Nak kata birthday, belum lagi bulan Oktober. Tapi nape dapat hadiah basikal? <-- ayat macam dengki. Sempena hari raya yang mulia, Papa Syirah tak bagi duit raya kat Syirah tapi dia belikan anak dara kesayangannya basikal. Dia pun dah besar, boring kat rumah so belajar lah naik basikal roda 4 dulu.
Mama nak warna pink tapi takde stok so amik lah warna baby blue ni. Sweet gak, asyik2 pink je. Sesekali kena tukar.
Testing.. plastik tak bukak lagi
Jom nyanyi lagu ni:
Papaku pulang dari kota, Papaku belikan basikal
Basikal kecil warna biru, Boleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Basikal kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik, Boleh ku bawa jumpa nenek.