Uishh penat giler. Pagi tadi emergency leave, kena bawak Syirah pi klinik. Sian Syirah sakit mata. Mata dia bengkak n merah, macam kena tumbuk je. Doktor kata mesti terjangkit dari sapa2 masa pegi SMC ari Sabtu lepas. Nasib baik dia tak nangis tapi mesti dia tak comfortable. Mama tahu sebab Syirah suka gosok-gosok mata dia. Sian anak mama. Balik dari klinik, antar Opah ngan Syirah balik umah. Tidokan Syirah dulu then aku breakfast jap (baru sempat). Lepas peluk cium Syirah, aku siap2 nak gi ofis.
Penat tau buat keje 'sorang-sorang' ni. Balik keje tu, kalau boleh biar aku amik alih Syirah dari Opah. Nak buat semua sendiri. Nak mandikan Syirah, nak susukan dia, main dengan dia, tidokan dia. Entah rasa macam kedekut anak pun ade tapi sebenarnya aku nak cherish the experience. Dah jadi Mama kan? Pulak tu kadang segan asyik menyusahkan Opah ngan orang lain. Nasib baik dok ngan family, kalo dok sorang? Lagi haru.
Tapi aku yakin, ni semua ada hikmah. Allah takkan menguji hambaNya tanpa sebab. Aku ni antara yang terpilih. Sebab? Aku rasa aku mampu (insyaAllah) facing kehidupan tanpa suami sepanjang masa di sisi. Tak semua orang boleh berdepan situasi camni kot kan. Semua kena buat sendiri. Tipu lah kalau tak sedih, lebih-lebih lagi kalau nampak orang balik kerja, dijemput suami dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku redha dan kami sedang berusaha untuk stay sesama. Weekend hubby-wifey ni kan, rindu dia membara tau. Wakkaka.
Nak luah lagi, pagi tadi masa tengah tunggu train. Nampak la minah Chinese ni dia pregnant. Perut kecik sangat lagi maybe dalam 3-4 bulan. Nak naik tangga kat stesen komuter tu, siap husband dia pimpin tangan wife dia jalan slow nak mampus. Hehe. Dengki aku. Tapi tak la dengki sangat cuma aku kelako, macam dah nak beranak gayanya. Aku dulu pregnant 8 bulan still lagi turun naik tangga sendiri beli tiket. Aku bangga dengan diri sendiri. Alamak terlebih sudah!
5 comments:
Sabarlah farah. InsyaAllah nanti adalah peluang untuk korang stay sama. Yang penting korang bahagia...At least ko ada shira utk temankan ko..
agak penat jugak kalau asben jauh tapi at least farah duk ngan family..ada mak yg boleh jagakan syirah tapi den, uhuk2, sib baik asben dekat dihati, kalu jauh, mmg tak terdaya rasanye..
bravo my pren..
i'm so proud of you...
kekekekkek
tabahkn hatimu kak.rindu org jauh,baby syirah yg dekat kan ade ;)
kak nizs nih pung ade tawww.ekekekeke:p
to all my frens, thank you very much for the support! insyaAllah setakat ni memang kuat lagi. hehe
Post a Comment