Advert
15 February, 2012
14 February, 2012
Penyakit M
Boleh tak malas nak update blog. Boleh tak? Boleh ke tak?
(jawapan suara-suara: ada aku kisah?)
Ok lah tak payah update.
(jawapan suara-suara: ada aku kisah?)
Ok lah tak payah update.
13 February, 2012
Popcorn Garret
Ini lah dia popcorn garret yang digembar-gemburkan tu ye. Haritu masa lunch dengan officemate kat KLCC, kami pun try la beratur panjang nak beli. Bukan apa, nak rasa lah jugak. Serius beratur panjang. Rasanya yang paling sedap Caramel Macadamia lah kan? Small size tu sepeket RM19. Harap maklum. Kami share beli sepeket untuk makan bersama dan masing-masing beli lagi sepeket untuk dibawa balik untuk dimakan bersama keluarga tercinta.
Sedap memang lah sedap tapi too sweet untuk aku. Aku tak kuat manis. Popcorn tu rasa sama je macam beli kat kedai lain, cuma extra ada kekacang tu lah. Tapi aku suka jugak. Syirah tak suka, dia makan sikit dia tak nak. Irfan semua bedal. Makan sambil baring, class adik..
Dah rasa sekali, dah tau rasanya cukuplah kan. Takde lah penting sangat pun untuk kehidupan. Hahahhahahahha
10 February, 2012
Happy Birthday, Papa!
This year, birthday Papa celebrate kat Sabah. Kemain lagi kan..jauh celebrate birthday. Mama dah plan lama nak pegi Sabah on Papa's birthday. Kebetulan lah kan ada rezeki, panjang umur dapat lah. Walaupun sebenarnya nak gi holiday, sambi nyelam minum air bak kata pepatah..... sebab sambutan birthday kecil-kecilan je. Huhuw..
Cerita kat Sabah nanti dulu eh.
Pagi Jumaat 3 Februari tu, kami dah kat Sutera Harbour. Masa tengah breakfast, baru aku teringat haritu birthday si suami tercinta. Boleh? Teruknya lahai. Malam tu tido berdengkur terus tak wish pun birthday sebelah telinga. Hahaha..
Masa breakfast tu just wish biasa je. Pastu kami ada agenda lain pegi pulau-pulau.
Petang lepas balik pulau, lepas tido, dah mandi semua... Mama ngan anak-anak senyap-senyap turun bawah. Cakap kat Papa nak pegi bawak budak2 main jap. Sebenarnya nak cari kek. Alhamdulillah ada kedai kek/biskut/muffin yang comel dan sedap kat bawah hotel. Suke suke! Comel sangat kedai ni. Muffinz Cafe kat Sutera Harbour.
Beli 3 slices lain-lain flavor. Red velvet dia sedap! Yang paling sedap cookies dia..sedap giler! Naik bilik, pegi pasang lilin kat bilik Opah (connecting room bilik sebelah jeww). Yang ni kek special untuk birthday boy.
Ape lagi, tolak lah anak-anak suruh pegi nyanyi pastu bagi kek kat Papa.
Papa tengah baring kat bilik sebelah..terkejut tengok ada 2 angels datang nyanyi lagu birthday sambil bawak kek.
Jadi jugak surprise kami. Tengok lah sape yang berebut nak tiup lilin?
Happy birhtday Papa. Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah swt selalu dan dipermudahkan segala urusan. Kami sayang Papa. Mmmmuahh ^__^
01 February, 2012
31 January, 2012
Pesanan Untuk Orang Cantik
Masa tengah membaca artikel-artikel dan info-info kat http://halaqah.net, aku tertarik dengan satu artikel yang bertajuk Pesanan Untuk Orang Cantik. Bukan sebab aku rasa aku cantik, sebab terkesima dengan ayat-ayatnya yang menginsafkan. Mohon share seperti berikut:
***----------------------------------------***
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!
Jadi mari kita bermuhasabah diri kita.

27 January, 2012
Aktiviti sempena cuti 4 hari.
Memang takde nak pegi mana sebab dah decide nak lepak rumah je mengemas, masak, makan, tido, baring, tengok tv..gitu lah antara aktiviti yang dirancang. Papa pulak pegi outstation. Maka bertiga beranaklah kami. Nasib baik umah Opah dekat. Aku bukan apa, dah trauma nak pegi jalan jauh during CNY ni. Akibat peristiwa balik dari Kedah ke KL masa pregnant Syirah 5 tahun lepas. Dah la tengah pregnant, duduk dalam keta sikit punya lama dekat 10 jam. Nak stop kat R&R pun tak bleh sebab jalan nak masuk ke R&R pun jem! Huwaaaaa tobat aku.
Diam tak diam..hari Sabtu pagi-pagi Opah dah call "takde nak pegi mana ke, jom lah pegi Giant..Opah nak cari jubah". Eh sejak bila Giant jual jubah? Bukan dalam Giant, kat luar Giant tu ada satu butik tu jual jubah, baju kurung ready made banyak cantik-cantik. Ok lah Opah, tunggu nanti kami datang amik Opah. Nasib baik umah dah siap kemas mop malam tadinya. Kalau tak, tak senang hati nak keluar umah.
Kalo dah sampai ke Giant, takkan beli jubah sahaja? Lunch lah sekali sebab balik takyah masak. Hahha pemalas. Kat umah bukan ada orang. Kami lunch kepci.
Adik bab makan mesti lah excited. Kakak bab posing je lebih, makan ada la dua tiga suap pastu dah kenyang.
Hari Ahad pulak dah plan nak baring-baring je kat umah sebab kakak macam nak demam balik (jumaat dia dah demam tak pegi skool). Sabtu tu dah ok makan ubat, dah pegi kepci semua. Petang Ahad tu, budak demam request nak nasik ayam. Dia kalo nasik ayam nak yang The Chicken Rice Shop je. Bukan kat kedai biasa. Punya lah demand budak sekarang. Tapi puas hati bawak dia makan sini sebab memang akan makan banyak kalau makan nasik ayam The Chicken Rice Shop. Feberet dia.
Cian budak demam, muka pun longlai ha. Makan nasik ayam kat Jusco Bkt Tinggi.
Manakala yang ni happy sokmo... dapat pegi jalan, mana tak happy.
Mama ngan Mak sempat shopping sket. Kami pergi petang raya, so banyak kedai dah tutup sebab Cina nak gi makan yisang.
2 beradik yang perasan dan 2 beradik yang sibuk nak amik gamba budak2 perasan. Paham?
Bestnye cuti panjang kan, so Isnin pulak pegi makan busat kat umah Kak Qish (officemate) kat Bukit Tinggi. Ni memang dah plan before cuti. Saje nak bergossip sambil bawak anak-anak berkenalan.
Syirah, Irfan dan kakak baby. Mama dia panggil baby, iyah ngan ipan kena la panggil kakak baby. Hahahha.. anak officemate aku tu. Comel macam anak omputih.
Kami potluck. Makan petang yang light-light je sambil makan sambil citer hal ehwal semasa, hiburan, office, sejarah dan berita antarabangsa. Hadooo?
Pastu budak-budak kami rendamkan dalam air. Ha main lah air puas-puas takyah gi Sunway Lagoon yang mahal tu. Ni kat umah je save budget satu hal, air pun tak kotor. Aku geli sikit nak bagi anak-anak mandi tempat ramai-ramai camtu. Syirah tak mandi, almaklumlah tengah suam-suam kuku recovering from demam.
Sorry lah entry terpanjang sebab cuti panjang. Hahhaha... hari Selasa, pengakhiran cuti. Kejap je pun ingat lama sangat cuti 4 hari kan? Kami adik-beradik buat BBQ kat umah Opah. Adik aku lah yang sibuk nak buat. Kami follow je. Aku datang makan je, lagi best dan pemalas.
Adik aku yang lelaki tu kan pandai masak, ni lah antara yang dibbq kan. Ayam, udang, frankfurters, kentang, roti garlic tu sedap. Pandai dia buat. Sian adik aku, lepas BBQ tu dia keluar gi padang nak exercise naik basikal fixie dia. Sekali jatuh, tangan patah. Sekarang kat hospital lah tu kena operation tangan. Sian bini dia berjaga kat spital. Dugaan pengantin baru.
Begitulah cerita hari cuti yang panjang. Eh sudahnya mana pegi nak baring-baring tu? Tak dapek gak. Tapi nasib lah dekat-dekat je pun.
Kesimpulannya, kalau ada duit, boleh lah bercuti bawak anak-anak jalan ke hotel atau lain-lain tempat. Tapi kalau rasa nak simpan duit atau nak save budget, banyak benda yang boleh dibuat tanpa perlu keluar duit. Pegi lah beriadah ke taman permainan, mandi kolam depan rumah, main cikgu-cikgu dengan anak dalam rumah (boleh belajar sekali), tengok dvd dengan family (buat macam wayang), macam-macam lagi. Lagi bagus kalau pegi berziarah saudara-mara kan?

Hari ni Jumaat. Sabtu & Ahad nak buat apa pulak? Happy weekend ols!
Subscribe to:
Posts (Atom)