Advert




26 December, 2012

Congratulations Ucu!

Dulu konvo kat DSB. Sekarang student dah ramai yang masuk universiti. Ada building baru. Dewan Agong Tuanku Canselor. Building ni dekat ngan padang kawad. Dekat ngan stadium.  Dekat ngan Fakulti Sport Rec. So tak menganggu laluan lain. Boleh keluar terus kat pintu belakang area Pusat Bahasa.  Sape student UiTM Shah Alam tau lah ape yg aku perkatakan ni. Maklom la aku kan otai UiTM Shah Alam. Hahahaha..

Kami anak beranak dengan mak (kakak aku) pegi lewat agak-agak Ucu dah nak keluar dewan, baru kami sampai. Sebab paham-paham lah satu-satu sidang tu kan lama. Opah pergi ngan Acik Intan. Nasib baik ada Acik Intan nak temankan Opah masuk dewan.  Kami semua kerja, aku cuti tapi susah la nak bawak 2 orang kenit ni takleh masuk dewan.  Kesian yang pegi sorang orang veteran, sorang pregnant.

Syahdu sangat dengar lagu UiTM Di Hatiku berkumandang.  Ye, saya sayang UiTM. Tengah tunggu Ucu keluar dari DATC.  Kakak sibuk nak bagi bunga kat Ucu.



Ucu  mendapat ciuman daripada anak-anak buahnya yang baru 2 ketol.


Alhamdulillah Ucu dah abis degree. Dulu diploma kat Sarawak.  Degree kat Shah Alam. Tak sangka dah besar Ucu. Hahhaaa.. Dulu kekecik aku lah yang jaga dia. Tidokan, mandikan, bagi susu. Nak pegi mana-mana kena bawak adik. Heret ke kedai sana sini.  Umo ucu 7 tahun, abah meninggal.  Kesian kecik2 dah takde abah.  Tu yang dia ni dimanjakan.  Dah dimanjakan, sampai besar lah lemak berkrim dia. Huahuahua.


Opah yang banyaaaaaaaak sangat jasanya tak boleh nak dikenang. Tak terbalas. Membesarkan kami adik beradik bila abah dah takde.  5 orang semuanya. Semua masuk universiti, alhamdulillah. Hebat opah. Bukan kami yang hebat ye, opah yang hebat.  Tabah dan supermaknya opah tak tau nak cakap cemana. 


Dah settle semua, lapar lah ape lagi. Bila lapar, kita cari makan. Mak belanja, lagi double triple happy hahahhaa.....


Wordless Wednesday.

Papa's girl.



17 December, 2012

Mengimbau kenangan di Tasik Shah Alam.

Walaupun anak baru 5 tahun, baru pre-schooling.. tapi pandai jugak boring bila cuti sekolah.  Kesian jugak dengan adik yang 5 hari seminggu dok umah je.  Tak tau nak pegi mana, jauh-jauh memang tak lah. Shopping complex? Lagi boring (dan takut terbeli yang tak perlu).  Lastly, kita pegi tasik nak?  Dorang ni ok je janji bawak berjalan.

Tajuk mengimbau kenangan macam penah dating kat sini je mama korang. Yelah zaman study kat uitm dulu sini memang ramai student berdating.  Bukan nak cakap macam bagus, tapi mama tak pernah dating pun di zaman belajar dulu anak. Apetah lagi nak pegi tasik camni. Mama gi tasik ni untuk joging dengan kawan-kawan sehostel siap masing-masing bawak makanan lepas joging melantak bagai tak makan setahun! hahahaa...

Irfan sedang mengimbau kenangan on behalf Mama ekekekkeke..



Kami pergi berlima. Mak ngan Citan (Acik Intan) pun pegi.  Dapat tengok fish ngan kura-kura yang suam-suam kuku kewujudannya.



Ada lah jugak improvement kat Tasik Shah Alam ni.  Ada satu company bukak restoran and service naik kayak/benda kayuh2 tu pun ada.  Dulu zaman study ada, pastu lama dah takde.  Sekarang dah ada balik. Caj RM20 untuk sekali naik sampai pengsan kayuh.



Kakak sedap je lah duduk depan amik angin pastu arahkan orang "mama, mak cepat lah pegi sana.. " pastu "mama, mak..iyah nak tengok itik kat sana".  Amboi ingat senang ke nak kayuh setengah nak mati kayuhnya.. aduiii..



Irfan relaks je macam dah nak tido. Maklom la kena angin sepoi-sepoi. Yang seksa mama ngan mak korang mengayuh bagai nak gila.

Yang penting anak-anak happy... :)



11 December, 2012

Dating.


Amboi syoknya dating berdua beradik nampak?


Nomnomnom...dating kat Asiari, SACC Mall Shah Alam.  Vietnamese food.



Cerita lama terpendam ni, rambut Irfan pun masih panjang lagi time ni.  Makan aiskrim kemain suka.



Buai laju-laju..saya nak kawen dengan anak raja. Hahahaha...



Kami dating ^_^ 

Happy 6th Anniversary, Papa.  9/12/2006.  Semoga rumahtangga kita sentiasa dalam rahmat dan rezeki daripada Allah swt.  Amin.



05 December, 2012

Anak-anak solat.

Satu malam, mama dah tak sabar nak landing atas katil nak titon. Dah penat lepas balik keje, siapkan keje umah begitu begini dah gosok gigi semua.... tiba-tiba:

"Mama, iyah nak semayang"

"Ala kak, mama dah sudah semayang Isya' la kak" (dalam hati berkata, takkan la anak semayang pun nak halang kan tapi penat sangat ni nak bangun).

"Kakak pegi semayang sendiri boleh kan?"

Pastu ada pulak lagi satu suara menyampuk "Ipan pon nak ayangggg" si pelat ni pun nak jugaaak.

"Pegi ikut kakak".  Tapi mama terpaksa bangun jugak lah tengokkan dorang nak amik air semayang. Kang ada yang basah kuyup pulak main air.

Dah lepas tu, intai-intai ape lah keje 2 beradik yang tengah solat kat bilik belakang tu agaknya.





Adik tu main-main je masa kakak solat.  Maklom la kurang pemahaman lagi. Kakak tu dah besar tu yang paham.  Kakak tengah berdoa. Syahdu je tengok gamba ni.

Doa apa kakak baca? Ada lah doa dia sendiri... doa kami :)  Semoga anak-anak Mama jadi anak soleh dan solehah. Amin yarabbal alamin.


03 December, 2012

Komuter oh Komuter!

Takyah explain lagi lah kan dengan permasalahan komuter ni.  Selama seploh tahun setia menggunakan perkhidmatan komuter ni, dalam seminggu tu takde problem itu bukan komuter lah namanya.

Kisah hari Jumaat lepas, bergembira nak balik umah menatap wajah anak-anak dan suami.  Aku naik train tetiap hari memang lah dengan kawan baik ku Ila dan Kak Ila CIMB (hai kak ila.. tgh baca blog ni ke? hahhaa) . Naik shuttle turun kat Padang Jawa, then kena tunggu train ke Pelabuhan Klang (PK) yang otw kat belakang. 

Sedang elok train PK sampai, kami tunggu beria lah depan pintu tunggu dibukak.  Train berhenti dalam 3 minit, nampak driver keluar. Pintu masih tak bukak. Tetiba driver masuk dan train terus jalan! Tak dapat masuk dan orang kat dalam tak dapat keluar. Tak ke hangin di situ?!  Aku ngan Ila tak puas ati, kami pegi kat kaunter tanya apa masalahnya?  Walaupun dah tau, kalau tanya pun takkan pernah membantu, tapi at least kami nak tanya.  As expected, kaunter kata tak tau and tunggu train belakang.  And dia suruh call customer service.  Aku pun jawab lah "alahhh buang masa je call nombor tu bukan pernah angkat pun. korang ni tak pernah nya nak improve kan". Pastu kami pegi. Kuat jugak kami bertempik kat situ, orang keliling pandang je.

Sementelah komuter sekarang dah ada twitter, cuba la tanya kat situ:



Replied dari Ila yang paling tak tahan. " x yah nk :) sgtla "

Hahhahahahaahahaa...pastu ktmkomuter dah tak reply dah.  Entah2 dia baca pun gelak. Lantak korang lah janji kami dah luahkan kat situ. Service dah tentu ke laut, staff pun ke laut sama. Tolong lah improve sikit KTM Komuter!