Hari tu baca blog kak Fillanie, dia ajar buat aiskrim goreng simple gile. Itu yang teruja nak buat jugak sebab senang bangat. Pastu cuaca lak tengah panas sekarang memang sesuai lah. Buat ni weekend 2 minggu lepas.
Sediakan bahan-bahan seperti gamba di bawah. Tapi roti kena pakai banyak pastu agak membazir lah. Untuk satu bijik aiskrim goreng kena guna 2 keping roti. Aiskrim bulatkan letak tengah-tengah.
Pastu doublekan roti dan tekap untuk bulatan. Guna lah cawan ke apa ke yang bulat. Sehingga roti tu terpotong.
Macam ni rupa lepas dah tekap dan terpotong.
Tukang tekap terdiri daripada........ ^_^
Lepas tu goreng lah, pastikan minyak panas tapi api perlahan je tau. 4-5 saat je cukup. Jangan lama-lama nanti hangus hitam roti tu tak cantik, tak sedap.
Dah siap... masa makan leleh-leleh aiskrim nya.. hahahhahha dap u ols. Cuba lah!
7 comments:
telioq kak oiiiiiii, balik ni nak try buat jugak
Ps; nak pinjam tukang tekap buleh tak?
Farah.. bila buat aiskrim goreng ni mmg rasa sayang sgt ngan roti yg lebih2 tu .. saya amik wat puding roti.. pun sedap.. tiada pembaziran heheheh...
akak kan...dari ari tu nak coba...
pastu bila dah beli roti tak de aiskrim
ni ada aiskrim roti tak de
tak pernah yang purposely beli aiskrim dan roti tuk buat aiskrim goreng nieH
padahal senang je kan
Farikh: dah buat blom? senang bangat... sap sap soi je siap. Tukang tekap nak kena bayar gaji per hour hahahhaa
Liza: betul betul. buat puding roti. good idea!
Kak Ila: hahaha kak ila, umah saya roti tu sentiasa ada. aiskrim je yg takde. senang sangat kak, pepetang takde menu petang buat ni pun mabeles!
Farah, anis da wat aritu...mmg sedappp...
Alah anis..takat aiskrim goreng camni sebelah mata je. Ko macam2 jenis kek dah buat hehehhe
Post a Comment