalam pi jumpa doktor mintak mc untuk hari ni sekali sebab dah tak larat sangat. Pagi ni lepas sembahyang subuh tak tido lama. Terus mandi. Selalu sure sambung tido lagi. Nape entah rasa nak mandi awal.9.00 am - Baring je kat katil sebab rasa sakit-sakit kat pinggang kadang ada kadang takde. Sambil tu sms husband bagitau condition. Sms jugak kat kengkawan rapat cakap dah sakit2. Hehe sempat lagi.

10.00 am - Mak datang jenguk kat bilik sebab dia tengok aku tak keluar-keluar dari bilik. Dia tanya nape. Aku just cakap sakit pinggang sambil muka termenung pandang lantai bilik. Hehe. Tengah tahan sakit. Pastu mak kata tu dah tanda tu, suruh siap2 nak gi SMC. Beg mama & baby pun dah ready so terus grab je.

10.30 am - On the way ke SMC (luckily adik ada kat umah, dia yang drive) mak singgah beli nasi lemak suruh makan dulu sebab nanti takde tenaga. So sempat makan nasi lemak dalam keta sambil tangan kadang2 genggam bantal kecik tahan contraction bila datang.

11.00 am - Sampai SMC, tunggu turn pulak. Sempat borak2 dengan member ofis yang datang check up. Dia dah 8 bulan. Dia kata takut tengok aku borak2 sambil genggam besi kerusi. Haha.

11.30 am - Masuk jumpa Dr. Siti, dia seluk baru buka 2cm. Pastu dia suruh nurse buat CTG. Sepanjang baring wat CTG tu, adui la contraction datang rasa nak menangis tapi tahan. Nasib baik mak ada kat sebelah temankan. Husband ku sure tak sempat temankan aku ni. Huhu sedeynye.

12.00 pm - Nurse sorong aku dengan wheelchair nak bawak gi tingkat 2 kat labour room. Dia kata sambung buat CTG kat sana. So aku pun naik lah wheelchair tu padahal aku bleh jalan. Segan arr nak kena sorong.12.15 pm - Bosannya baring ni sambil wayar berselirat kat perut. Nurse kena monitor hearbeat baby. 2-3 kali nurse ngan Dr Siti datang monitor heartbeat baby. Dengar macam kecoh je. Dr Siti kata heartbeat baby tak bagus. Doktor seluk lagi, still 2cm. Dr Siti kata kalo lagi sekali dia cek heartbeat baby down, dia takleh tunggu. Kena c-sect. Ala tak bestnya. Nak normal! Masa ni mak ngan kakak dok temankan.

12.30 pm - Nurse cek kat monitor pastu kelam kabut panggil Dr. Eh, ni pehal ni. Aku tak tau pape pun. Dr kata hearbeat baby lemah, mungkin terbelit tali pusat. So Dr suruh nurse siap2 kan aku nak gi OT. Tukar baju seme. Pastu Dr pecahkan air ketuban. Tak sakit tapi rasa suam2 je mengalir. Pastu nurse2 pun siap2kan aku. Masukkan wayar2 yang berkenaan. Contraction still going on.

12.45 pm - Kena sorong gi OT. Sambil tu pakar bius tengah explain about epidural. Orang tengah menahan contraction, dia dok sibuk explain. Aku pun just angguk2 je then terus sign form for epidural tu. Sepatutnya husband yang sign disebabkan suamiku belum tiba :( so no choice. Masa ni kena gi sorang. Takde sapa dah teman. Lagi syahdu.

1.00 pm - Lepas kena bius epi, sakit contraction terus hilang. Waa bestnye. Rasa relax je walaupun nak kena operate jap lagi. Dr tanya dah ready ke. Ok je. Aku pun berserah. Hehe. Maka bermulalah sesi mengeluarkan baby dari dalam perut.

2.15 pm - Akhirnya, seorang puteri selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia (sehari sebelum EDD). Lepas nurse tunjuk baby, baby pun kena bawak gi timbang, bersihkan semua. Mama pulak tinggal untuk proses seterusnya then dibawa ke bilik pemulihan. Masa dalam bilik ni sejuk yang amat sangat, menggigil sampai menangis. Pastu termuntah banyak. Nasib baik lah nurse baik so diaorang tolong bersihkan.

3.30 pm - Disorong masuk dalam bilik. Masa ni nampak mak, kakak, abang, adik dah tunggu. Termasuk adik ipar pun ada. Diaorang ni sure cuti mengejut ni datang nak tengok aku. hehe. Husband ku mana? Belum sampai. Huwaaa..

Petang hari yang sama ada jugak yang datang melawat. Aku just baring je nak cakap lebih2 pun takleh masih takde kudrat lagi. Ubat bius pun nak ilang so dah start rasa denyut2 kat tempat kena operate tu. Sempat la main2 sms ngan kengkawan. Pastu husband ku pun tiba. Dia datang terus kiss pastu say sorry. Takpelah yang penting dah selamat. Cuma tak berpeluang la tengok aku bersalinkan anak dia. Mintak nurse hantar anak kat bilik untuk diqamatkan oleh husband.

Malam tu husband temankan tapi dia tido kat luar, nurse tak bagi husband tido dalam bilik. Ceh hampeh sungguh. Malam kedua pun sama time ni sedih sangat husband takde sebab nak gi toilet takde orang pimpin. Seksanya sanggup tunggu husband datang esok pagi awal2. Nasib baik kul 8 dia dah terpacul. Thank you Papa.

Hari ketiga - Ahad tengahari dah check out. After settlekan bil semua, kami pun bawa MAIRA NUR INSYIRAAH pulang ke rumah buat pertama kalinya selepas lahir ke dunia. Welcome home OUR PRECIOUS!

...dan mula lah episod berpantang yang amat menarik. Hehe. Anyway, syukur alhamdulillah atas segala-galanya. Thank you Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Semoga Papa dan Mama menjadi ibubapa yang bertangunggjawab. Amin.
About Maira Nur Insyiraah:
Weight : 3.6 kg
Height : 54 cm

Syirah 2 days old

The newly proud father

Opah yang teruja mendapat cucu