Advert




31 January, 2009

Babymoon

Babymoon is a period of time that parents spend bonding with a recently-born baby. (source:wikipedia).

Babymoon la sangat kan. Padahal Syirah dah setahun lebih..hikhihikk.. dulik.Masa cuti CNY hari tu, kami melangut je kat umah kan boring. Tetiba datang idea nak dok kat hotel. Cari la hotel2 kat KL je. Terus kemas baju sikit2 then kul 12 kuar umah. Opah Syirah tanya, nak gi mana ni? Kitaorang just jawab gi jenjalan. Hehehe.. sebab malu kan takut hotel fully booked kang balik umah jugak.

Impiana KLCC

Malam2 Syirah tido dlm cot... tak kaco papa wahaha

Kul 2pm check in kat Impiana KLCC, lepak2..pastu kuar balik gi Jalan TAR. Gi Jakel beli kain pastu makan nasi beriani Insaf. Syirah suka pulak makan nasik beriani tu, siap makan dengan papedom mamak tu bagi dia. Balik petang tu mandi2 pastu lepak2 je. Nak gi jenjalan pun takleh sebab Syirah minah tido awal.

Perkara yang paling disukai Mama bila dok hotel ialah breakfast! Hehehe.. leh makan banyak2 n macam2. Dasar kuat makan kan.. semua nak. Tapi abisnye tidak. Lantak la kan, kita bayar.

Gi breakfast kat bawah tu tak mandi lagi tau. Syyy... Pas breakfast baru mandi siap2 nak check out.

Posing dulu..oppss nampak plak
Banyak pokok macam kat Jepun lak
Pas check out tu, konon2 nak gi zoo, sekali ramainyeeeeeee orang sampai parking kat tepi jalan. Pulak tu Syirah dah tido. Tak bawak stroller pulak. Dengan cuaca yang panas melengit. So cancel, kita gi muzium je. Macam lah Syirah paham sgt kan, benornya Papa Syirah yg beria sebab nak tengok pameran keris. Minat sgt keris tu. Takpelah ikut je lah. Lama gak kat muzium sampai Mama dah tarik2 muka masam dah. Syirah gak cool. Relaks je dia.

Ni kat MuziumBang, air kelapa satu!

On the way balik singgah Shah Alam nak makan. Lunch kul 3pm. Lapar tahap gaban. So speechless. Sekian.


p/s: Sebenarnya malas nak type panjang2.

26 January, 2009

1 tahun 3 bulan

Muka tensi Syirah bila Mama sibuk amik gambo

Syirah dah makin pandai berceloteh yang mana dia sorang je faham. Tapi ada jugak beberapa word yang dia dah pandai cakap. Macam nak, ak ak (berak), kakak, kan (ikan), ball, cat dan ada beberapa lagi.
Bab-bab melawa nombor 1. Nama pun girl kan. Bila pakaikan tudung, cekak ke, sepit rambut ke..cepat2 lari nak tengok kat depan cermin. Pastu sengih sorang-sorang. Perasan la tu. Lawak je tengok kecik2 dah pandai.

Best kan dapat tengok anak membesar tapi macam dah lupa je Syirah kecik2 macamana. Sebab macam pantas sangat masa berlalu rupa-rupanya anak aku dah besar. Dah boleh disuruh pun. Ala-ala kak long..hehe.. so Papa bila lagi? Eh tetiba lak tanya kan...

Selamat membesar dengan sihat dan bijak anak Papa & Mama!

22 January, 2009

Pecah kepala

SANGAT STRESS DAN TENSION!

20 January, 2009

Resipi - Vege Macaroni

Wooshhh..dah lama tak update. Mama Syirah busy giler yang amat. Balik keje dah lambat, sure nampak tilam ngan bantal je. Weekend pun rehat je kat umah takde masa nak catch up internet pun.
K lah, last week sempat gak grab camera masa bagi Syirah makan. Syirah kurang makan sekarang. Makan pun setakat 2-3 suap je. Camne ha nak buat? Kurus gile dah Syirah, susu still minum la tapi food takmo. Buah ngan sayur dia nak. Nasik terus no no. Pikir punya pikir nak masak menu dia..so tukar nasik to makaroni. Alhamdulillah...makan abis jugak itupun sebab main-main ngan dia, dia tak perasan sangat.


Bahan-Bahan

Segenggam makaroni
Ayam sikit dan potong dadu
Brokoli
Bunga kobis
Carrot
1 sudu Minyak masak
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
* Sayur tu ikut citarasa nak banyak mana. Lagi banyak lagi best.

Cara-Cara
Rebus makaroni sampai lembut dan toskan air.
Panaskan minyak, masuk bawang merah & bawang putih yg dah dihiris. Pastu masukkan ayam bagi empuk. Masukkan air sikit je. Then masuk sayur2 semua. Tutup sekejap bagi sayur empuk dan tak nak hilang zat. Last masuk makaroni. Tadaa..Syirah makan sampai pejam-pejam mata ok. Yummy!

11 January, 2009

Artwork - not for sale

Kepada pemilik mana-mana art gallery, jika berminat untuk mempamerkan lukisan yang lahir dari hati yang tulus ikhlas (seperti gambar di bawah) sila berhubung terus dengan Manager pelukis tersebut iaitu mama nya (si penulis blog). Sekian, terima kasih.


06 January, 2009

Ke Jerantut pulak

Satu hari sebelum tahun 2009, bersamaan 31.12.2008 kami bertolak ke Jerantut, Pahang seawal 9.30 pagi. Sebab? Adik ipar dapat kolej jururawat kat sana. Registration 1hb tapi pergi awal sebab nak rehat dulu.

Penatnya lahai.. perjalanan jauh giler. Sakit tulang montot dibuatnya dok dalam keta. Bayangkan sampai Jerantut kul 6 petang? Bape jam tu? Tapi ada la stop 2 kali jugak. Kat Jerantut banyak hotel tapi semua yang stok bajet2 punya. Town dia not bad, besar la jugak banyak kedai, bank semua ada. Tapi hotel nan ado? Akhirnya kami check in kat Hotel Seri Emas namanya. Not bad lah janji bersih, tak scary n dapat tido untuk semalam. Service pun leh diterima pakai.
Ni lah bilik hotel kami. Syirah sibuk cari lipstik dlm beg mekap mama

After Maghrib, gi makan dulu kat restoran ape ntah namanya. Dah kebulur ni. Syirah dah nangis nak tido. Ye lah all the way dia tido sekejap je. Sure dia dah letih tu. Semua orang kena makan cepat2 pastu balik hotel. Masa dalam keta je Syirah terus tido, dukung masuk bilik terus tido sampai pagi. Sian dia. Penat giler. One thing Syirah ni, dia tak meragam. Jalan jauh ok. Tido mana2 pun boleh. Alhamdulillah.

Pagi2 dah terpacak

Esok pagi2 dah siap2 nak gi Kolej Jururawat tu which is nearby je dengan hotel tempat kami menginap. Drive dalam 8 minit je. Masa Maksu Syirah gi register ngan nenek, kami gi breakfast kat gerai berhampiran. Syirah dah refresh dapat tido lena, so? Dia akan jadi aktif bukan kepalang. Start dah tak reti diam dia. Nak berlari je..takpe la bleh mama slim sket kejar Syirah kan.
Lalala.. bestnye jalan2Pastu lari-lari sangat happy
Dah settle register, tengok hostel...bla bla semua, its balik time! Tapi sebelum tu ada sesi nangis2 dulu. Maksu Syirah nangis2 kena tinggal jauh. Takpelah, demi belajar kan. Semua orang pun macam tu. Sekarang dua-dua Maksu Syirah jauh - sorang kat Jerantut, sorang lagi nun kat Sarawak. To both, study rajin2!
Posing kat katil 'baru' Maksu

Nenek ngan Maksu baru lepas nangis..hehe


Dari Jerantut terus balik Klang, petang tu jugak Papa balik Kedah. Sedih tahap maksimum. Bosan betul perasaan ni. K lah takmo citer dah. Habis.

05 January, 2009

Aziz Aizuddin

Masa balik kampung aritu, pegi umah makcik kat Sg Petani. Harus la balik kampung kena pi umah makcik, kang kena perli pulak. Lagipun, nak visit baby kecik baru lahir. Cucu makcik yang kedua.. makcik ku muda lagi. Dah ada 2 orang cucu. Cousin lahirkan baby boy yang kedua nya. Alhamdulillah baby sihat, ibu dia pun sihat. Kecik je baby, 2.3kg. Cuma bila dia citer experience dia kali ni agak sukar sikit. Sampai 2 minggu baru nak sembuh eventho bersalin secara normal. Takpelah janji dah selamat.
Before gi visit dia, kami jalan2 dulu kat Village Mall - shopping complex baru kat SP. Besar gak tapi kedai tak banyak sangat. Pastu ada kedai donat ala-ala Big Apple. Tapi ni melayu yang punya. Nash Donat & Bakery. Aku ni kan hantu donat..sure lah beli half dozen cukup lah buat ole-ole katanya. Sedap jugak donat tu tapi tak sesedap Big Apple.


Masuk kedai nama Shop-a-lot kat situ ada sale le pulak. Main try-try kasut..terbeli pulak sepasang. Ade ke terbeli? hehe.. ada less 50%..mengada je nak pakai heels camni. Suami bagi green lite, aku pun beli lah. Dia kata lawa... hmmpphh hmpphh.. (kembang). Lupa amik gambo, kasut tu sebijik camni tapi aku punya black color.

Sedang aku dok gile rambang mata tengok kasut, dua beranak ni pun tengah try jugak handbag. Gaya cam boyfriend nak belikan girlfriend dia beg je kan? Sibuk betul la minah kecik tu..

Berbalik pada citer visit baby tu, nama dia Aziz Aizuddin. Dulu ada entry pasal abang dia, Jihan Nuruddin. Abang dia umur 1 tahun 4 bulan, dah dapat adik. Bagus, produktif. Masa sampai, ibu dia tengah makan. Aziz tengah tido, abang dia tengah main. Bagi sket present kat Aziz ngan Jihan, dah siap2 bawak dari Klang masa beli kat JJ aritu. Beli tumbler Bob the Builder untuk Jihan, baju ngan stokin cute untuk Aziz.


Dah makan, borak-borak, lepak-lepak..pastu kami pun beransur pulang around kul 3pm. Murah rezeki makcik pindah Sg Petani, ada umah besar..keta besar.. semua besar. Aku bila lagi? Cewahhh...

04 January, 2009

Hari Yang Indah

Dok kampung best.. nyaman je. Pagi-pagi ayam kejutkan bangun tido. Mandi air paip pun sejuk menggeletar..grrr.. Pastu asyik makan je sebab MIL rajin masak. Aku tolong la masak tapi sikit-sikit je..dah dia tak bagi. Aku pun pasrah la..hahhaa.. dasar pemalas tapi betul la. MIL aku buat keje pantas..zzup zapp tetiba dah siap. Tak sempat nak tolong :P... tolong makan je sempat.

Syirah bangun tido je dah amik angin kat beranda luar..

Dah namanya cuti kan, nak rehat2 kan diri la. Takde la nak berjalan sana sini. Dok kampung layan suami, anak.. heaven nya. Itu kan cita-cita aku. Nak jadi surirumah yang berjaya.

Papa tak habis-habis karaoke, bajet suara sedap. Ok lah sedap Pa.. syahdu je mama dengar pun. Dah siap ada peminat setia tu.. sape lagi..anak sendiri la..hahha..

Artis yang bakal menggegarkan persada muzik tanahair
Peminat nak mintak otograph

Hari-hari seterusnya plan nak piknik kat sungai. Kat kampung ada sungai dekat je, sebab belakang tu ada gunung. Sure best mandi air sungai dari gunung. Tapi cuaca tak mengizinkan, hari-hari hujan. Air sungai keruh la. Huhu... asik tak dapat mandi sungai je.

Petang-petang gi playground..bawak Syirah. Pastu sebelah playground ada kedai makan -westeron food. Kemain lagik, harga mahal kalahkan kat KL pulak nye. Tak la sedap sgt pun. Papa bawak Syirah main, Mama makan dengan senang hati. Indahnya hari-hari ku...

2 orang cinta hatiku

03 January, 2009

Perjalanan ke Baling

Lamanya tak update blog. Alah, bukan ada orang nak baca pun. Kecuali Papa itu wajib. Heeee
Nak citer sket cuti-cuti balik kampung aritu. Memulakan perjalanan pada petang hari Krismas. Konon nak bertolak pagi, tapi penat la..tak larat nak bangun awal. Baju2 pun tak pack lagi. Kalo sorang takpelah, ni barang Syirah kena buat list takut tertinggal.

Lepas makan, lepas solat Zohor.. Syirah pun dah mandi siap2kan dia, kami pun bertolak.
Anak dara baru lepas mandi

Petang tak panas sgt..pastu sib baik tak ngantuk sebab main dengan Syirah dalam keta. Layankan Papa takut Papa ngantuk. Dah penat main, Syirah pun tido dalam 2 jam jugak.

Syirah dah boring main joget-joget dengan Mama


Masa tu dah lewat petang kul 6pm gitu.. singgah R&R Sg Perak. Dah baru ek situ..cantik. Amik kesempatan mandikan Syirah. Aku suke sgt kalo balik kampung singgah R&R lagi2 kalo yang cantik camni. Perkara pertama yang nak visit kalo singgah R&R ialah baby room! Baby room kat R&R Sg. Perak ni sangat selesa, bersih dan best lah dalam erti kata lain. Senang keje ibu-ibu ni. Mandikan Syirah..siap2 tukar baju tido sebab senang kang dalam keta tido, terus sampai kampung..masuk bilik sambung tido.

Baby washroom bersih dan comfortable

Sampai kampung.. borak2 jap pastu kami tido. Esok citer lain plak....