Ya Allah, lama betul tak update blog kan. Sebab banyak update gambar kat Instagram. Walaupun blog ni hanya lah suam-suam kuku, nak la jugak update sebab nak store stories untuk simpanan. Bila baca post lama-lama, kadang benda tu kita dah terlupa dapat la recall pastu seronok rasa. Kan kan, sape ada blog mesti tau perasaan camne.
Nak refresh entry baru dengan satu doa untuk dikongsi bersama. Ye lah social media ni kadang-kadang menyebabkan kita tersasar. Apa yang kita share sama ada status, gambar, link tak semua orang boleh terima macam apa yang kita fikir. Kita niat untuk share tapi orang anggap riak. Mana lah tau kan hati manusia lain-lain. Niat kita hanya kita dan Allah Maha Mengetahui.
Nanti rajin kita update lagi. Salam Jumaat baraqah!