Advert




Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

23 January, 2014

Syirah dah masuk Tahun 1.

Sekarang tak panggil darjah macam kita dulu, sekarang guna tahun. Tahun 1, tahun 2 camtu. Bila tanya Syirah darjah 1 ape? Dia blur. Darjah tu ape katanye. Hahaha.

Lama gile ku tak update blog. Sibuk dengan urusan anak sekolah, keluarga dan office pun banyak kerja awal-awal tahun ni. Seawal 5 pagi dah start keje kat rumah membawak ke 11.30 malam baru dapat baring. Sentiasa berdoa Allah bagi kesihatan yang baik untuk aku berbakti kepada keluarga dan beramal ibadat.

Berbalik pada Syirah dah masuk darjah 1 tadi... tak sangka anak ku dah besar! Dah darjah 1. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru sangat update blog citer pasal development dia merangkak berlari semua.  Nape cepat nau huhuuu...

Alhamdulillah orientasi dia kami laki bini amik cuti dan hantar dia. Irfan tinggal dengan babysitter so at least dapat lah concentrate dengan Syirah.  Mama dengar taklimat kat dalam dewan, Papa duduk 10 minit dah boring..biasalah orang lelaki kan. Pastu dia gi tengok anak dia.


Masa orientasi, happy sangat dia tak sabar nak sekolah.  Tapi masa 1st day sekolah tu, muka agak monyok juga. Siap suruh mama tunggu kat kantin.  Mama pun 2 hari amik cuti (1st & 2nd day school) untuk tengok dia pastu ajar dia kat kantin.  Lepas hantar mama balik pastu time rehat datang tengok, balik amik camtu lah. Penat jadik housewife kan, in between anak sekolah tu bukan senang lenang baring kat umah tengok tv ke hape. Masak lah basuh kain kemas rumah semua. Pastu kang amik anak pastu balik bagi anak makan nanti petang hantar sekolah lagi.  Tapi happy sangat dapat tengok anak-anak depan mata. Semua kita buat.  How i wish!



Pagi dia sekolah agama, dekat je dengan umah. Alhamdulillah nasib ada atok (husband babysitter Irfan) tolong hantar amik sekolah pagi petang.  Syukur sangat. Nak harap van memang tak lah.  

Ni kawan sekolah agama dia, nama Syuhada.  Sesejak dah ada kawan, suka la pegi sekolah. Mama takut je keluar perkataan 'boring' dari mulut dia. Baru darjah 1 kan apesal nak boring-boring.
Sekolah petang jauh sikit dari umah.  Mula-mula masuk kelas lain tanya cikgu  katanya takde pertukaran dah. Sekali minggu ni kena tukar kelas lain.  Lepas buat exam LINUS (baca, kira, tulis). Alhamdulillah bangga la mak ko kan dapat kelas pandai. Hihihi bukan eksen ye, bangga sebagai mak. Salah ke?  Positip aje lah fikiran tu. Nasib baik jugak kawan dia Puteri Nabila tu pun dapat kelas sama.  



Doa Mama semoga anak-anak Mama diterangkan hati untuk belajar, rajin pergi sekolah, hormat cikgu, akhlak baik dengan cikgu & kawan-kawan dan sentiasa dilindungi Allah. Ye lah Mama work dah la jauh dari sekolah. Hati mak mana yang tak risau je seharian. Mama letakkan keyakinan pada Allah sebab mama tahu Allah ada untuk jaga kamu semua.  Amin amin ya rabbal alamin.


19 November, 2013

Maira 6th year Birthday at School.

26 October dah menginjak 6 tahun usia anak sulung Mama Papa.  Alhamdulillah anak yang tak banyak cengkadak, jarang sakit alhamdulillah syukur, anak yang pandai.  Tapi satu je suka menyakat adik. Tu yang selalu kena marah dengan mama. 

Kek yang dia pilih sendiri untuk celebrate dengan kawan-kawan tadika.  Tayo The Bus.  Sukati lah anak... Mama tempah kat Jasmeen Home Delight.  



Birthday girls yang diraikan yang hari lahir bulan Oktober. Mengaji, berdoa, menyanyi kat depan dulu.  Birthday girls kena pakai baju cantik hari tu, tak pakai uniform sekolah.



Mama ambik cuti satu hari tu saje nak join birthday celebration.  Last year pun camtu hihi. Tapi mama sorang je lah, takde pun parents lain.  Bukan senang nak dapat moment camni, ini kan pulak last year sekolah tadika.  Sekolah betul nanti tak dapek dah...



Dengan kawan-kawan..happy.  Happy birthday Kakak.  Semoga jadi anak solehah.  Mama, Papa, adik semua sayang kakak.  




31 May, 2012

Hari Guru

Dah lama berlalu kan Hari Guru? Ni dah cuti sekolah pun.  Mama lupa, baru nak story mory. Cikgu pun satu tau, ada ke lusa ada sambutan Hari Guru. Harini baru nak bagi surat. Kalo tak boleh lah tempah kek ke, muffin ke, kuih ke untuk bawak. Cikgu tak lah suruh bawak makanan tapi bagi memeriahkan majlis kata orang.

Sehari sebelum hari guru tu Syirah dok la risau nak bawak apa harijadi cikgu kata dia. Hahhaa..  Malam tu menggagau la pegi cari kek. Secret Recipe kek sebijik kan kemain mahal RM84 inclusive tax. Boring je plain macam tu

Pegi Tesco, ada kedai kek King Confectionery. Ingatkan murah la kek situ, sama gak mahalnya. Ada pulak beberapa kek angry bird. Syirah dah terlompat-lompat excited. "Iyah nak kek angry bird! Iyah nak kek angry bird!"

Kak, ni harijadi Iyah ke harijadi cikgu? Tapi sebab nak jugak jugak, belikan je lah. RM66 ye harganya.  Takpelah nak makan dengan cikgu dan kawan-kawan. Comel jugak kek nya.

Kat sekolah cikgu dan kawan-kawan panggil dia Maira =)



Kad ni beli jugak, tulis sendiri. Mama sebut, dia tulis. 



Thank you teachers.  Semoga Syirah bakal menjadi murid yang bijak ilmu duniawi dan ukhrawi.  InsyaAllah.

Esoknya selepas sambutan hari guru kat sekolah, tanya dia "Kakak makan tak kek tu, sedap tak?" "Iyah tak sempat makan dah habis".  Emmmm anak saya ni memang bab ni memang ketinggalan. Slow motion. Takpelah kak. Lain kali lah makan :P

20 March, 2012

Maths Syirah

Actually Mama dah standy exercise book banyak-banyak (yang beli singgit satu kat MPH tu) untuk buat masa cuti sekolah seminggu haritu. Teacher ada bagi homework jugak tapi Jumaat malam (last day sekolah) dah siap semua. Pastu mengarok nak buat lagi. Sib baik ada buku lain.

Ok lah kan untuk budak 5 tahun buat Maths camni? Dia kira sendiri, bulat sendiri. Mama tengok kan je tak ajar. Eh bukan lah nak kata #pandainya anak aku.  Aku pun tak tau pandai ke atau biasa ke atau terlambat ke. Sebab tak penah ada anak yang sekolah. Kalo ikut Mama dia, sekolah tadika pun tak abis hahahhaa.. sebab ada budak jahat so tak abis tadika.



Nombor 6 Syirah macam b pun ade.  Tengok kan je apa dia buat. Setakat ni tak penah marah lagi kalo dia tulis salah ke tak cantik ke. Lantak lah. Nama pun budak baru belajar. Takkan nak paksa ye tak. Kalo salah tu biasalah. Gelak lagi ada.




Ok la tu kan?  Setakat ni alhamdulillah rajin buat homework sampai malam ajak tido pun leka. Nak kena beli lagi exercise books. Ya Allah aku mohon semoga anak ku rajin belajar sampai dia besar dan jadi anak yang bijak dan berjaya. Amin.


25 January, 2012

Sape nak tempah cupcakes Syirah?

Cer teka Syirah kat mana? Eh suka nau main guess guess kan...maklom la kat umah biasa main guess guess ngan anak-anak.


Dah lama dah citer ni bulan December lepas. Saja suka-suka nak biasakan dia bersosial sebelum masuk sekolah. Dapat la main masak-masak sekali. Tapi mama dia cuti dah takde tak boleh nak hantar so mintak la tolong cousin Mama, Syirah panggil Ciklong. Ciklong yang hantarkan. Class ni buat kat Smart Reader seksyen 3 Shah Alam. Sementelah umah Ciklong pun kat Seksyen 7, dekat je lah nak hantar.

Comel kan tengok budak-budak kenit ni pakai apron ngan topi. Alahaiiii comel anak aku *puji anak sendiri adalah perkara biasa sebagai motivasi* muahahaha *____*



Mula-mula teacher yang bancuhkan adunan nak buat cupcakes tu. Kemain lagi Syirah menjeling.  Ciklong dia citer, masuk class pastu tinggalkan je dia. Dia ok je. Mama nebes, time ni first time biarkan Syirah sendiri.


Kakak menunjukkan belang dengan percubaan meminta barang dari orang. Dia ni nampak je lembik, garang hokey. Adik selalu kena marah. Bebel dia perghh berdesing. Ikut sapelah kakak ni garang camni *sambil mama tertunduk malu*


Yeay dah siap... masing-masing bangga lah tu dengan hasil cupcakes sendiri. Rasanya Syirah yang paling kecik kat sini. Lain-lain tu macam dah besar je.



Ini lah hasilnya. Tadaaaaaaaa....ada sesapa nak tempah tak? Hahhaa.
Bangga mama kamu, anak.
Ini lah cupcakes paling cantik pernah Mama tengok <--- cakap camni kat Syirah, muka dia bukan main bangga.