Advert




28 February, 2014

Doa Terhindar Dari Riak

Ya Allah, lama betul tak update blog kan. Sebab banyak update gambar kat Instagram. Walaupun blog ni hanya lah suam-suam kuku, nak la jugak update sebab nak store stories untuk simpanan. Bila baca post lama-lama, kadang benda tu kita dah terlupa dapat la recall pastu seronok rasa.  Kan kan, sape ada blog mesti tau perasaan camne.

Nak refresh entry baru dengan satu doa untuk dikongsi bersama. Ye lah social media ni kadang-kadang menyebabkan kita tersasar.  Apa yang kita share sama ada status, gambar, link tak semua orang boleh terima macam apa yang kita fikir.  Kita niat untuk share tapi orang anggap riak. Mana lah tau kan hati manusia lain-lain.  Niat kita hanya kita dan Allah Maha Mengetahui.



Nanti rajin kita update lagi.  Salam Jumaat baraqah!

23 January, 2014

Syirah dah masuk Tahun 1.

Sekarang tak panggil darjah macam kita dulu, sekarang guna tahun. Tahun 1, tahun 2 camtu. Bila tanya Syirah darjah 1 ape? Dia blur. Darjah tu ape katanye. Hahaha.

Lama gile ku tak update blog. Sibuk dengan urusan anak sekolah, keluarga dan office pun banyak kerja awal-awal tahun ni. Seawal 5 pagi dah start keje kat rumah membawak ke 11.30 malam baru dapat baring. Sentiasa berdoa Allah bagi kesihatan yang baik untuk aku berbakti kepada keluarga dan beramal ibadat.

Berbalik pada Syirah dah masuk darjah 1 tadi... tak sangka anak ku dah besar! Dah darjah 1. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru sangat update blog citer pasal development dia merangkak berlari semua.  Nape cepat nau huhuuu...

Alhamdulillah orientasi dia kami laki bini amik cuti dan hantar dia. Irfan tinggal dengan babysitter so at least dapat lah concentrate dengan Syirah.  Mama dengar taklimat kat dalam dewan, Papa duduk 10 minit dah boring..biasalah orang lelaki kan. Pastu dia gi tengok anak dia.


Masa orientasi, happy sangat dia tak sabar nak sekolah.  Tapi masa 1st day sekolah tu, muka agak monyok juga. Siap suruh mama tunggu kat kantin.  Mama pun 2 hari amik cuti (1st & 2nd day school) untuk tengok dia pastu ajar dia kat kantin.  Lepas hantar mama balik pastu time rehat datang tengok, balik amik camtu lah. Penat jadik housewife kan, in between anak sekolah tu bukan senang lenang baring kat umah tengok tv ke hape. Masak lah basuh kain kemas rumah semua. Pastu kang amik anak pastu balik bagi anak makan nanti petang hantar sekolah lagi.  Tapi happy sangat dapat tengok anak-anak depan mata. Semua kita buat.  How i wish!



Pagi dia sekolah agama, dekat je dengan umah. Alhamdulillah nasib ada atok (husband babysitter Irfan) tolong hantar amik sekolah pagi petang.  Syukur sangat. Nak harap van memang tak lah.  

Ni kawan sekolah agama dia, nama Syuhada.  Sesejak dah ada kawan, suka la pegi sekolah. Mama takut je keluar perkataan 'boring' dari mulut dia. Baru darjah 1 kan apesal nak boring-boring.
Sekolah petang jauh sikit dari umah.  Mula-mula masuk kelas lain tanya cikgu  katanya takde pertukaran dah. Sekali minggu ni kena tukar kelas lain.  Lepas buat exam LINUS (baca, kira, tulis). Alhamdulillah bangga la mak ko kan dapat kelas pandai. Hihihi bukan eksen ye, bangga sebagai mak. Salah ke?  Positip aje lah fikiran tu. Nasib baik jugak kawan dia Puteri Nabila tu pun dapat kelas sama.  



Doa Mama semoga anak-anak Mama diterangkan hati untuk belajar, rajin pergi sekolah, hormat cikgu, akhlak baik dengan cikgu & kawan-kawan dan sentiasa dilindungi Allah. Ye lah Mama work dah la jauh dari sekolah. Hati mak mana yang tak risau je seharian. Mama letakkan keyakinan pada Allah sebab mama tahu Allah ada untuk jaga kamu semua.  Amin amin ya rabbal alamin.