Advert




Showing posts with label 3 tahun. Show all posts
Showing posts with label 3 tahun. Show all posts

17 June, 2013

Happy 3rd Birthday, Muhammad Nor Irfan!

Alhamdulillah. Irfan dah pun menginjak ke usia 3 tahun pada 12 Jun lepas.  Sekejap sangat masa berlalu. Rasanya baru lagi Mama bawak balik Irfan dari hospital.  Rupa-rupanya anak Mama dah besar. 

Doa untuk Irfan. Amin amin..ya rabbal alamin.



Birthday cake, by auntie Anis.  Thank you Anis. Sedap dan cantik.



Birthday Irfan jatuh pada hari Rabu. Hari bekerja kan. Mama dah tanya papa awal2 masa weekend birthday Irfan tu Papa ada tak. Sebab nak gi makan-makan. Maklom la suamiku busy bawah sikit dari Perdana Menteri herherher.. Papa kata dia kena gi Penang. Huhu sedeyy..So nak tak nak, buat terus malam birthday Irfan. Walaupun penat bekerja, mama gagahi juga. Mama amik hapday sebab kalo tak memang tak sempat lah.

Konon-konon nak makan kat Pizza Hut kat area umah je, tapi kenangkan Opah tak makan pizza hut..kesian pulak. So tanya-tanya adik beradik. dorang suggest Restoran Jemari kat Seksyen 7 Shah Alam. Semua agreed, ok lah lepas maghrib kita jumpe, giteww..  Diskas dalam group whatsapp adik beradik. Senang. Tapi apa-apa hal kena tanya Papa jugak sebab dia yang belanja..hehehhe.. Sebenarnya terpulang lah pada orang nak celebrate birthday cara macamana.  Pada aku, lebih kepada nak menggembirakan anak-anak.  Simple beli kek satu slice bagi kat dia pun takpe kan. Kalo budget lebih boleh la buat kenduri ke party ke.  Macam aku, macam dah jadi annual event lah untuk celebrate birthday anak-anak bukan secara besar-besaran, cukup dengan ahli keluarga je.  Tujuan lain nak belanja family dan makan ramai-ramai tu kan best.

Gamba makanan.. kami ambik set. Set untuk 6 orang RM119.  Tapi kami lebih 6 orang so tambah nasik dan lauk-lauk lain. Air tembikai satu jug RM30. Alhamdulillah sedap. Ambience restoran ni cantik, tenang dan aman.
 



Sian, dah 10 hari tak makan dia ni.




Doa dulu.



Mak ngan Opah. Yang berdiri tu Acik Su.  Despite weekday, semua orang available. Yeay....





Mempersembahkan.... Happy Birthday to You...Happy Birthday to You...Happy Birthday to Irfan...Happy Birthday to You..




Irfan malu sangat..semua orang nyanyikan dia. Pastu nak menyorok kat ketiak Mama.



Anak Mama dah besar. Sob sob...huwaaaaaaaaa. Semoga Irfan jadi anak soleh ye sayang. Mama selalu doakan.



Excited dapat kek superhero favourite dia - Ultraman.



Irfan dah 3 tahun.



Us.  ♥ ♥ ♥



Thank you Mak, Anyah ngan Acik Su bagi hadiah. Yang lain-lain masih berhutang hadiah. Muahahhaa...




Family.. thanks sudi memeriahkan majlis. Thanks Papa sebab belanja.



Tahun ni Mama berkesempatan tempah cenderahati berupa surah Yasin dan Alfatihah yang handy untuk kawan-kawan rapat Mama & Papa.  Dorang suka sangat bila dapat. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk mereka pastu dapat la pahala sikit untuk Irfan. InsyaAllah. Amin.

Happy birthday anakku, Muhammad Nor Irfan bin Norazmi.




01 December, 2010

Imaginary friends

Korang penah dengar pasal Imaginary Friends tak? Selalu tengok citer omputih, anak-anak dorang mesti ada kawan imaginasi/halusinasi. Dulu tak pecaya atau tak penah nak pecaya tapi bila terjadi kat anak sendiri, barulah faham.

Kisahnya, Syirah sejak 2-3 bulan kebelakangan ni selalu cakap dengan 'kawan' dia yang dipanggil Baby Bear. Kadang dia amik handphone, dia kol lah 'kawan' dia tu. Tanya buat ape, dah makan ke belum, macam-macamlah. Kalau main kat umah sorang-sorang, dia akan main dengan Baby Bear. Selalu kalau kol Opah dia waktu office, akan dengar suara dia bising sangat. Tanyalah dengan Opah "Syirah main dengan siapa?". Opah dia jawab "Main sorang-soranglah". Tapi bisingnya lahai macam ada 10 orang.

Hari tu dia tengah buang air besar kat toilet, tetiba dia cakap "ha datang pun Baby Bear'. Maksudnya lama lah 'kawan' dia tu tak datang kot. Penah sekali dia citer kat Opah dia Baby Bear kena tangkap polis sebab nakal. Kehekehkeh.

Aku penah tanya Baby Bear tu warna apa. Syirah jawab "warna putih lah". Meremang sekejap bulu roma. Bila google untuk cari info pasal imaginary friends ni, nah! Memang sah, budak 3 tahun akan ada kawan imaginasi untuk develop social skills dorang. So jangan sekat dia untuk berimaginasi sebab bila semakin membesar, kawan imaginasi dorang ni akan hilang begitu saja. Setakat ni aku tak sekat lagi selagi tak memudaratkan. Kalo kritikal, haruslah berbuat sesuatu.

Ni aku share artikel dari babycenter.com pasal imaginary friends:

Your 3-old imaginary friends
Been asked to set an extra place at dinner for an imaginary friend yet? As many as half of preschoolers have a pretend buddy. These phantoms don't mean your child is lonely or maladjusted. In fact, kids with imaginary friends are more likely to grow up to be creative, cooperative, sociable, independent, and happy.

An imaginary friend can be human or animal and usually comes with a name and distinct personality. Part confidant, part playmate, part protector, and part scapegoat, they help kids practice relationship building and let them be in control for a change. A pretend friend can be a child's way of handling an increasingly demanding, expanding world.

Watching your child's interactions with her imaginary friend can give you useful insights into her fears and stresses. If her imaginary playmate is afraid of monsters under the bed, then your daughter may be, too.

Although it's wise to be respectful of your child's imaginary friend, try not to get involved in the relationship. For example, avoid using imaginary friends as a way to manipulate your child ("Harvey ate his peas, why can't you?"). Instead, follow her lead. She knows deep down this is an imaginary creation, and it can be a bit alarming to her if you buy into it too readily. These extra members of the family usually disappear by age 7, as your child becomes immersed in the very real-life world of school.

Your life now
Having a 3-year-old can make you proud and completely nuts all at the same time. Because your child's verbal skills and physical abilities have expanded so much since her wobbly 2-year-old days, it's easy to fall into the trap of expecting more from her than she can always deliver. Progress is gradual. Although preschoolers sound and look capable of much more now, social and emotional maturity take time to develop — and that means lots of patience on your part. She still has faulty logic and a healthy ego. She thinks the world revolves around her — as it should at this age.

08 November, 2010

Birthday Syirah @ Kenny Rogers

Dimulakan dengan gamba ala-ala kengkunun model birthday girl. Posing kat luar dulu sementara tunggu tetamu sampai. Tetamu katanya..padahal ahli keluarga sendiri je pun. Hehe.


Pose lagi..happy sangat dia masa ni. Nampak sangat. Sebagai mama, rasa nak nangis. Over tak. Anak happy, mama pulak nak nangis.


Family picture adat lah kan. Tunggu orang lain tak sampai-sampai, amik la gambo nak buat apa lagi. Sementara Irfan belum tido.

Tak senang duduk dah Kakak. Berdiri pulak. Actually birthday celebration ni among us family members je. Last year dah buat kat McD jemput ramai orang, tahun ni malas lak nak buat ramai-ramai. Kenny Rogers Bukit Raja Klang aku booked 2 days before event. Alhamdulillah, senang deal dengan staff situ. Datang-datang meja n kerusi dah siap tersusun. Venue pun cantik, hujung sudut so privacy. Nak nenen Irfan pun senang. Kehkeh.


Irfan suka sengih. Tapi sekarang dah kenal orang, orang tak biasa tengok dia akan nangis.


Part ni yang paling ditunggu-tunggu. Bila jelly kek Barney tu keluar je, Syirah dah macam surprise. Bila ramai-ramai nyanyi lagu birthday, dia pun nyanyi sekali tapi muka dia memang nampak sooooo excited macam nak pengsan. Perasaan aku masa tu? Speechless, am so touched tengok anak happy macam tu.


Syirah kan sekarang tengah 'gila' dengan Dora. So hadiah-hadiah dia dapat semua berunsurkan Dora. Kek je tak Dora. Sebab kat situ takde lagi buat Dora.


Family saya. Semua dah kenyang...Thanks kerana sama-sama meraikan Syirah. Semoga Syirah sihat selalu dan jadi anak solehah. Amin.

28 October, 2010

S.Y.I.R.A.H.

Dari sebesar 3.6kg dilahirkan, anak dara Mama dah 3 tahun.
U know how much we love u. Jadi anak solehah, sayang.