Advert




30 March, 2008

Bumbo Seat

Pikir punya pikir, akhirnya decide nak beli bumbo seat untuk Syirah. Tengok cam best je. Senang nak bagi Syirah makan nanti. Pastu takde la dia terlentang je tengok orang lalu-lalang. Bumbo seat ni leh guna untuk baby seawal 3 bulan, iaitu untuk baby yang belum pandai duduk sendiri. Baca ni:

The Bumbo Baby Seat is a snug and cozy environment for your baby. This revolutionary infant chair is uniquely designed according to the baby's posture. The Bumbo enables babies to sit upright all by themselves! Bumbo Baby Seats are suitable for babies from as young as six weeks (or as soon as they can support their own heads unaided) to an age of approximately fourteen months.

This
award winning infant chairis manufactured to the highest safety standards from low-density foam material, which makes it lightweight and portable. It is soft and comfortable for the baby, safe, hygienic and nontoxic. The integral outer skin of the material is durable and easy to clean.

The
Bumbo Baby Seat is versatile and can be used safely and conveniently anywhere on any level surface, and is definitely the extra set of hands you have always been looking for - the perfect gift for that special occasion.

The Bumbo does not require any uncomfortable straps or fasteners. It is designed so that the baby's own body weight keeps baby in place and gives a wonderfully new way to ensure maximum interaction and enjoyable communication with your child.


Survey kat banyak tempat gak, cari yang ada sale. Harganya dalam RM200++ with tray. Alhamdulillah rezeki Syirah dapat RM179.90 sekali dengan tray beli kat littlewhiz. Beli awal sementara Syirah belum pandai nak bangun ni. Kalo lambat kang buat rugi je beli sebab dia dah pandai nak merangkak keluar dari seat tu.

Ni aksi-aksi Syirah duduk dalam bumbo seat. Hehe..
















Poyo kan?

20 February, 2008

Yes! Berjaya!

Selepas beberapa percubaan, akhirnya Syirah telah berjaya. Congratulations on the job well done, my dear!

Uh uh.. susahnye

Iyahh. lagi sikit je..


YES!

12 February, 2008

Baby's Day Out 1

This is the first time bawak Syirah kuar ke shopping complex (yang real punye). Dulu penah bawak masa umor dia 50 hari iaitu bersamaan masa aku dalam pantang. Hehe. Time tu Syirah menjerit-jerit so tak sampai 1 jam kat shopping complex terus blah. Ape da mama pun satu, budak kecik baru tengok dunia dah sibuk bawak ke luar. Padan muka.

So sekarang Syirah dah besar sikit nak practice dia gi jenjalan kat luar senang nanti Papa ngan Mama. Practice dok dalam stroller so far dia ok. Tapi takleh lama2, Syirah ngamok. Papa ngan Mama nak makan pun tak sempat. Its ok, lenkali try lagi.

Jom Mama.. Syirah dah ready ni.

Papa yang tengah marah Mama sebab tak pegang stroller elok2..huhu

Dua beranak yang terdampar keletihan balik dari berjalan

25 January, 2008

Bila Syirah 3 bulan..

Sibuk sejak dah jadi Mama ni. Baru anak sorang, belum ramai lagi. Balik ofis nak cepat je sebab rindu nak tengok Syirah. Pastu nak basuh baju, tidokan Syirah. Nasib baik malam Syirah bangun 2 kali je nak minum susu pastu dia tido balik. Pandai anak Mama. Syirah still breastfeed lagi sekarang. Mak kata, asal petang je dia takmo tido tercari-carik nenen. Sian dia. Balik umah je apalagi berdesup la aku tukar baju pastu menyusukan dia. Tapi best la pengalaman breastfeeding (BF) ni. Tak semua orang boleh dapat. Nanti la dalam entry lain aku citer pasal kebaikan BF.

Syirah dah banyak buat benda baru dan Mama pun banyak belajar benda baru. Antara achievement Syirah setakat ni:
  • Dah pandai gelak besar

  • Pandai pandang camera macam ready je nak amik gamba

  • Pusing-pusing macam nak meniarap

Oh manisnya senyuman mu



Mama dera Syirah baca buku.. haha



Mata besor pastu pantang nampak camera


20 November, 2007

Welcome to the world.. MAIRA NUR INSYIRAAH

KRONOLOGI:

26 October 2007, Jumaat

8.00 am - Arini memang dah dapat mc. Semalam pi jumpa doktor mintak mc untuk hari ni sekali sebab dah tak larat sangat. Pagi ni lepas sembahyang subuh tak tido lama. Terus mandi. Selalu sure sambung tido lagi. Nape entah rasa nak mandi awal.9.00 am - Baring je kat katil sebab rasa sakit-sakit kat pinggang kadang ada kadang takde. Sambil tu sms husband bagitau condition. Sms jugak kat kengkawan rapat cakap dah sakit2. Hehe sempat lagi.

10.00 am - Mak datang jenguk kat bilik sebab dia tengok aku tak keluar-keluar dari bilik. Dia tanya nape. Aku just cakap sakit pinggang sambil muka termenung pandang lantai bilik. Hehe. Tengah tahan sakit. Pastu mak kata tu dah tanda tu, suruh siap2 nak gi SMC. Beg mama & baby pun dah ready so terus grab je.

10.30 am - On the way ke SMC (luckily adik ada kat umah, dia yang drive) mak singgah beli nasi lemak suruh makan dulu sebab nanti takde tenaga. So sempat makan nasi lemak dalam keta sambil tangan kadang2 genggam bantal kecik tahan contraction bila datang.

11.00 am - Sampai SMC, tunggu turn pulak. Sempat borak2 dengan member ofis yang datang check up. Dia dah 8 bulan. Dia kata takut tengok aku borak2 sambil genggam besi kerusi. Haha.

11.30 am - Masuk jumpa Dr. Siti, dia seluk baru buka 2cm. Pastu dia suruh nurse buat CTG. Sepanjang baring wat CTG tu, adui la contraction datang rasa nak menangis tapi tahan. Nasib baik mak ada kat sebelah temankan. Husband ku sure tak sempat temankan aku ni. Huhu sedeynye.

12.00 pm - Nurse sorong aku dengan wheelchair nak bawak gi tingkat 2 kat labour room. Dia kata sambung buat CTG kat sana. So aku pun naik lah wheelchair tu padahal aku bleh jalan. Segan arr nak kena sorong.12.15 pm - Bosannya baring ni sambil wayar berselirat kat perut. Nurse kena monitor hearbeat baby. 2-3 kali nurse ngan Dr Siti datang monitor heartbeat baby. Dengar macam kecoh je. Dr Siti kata heartbeat baby tak bagus. Doktor seluk lagi, still 2cm. Dr Siti kata kalo lagi sekali dia cek heartbeat baby down, dia takleh tunggu. Kena c-sect. Ala tak bestnya. Nak normal! Masa ni mak ngan kakak dok temankan.

12.30 pm - Nurse cek kat monitor pastu kelam kabut panggil Dr. Eh, ni pehal ni. Aku tak tau pape pun. Dr kata hearbeat baby lemah, mungkin terbelit tali pusat. So Dr suruh nurse siap2 kan aku nak gi OT. Tukar baju seme. Pastu Dr pecahkan air ketuban. Tak sakit tapi rasa suam2 je mengalir. Pastu nurse2 pun siap2kan aku. Masukkan wayar2 yang berkenaan. Contraction still going on.

12.45 pm - Kena sorong gi OT. Sambil tu pakar bius tengah explain about epidural. Orang tengah menahan contraction, dia dok sibuk explain. Aku pun just angguk2 je then terus sign form for epidural tu. Sepatutnya husband yang sign disebabkan suamiku belum tiba :( so no choice. Masa ni kena gi sorang. Takde sapa dah teman. Lagi syahdu.

1.00 pm - Lepas kena bius epi, sakit contraction terus hilang. Waa bestnye. Rasa relax je walaupun nak kena operate jap lagi. Dr tanya dah ready ke. Ok je. Aku pun berserah. Hehe. Maka bermulalah sesi mengeluarkan baby dari dalam perut.

2.15 pm - Akhirnya, seorang puteri selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia (sehari sebelum EDD). Lepas nurse tunjuk baby, baby pun kena bawak gi timbang, bersihkan semua. Mama pulak tinggal untuk proses seterusnya then dibawa ke bilik pemulihan. Masa dalam bilik ni sejuk yang amat sangat, menggigil sampai menangis. Pastu termuntah banyak. Nasib baik lah nurse baik so diaorang tolong bersihkan.

3.30 pm - Disorong masuk dalam bilik. Masa ni nampak mak, kakak, abang, adik dah tunggu. Termasuk adik ipar pun ada. Diaorang ni sure cuti mengejut ni datang nak tengok aku. hehe. Husband ku mana? Belum sampai. Huwaaa..

Petang hari yang sama ada jugak yang datang melawat. Aku just baring je nak cakap lebih2 pun takleh masih takde kudrat lagi. Ubat bius pun nak ilang so dah start rasa denyut2 kat tempat kena operate tu. Sempat la main2 sms ngan kengkawan. Pastu husband ku pun tiba. Dia datang terus kiss pastu say sorry. Takpelah yang penting dah selamat. Cuma tak berpeluang la tengok aku bersalinkan anak dia. Mintak nurse hantar anak kat bilik untuk diqamatkan oleh husband.

Malam tu husband temankan tapi dia tido kat luar, nurse tak bagi husband tido dalam bilik. Ceh hampeh sungguh. Malam kedua pun sama time ni sedih sangat husband takde sebab nak gi toilet takde orang pimpin. Seksanya sanggup tunggu husband datang esok pagi awal2. Nasib baik kul 8 dia dah terpacul. Thank you Papa.

Hari ketiga - Ahad tengahari dah check out. After settlekan bil semua, kami pun bawa MAIRA NUR INSYIRAAH pulang ke rumah buat pertama kalinya selepas lahir ke dunia. Welcome home OUR PRECIOUS!

...dan mula lah episod berpantang yang amat menarik. Hehe. Anyway, syukur alhamdulillah atas segala-galanya. Thank you Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Semoga Papa dan Mama menjadi ibubapa yang bertangunggjawab. Amin.
About Maira Nur Insyiraah:
Weight : 3.6 kg
Height : 54 cm

Syirah 2 days old

The newly proud father

Opah yang teruja mendapat cucu



05 October, 2007

Trimester terakhir

Kalo tengok keadaan me sekarang, memang korang memandang sinis. Selebet amat. Eh takde mood lah nak mekap2 bagai. Tak, sebenarnya dah tak larat. Kalo lah dapat nak baring dok kat umah je. Ni nak iron baju gi ofis pun sambil duduk.

Dah la pi keje naik public transport iaitu ketapi tanah melayu yang...... (sila isi tempat kosong). Syukur alhamdulillah selalunya memang dapat seat pun. Pulak dalam keadaan camni, orang selalu offer je. Tima kasih la rakyat Malaysia yang prihatin. Tepuk tepuk.

Sekarang check up kat Selangor Medical Centre, Shah Alam. Nanti nak bersalin kat sini. Pilih gynae Dr. Siti Esah. Doktor ni sempoi. Ganas sikit takde manja-manja sebab tu MC pun dia tak galakkan. Reason: "ala u bukan sakit, mengandung..time bersalin bukan dalam masa sejam. Jangan risau" Aaaa? Huhu..cian saya doktor. Kang buatnya terberanak dalam train camne. Takot. Dah la first baby. No experience. Tawakal je lah. So far, semuanya ok.Takde apa-apa problem. Syukur.

Tak sabar nak tunggu baby keluar ni. Sekarang kat ofis pun dah tak aktif. Tak larat dah sangat nak membawak perut ni. Baby hari-hari dengar mengaji, letak headphone kat perut ni. Boleh jadi ustazah nanti. Ke ustaz? Hehehe..
Tengok gamba sebelah ni. Buat 3D scan bleh nampak jelas features baby. Nampak tak kepala, mata, idung ngan tangan dia. Baby ni malu. Susah gile nak catch gambar dia yg nampak muka. At last, dapat la gambar ni dia tengah tutup muka dengan tangan. Hehehe.. Kagum kan?

Sharing is caring:

Minggu 36. Tulangnya sangat kuat tetapi tempurung kepala masih lembut. Keadaan ini lah yang memberi kelebihan kepada bayi untuk "turun" melalui saluran kelahirannya. Dengan demikian, ia membolehkan bayi bergerak ke pelvik anda dan kini dia dalam tahap bersedia untuk keluar.

Minggu 40. Bayi boleh mengerdip dan mengenggam jari. Purata berat bayi baru lahir ialah 3.3kg dan panjangnya 50cm. Bayi boleh mengingati saat dia dilahirkan. Kajian menunjukkan apa sahaja yang berlaku kepada mereka ketika lahir, perkataan yang didengarnya boleh diingati melalui hipnosis.

Info best - Bayi melalui mimpi pertamanya ketika berusia 31 minggu. Elelele...mimpi ape la tu.

09 August, 2007

2nd Trimester

Yeay perut dah semakin membesar bermakna baby pun dah membesar. Alhamdulillah buat check up kat klinik bawah kat ofis. Semua ok. Very good.

One more 'interesting' thing happened to me. Air liur terlalu banyak sampai kena selalu meludah. Melalui pembacaan, sebab kandungan hormon estrogen ke progesteron berlebihan. Entah. Nak tanya doktor pun lupe. Me sentiasa kena pegang satu tuala kecil. Paham2 lah untuk apa kan. Memang uncomfortable tapi nak buat camne. Ini lah ujianNya. Aku redha. Demi untuk baby dalam perut ni. Patut lah syurga di bawah telapak kaki ibu kan?

Nak share sikit:

Minggu 16. Kakinya makin panjang dan dia sudah boleh menendang. Ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. Dia melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

Minggu 21. Saiz bayi kini sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Biar pun perkembangannya semakin perlahan tetapi jantungnya semakin kuat. Pada minggu ini, anda suah boleh meminta doktor mengesan jantina bayi.

Info menarik! Dalam minggu ke-28, bayi sudah boleh mengenali suara anda. Cute kan?

Koleksi baju dan seluar maternity pun dah semakin bertambah. Pening kepala Papa tengok. Haha. Sorry ye.. nak melaram.

My baby at 28 weeks, nampak tak tu gambar kepala dia: