Advert




Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

02 October, 2012

Mama @ work

Jarang masuk kisah kerja dalam blog ni. Bukan apa, priority blog ni pun bukan pasal hal kerja. Hal kerja ni tak best pun.. hahaha..

Tapi nak gak selitkan sikit-sikit gamba masa duty kat event haritu. Banyak-banyak event, event ni je yang teringat nak amik gamba. Ye lah selalunya stakeholders internal je, yang kali ni stakeholders orang luar.

Malas nak taip lah, sikit2 cukup lah.


Duty kat registration counter je pun.


Tapi kadang-kadang kena lari ke media secretariat room. Sana sini sana sini selama 3 hari, mau tak sakit kaki!


Menyelit kejap. Ni hari ke-dua.



Ada sesapa perlukan speaker untuk topik Islamic finance? Sila contact... saya bersedia membantu. 

Hahahahaha...



10 May, 2012

Happy Secretaries Day.

Alhamdulillah.  Ada la jugak walau tahun ni show Secretaries week tak dapat pegi show Faizal Tahir yang dibatalkan oleh penganjur.

Thank you bosses!



13 July, 2011

Personal Development

Amacam? Poyo tak gambo tengah beria-ia tulis ni? Aku memang selalu jadik tukang tulis kalo gi course. Tau lah tulisan aku lawa hahahaha. Kena ah nak mencukupkan kuota pegi training tahun ni, pegi je lah kan at least dapat gak release keje ofis.




Course yang aku pegi ni, speaker dia ialah Puan Serene antaranya dia cakap pasal KSA (Knowledge, Skills, Attitudes) yang perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk berjaya. Dia juga ada explain tentang How to manage difficult personalities and manage our personalities to manage others. Ha paham tak? Jangan ingat kita ni bagus sangat kan, rupanya orang lain anggap kita ni lain. So continuously kena tanya soalan dengan colleagues atau bos "apa yang diaorang nak kita improve?" sebab kita tak tau diri kita, hanya orang lain yang nampak kelebihan dan kekurangan kita. Course ni jugak ada bincang pasal CHANGE. Bersediakah kita untuk sesuatu perubahan? Atau kita tak mau berubah sebab kita dah ada 'comfort zone' sendiri. So kalau takmo berubah duduk lah di takuk tu je sampai bila-bila. Sebab untuk berubah bukannya mudah. Perlu bersedia dari segi mental especially.


Ada satu topik yang dibincangkan yang menarik perhatian aku ialah "Complement your Boss and raise his/her Career to Progress Yours". Korang agree? Aku kureng setuju di situ. Puan Serene ni kata, kalau bos kita yang salah, kita kena mengaku yang salah tu datangnya dari kita bukan dari bos. Tapi kalau nak 'hidup', cara ni memang cepat naik lah. Tapi aku ni jenis tak pandai bodek dan tak suka hipokrit.. aku tak suka, aku cakap je. Bos bagi keje buat, cukup masa balik.




Ok lah habis citer tu. Salah satu kriteria untuk pergi kursus, harus lah pilih yang makanan dia sedap! Muahaha.. teruknye lah perangai. Oh btw, course ni kat Legend Hotel and tempat makan ni of course lah Di Atas Brasserie. Alhamdulillah sedap tapi dulu lagi sedap, sekarang macam ok-ok je. Makanan spt dalam gamba yang aku amik untuk 2 hari, bukan untuk 1 hari. Nafsu masih terkawal.


Dalam banyak-banyak perkara, aku paling tertarik kat toilet hotel ni. Comelnyeeee macam kat dalam babyroom kan. Wallpaper tu aku suke. Ngan kayu-kayu coklat tu, cantik sangat.




Bilik tempat kami brainstorm ... ada tukang penunjuk arah (part time, cari duit lebih)... sila masuk.


Saat yang dinantikan telah tiba.... BALIK!! Cecepat amik certificate pastu calow..Tak sempat nak tukar-tukar contact number ngan participant lain (perlu ke?)



Ahli group ni je yang aku kenal. Hahahha. Yang duduk tu kawan baru, nama dia Hanim. Dia PA Cikgu Siti Hajar. Sape nak kawan ngan artis boley la contact dia ekeke..



10 March, 2011

Kursus bersama Dr Hj Mohd Sobree

The Title.

The venue. Holiday Inn Shah Alam.

The accompany sengal with our milk bags.


The superblicious food.


The nice bench with model.


Course completion.


Nampak sangat pemalasnya. At least.... i berusaha jugak untuk update (sambil 2 tangan ke dada dan kepala digoyangkan, sape paham boleh gelak).

21 February, 2011

Motivasi Ketrampilan Diri Eksekutif & Berpemikiran Kecemerlangan Global

On course for 2 days. Lari dari opis kejap...motivasi lah sangat kan. Hehehe. Orang ni hantar email cakap CIK...terasa muda kejap. Jangan jeles. Ok tu je. Bye.
Dear Cik Farah,

We would like to inform that the above course would be conducted as scheduled.
The details of the training as below :-
Date : 21 - 22 February 2011 (Monday - Tuesday)
Time : 0900 - 1700
Venue : Holiday Inn Glenmarie

14 August, 2010

Dinner @ One World Hotel

Banyak benda tak update. Semua citer agak keterbelakang. Salah satunya company dinner ni. Sebenarnya time ni aku belum habis maternity leave lagi. Still dalam cuti tapi dah habis pantang lah.

Setelah mendapat keizinan suami (dia tak balik) dan mak, maka dapat lah aku pegi bertemankan adik. Lama tak keluar kan, sekali dapat keluar dapat lah release kepala. Actually orang dalam pantang sangat stress so, kena gak keluar sekali sekala. Tu yang kalo stress sangat boleh meroyan tu. Eh, ni dah citer lain.


Ok lah takde apa yang menarik dinner kali ni. Dapat dok meja VIP (sebab dok ngan bos), stage depan mata je. Tapi sebab aku bukan peminat Anuar Zain so tak heran sangatlah. Chinese food yang ok-ok. Dapat doorgift berupa pemain MP3, boleh lah bagi kat Syirah.


Dapat lah adik aku amik gambo ngan Anuar yang turun datang dekat ngan meja. Sebenarnya jasad aku je yg ada kat dalam ballroom, tapi kepala teringat anak-anak kat umah. Dok meronta-ronta nak balik.

14 April, 2010

Chef n Brew

Kakak-kakak satu department kat ofis memang rajin jalan-jalan cari makan kat luar bila lunch hour. Kalau dorang ajak, aku follow. Kalau rajin pun aku follow. Kadang-kadang kalau malas tak ikut. Selalunya rajin lah ikut sebab bukan jalan kaki, orang drive jadi penumpang pun mau malas?

Maka di hari Jumaat yang hening lepas, bila semua lelaki-lelaki pergi solat Jumaat, aku pun ikut je dorang ni keluar. Tak tau pun dorang nak gi mana, ikut je lah. Sampai kat Bukit Damansara, lokasi pilihan adalah di Chef n Brew. Ini adalah pertama kali aku jejak kaki dan mencuba makanan kat sini. Menu fusion, western dan ada jugak Malay food tapi kebanyakannya western lah.

Aku yang memula sakit kaki dan pinggang, tetiba jadi ceria bila sampai topik makan. Walaupun makan tak seberapa sesejak dah 3rd trimester ni. Suasana kat sini tenang je.


Aku telah meng'order' fish n chip saja. Tak berapa nak lapar. Tapi habis licin jugak lah. Rasanya biasa-biasa je bagi aku yang biasa-biasa jugak ni. Hehe.

Tapi yang marvelous kat sini adalah kek cokelat durian ni. Katanya most recommended. Luar cokelat isi dalamnya durian semata. Memang pun! Sedap sangat bagi aku yang hantu durian ni.

Ok lah itu je aktiviti aku di hari kerja. Selebihnya buat kerja lah... takpun borak kadang-kadang kalau boring. haha..


11 April, 2010

Berkursus bukan kurus..

Hujung bulan Mac yang lalu, aku terpaksa pergi kursus. Haha terpaksa peginye. Ye lah nanti tak cukup pulak kuota nak masuk dalam KPI. At least kena pergi 2 course setahun. Sementara belum bersalin ni, baik pegi. Lepas bersalin kang, takut banyak pulak halangan. Baby lagi, masa suntuk lagi.
Bertempat di Hotel Melia, Jalan Bukit Bintang nun dengan gigihnya aku dan rakan-rakan se'company' menghadirkan diri ke kursus yang bertajuk Management & Administrative Skills for Secretaries and Administrations.
Gigih tak gigih, semua yang pergi ibu mengandung. Naik monorel pulak tu. Berdikari sangat. Sila puji.


Masa nak abis course, Derna sempat touch up sebab nanti nak amik gamba. Hahaha.

Group photo bersama speaker Mr. Anthony Fernandez. Overall, ok je. (Ni namanya entry cukup makan).


06 December, 2009

Dinner Papa & Mama

21 November 2009 - kami suami isteri ada dinner undangan company tempat aku bekerja. Awal-awal dah remind husband masuk dalam diary dia. No other commitment okay..wah paksa ni. Lagi satu, awal-awal dah plan strategi bagaimana untuk 'melarikan' diri dari Syirah. Jadi pada hari kejadian, Maklong dan Ucu telah mengajak Syirah pergi ke Tanjung Harapan tengok air laut. Alhamdulillah... dapat la kami pergi tanpa lihat Syirah nangis, kalo tak sedih woo.

Meja bernombor 161 menempatkan kami nun jauh di sebelah kiri pentas, betul-betul di tepi dinding. Memang tak dapat tengok clear lah. Tengok big bos berucap pun dalam skrin..dongak siap sampai kejang leher aku. Tapi part big bos announce tambahan bonus tu terus leher jadi panjang...ekekke alhamdulillah rezeki anak. Eh bapaknya tetiba cuit penuh makna, ada apa2 ke?

Tak selera makan dan tak selera nak amik gambo makanan. Chinese food yang so-so aje rasanya. Husband nak makan shark fin sup pun takde. Dibaginya chicken sup. Heh. Sian mengidam kot suamiku. Nyanyian oleh staff sangat menghiburkan, suara masing-masing superb! Masa Dayang Nurfaizah nyanyi aku tak tengok lah, tak minat. Boring-boring sms dengan kawan-kawan untuk keluar bergambar kenangan.

Terdahulu harus lah bergambar dengan teman sejati, berlatarbelakangkan ulangtahun ke 50.


Tidak ketinggalan kelab mama-mummy-ibu. Semua pun nak posing ... jangan marah. Wow masing-masing tak kalah gaya. Aku je yang tak semenggah di situ. Bawak diri pun tak larat, nak jugaakk.


Dengan Mya, yang terserempak masa aku tengah dok buang masa kat luar. Memula cam segan tapi Mya panggil, aku pun join la dua kaki. Pastu dengan Tinie sekali.


Beakhirlah malam dinner kami yang sedang-sedang aje. Sampai umah kul 12.30 malam, anak daraku dah pun tido. Tapi macam tau je Mama dia balik, dia bukak macam mamai. Pastu aku ada hati nak menipu lagi cakap "Mama work". Dia bleh jawah "bukann". Hahhaha... ada ke tengah-tengah malam pegi work.

13 February, 2009

Cruise @ Putrajaya

Waa tajuk cam gah je kan. Padahal naik Cruise tu pun sebab kene kerja dong.

Ni citer dah outdated sebenarnya, sebab berlaku last week. Kira baru gak la kan. Masa orang dok sibuk cuti 3 hari berturut-turut masa Thaipusam aritu, aku diarahkan untuk keje. Huhuhu tak dpt spend time dengan Syirah..takpelah demi sesuap nasi..hehehe..Tapi bukan aku sorang yang kena keje, majority staff kat CB ni kena keje in conjunction dengan 50 tahun usianya.

Hari2 kena stayback pastu weekend kena keje,,apakah perasaan anda? Sangat kesian pada Syirah. Bibik dah soh dtg weekend.Sib baik ada opah ngan maklong Syirah yg tolong. Tima kasih banyak-banyak.

Aku berada dalam salah satu committee dan antara tugasnya untuk monitor videographer & photographer. Tapi masa naik Cruise ni kami ikut social program untuk spouses. Dpt lah merasa naik kan, kalo tak...takde dehh. Ohh event2 lain telah di'handle' oleh rakan2 yang lain. Yg kat KLCC, kat HQ pun ada...tak lupa kat Mandarin Oriental. Aku just join yg mild-mild punya event je.. ada eh event panggil mild? Lantok kan...tapi tetap penat sebab tak cuti.

It was a good experience indeed, so hopefully leh la gain macam2 experience next time.

Chiow....



Mata jadi gitu sebab panas terik

Dalam cruise..dengan rakan2 yg bertugas

04 September, 2008

Kuatkan iman

Ada external people call line phone bos ni, marah-marah.
Sejak semalam sebenarnya. Hari ni kol lagi. Kol je nak marah. Bukan setakat marah je, 4 letter word semua keluar. Cakap elok-elok tak boleh ke? Sah-sah ko tu orang ISLAM. Ko tak puasa ke pakcik? (i assumed he is a pakcik based on his voice).
Pa'kan la aku posa ni. Tadi pun tahap kesabaran aku dah nak meletup. Aku tinggi suara, nak je aku sound "u ni tak puasa ke?" . Eii bodohnya orang ni kalau aku jumpa nak je aku lempang. Ha kau.. terkeluar gak perkataan 'bodoh' yang dari tadi aku cuba cover.
Ko buat aku stress. Eiiii geramnye!!!

10 July, 2008

Banyak perkara

Peningnya kepala semenjak dua menjak ni. Banyak sangat benda tengah pikir.

1) kerja kat ofis yang semakin bertambah banyakkkk
2) decision to follow bos or not
3) helper untuk mak
4) class yg nak start next week..boringnyeee
5) bila nak dok dekat ni
6) ada orang marah-marah...aku kah yang salah?

Kalo lah dapat jadik housewife jaga anak kat umah lagi syok takyah pening-pening pikir pasal hal luar ni.

p/s: Yasmin Ahmad ni asik datang meeting kat department aku ni. Takde ke dia nak buat advert/film baru? Nak try apply. Layak sangat ke? ahaha..takpelah apply jadi staff belakang tabir pun ok la :P

13 June, 2008

Recognition Day

The event was held on last Wednesday, during hi-tea. The BIG BOS was invited as the Guest of Honor. Mama was there as the one of the committee members.

There was a lot of food like roti jala, pengat durian, yong tau fu, lemang+rendang daging, and many more. Mama ate a lot!

Before that, Mama had to attend an informative session on Creative Writing by Puan Nisah Haron, the well-known writer. Can improve my writing skills.

Overall, the event finished at about 5.45 pm. Very tired.

30 April, 2008

Hampeh

Dear Farah
I am pleased to attach the ADMISSION TICKET & INVOICE for the
THE EXTRAORDINARY NATIONAL CONFERENCE FOR SECRETARIES,
PERSONAL ASSISTANTS & ADMIN PERSONNEL on
24-25 April 2008 at Parkroyal KL
Please choose 1 gift from the list attached.


Kena gi course 2 hari seperti di atas.

Sangat mengujakan dapat larik dari ofis jap. Tajuk kursus tu gah kan? Extraordinaray beb! Tapi hasilnya..ado!. Walopun dapat free gift iaitu handbag Carlo Rino (sah-sah dah kira sekali dalam fee), tapi course content aduii yaii. Ada la sorang dua speaker yg ok. Overall, banyak wat benda bodoh-bodoh je. Suruh lompat-lompat, cam badut pun ade. Aku takmo pegi lagi any course organise by this company! Boring gile amat. Blacklist!
Tapi sempat gak posing ye adik-adik. Credit to Kak Ila yg baik hati.

Comel tak? :P