Advert




20 January, 2009

Resipi - Vege Macaroni

Wooshhh..dah lama tak update. Mama Syirah busy giler yang amat. Balik keje dah lambat, sure nampak tilam ngan bantal je. Weekend pun rehat je kat umah takde masa nak catch up internet pun.
K lah, last week sempat gak grab camera masa bagi Syirah makan. Syirah kurang makan sekarang. Makan pun setakat 2-3 suap je. Camne ha nak buat? Kurus gile dah Syirah, susu still minum la tapi food takmo. Buah ngan sayur dia nak. Nasik terus no no. Pikir punya pikir nak masak menu dia..so tukar nasik to makaroni. Alhamdulillah...makan abis jugak itupun sebab main-main ngan dia, dia tak perasan sangat.


Bahan-Bahan

Segenggam makaroni
Ayam sikit dan potong dadu
Brokoli
Bunga kobis
Carrot
1 sudu Minyak masak
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
* Sayur tu ikut citarasa nak banyak mana. Lagi banyak lagi best.

Cara-Cara
Rebus makaroni sampai lembut dan toskan air.
Panaskan minyak, masuk bawang merah & bawang putih yg dah dihiris. Pastu masukkan ayam bagi empuk. Masukkan air sikit je. Then masuk sayur2 semua. Tutup sekejap bagi sayur empuk dan tak nak hilang zat. Last masuk makaroni. Tadaa..Syirah makan sampai pejam-pejam mata ok. Yummy!

No comments: