Advert




03 June, 2008

Balik kampung - Edisi I

Oo balik kampung oo balik kampung, orang jarang dapat balik kampung gini lah gayanya. Hehe.

Hari Khamis pukul 8 pagi dah bertolak dari Klang, Selangor nun ke Baling, Kedah. Alhamdulillah perjalanan amat lancar dan tak la penat sangat. Syirah main lompat2 dalam keta dan mulutnya tak berenti membebel. She was soo excited. Behave pulak tu. Sangat baik. Lebih 1 jam perjalanan, Syirah dah gosok2 mata, mari kita tidokan dia. Dapat la 2 jam dia tido. Bila sampai kat R&R Sg. Perak, automatically Syirah terjaga. Kami pun singgah jap untuk makan dan buat regangan badan.

Masa sampai kat area Grik kan, ada banyak signboard gambar rusa. Tak penah nampak ni, harus ku snap gambar. Huhu. Around 2 pm, we finally arrived kampung. It was raining. Syirah disambut meriah oleh nenek, maksu dan sedara mara kat kampung. Maklum la dah lama tak balik. Dulu balik masa dalam pantang, dah besar ni baru lah dia paham sikit.


Alhamdulillah Syirah ni tak banyak kerenah. Pegi mana-mana pun gelak je. Jumpa tok wan, nenek, maksu pun ok lagi. Walopun dia agak confuse sebab tak penah jumpe. Tapi kejap je dia warm up then dah bleh adapt dah. Good girl. Kat kampung ada burung, kambing, ayam. Syirah rasa macam pergi zoo pulak.


Actually balik kampung ni bukan setakat nak jumpa nenek, tok wan dan semua orang. Kitaorang nak attend kenduri sepupu Papa kawen. Kita sambung kisah orang kawen di edisi seterusnya. Waahhh... macam berita. Tungguuu..

02 June, 2008

Tagging Game

Hi ols, i'm back. Cewah macam ada orang teruja sangat nak baca entry ku. I was away for 5 days = balik kampung. Later, i'll post and share the story+piccas.

First time kena tag oleh Puan Derna. Tanpa membuang masa yang memang dah takde masa ni, saya ingin menjawab soalan-soalan beliau.

Apa Yang Anda Suka Tentang Suami Anda
Saya suka dengan apa yang dia ada. Kelebihan dan kekurangan.

Adakah Anda Seorang Yang Romantik?
Saya mengaku saya tidak romantik. Saya dengan ini mengumumkan bahawa suami saya lebih romantik.

Luahkan Perasaan Sayang Yang Lahir Dari Hati Yang Ikhlas Untuk Orang Tersayang
I love u so much. Truly, madly, deeply. Tapi Papa sayang Mama lebih. Kan Papa kan? :P

Apa Yang Anda Mahu Dari Pasangan Anda?
Kebahagiaan dan keberkatan hidup bersama anak-anak, forever.

Tag Pada Yang Dah Berumahtangga Je
Puan ILA
Puan AYU

Sekian, terima kasih. Enjoice!

28 May, 2008

Mimpi

Tanpa segan silunya aku nak blog kan mimpi aku malam tadi [blog aku, sukati aku lah]. Supaya in future bila aku terbaca balik, aku nak tau either aku akan senyum atau aku akan malu. Tadi dah citer dah dekat 2-3 orang kawan rapat. Tapi tak citer pun kat husband. Nanti nak citer. Hehe.

Bestnyee malam tadi mimpi Faizal Tahir. Aku ngan dia berkawan-kawanan. Itu je. Takde yang menarik pun. Haha. Cuma aku suke sebab kami berborak-borak macam kawan yang ngam. Tetiba tengah mimpi best tu dengar suara Syirah nangis. Pastu aku sound 'Syirah diam la'. Rerupanya memang Syirah tengah nangis nak susu. Wakakka. Teruk lah Mama ni.

Di alam realitinya, aku tak penah jumpe Faizal Tahir lagi. Tapi teringin sangat. Dan yang paling realiti, aku sudah BERSUAMI dan dia sudah BERISTERI.

Anyway, aku memang suka FT. Dia berbakat, berkarisma dan bertuah. Semoga sentiasa sukses dan berbahagia di samping isteri dan anak-anak.


Aku pun bahagia!

Faizal Tahir with his wife and beautiful kids

27 May, 2008

Luahan

Everything


Uishh penat giler. Pagi tadi emergency leave, kena bawak Syirah pi klinik. Sian Syirah sakit mata. Mata dia bengkak n merah, macam kena tumbuk je. Doktor kata mesti terjangkit dari sapa2 masa pegi SMC ari Sabtu lepas. Nasib baik dia tak nangis tapi mesti dia tak comfortable. Mama tahu sebab Syirah suka gosok-gosok mata dia. Sian anak mama. Balik dari klinik, antar Opah ngan Syirah balik umah. Tidokan Syirah dulu then aku breakfast jap (baru sempat). Lepas peluk cium Syirah, aku siap2 nak gi ofis.
Penat tau buat keje 'sorang-sorang' ni. Balik keje tu, kalau boleh biar aku amik alih Syirah dari Opah. Nak buat semua sendiri. Nak mandikan Syirah, nak susukan dia, main dengan dia, tidokan dia. Entah rasa macam kedekut anak pun ade tapi sebenarnya aku nak cherish the experience. Dah jadi Mama kan? Pulak tu kadang segan asyik menyusahkan Opah ngan orang lain. Nasib baik dok ngan family, kalo dok sorang? Lagi haru.
Tapi aku yakin, ni semua ada hikmah. Allah takkan menguji hambaNya tanpa sebab. Aku ni antara yang terpilih. Sebab? Aku rasa aku mampu (insyaAllah) facing kehidupan tanpa suami sepanjang masa di sisi. Tak semua orang boleh berdepan situasi camni kot kan. Semua kena buat sendiri. Tipu lah kalau tak sedih, lebih-lebih lagi kalau nampak orang balik kerja, dijemput suami dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku redha dan kami sedang berusaha untuk stay sesama. Weekend hubby-wifey ni kan, rindu dia membara tau. Wakkaka.
Nak luah lagi, pagi tadi masa tengah tunggu train. Nampak la minah Chinese ni dia pregnant. Perut kecik sangat lagi maybe dalam 3-4 bulan. Nak naik tangga kat stesen komuter tu, siap husband dia pimpin tangan wife dia jalan slow nak mampus. Hehe. Dengki aku. Tapi tak la dengki sangat cuma aku kelako, macam dah nak beranak gayanya. Aku dulu pregnant 8 bulan still lagi turun naik tangga sendiri beli tiket. Aku bangga dengan diri sendiri. Alamak terlebih sudah!

26 May, 2008

B'day 7months



Hai, Syirah nak menyibuk kat sini. Nak bagitau yang hari ni Syirah dah 7 bulan. Dah besar kan? Rasa baru je keluar dari perut Mama, tengok Mama sakit dan bangun tengah-tengah malam melayan kerenah Syirah.

Syirah dah boleh buat banyak benda. Pastu Syirah selalu buat macam-macam ragam saje je nak test the water. Nak tau tak Syirah pandai ape?


  • Bila panggil nama, Syirah dah pandai menyahut "emm".

  • Syirah dah angkat montot nak merangkak tapi tak pandai nak ke depan lagi. Susah la.
  • Pandai sebut "Pa Pa"... and kadang-kadang "Ma Ma", Syirah nampak Papa ngan Mama happy gile
  • Syirah suka nangis jerit-jerit nanti semua orang angkat Syirah.
  • Kadang-kadang Syirah kenyit mata macam pedih, saje je berlakon.
  • Syirah tak senang hati tengok Mama pakai tudung, mesti nak pegi jalan kan?
  • Syirah suka main, takmo tido nanti rugi.
  • Syirah suka makan bubur nasi, buah2, sayur2 , semua2 lah.

Syirah sayang Papa ngan Mama, dan semua orang! Mmuuuuah!

24 May, 2008

Dari SMC ke Tabung Haji

Hari ni bawak Syirah gi jab - Hep. B. Orang ramai tapi nasib baik turn awal. Dalam 1/2 hour je semua settle. Her paed kata, berat Syirah tak naik sangat, tengok lah baka dia. Yang penting sihat. Macam2 la amanat paed Mama kena dengar dan ikut. Hehe. Paed dah cakap awal2, yang this time around maybe Syirah akan nangis sebab jarum besar. Sebelum ni Syirah tak penah nangis tapi kali ni memang nangis. Tapi kejap je.



Memula happy pastu buat muka boring


Dah panjang dah Syirah, tak muat penimbang.


Masa baring ok lagi, lepas kena jab meleleh-leleh airmata.


Dengan cuaca yang agak panas, kami pun meneruskan perjalanan ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kenduri kawen sedara. Sedap lah lauk-pauk kat situ. Ke sebab lapar? Hehe. Tapi memang sedap lah. Syirah dah ngantuk nak tido so takleh tunggu lama. Lepas tu terus je balik. Mama makan pun tercekik2 nak cepat je sejak ada Syirah ni. Kena pas baton ganti2 makan n pegang Syirah. Kuikuii..
















Ucu ngan Opah yang kena paksa balik cepat.

21 May, 2008

Selamat hari cuti

Yahoo..cuti 3 hari. Bestnyaaa! Bagi orang yang bekerja, dapat cuti lama memang agak jakun sikit ye, harap maklum.

Actually, Papa inform tak balik. Huhu sedih. Suddenly, Jumaat malam Papa bagitau, jadi balik sebab dah rindu sangat kat anak dia. Eleh. Hari Sabtu petang Papa sampai. Masa tu Syirah tido. Bila bangun bukak mata, dia nampak Papa dia terus menyengih.
Apa aktiviti? Takde apa sangat. Dok rumah je. Nak rehatkan diri lepas penat bekerja. Tapi Ahad tu Papa ajak jalan2 nak bawak anak dia. So kami pun berangkat la ke mana lagi kalo tak ke Bukit Tinggi. Papa belikan Syirah baju, susu, pampers dan stok2 yang lain.










Hello, nape ada byk space ni? Dah delete pun tak ilang. Eii..geramnye. (Iklan).

Syirah dah takmo baring dalam stroller. Kepala dia terangkat je nak duduk. Macam lenguh je. Pastu Mama baringkan terus tertido dalam tu. Senang sikit mama nak membeli-belah. Tidak dilupakan perkara WAJIB beli ialah Big Apple Donut :P. Dah petang baru balik. Syirah pun kepenatan.

Hari Isnin cuti lagi, aktiviti kami ialah tido. Lama gile kami 3 beranak tido petang tu. Hahaha. Mama nak tido dulu, korang berdua main lah PSP tu ye.