Advert




11 July, 2008

Dating

La la la la.... hari ni nak gi dating ngan suami. Siap amik halfday ok. Nak gi Mid Valley after Jumaat.
Tengah plan ni nak buat ape eh? Nak tunaikan hajat tengok wayang kah? Maklum la nama pun dating. Syirah takde...hehe. Helper mak ada kat umah tu ha senang la ati sikit.
Ke nak beli itu? ini?
Apa pun... aku teruje.... Hahha siannya bini siapa lah ni.

10 July, 2008

Banyak perkara

Peningnya kepala semenjak dua menjak ni. Banyak sangat benda tengah pikir.

1) kerja kat ofis yang semakin bertambah banyakkkk
2) decision to follow bos or not
3) helper untuk mak
4) class yg nak start next week..boringnyeee
5) bila nak dok dekat ni
6) ada orang marah-marah...aku kah yang salah?

Kalo lah dapat jadik housewife jaga anak kat umah lagi syok takyah pening-pening pikir pasal hal luar ni.

p/s: Yasmin Ahmad ni asik datang meeting kat department aku ni. Takde ke dia nak buat advert/film baru? Nak try apply. Layak sangat ke? ahaha..takpelah apply jadi staff belakang tabir pun ok la :P

07 July, 2008

Sabtu

Hari Sabtu lepas gi umah Nenek Usu Syirah kat Shah Alam. Nasib baik dorang ada kat umah. Biasalah dorang selalu busy. Weekdays keje, weekend pulak dengan business canopy.

Lepas dok borak2, Syirah pun start ngamuk dah mengantuk. Mama ajak Opah ngan Ucu pi SACC Mall. Saje jalan-jalan cari pasal. Hehehe..

On the way to SACC, dalam keta Syirah dah tido. Bila sampai SACC, kena transfer dia dalam stroller. Sementara Syirah tido tu, jalan-jalan dulu. Masuk butik Anakku, Poney lah bagai. Tahan takmo beli apa2. Tapi 'ter'beli gak headbands Syirah. Halal le. Then, gi MPH belikan Syirah flash cards. Kira ok la bagi anak pandai. ekekeke..


Bila intai dalam stroller, minah kecik tu dah bukak mata sambil sengih. Ooo dah bangun ye anak Mama. So, jom pi makan. Ucu dah nak balik Sarawak hari Selasa nanti. So, nak bawak Ucu pi makan sedap tapi salah langkah ler, masuk kat Cafe De Palma kat SACC tu. Tak best la. Food tak cedap pastu mahal ok. Takpelah next time takyah pegi lagi.

Bye..

05 July, 2008

Grrrrr....geram

Geramnye! Digi cam Mama buat hal. Dah banyak amik gamba sempena nak masuk dalam blog ni. Tetiba bila nak upload, dia keluar kat screen "Format Error". Hah?
Mana pegi semua gamba2 itu? Huwaaaa...penatnye Mama beria-ia amik gamba.
Ini telah mendatangkan kemarahan!! Arghhh..! Dush! Dush!(sambil tumbuk meja).

03 July, 2008

Jihan & Family

Last Sunday, Mama's cousin datang all the way from Perlis. Auntie Mir ni actually time sekolah dulu tinggal dengan Mama. Umo dia baru 22 tahun, dia kawen same year with Mama, year of 2006. Masa dia married, umo dia baru 21 tahun, muda kan? Dia pun dah ada sorang baby, tapi boy - Jihan Nuruddin. Now, she's pregnant lagi. Dah 3 bulan. Hehe..so productive.

Actually dia balik rumah FIL dia kat Ampang so singgah la sekali umah nak bawak Jihan jumpa Syirah. Jihan tembamnyee, sangat pejal dan bersemangat waja. haha. Kuat makan n minum susu, according to ibu dia. Auntie Mir ni housewife so best lah Jihan kan.

Dalam pada tu, Mama suprised sangat sebab Syirah telah menunjukkan ciri-ciri jealous bila Mama dukung Jihan. Syirah boleh pulak nangis tiba-tiba pastu tak bagi Mama dukung Jihan. Asyik dok merengek buat perangai. Syirah..Syirah.. camne nak bagi adik ni? hehehe. Jihan pulak baik je, main-main sekali dengan Syirah. Syirah pulak ganas semacam, dia pegi ramasnye si Jihan. Sakit woo sib baik budak tu tak nangis.

To Mir, have a healthy 2nd pregnancy dan jaga diri baik-baik. Jihan, selamat dapat adik baru!



01 July, 2008

I'm touched..

Mama rasa sangat terharu bila:
  • Syirah dah pandai nangis bila Mama nak pegi keje.. macam cannot let Mama go. Mama sedih ok.
  • Mama balik keje, then cakap "assalamualaikum", Syirah tercari-cari suara Mama pastu mintak perhatian. Kalau Mama buat tak tau, Syirah nangis.
  • Suka nak Mama dukung lebih-lebih lagi bila Mama balik keje, sampai tak heran dah kat orang lain.
  • Petang Mama balik dari keje, Syirah cium muka Mama macam rindu seharian tak jumpa.
  • Syirah pandai jeles bila Mama dukung Jihan (cousin Syirah). Siap nangis-nangis suruh amik Syirah.
  • Syirah merengek-rengek nampak Mama padahal sebelum tu Mama takde ok je main sendiri.

Sejak 2-3 bulan ni, Syirah dah betul-betul kenal Mama dia. Dulu bukan tak kenal, tapi maybe tak pasti. Mama pun baru betul-betul rasa jadi MAMA yang sebenar bila Syirah buat gini semua.


First time mother macam aku ni memang lah teruja sikit. Mak-mak yang dah anak 2-3 orang maybe dah biasa. For those mama-to-be, nanti korang pun akan rasa. Perasaan yg tak tergambar dengan kata-kata bila anak kita tau siapa mak dia. - Speechless-