Advert




28 October, 2010

S.Y.I.R.A.H.

Dari sebesar 3.6kg dilahirkan, anak dara Mama dah 3 tahun.
U know how much we love u. Jadi anak solehah, sayang.

26 October, 2010

Happy Birthday Kakak!

26 October 2010, kakak dah 3 tahun!
Sayang banyak-banyak kat kakak. Kakak good girl. Mmmmuuaaahhh...



25 October, 2010

Gath @ Serai Thai

Lambat update pasal ni. Ingat nak cilok gamba from Anis dari fb tapi fb slow. So guna je gamba yang ada. Gathering terjadi di Serai Thai, seksyen 3 Shah Alam. Teruk nak kuar ngan aku. Syarat-syarat: mesti area Klang/Shah Alam jauh takleh, tempat ekon, ada sofa untuk Irfan baring. Gitulah kekdahnya kalo beranak kecik.

Dah lama tak jumpa sahabat-sahahat sekuliah ku ini. Sahabat suka sahabat gaduh. Heheh.. Akhirnya setelah Irfan dilahirkan dan besar, baru lah boleh keluar. Korang kena faham masalah ibu ni, maklum la kengkawan ku semuanya single mingle lagi. Bila la nak dapat geng kendong anak ni ha.

Thanks Anis, Oja n Kerun for the friendship. Hadiah tak penting tapi kalau dapat tu memang syukur alhamdulillah. Wahahahaha. Anis bagi baju kurung cotton comel, Oja bagi frame boleh letak gamba anak-anak ngan sunglass..yeay.. Kerun bagi jam tangan. Alhamdulillah. Tengok gamba ak semua ada pakej kan? Pakej anak.









Tengok siapa yang tiup lilin? Sabo nak...birthday anda akan menjelma. Ada sesuatu insiden terjadi pada majlis ni tapi biarlah rahsia. Takmo dikenang.


My friends, great moment... love u all.

22 October, 2010

Tadaa..sudah meniarap

Sebenarnya Irfan start meniarap sebelum umur 4 bulan. Ketika entri ini ditulis, dia sudah pun berumur 4 bulan 10 hari. Cepat sikit mamat ni meniarap berbanding kakak dia. Pantang letak kat bawah, terus pusing. Baru toleh dah pusing, ekh ekh..bunyinye. Boy lah pulak kan, kelasakan sudah terserlah gitu.

Saja je pakaikan busha yang ada muka kartun kat montot. Kalo meniarap leh tengok montot dia. Pastu geram. Pastu puk puk montot dia. Kahkahkah..

Apa tengok-tengok? Ada hutang? Tepi sikit orang nak berenang ni.....


20 October, 2010

Maafkan Mama, anak-anak

Sedih hati bila tiba hari Ahad petang. Bertambah syahdu bila tiba pagi Isnin.

Sedih bila terpaksa meninggalkan anak-anak demi mencari rezeki halal. Walaupun bukan lah membanting tulang di bawah terik matahari, tapi tetap kena keluar pagi dan balik lewat petang.

Sedihnyaa...semenjak dua menjak ni memikirkan Irfan yang dihantar ke rumah orang. Bukan lah babysitter tu tak bagus, alhamdulillah makcik tu jaga Irfan dengan baik. Tapi sebab Irfan dok rumah orang, kakak dok ngan Opah. Siannya anak-anakku berpisah. Kalau tak, dapat kakak main dengan adik, tak lah sunyi sangat kakak kat umah.

Pagi tadi masa nak hantar Irfan, dia pandang penuh makna. Macam dah faham je yang dia ditinggalkan, kakak pulak dok melambai dari dalam kereta. Maafkan mama adik, adik dok umah nenek jangan nakal-nakal ye, jangan susahkan nenek. Be a good boy.

Kakak dok dengan Opah jangan nakal-nakal, jangan susahkan Opah. Opah tak sihat. Hari tu masa Opah tak sihat, kakak jaga Opah kan. Siap letak handphone dekat dengan Opah so apa-apa hal Opah dapat capai handphone tu. Opah kata, kakak siap amik air kosong kat dapur suruh Opah minum. Pandainye kakak jaga Opah.

Mama sayang anak-anak Mama, besar sok jadi anak solehah dan soleh. Amin.

*kenapa lah type entry ni, kan dah mencurah-curah.

14 October, 2010

Syirah n Irfan Inside!

Apa yang kak Syirah pegang tu? Comel tak, comel tak? Cakap lah comel. Very the cute kan. Thanks Auntie Ayu, mummy Qareena for the lovely gift! Siap customize nama lagi. Suka Mama, tak sabo nak tampal kat keta.


Ha dan dan dapat terus tampal kat belakang Kenari Mama. Kewl. Yang Baby on Board tu bleh pass kat Papa, tampal kat keta dia. Banyak-banyak wat semak je..hihi...

07 October, 2010

Percubaan duduk dalam bumbo seat

Sian anak aku kena eksperimen. Actually bumbo seat ni memang dari umo 3 bulan dah boleh duduk. Ke lagi awal? Ntah lupa, leh google kalau nak tau.

Hari tu nak sembahyang, si Irfan takmo dibaringkan. Ye lah dia pun nak manja since dari pagi dok dengan babysitter. So cari solution, teringat bumbo seat kakak dulu dalam almari. Kuar dan bersihkan bagi dia duduk. tadaa...happy. Mama sembahyang, dia tengok je. Tapi sekejap je boleh duduk, lama-lama dia boring jugak.


Ni gamba kakak masa 5 bulan. Mama nak masak, duduk kan dia dalam tu. At least dia nampak kita buat keje. Sekarang bumbo seat dah turun kepada adik. Hihihi..pasni turun ke keturunan seterusnya. Cewah. Sedih pulak tengok gamba kakak masa kecik ni. Tak lama lagi nak 3 tahun dah dia. SOb sob...

05 October, 2010

Kezutan untuk Mak

26 September lalu, birthday maklong yang Syirah panggil Mak. Lepas balik open house, singgah sekejap kat Secret Recipe nak beli kek. Konon-konon nak buat surprise!

Mula-mula, Ucu tolong Syirah bawak kek dari dapur. Mulut Syirah dah muncung-muncung nyanyi lagu Happy Birthday To You. Mak dia tengah tengok tv time ni.

Mak dia terperanjat (konon), sebab macam dah tau je orang beli kek kat dia. Percubaan untuk surprise tak menjadi. Upacara tiup lilin, lepas habis lagu. Tapi kek sudah pun ditiup oleh Syirah, bukan oleh birthday girl sendiri. Haha. Pastu Mak pun potong kek, sebelum Syirah hancurkan kek tu.


Kesian kat budak ni kena buli. Sikit lagi nak kena hidung dia. "Mentang-mentang saya kecik lagi, nanti lah saya besar..habis kek ni saya kerjakan. ngeh ngeh..."kata Irfan dalam hati.